TRIP GENG BULAT 2015 | PULAU PINANG PART 4 - MAKAN IKAN BAKAR DI HAMMER BAY | SITI.YANG.MENAIP

TRIP GENG BULAT 2015 | PULAU PINANG PART 4 - MAKAN IKAN BAKAR DI HAMMER BAY

/
88 Comments
March 21, 2015
Entri sebelumnya di SINI.

TRIP GENG BULAT 2015 | PULAU PINANG PART 4 - MAKAN IKAN BAKAR DI HAMMER BAY. Sambung cerita dari entry lepas. Aku dah give up cari parking. Memang tak nampak bayang langsung untuk dapat parking at that time. Matahari pula elok mencanak atas kepala. Panas sampai tahap boleh buat pening kepala. Eloklah kami semua balik ke hotel. Semua pun dah macam zombie termasuk aku. Mata rabak while memandu. Sendiri pun tidur tak cukup. Balik hotel masing-masing ambil port. Aku kononnya nak baring sekejap before mandi nak solat Asar. Bukan Asar yang lebur, cita-cita untuk mandi yang lebur. Aku rasa tak sampai sepuluh minit aku letak kepala aku dah hanyut masuk dreamland. Aku tak sedar apa. 6.30PM aku terjaga itupun sebab MamiZ call. Aku sedar bilik gelap and sunyi sepi. Semua pun sama-sama hanyut. Aku pi solat Asar then kejut yang lain suruh pi mandi dan bersiap. Lepas Maghrib nak gerak keluar cari makan. Memang nyenyak sungguh tidur. By 8.00PM kami dah siap sedia nak keluar. That night kami decided untuk makan seafood sepuas-puasnya. Part makan memang kami nombor satu. Sehati sejiwa.

TEMPAT MAKAN SEAFOOD BEST DI PULAU PINANG - HAMMER BAY

 

Kat Pulau Pinang ni banyak sangat kedai yang jual seafood. Mana-mana ceruk pun ada. Aku memang nak bawa kawan-kawan Geng Bulat ke Hammer Bay. Dari Georgetown, korang hanya perlu drive ke Bayan Baru atau lebih tepat drive saja ke arah Queensbay Mall. Nak solution paling senang hanya key in saja Hammer Bay dalam GPS. Terus sampai. Tapi ada one incident kelakar terjadi while kami dalam journey ke Hammer Bay. Seronok sangat aku bersembang sampai aku terlajak simpang maka terpaksalah naik Jambatan Pulau Pinang sekali lagi. Sepatutnya dari Georgetown aku kena ambil susur ke kiri untuk ke Bayan Baru tapi aku dengan yakin drive terus saja. Bersiar-siarlah sekejap. Dah terlajak naik jambatan mana ada tempat nak u-turn. Terpaksa drive sampai ke seberang dan u-turn di sana. Bayarlah another RM7. Jadi korang jangan kuat berangan dan bersembang macam aku okay. Kawan-kawan bersembang tak apa. Driver kena stay alert dengan pemanduan.

Dari hotel lagi kami dah fikir nak order apa. Kena tanya semua orang. Walaupun sehati sejiwa suka makan tapi selera still berlainan. Sakan sungguh aku dengan Onni memilih. Yang lelain ikutkan saja. Sediakan perut dan duit. Masa nak pilih Onni kata pilih saja asalkan hati senang. Pejam mata dengan harga sebab sekali sekala saja dapat berkumpul macam ni. Dulu masa belajar selalu juga kami laburkan duit makan seafood di Jeram. Seronok duduk makan dekat Hammer Bay. Dekat tepi laut dan dekat dengan airport juga. Jadi kapal terbang yang berlepas memang lalu atas kepala. Boleh nampak dengan jelas. While tunggu makanan sampai habis macam-macam cerita kami buka. Ada yang kelakar ada yang serious teringat balik kenangan lama.










