Wednesday, 13 May 2015

FAMILY ESCAPISM : SUNGAI PETANI | KEDAH - SWISS-INN SUNGAI PETANI

2 HARI 1 MALAM DI SWISS-INN SUNGAI PETANI 


Last month aku dan family cadangnya nak bermalam dan berjalan-jalan sekitar Alor Setar. Kawan MamiZ pulang ke kampungnya dari Sepang dan bercadang untuk makan di Restoran Nasi Kandar Ayam Kampung Haji Ramli di Simpang Empat, Kedah. MamiZ dan Acik CT memang suka makan kat situ. Aku pun jadi paksa rela kena ikut. 

Lepas makan, kami hantar Acik CT balik ke Pendang. Cadangan asal adalah untuk naik semula ke Alor Setar dan bermalam di Hotel Seri Malaysia Alor Setar. Kami tak kisah sangat hotel murah ke apa ke janji kami dapat melingkar atas katil dengan selesa tanpa fikirkan urusan lain. Bilik pun dah dibook tapi tak tahulah macam mana mood untuk ke Alor Setar hilang. 

Baju semua dah pack. Memang get ready untuk pergi holiday. Akhirnya DediS kembali drive untuk pulang. Mungkin sebab kereta agak banyak menghala ke arah utara jadi MamiZ dan DediS malas untuk bersesak-sesak. Akhirnya aku cadangkan untuk tidur di Sungai Petani. Macam rugi saja dah siap-siap barang then kena balik rumah semula. Hari pun masih awal. 

MamiZ suka Hotel Park Avenue jadi aku gave a call nak buat reservation. Kami pernah beberapa kali bermalam disana. Dalam kereta malas nak scroll application Agoda bagai. Call saja senang. Kami nak book dua bilik. Satu untuk MamiZ dan DediS dan satu untuk aku. Privacy maaa.. Hihihi.

Rate untuk walk in agak mahal. Macam tak berbaloi pula tapi Hotel Park Avenue memang sangat-sangat selesa. Kenalah gaya dengan harga. Next aku call Swiss-Inn. Juga di Sungai Petani. Tolak tambah harga pekerja kerajaan dan sebagainya, DediS kata okay.

Maka kami sekeluarga bergerak ke Swiss Inn, Sungai Petani.

Swiss-Inn Sungai Petani,
Jalan Pahlawan, 08000 Sungai Petani, Kedah

+60 44223333



Bilik besaq !! Katil besaq !! Hahaha.. Dunia ini aku yang punya.

Ini bukan percutian yang havoc dan happening. Kami sekeluarga memang kadang-kadang melarikan diri ke hotel hanya untuk bersantai dalam bilik. Memang hanya untuk berehat. Bila dah ada bilik masing-masing memang aku seorang conquer bilik. Gulinglah dari satu bucu ke another bucu. Siapa pun tak kacau. Memang sedap sungguh tidur. Lena.

That night aku dan DediS saja yang keluar makan. Area berdekatan hotel. MamiZ tinggal dalam bilik dan hanya pesan makanan. Memang selalu macam tu pun. Sayang nak tinggalkan bilik. 

Percutian sangat kan ? Hihihi.. Lepas balik makan masing-masing terus buat hal masing-masing. 

Lepas solat terus mengadap TV sampai pengsan. Tidur diulit aircond memang sungguh nikmat. Tambah pula dah few days Pulau Pinang tak hujan. Bahang sungguh. 

Esoknya kami turun breakfast awal. Memang percutian yang santai dah tak terkejar-kejar. 

Mari kita enjoy makanan kita dengan tenang.




Usually makanan di hotel tiga bintang bukan gempak mana pun. Kadang-kadang makanan yang dihidangkan sekadar ala kadar saja. Tapi aku nak kasi tepukan gemuruh untuk Swiss-Inn Sungai Petani. Walaupun makanan yang dihidangkan adalah sangat simple tapi sedap !! Pilihan tak banyak tak apa janji sedap !!

