Saturday, 11 April 2015

TRIP GENG BULAT | PULAU PINANG : BUKIT BENDERA

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

 بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم

Entri sebelumnya di SINI.

Haaa tak perlu aku nak berahsia sangat. Tak misteri mana pun pusing-pusing Pulau Pinang. Orang pun boleh agak hahaha. Drama banyak sangat.

Dah dah jom cepat. Ikut aku sama. Cerita nak habis dah.

Yang baru tiba tu mohon rajinkan diri terjah kisah-kisah berlalu.

Lepas kami dah kenyang aku terus pecut ke Air Itam untuk ke Bukit Bendera. Aku cuak juga sebenarnya takut hectic. Waktu orang balik kerja. Alhamdulillah traffic okay. Sangkut pun kejap saja. Tak sampai rasa urat kepala nak putus.

Bangunan parking lot yang baru dibina next to entrance Bukit Bendera dah siap dan boleh digunakan. Jadi tak perlu bersesak dan pening nak cari parking. Tapi harga boleh tahan. Rasa macam tercekik tulang ayam. Pejam mata sajalah bayar.

Ingat petang orang tak ramai. Tak juga. Penuh beratur beli tiket. Tak dapat duduk tepi nak ambil gambar. Plus battery camera dah nazak. Terus syahid pula time sampai atas. 

Info tentang sejarah Bukit Bendera dan tiket -- SINI.




Kami memang cadangnya nak duduk lepak pusing-pusing saja. Kalau uols ada banyak masa boleh singgah makan minum kat atas. Ada tempat makan selesa semua siap. Dulu mana ada. Naik sebab nak rasa angin sejuk. Haaa uols jangan expect Bukit Bendera ni sejuk macam Cameron Highlands. Tak sejuk mana pun tapi fresh. Great gate to escape dari sibuk kota.

Aku nak highlight empat popular tourist spots yang uols kena wajib bergambar bila dah sampai di Bukit Bendera. Baru orang percaya kata dah jejak kaki sampai sini. Sebut nanti orang kata kita gebang. Nah tunjuk gambar. 

Firstly haruslah di sign terbesar Bukit Bendera seperti di bawah ini. Ikut sukalah nak posing macam mana. Geng Bulat aku memang tak terpisah dari acara melompat. 

Aku tak boleh lompat sebab pakai skirt. Nanti hampa semua jangan extra rajin macam aku pakai skirt kalau pi jalan-jalan. Dah tak boleh nak join sama. Layankan saja these people yang sakan melompat.

Patut tukar nama ke Geng Lompat ke ?





 



Ada abang security offer nak tolong ambilkan gambar kami semua. Thank you tapi hazab !! Gambar semua alignment lari. Ada dua tiga saja yang bolehlah nak hadap. Mengecewakan. Sendu terus mood aku. 

Makin banyak kawasan rehat baru yang dibina kat atas ni. Bakal siap real soon adalah observatory deck. Masih dalam pembinaan tapi tengok macam cantik. Nanti kena datang lagi nampaknya.

Spot kedua adalah di replika kereta api lama yang digunakan dulu sebelum kereta api canggih digunakan. Aku tengok kat blog orang lain boleh siap panjat masuk. Time kami kat sana berantai bagai tak kasi masuk. Kalau berani buat jahat silakan hihihi..

Masa aku dah lahir kereta api jenis ni dah memang tak ada. Menurut DediS dan MamiZ aku sempat merasa naik kereta api lama yang uols akan nampak tersadai di rail dalam perjalanan naik dan turun. Memang sengaja ditinggalkan untuk tatapan pengunjung.



Spot ketiga dan keempat adalah spot baru. Adalah dalam dua tiga tahun lepas tempat tu dibina. Kalau uols rajin scroll Instagram tengok hashtag #Penang #PulauPinang or #BukitBendera mesti ada ramai yang bergambar di sini.

Icon 'LOVE' yang besar dan di pagar yang penuh love lock ala-ala di Namsan Tower. Nak pergi Namsan Tower tabung tak penuh lagi kan ? Bolehlah datang sini. 



Haaa cukup dah empat spots yang wajib bergambar. Adalah around dua jam juga kami disini. Kalau uols ada masa lagi lama boleh pusing lagi kawasan Bukit Bendera. Ada banyak juga kawasan yang boleh pergi. Tapi we were running out of time. Kami tak singgah makan minum pun. Masing-masing masih kenyang. Lepas dah puas bergambar dan pusing-pusing kami decided untuk turun. 

Time interval waktu train sampai adalah every tiga puluh minit. Jadi pandai-pandai timing okay. Kami tak tunggu lama pun. Elok beratur train dah memang ada. Tapi tak dibenarkan masuk lagi. Orang memang ramai. Sesak juga dalam train. Pasrah. Tak sanggup nak tunggu another trip.

Bukit Bendera. Checked.

Next ? Kami kena kembali menuju ke seberang. Ketika itulah terjadi something yang sedikit sendu. Walaupun kawan-kawan aku kata okay tapi aku yang terkilan. Huurmm..

Kita sambung cerita nanti. Sedih !!

43 comments:

  1. G ke sini 3 thn lps lom ada lg keretapi lama tu...nmpk nyer kn pnjt lg ni ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kereta api lama kat atas CT tak sure sejak bila ada.. tapi yang tersadai tepi rail memang lama dah ada.. huhu.. apa lagi.. mari2 repeat..