Overall semua makanan adalah sedap. Hammer Bay memang tak pernah mengecewakan setakat ni. Aku memang suka Udang Masak Butter kat Hammer Bay. Tak oily sangat. Certain places masak siap ada kuah bagai. Not really my taste. Ikan Pari Bakar pun unexpectedly sedap. Tapi aku sedikit sedih. Usually aku order Sotong Goreng Tepung untuk tiga orang makan memang banyak. Sesuai sangat kalau nak makan berlima. Tapi that day kami dapat small portion. Aku makan seorang boleh habis. Curious. Mungkin tersilap hantar tapi kami diamkan saja. Makan sajalah apa ada. Malas nak besar-besarkan cerita. Time makan semua senyap. Memang ada kawan-kawan kami yang lain pernah kata. Nak tengok Geng Bulat senyap, time makan is the only time yang kami akan senyap. Focus sungguh. Aku harap masing-masing puas hati. Nak udang dapat udang. Nak sotong dapat sotong. Nak ikan bakar pun dapat. Alhamdulillah.

Total kami makan that night was actually RM209 tapi abang kaunter kasi diskaun katanya. Jadi total adalah RM190. Sengih habis bila dapat diskaun. Dengan harga itu untuk semua makanan yang kami makan aku boleh kata sangat berbaloi. Tapi tak boleh selalu. Sekali sekala saja. Selalu makan seafood pun bahaya juga. Bahaya untuk kesihatan poket anda. Lepas masing-masing dah kenyang macam ular sawa kami teruskan perjalanan untuk ke next destination. Malam masih muda. Apa barang balik hotel awal-awal tak rock. Marilah cuci mata tengok abang-abang omputih yang hot-hot pula.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com


You may also like

88 comments:

  1. comelnya bila tengok pakaian sedondon..lebih2 lagi dengan geng sekepala..memang nampak sweet tau..hihik

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi kitorang jalan2 org pandang je.. mesti ingat tah dari lubuk mana mai =P

      Delete
  2. wow, best giler makan seafood..terliur betul tau kak wana tengok macam2 menu yang sedap2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat kk pun heaven seafood kan Kak Wana.. hihi..

      Delete
  3. Ya Allah, terliuq aih tgk mknn yg siti order tu...jd lapar balik..

    Pki seluaq sedondon cute sgt akk tgk...enjoy life sewaktu masih single ni..best ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. skali skala bleh la gini Kak Sue.. hari2 poket sakit kita pun bleh kena gout..

      comel kan yes i know ahaha..

      Delete
  4. wah..sedap2 semua tu..cukup ke banyak tu...kalau akak 4,5 orang banyak tu tak cukup..ahhahahh...nampak sangat akak tengah lapar ni..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaha cukup kak.. jangan order banyak sngt. ikut kapasiti perut.. time order nampak sikit haaa skali smpai tudiaaa..

      Delete
  5. Cakap hammer bay cik nun hanya bayang sotong celup tepung ja!!!tiap minggu leh kata pergi makan kat hammer bay nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah kayo Cik nun... selalu bonar makan seafood... hehe

      Delete
    2. Hahaha...mana ada PLM...pergi semata2 makan sotong celup tepung ja.hahaha..tak order yang lain pun

      Delete
    3. aaaa penuh sungguh poket Cik Nun every week hammer bay.. call CT please.. skelip mata i rempit naik second link nak p makan ngan Cik Nun..

      Delete
    4. Nanti kita set date ek.hehehee

      Delete
    5. eehhehe okay okay.. Cik Nun banje wakakaka..

      Delete
    6. Stakat sotong celup tepung boleh jer...hehehe

      Delete
  6. Replies
    1. hihi penang memang makanan semua sedap =)

      Delete
  7. Sini, sini.. Kite angkat tangan...
    Naik jambatan lagi sekaliii.. tak apa, ambil mood angin dan laut lu sblum nak mkan seafood..
    One fine day, nak menjejak jugak ke Hammer bay tu.. Tergugat iman baca entry CT memalam cenggini..
    Telan ayaq liuq dah nii... lapaqq.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. yahuuu ada yang angkat tangan hihi.. so xdela i citer syok sendiri sorang2 kan =P

      tulaaa bleh plak trlajak naik jmbatan.. mujur first link hihi pendek je.. kalo trlajak naik second link punaah lebur..