Aku cukup puas hati. Ada section untuk order segala jenis telur. Omelette ke scrambled egg ke order saja. Nasi lemak, kuey teow goreng dan few other makanan lagi. Aku bukan jenis orang yang makan pagi tapi habis semua benda aku makan dan bertambah sebab sedap. MamiZ dah sebut nak pergi lagi. Dah jatuh cinta la tu.

MANAGER !! Saya puji banyak dah ni. Nak complimentary stay please hahaha...




Lepas makan kami lepak tepi kolam. Kolam hotel ni serious besar. Memang kalau berenang tu puas hati sangat. Menyesal tak pack sekali baju mandi. Kalau tak memang aku dah terjun. Aku pantang tengok kolam. Tergedik-gedik nak masuk.

MamiZ tak habis nak perli aku sebab tak boleh masuk kolam. Sendu aku duduk meratap.

Orang memang quite ramai yang datang mandi. Kolam ni open to public juga aku rasa. Sebab aku tengok ada beberapa orang yang buka kelas berenang. Dari budak kecil sampailah ke orang dewasa. Meriah jadinya.

Aku naik bilik nak sambung guling-guling. Buruk perangai. 

Dah kenyang sambung melingkar.

Nak kemas barang juga. Nak check out dah. Tapi sempat juga aku terlelap. 

Pukul 12.00PM terus check out.

Haaa simple kan percutian kami sekeluarga ? Memang kalau aku dan family bercuti gayanya macam ni. Lebih kepada menikmati saat-saat di dalam bilik daripada keluar jalan-jalan. 

Mungkin ada yang kata 'macam mana nak rapatkan ukhwah kalau bercuti macam ni ?'

Well.. family aku ni kecil saja. Kami bertiga. Tak payah susah payah nak kasi rapat. Memang dah sedia rapat. Pusing celah mana pun tetap bertiga. Kami bertigalah nak bermanja, bergaduh dan macam-macam lagi. Ikut gaya dan keselesaan keluarga masing-masing.

Sekali sekala memang kami buat macam ni. Kalau selalu boleh rabak poket. Hihihi.. Kadang-kadang escapism kami sekeluarga adalah bila MamiZ or DediS berkursus. Akulah paling happy sebab boleh menempek duduk hotel free. 

Kalau dengan kawan-kawan lain feeling. Jiwa muda. Masing-masing suka merayap. Panjang kaki.

-SITI YANG MENAIP (SYM)-

Reach me via email at :
sitiyangmenaip@gmail.com

113 comments:

  1. bestnya Ct, teringat kampong lah kalau cerita pasal kedah ni, dulu2 kaknoor sekolah di sungai petani, skrg kalau balik kampong kat alor setar, skrg sungai petani dah jarang kesana sbb kalau balik kmpong alor star pun tak puas meronda sakan, nak jugak gi hotel swiss in sesekali santai2 tepi kolam hahaa kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Noor asai Kedah.. lorrr... Pendang kampung I.. hehe..
      (nak jugak bagitau)

      Delete
    2. laaahai Kak Noor orang utara ka.. jauhnya merantau kan Kak Noor ni..
      hehehe sesekali balik jenguk tempat2 yg dulu jadi memori memang seronok..

      kolam Swiss Inn ni rasanya macam memang open to public.. ramai sungguh yang datang..
      bolehlah kalau saja nak berendam kan..

      Delete
  2. wah seronoknya cik ct bercuti ya...selesa nmpak hotelnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. actually kami pun tak sangka hotel ni selesa bebenar..
      ingatkan bilik kecil.. rupanya besar haaa.. baik ambil satu bilik saja hehehe..

      Delete
  3. sblm ni cuma lalu je dpn swiss inn ni...x penah sggh lg...

    katil besaq mmg sedap guling2 ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. katil besaq ekon kuat memang tidur nyaman sungguh..
      guling sana sini hehehe..

      Delete
  4. best cuti gini.. akak pun kadang saje tido hotel nak meregangkan urat2 tegang ni ha.. sesekali rasa tilam dan katil empuk memang tak tinggal bilik! hihihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul.. sekali sekala okaylah kan.. tilam kat rumah pun selesa jugak..
      tapi tak feel.. dia nak jugak rasa tilam kat hotel tu kan hehehe..

