TRIP GENG BULAT 2015 | PULAU PINANG PART 5 - BATU FERRINGHI NIGHT MARKET | SITI.YANG.MENAIP

TRIP GENG BULAT 2015 | PULAU PINANG PART 5 - BATU FERRINGHI NIGHT MARKET

/
52 Comments
March 22, 2015
Entri sebelumnya di SINI.

TRIP GENG BULAT 2015 | PULAU PINANG PART 5 - BATU FERRINGHI NIGHT MARKET. Konon lepas makan nak pergi hunt abang-abang mata biru kami acah saja. Jenuh MamiZ hambat aku satu Pulau Pinang lari tak cukup tanah. Tapi kami memang pi cuci mata pun. Tengok apa patut yang ada di night market yang terkenal di Batu Ferringhi. Jatuh hukum wajib kena singgah kalau korang dah sampai ke Pulau Pinang. Nak sampai sini tersangatlah senang. Ikut saja signboard menuju Batu Ferringhi. Drive sampai kawasan yang dekat dengan hotel-hotel mahal. Kalau nampak banyak kedai dibuka tepi jalan maknanya korang dah sampai

TEMPAT MENARIK DI BATU FERRINGHI : PASAR MALAM / NIGHT MARKET


Aku mohon untuk those yang datang Pulau Pinang, tolong masukkan Night Market Batu Ferringhi dalam itinerary korang. Waktu yang sesuai untuk datang haruslah pada waktu malam. Jangan tengah hari rembang korang datang cari market ni sebab memang habuk pun tak ada. Beroperasi hanya pada waktu malam. Setiap hari. Aku usually datang around 10.00PM dan orang masih ramai. Kalau rajin datanglah lagi awal. Banyak kedai souvenirs yang ada dan korang boleh shopping macam-macam kat sini. Kalau skill bargain korang sangat superb, lagilah senang hati nak membeli. Main tarik-tarik tali sikit dengan tauke kedai. Kalau skill tak berapa mantap macam aku pejam mata dan bayar saja. Jangan banyak songeh. Kalau dah berjaya tawar-menawar sampai dapat harga yang korang nak, jangan tak beli pula. Nanti kena maki. Adat berniagalah. Peniaga dah ikut kehendak kita, jangan nak main-main pula.

Anak-anak yang rambang mata untuk membeli-belah. Masing-masing tak sedar poket sedang basah bermandikan air mata. Aku tak beli apa-apa pun. Aku ada target satu bag kat sini tapi bila dah datang dengan duit aku tak nampak pula. Tak kasi aku beli la tu. Kat sini banyak fake products macam kat Petaling Street tapi vibe yang diberikan sedikit lain. Rasa macam high class sikit kalau kat sini. Baju-baju branded tiruan pun banyak with good quality. Example macam Polo Ralph Lauren, Lacoste, Super Dry dan banyak lagi. Semua ada butik tiruan masing-masing. Bukan main campak atau longgok saja. Though tiruan tapi material bagus.








Macam-macam benda boleh dapat kat sini. Lampu tidur pelbagai gaya. Nak lampu yang boleh buat jadi langsir pun ada. Senang cerita korang hanya perlu sediakan duit saja. Barang-barang metal yang rare dan pelik pun banyak. You know certain men suka beli things yang boleh sangkut kat belt or wallet macam keychain. Usually yang ada fashion taste ganas sikit selalu buat macam ni. Aku tak tahu the exact term. Banyak gila kat sini. Beli semua borong sangkutlah puas-puas. Ceramic pun sangat banyak pilihan. Dari pinggan ke mangkuk ke cawan semua ada. Semua comel sangat. Boleh beli buat koleksi peribadi or as souvenir. Accessories pun disinilah kalau nak borong. Kalau korang memang jenis hantu klip rambut dan benda-benda yang boleh letak kat kepala silalah datang sini. Aku pernah beli few things padahal pakai tudung. Cannot resist. Too cute and cheap.

MASSAGE PARLOUR DI BATU FERRINGHI

Antara reason kenapa kami ke sana that night adalah untuk ke salah satu massage parlours yang banyak di Batu Ferringhi. Selain daripada melaburkan duit disini, korang boleh datang untuk urut kaki or whole body. It is up to you. Once in a while apa salahnya treat badan dengan simply simple massage, dah teruk sangat kita gunakan badan kita seharian. Alasan sangat padahal memang saja nak menggedik kena urut. Dengan hanya RM20 korang boleh dapat urutan kaki selama setengah jam with extra shoulder massage dan fish spa. Aku suka fish spa. Biasalah awal sepuluh minit tu geli-geli bila ikan yang toothless tu semua mai gigit manja. Aku kongsi rahsia sikit. Masuk any massage parlour and buat tauke kedai tu macam kawan. Acah la sembang macam dah kenal lama. Lepas tu datang lewat sikit. Around pukul 11.30PM hingga 12.00AM. Time sayup macam tu mesti dapat harga lagi murah. Tapi if you are a girl and alone jangan berani terlebih sangat nak pergi tengah malam. Tak balik kang.


Aku, Onni dan Yantai saja rela di massage. Ciqen dan Neddy duduk menunggu. Boleh request nak tukang urut perempuan. Kalau nak zone tertutup pun boleh. Jadi tak ada masalah nak selak sana sini. Selesai massage marilah kita pulang ke pangkal jalan. Mode zombie kembali on. Sampai hotel terus solat Isyak dan layan movie sekejap plus gosip sebelum aku sedar semua orang dah tidur. Bila mula pengsan pun aku tak sedar. Lastnya aku tutup tv dan buka sikit pintu toilet. Gelap gelita seram sejuk pula. Good night everyone.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com


You may also like

52 comments:

  1. Fuh pack betul jadual siti jln2 penang. Best betul night market kat batu ferenggi ni...serius x tahu ada night market. Mmg sungguh2 la boleh cuci mata dan cuci poket sekali.