      Delete
  8. Sedapnyer tengok semua lauk pauk tuh. terasa bagai mau ke sana jugekkk :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mari mari.. jangan tak mari..
      btw.. nape tak boleh nak komen balik kat blog akak eh ? da isi dah semua2 tu tp still xleh post..

      Delete
  9. Baru tahu dekat Penang tu ada tempat nama Hammer Bay! *buat-buat tak nampak seafood tu*

    ReplyDelete
    Replies
    1. miahahaha Hammer Bay ni nama kedai yang.. area Queensbay Mall.. kat sini ada tiga kedai seafood. bleh plih nak mkan katne tp hammer bay la paling famous..

      Delete
  10. Seronoknya jalan-jalan, makan-makan. Tapi bagus, seronok macamana pun, solat jangan diabaikan. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you KakCik tolong ingatkan.. insyallah memang tak lupa.. =D

      Delete
  11. Sedap nya...awak...Kitew orang Penang tapi tak ada time pun nak g jalan2 sambil makan macam awak tu..Sedih kan...hukhuk

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi kite pun skali skale jew.. bila kawan2 dtg cemni o bila adik spupu balik cuti.. kalo dak kite terperuk dalam rumah jeee..

      Delete
    2. lepas ni boleh la lepak Mydin Parit Buntar kan.

      Delete
    3. hihi rajin ke nyinggah situ ? CT jarang.. skali skala je..

      Delete
  12. RM190 dengan diskaun wowww...mmg meriah dgn menu dan makan ramai2...terliur tgk

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.. bila dapat diskaun lagi rasa makanan tu bakal dihadam dengan baik.. bila nak mai penang Kak Julia ?

      Delete
  13. selamat ronda2 jmbtn...hihihi...

    tgk mknn tu...waaa...terlioq

    ReplyDelete
    Replies
    1. adus adus perlian itu menikam kalbu ahahha..

      haaaa mmg nak goda uols mai datang jalan penang makan2..

      Delete
  14. akak angkatbkaki..adeess kempunan nk mkn tgk Ct tunjuk ni... sedondon comel la

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaa alaaa Kak Ekin janganla gitu.. hihi tak banyak pun entry makan.. skali skala je hehe..

      comel ? yes memang da tahu da hahaha..

      Delete
    2. Yup kempunan ni... hihihi.. yup comey semuanya

      Delete
    3. hahaha malu itew la macam ni..

      Delete
  15. woooww makanan diaa boleh buat lapar sepanjang masa ni. udang masak butter tuu grrrr. gerammm. ekekekeke

    ReplyDelete
    Replies
    1. udang butter kat hammer bay ni so far yang CT rasa paling sedap stakat ni.. sbb tak pernah rasa kat tmpt lain lagi hak hak..

      Delete
  16. Assalam siti,
    kaaaaaaaannnnnnnnnn3
    akak pun tak soka udang butter hat berkuah bagai tu tau3
    selalu akakmakan kat nurul ikan bakor
    nanti nak try hat hammer pulop :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. nurul ikan bakar kat mana ? akak penah makan dak kat port ikan bakar kat tepi bangunan polis maritim tu ? ape eh.. din kot.. penah dak ?

      Delete
    2. Tepi maritim???hat tepi higway tu kaaaaaaaa???
      tu dekat nurul la tu
      ada idrues ikan bakar & lagi satu kedai tak tau nama he3

      Delete
    3. haaa tepi highway tu la.. yang turun2 jambatan je terus ada medan ikan bakar..
      oooo sedap dak situ ? tak pernah try hahaha..

      Delete
  17. Assalam siti,
    eh3
    lopa pulop nak tanya
    LOBSTER itu uols tak tray kaaaaaaaaaaaaaaaa?
    he3
    akak nengok rege dia mak haaaaaaaiiiiiiii
    dari macam2 negara lobsternyer yer dop he3
    GERAM iols tau3
    tapi tunggu sikit kayo he3

    ReplyDelete
    Replies
    1. idaaaak le nak try lobster.. merembes air mata kang sepanjang malam.. hihi.. pe kata try lobster kt kedai seafood thai kat fringghi tu ? tepi the ship.. lobster idup2 besaq lengan dok ada..