      Delete
  5. syoknya p brcuti.. percutian yg simple tpi mcm best!

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekali skala bolehlah buat.. kalo selalu boleh rabak poket hihi..

      Delete
  6. hehehe...dlm bebanyak gambar, gambar selipar tu yang win!!! kih..kih..sy pun sama..selalu ada habit sesekali dengan sengajanya pi check in hotel..nak duduk rest aje, xnak buat apa2.sebab kalau kita cuti dan duduk umah, kejap2 pikir nak basuh bajulah, kemas rumahla...bla..bla... kan..kan..? ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha gambar selipar win yee.. CT slalu gak up gambar selipar buruk tu kat IG..
      trademark kalo jalan-jalan kat swimming pool hahaha.. betul tu.. kalo duduk rumah ada je keje nak buat kan..

      Delete
  7. sama la mcm akak...x kisah hotel murah jnji selesa utk tido

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan.. tak perlu hotel mahal2.. ikut kemampuan juga kan..
      janji time gegolek puas hati..

      Delete
  8. ye la..tak semestinya kena berjalan keluar ambik angin tu boleh merapatkan hubungan..kan//masing2 ada cara nya..bukan jugak selal buat macam ni..ada masa berbual,ada masa perlu juga ruang untuk sendiri,...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yee setuju. ada masanya kita perlukan ruang untuk diri sendiri..
      plus CT dah dewasa kot tak kan nak menempek in the same room hehehe.. krik krik..

      Delete
  9. peh, bestnya..sempat lagi tuh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe tak tahu nak cakap dirancang ke tidak sebenarnya hahaha..

      Delete
  10. percutian simple tapi menarik....akak tak pernah stay tapi pernah makan ala carte kat sana....mmg sedap masakannya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. waaah.. kira memang betul la CT predict kan.. makanan kat hotel ni memang sedap..
      sometimes tu hotel mahal tapi makanan tah apa-apa..

      Delete
  11. bestnya..bilik besar..katil besar..selesa dan nyaman tidur tu kan ct.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kami pun tak sangka bilik besaq hehehe..

      Delete
  12. kak wana tak pandai berenang..jadi kalau ada kolam macam ni hanya rendam-rendam kaki atau masuk dalam air tapi tempat yang tak dalam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe CT tak berapa pandai gak.. berenang katak ye la kot.. huhu..
      tapi sebab suka main air.. jadi mana mana ada kolam memang teruja..

      Delete
  13. Tak kesah...janji dapat jalan-jalan kan CT...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betoi tu PLM.. janji dapat jalan-jalan hehe..

      Delete
  14. mai kedah xmau habaq...kalau turun alor star g taw la.. saya p jumpa la.. tapi andai saya xbalik kg la

    ReplyDelete
    Replies
    1. eleeeeh ZF ni bizi memanjang.. konon le tu ada masa nak jumpa itew..
      tak jadi la singgah aloq staq.. turun balik singgah kat SP hehe..

      Delete
  15. CT, adik tu stdy mana kt Pendang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ZF kena pi baca bebetul balik ni hehehe..

      Delete
  16. Hepi Besday to you!!!! Hepi Besday to you!!!! Hepi Besday to you!!!! May God bless you dear! Semoga panjang umur dan murah rezeki! Semoga dimakbulkan doa yang baik2! Aminnnnn!

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank yoooou SS hehehe.. amboi awal wish ni nampaknya..
      itew da bace lama da tapi baru dapat reply rini.. kesibukan..

      Delete
  17. wah wah...bagus bagus.mengeratkan silaturrahim=))

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe ni untuk merehatkan badan otak dan jiwa lah kak..

      Delete
  18. Sally pun teringin sama nak duduk hotel...tapi selalu takde org layan -_-

    ReplyDelete
    Replies
    1. pergi sorang2 la Sally.. jangan pilih hotel pelik2 hehehe.. duduk kat kawasan tumpuan..
      lepas tu enjoy the time for urself alone =)

      Delete
  19. Assalam CT,
    lepak, makan, tido, berendam
    HEAVEN :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaa part berendam tu tak kesampaian hehehe..