      Delete
  2. Love lock tu agak famous ya spotnya untuk diambil gambar. Senior saya yang baru balik dari Canada, kalau pergi Penang, mesti tangkap gambar dekat situ juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. orang Canada pun dah tangkap kat situ..jeles nih

      Delete
    2. yep. skrang ni mana2 tempat pun nak buat lovelock.. sebab bila banyak2 nampak cantik dats why best nak bergambar.

      tu tandanya Kak Sal kena cepat2 cari masa datang jalan penang lagi..

      Delete
    3. love lock ingatkan ade kat luar negara je.. hihi sebab ada tengok dlm cte Korea. baru tahu ade kat sini. Macam best je kalau g kan :)

      Delete
    4. malaysia ni semua dia nak tiru aaaahak.. tapi okaylah. merasa juga scene2 ala ala korea kan.. buat lepas gian belum cukup tabung ke korea..

      Delete
  3. cantik sangat gambar lompat2 tu..heheh ;D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe memang suka betul diorang melompat =D

      Delete
  4. Bukit bendera best.....berwajah baru...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena upgrade untuk tarik pelancong datang.. nanti ada banyak
      benda baru lagi..

      Delete
  5. macam best je, rasa macam kena masuk dlm list. hurmm.. ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau datang penang memang wajib singgah sini..
      tak sah kalau tak datang =D

      Delete
  6. last pi masa sekolah rendh..mmg xda apa la dulu..hoho..

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan dikenang trip yang dedulu tu Timm.. memang sayup kat atas tu..
      kena pi lagi skarang ni.. maju dah =D

      Delete
  7. masa sis pegi , kat bawah terang benderang panas terik memancar lagi . bila sampai atas terus je hujan turun lebat selebatnya . lama gak hujan tu . masa tu kat atas tu cuma ada gerai baju dan gerai makan je . hujan reda , kami terus turun lah ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tempat berteduh tak banyak pun.. CT pernah pergi time hujan lebat gak.. redha lah tahan sejuk n lencun sikit. pandaila dia jual baju kot lencun kita boleh beli.. ada skali naik kat atas okay tapi nampak seberang gelap n kilat.. fuuuuh..

      kena repeat lagi tu kak.. hehehe..

      Delete
    2. mak aii macam tu ye kalau hujann. kene tengok cuaca jugakla kalau nak p sini..

      Delete
    3. ehehe tak ada lah teruk sangat tapi kalo hujan memang tak dapat nak meronda..
      boleh ja duduk kat tempat makan tu semua.. besaq nak muat ramai orang..

      Delete
  8. 7 tahun dulu takde benda-benda ni Siti..huhuhu.cantik gambar u olls.akak kalau berjalan memang takdelah nak pakai kain..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tah la baik sangat pi pakai kain lalala.. seksa nak posing..
      usah diingati kisah lalu.. mari lagi cipta kenangan baru.. cewwwah..

      Delete
  9. Seronoknya lahai...spen time n create memories sama2 :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe sekali sekala.. lagi terasa sebab lama dah tak jalan2 macam ni =)

      Delete
    2. Kan? Cik Mimie geng2 sume dah ada family sendiri..huwaa...tak boleh dah macam dulu2..hukhuk..

      Delete
    3. hehehe bila dah kawen gitulah.. nanti Cik Mimie kawen lupaaa dah kat kiteee ehh =P

      Delete
  10. Wahhh bukit bendera jeles2 ni...

    ReplyDelete
  11. arghhh... CN tak boleh recall mcm mana rupa train naik ke bkt bendera ni.. nampak sgt dah berkurun tak ke penang. haha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi tak apa CN.. nak datang penang kan nanti ? time to refresh balik all those memories..
      inilah masanya ehehe..

      Delete
  12. nama jer dekat dengan Penang, tapi tak naik lagi bukit benda dengan train baru nih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooops.. ni nak kena cubit ni =P mai laa bawa anak2 mesti sukaa aaahaks..

      Delete
  13. Assalam CT,
    waaaa
    akak rindu
    tu port cintan cintun akak dedolu tuuuuuuuuuuuu he3
    opssss..terpecah rahsia :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. opsss. swettnya akkakkk hihi wardah tak pernah jejak lagiii. harapnya dapat jejak one day nanti Heee :)

      Delete
    2. ahahaha ooopss.. tak pa semua tu kenangan lama..
      skrang ni bleh gak jadi port cintan cintun.. bawak boboboi skali..

      mari sini Wardah.. kami bawak jalan..

      Delete
  14. love lock pun ada ehh.. dah macam kat namsan tower gitu kan.. hehehe.. da lama tak menjejak ke penang.. padahal dekat je kedah dgn penang.. cuti sekolah hujung tahun ni, boleh la hangkut satu family pergi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe skrang ni setiap ceruk nak buat love lock.. yang pecah berkecai pun ada..
      mai mai jalan penang.. mai time cuti kena siap sedia berdepan jem.. hehehe..

      Delete
  15. semuanya dah baru kat bukit bendera ni kan
    nampak sangat lamanya tak jejak kaki ke situ

    ReplyDelete
    Replies
    1. eheheh memang kak.. stiap kali CT pegi walaupun dalam setahun..
      memang ada aje perubahan kat mana2 ceruk pun..

      Delete
  16. wah...bukit bendera dah ada love lock skrang..BEST!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehehe alaaa kat namsan tower tu lagi gempak =P

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...