      Delete
    2. Haaaaaaaaaaa????
      kat Feringghi????
      hat kat hammer pun berhaktuih3 kali akak dok mikior nak try ker idok
      dari tahun 2012 tau dok mikior :P
      ni kan pulop nak try hat kat the ship
      kang lepaih makan teruih naik ship nalek india :P

      Delete
    3. bukan suruh makan kat the ship.. kedai seafood tepi the ship hahah..
      masuk the ship keluar semua mengemis hahaha..

      Delete
  18. Penah plan nak p makan kat situ, last minute tak jadi.. ntah bila nak p pun xtau..hhaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaaahai nape tak jadi ? kena plan lain la kasi jadi..

      Delete
    2. kena plan sampai jadi pulak la..

      Delete
  19. aduh dik...kecur air liur akak nampak sotong tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak alamak hihi.. tu maknanya akak kena datang penang jalan2..

      Delete
  20. nak gambar abam-abam omputih hot-hot please...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaha tak de la gambar diorang.. kami buat cuci mata kami kami je hihi..

      Delete
    2. adalah yang hensem.. ada yang biasa2 hihi..

      Delete
  21. sotong mahal kot siti...
    hepppp...camna leh dapat diskaun? rm20 jugak tu...lepas duit air..

    ReplyDelete
    Replies
    1. selalunya kalo ngan orang lain dapat banyak. ni mmg macam orang lain nye order.. sbb lepas tu kami p lagi ngn family. bnyk je dapat..

      Delete
  22. hokayy...seriyes jelessss...tgk makanan penuh 1 meja.....bab makan memang no.1...hahhahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe boleh geng cem ni.. bab makan memang ramai bersatu ^^

      Delete
  23. bestnya ..jalan-jalan tengok pemandangan..cari makan

    Jom Vote blog acik bagi msmw

    ReplyDelete
  24. hahahaha... sama laa kita kalau da bersembang smpi x igt dunia... penah sy bersembang tau2 je da termsk highway...mmmm melayang RM2...;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. RM2 x apa lagi.. ni RM7 miahahaha.. lepas nescafe dua tin ahahaha..

      Delete
  25. syoknyeee lagi2 makanan tu... semua lauk feveret tu..aduhhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. syok part makanan je kan ? pi mana2 pun tang makan memang best..

      Delete
  26. perlu baca entri sebelum ni baru dapat flying kiss...x aci tul hiksss

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes yes.. kena pi baca entry lepas dulu =D

      Delete
  27. nak ikan bakar dapat, nak sotong dapat, nak udang dapat...sis JM nk ikang duyung boleh?

    ReplyDelete
  28. haaa....RM190 lepas discount? ...still murah eh....aduyai! kalau sis JM pikir 10 kali nk makan situ..cheapskate huhuh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. untuk amount makanan yang kami ambil memang dah murah abes tu..
      skali skala boleh la Akak JM.. selalu memang kayap..

      Delete
  29. Replies
    1. suka Cik Arnab makan ye.. bila nak mai makan lagi ? hihi..

      Delete
  30. Berangan sangat tu sampai terlepas simpang. Sedapnya semua makanan tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. adus hahaha.. jangan brangan2 while driving okay =D

      Delete
  31. CN laparrrrrr tgk mknan tu. hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe kalo ada budget lebih marila makan kat sini CN oooi..

      Delete
  32. Sambil baca sambil menjejes ailio. Murah lah ☺

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehe jangan le gitu =P mai kita lepak makan2 mai..

      Delete
  33. wah , byk tu hidangnnya . klu utk 5 org mcm x cukup jer ... heee ... rm190 bagi 5 , still murah lagi tu ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. cukup Vee cukup.. kami senak perut nak habiskan..
      walaupun kami ni kuat makan tapi surrender jugaklah..

      Delete
  34. sedap2 nampak semua makanan tu..rasa lapar lak sekarang..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe memang.. kadang tengah menaip sendiri telan air liur =D

      Delete

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.