      Delete
  20. keluarga kecik ngan keluarga besar memang lain cara bercutinya..kitorang yang family besar ni kalau booking memang apartment terus.ish..ish..ruginya tak berenang-renang

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe memang.. kalau keluarga besaq kena pikir cara nak masukkan semua dalam satu bilik atau kena book apartment kan.. mmg rugi.. aaaargh penyesalan =(

      Delete
  21. swiss inn not bad kan.. biasa org suka suggest part avenue.. CT wat review ni macam menarik pa sekali sekala p tidoq hotel..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. CT first time tido kat sini.. mak n ayah pernah few times sebab kursus..
      kalau ikutkan hati memang suka park avenue laaa hehehe.. tapi dat day sebab nak walk in
      kot harga melampau sangat.. harga satu bilik sama dengan harga dua bilik kat swiss inn..
      kensel terus..

      Delete
  22. Laa... awat tak ajak CN sekali. Nak jgk join escapism CT. Hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe itew malu la CN.. nanti kita plan okay ? dok plan plan tapi buatnya tak pun lagi kita ni..

      Delete
    2. hikhihk... CN kan suka plan. jadinye tak confirm pn lagi. hehe.. nnt kt plan eh adik CT :)

      Delete
    3. tulaaa kita ni plan banyak.. yang jadi satu belom lagi hihihi..

      Delete
  23. salam jumaat., wah sonoknyer bermewah mewah begituu ;p leh guling dgn anak anak, leh guling dgn bapak anak anaks

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak adalah mewah mana.. harga mampu milik =D
      mewah tu kalau duduk hotel lima bintang dan sepurnama..

      Delete
  24. Seronoknya Ct. Mkn tido mkn tido...i need vacation too..^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi tu yang bambam ni.. makan tido makan tido =P

      Delete
  25. rugi la ye tk dpt nk berendm dlm kolam...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang pun.. lepas ni kena standby baju mandi siap-siap..
      tak kira pergi jalan mana pun..

      Delete
  26. kak siti...smelah kita pon, kalau bilik besar, katil besar, dunia ini guwe yng punya...hahahahah...btw, oklah dekat msia hotel 3 bintang ni, kelas dia tinggi kak siti...kalau dekat uerope, hotel camnie dah 5 bintang dah kak siti... kita selalu travel amek hotel 3 bintang, sarapan dia, alahai.... btw, bestny guling2 sorang2 kat katil tuh, nampak luas giler katil tuh :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. eeeh tapi betul la Aisya.. akak duduk Novotel dulu masa ke Ams.. tengok review 5bintang bagai..
      tapi bila masuk hek eleh.. bleh laga montot kalo jalan n standard macam tune hotel.. cuma toilet n facilities lah yang bagus..

      Delete
  27. Dengar2 Swiss Roll Memang best ! ehh tetiba terbayang kek plak.. hahaha... rindunya nak travel.... ehh hakakkk baru sedar... Swiss In laa... menda plak Swiss Roll... haih mabuk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe tersasul swiss roll pulak akak ni hehehe..
      skali skala pegi jalan-jalan.. fresh kan jiwa..

      Delete
  28. Seronoknya dapat spent time macam ni kak Siti :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe Farah ni.. yang akak dok jeles Farah nun jauh disana hehe..

      Delete
  29. nasi haji ramlee tu mmg sedap... dh lama xp.. dulu time ayah sihat..dia teringin nk makan slalu gak p.. skrg ayah kurang sihat..kurang la p.. nnt balik kerja nk p jugak la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. CT x minat sangat tapi bolehlah sekali sekala.. kalau nak kata betul2 tu suka tu memang taklah..
      tapi mak memang suka makan situ..

      Delete
  30. gila syok dok katil besar sorg2... awat xajak saya sklai...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe nama pun nak guling puas-puas..
      kalo ajak kena share =P

      Delete
  31. Comelnya bilik terpanggil bilik tu hahahaha nak g jeng jeng

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe dekat je ngan Kulim tu.. p la lepak sekali skala..

      Delete
    2. Hahahaha dekat xsempat nk p CT abe bz kijo

      Delete
    3. alaaa tinggal sat la abam tu Kak Ekin.. hahaha..