    Massage kaki dgn bdn akk suka. Bila lg nk belai manja diri sendiri...banyak syok ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena pack Kak Sue.. bebudak ni semua mai jalan 2 hari saja.. masing2 kena balik KL balik sbb kerja. so i need to squeeze everything dalam masa dua hari hihi..

      Delete
  2. jatuh hukum wajib gitu. haha!
    lama giler tak p penang. last p sana masa abg study matrix kat kepala batas. adalah dlm 10 tahun kot. huuuu!!!

    btw tira follow blk. thanx sudi jejak blog tira :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tudia haaaih da 10 tahun da dik non.. mari mai penang akak bawak jalan2 acececeh..

      Delete
  3. tak pernah berurut kaki dispa...sedap agaknya diurut dgn pakar kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi tak adalah pakar mana tapi boleh la tahan.. urut manje hihik..

      Delete
  4. Akak tak pernah pi lagi tempat ni...nanti nak terjah la..mungkin sebab malam je ada tu yang tak pernah pi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. a ah malam je bukak.. kalau siang kedai2 biasa lah yang memang kat lot kedai..
      malam la mai meriah.. tak panas =D

      Delete
  5. Kat sini kena pandai la tawar menawar..tambah tempat pelancongan...mau mati2 dia orang buh harga.padahal barang ciplak ja pun

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul-betul tapi kira berbaloi juga.. kalau pandai buatla drama kan..
      kot boleh dapat murah..

      Delete
  6. Rindnya nak pergi market yang macam ni~

    ReplyDelete
  7. promote macam dapat share.. hahaha... inshaallah... nanti owner dia baca entry nie, dapat la share tu.. wakaka

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi huntong bebenar kalau owner baca =D

      Delete
  8. hahahaha kalau sy pergi time tu, kena urut alamatnya terlelap smpi esok ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. uuuish bahaya tu.. tak gerenti kalo bangun kat tempat yang sama ke tidak =P

      Delete
  9. klau dtg sane nanti..nak cri akak... nak culik bawak pi jalan penang..hihi

    ReplyDelete
  10. x penah smpai lg night market tp suami asik dok ajak.akak je malas...hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaahai nape ? best lepak sini.. hehehe.. selalu perempuan rajin
      pi tempat macam ni..

      Delete
  11. night market?? oh my.....takut sy tlg tutp kedai kang....menyoping x hengat hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak.. kalau gitu bahaya ni.. nanti semua kena borong =D
      senang hati tauke..

      Delete
  12. mamiZ hambat? pesal mami tak suka abam mata biru? kalau mata merah dia nak? eheheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. abam mata merah ? eeerk vampire ke ? hensem macam edward dak ?

      Delete
    2. Susahlah kalau dapat abam mata merah. Nanti siang kena memerap dalam umah je....tak leh kena panas.

      Delete
    3. huuuurm dia sajalah memerap.. CT pegi merayap lalalala..

      Delete
  13. ada ke yg berani pegi mengurut tengah malam..itu cari PASAL namanya haahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehe kalau ramai yang pergi okay lah.. kalau sorang dua tu lupakan saja..
      memang cari pasal hihi..

      Delete
  14. kak siti, bestnya massage2 ni....nnt kita balik msia, yuk gi same2 nk...kita xpernah gi massage dengan spa... nak tau jugak perasaan dia tuh :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. cepatlah baaaalik mai jalan sini =D kita lepak lepak tepi pandai miahaha..

      Delete
  15. Lot of thing to shop.. hehe.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul.. mai sini kalo poket kering memang seksa jiwa hihi..

      Delete
    2. merana lah hati gi jenjalan poket kosong.. sob sob.. heeee

      Delete
    3. ehehe memang pun. yang duduk dekat ni pun merana
      kalau datang sini tak berduit..

      Delete
  16. Assalam CT,
    ooohooooooooooooiiii
    dah dekat 4thn akak tak jejak kaki kat Feringhi night market he3
    memang soooookaaaaa datim kat situ dedolu
    sopin2, makan2, cuci2 mata :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaaai kak.. duduk belah sana dekat saja.. pi pi jalan sana pulak bawak boboboy tu..
      pi shopping hahaha.. xkan time detim je miaahaha..

      Delete
  17. banyaknya pilihan seramik..macam2 ada.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. a ah Kak Wana.. memang banyak and macam2 jenis..
      rambang mata tau hahaha..

      Delete
  18. Memang rambang mata pergi night market ni. Macam-macam nak beli

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh miskin tau Mama ooooi datang night market fringghi ni..

      Delete
  19. Perghh rambang mata ni kalu duk dekt ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaaa mujur duduk jauh kan ? kalo dah tiap-tiap malam datang nyopping..

      Delete
    2. hsrus shopping sakan

      Delete
    3. hehe kena jimat-jimat jugak..

      Delete
  20. Okayyy.. rasa mcm nak p je situ... hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehe memang kena pegi la CN.. kalo spend nights kat penang.. kena singgah..
      sediakan duit saja kepok2..

      Delete
  21. Banyak pilihan dekat markettt tuuu. rasanya kalau Wardah pergi tuuu maunye habis berbakul bakul duit. hahaha. XD

    massage RM20 sahaja?? 30 minit lak tuuu. bestnyaaa!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. massage tu kena ikut nasib lah.. kengkadang time dia tak murah hati mahal laaa sket..
      kalo tengah lucky dapat la murah.. but usually harga dia lebih kurang saja..

      Delete
  22. kt sini tempat wajib kalau mai.. hahaa. beli mcm2

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan.. boleh jatuh miskin kat sini ahak ahak..

      Delete

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.