      Delete
    4. amboooi.. xkan nak kepit ngan abam je.. dak bosan kaa hahaa..

      Delete
    5. hari2 kena tinggal kat umah ni tu xleh kena tinggal abam hihihi.. boring taw

      Delete
    6. ahaha rimasnya =P
      okay ini adalah percakapan seorang yg belum berkahwin tau..

      Delete
  32. Wahhh happy g holiday dgn mamiz n dediz ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe iols happy gegolek sakan =D tidoooo tilam hotel miaahaha..

      Delete
    2. hahaha akak golek2 la kat rumah =P

      Delete
    3. Xsyok pun huhuhu xde privasi malu ko MIL hahaha

      Delete
    4. alaaaa ye ke.. huuurm.. memang xleh golek2 la kalo gitu..

      Delete
    5. tapi kalau dah tahapo mengantuk sangat tidor jah... bulan puasa Kuat akak tido hihihi adess letih puadsa tahun ni...

      Delete
    6. tido je kak.. dah penat tak kan nak paksa badan..

      Delete
  33. sekali lagi...jelez....seronok kan jadi anak tunggal ke x seronok?

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok la kot..sbb makin rapat

      Delete
    2. ada part yang seronok ada yang biasa saja ada yang tak seronok..

      Delete
  34. terfedik2 tgk kolam..same to sis JM...kalau boleh berendam 2 jam pun no hal

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe masalah keyboard tak okay lagi le tu..

      CT kalo ngan swimming pool haaa memang tergedik2..
      kalau laut payah sikit.. tak berapa minat tapi kadang2 tu terjun jugak..

      Delete
  35. bestnya kalau boleh bercuti sebegini.. rasa nak sangat buat macam nih.. dah penat dengan keja dan macam2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. skali skala.. buatla skali..
      jangan keluar2.. duduk je dalam bilik..

      Delete
  36. seronoknya jadi anak tunggal, semua permintaan mesti ditunaikan..

    ReplyDelete
  37. Lama dah tak menikmati percutian yang santai macam ni. Berlingkar atas katil! Asal bercuti je terkejar-kejar dgn macam2 aktiviti. Haih!! *cemburu*

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe ni style family CT.. kalau bercuti memang golek2 kasi rehat urat saraf semualah..
      memang betul2 berehat.. kalau keluar pun pergi makan..

      Delete
  38. Air kolam bestnya kalu dpt mandi

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan.. dah la pepagi orang tak ada..
      kolam itu bagaikan daku yang punya..

      Delete
    2. kuak kupu2 baru la sopan hahahaha

      Delete
  39. Seronoknya..kekadang kita perlu masa rehatkan badan dan minda macam ni :) Haish, Cik Mimie pun akan tergedik2 jugak kalau nampak kolam renang..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe bolehla kita pi swimming sama sama =D
      CT kalo ke pool memang laju.. air terjun ke.. kalau laut bercinta sikit..

      Delete
  40. Bestnya! Ni kira short getaway lah ni kan,...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup.. short gateaway..
      mmg skali skala ada buat cemni..

      Delete
  41. Replies
    1. masih belajar nak ambil gambar cecantik lagi.. thank you =D

      Delete
  42. huihhhh...bestnyer dapat bercuti cenggini...hihih

    ReplyDelete
    Replies
    1. skali skala okaylah DM.. slalu bleh semput jugak..

      Delete
  43. selalunya kalau bercuti dgn ibu bapa ni mmg x byk jln . ya lah , dah kudrat mrk pun x sekuat kita ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang gitu.. CT pun sebenarnya suka jugak golek2 kat hotel daripada keluar jalan..
      unless kalau mmg travel yang purpose nak pusing2 hehe..

      Delete
  44. kannn...akak dulu selalu jugak buat gini.
    setakat pergi tidur hotel kat Kuala terengganu ja.
    nak berubah angin

    ReplyDelete
    Replies
    1. mana2 yang sesuai kan.. skali skala jauh nak tukar arah..
      merasalah gegolek kat hotel lain pulak.. tapi kalo CT memang boleh
      melingkar sungguh hehe.. tak sedar apa..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...