Sunday, 22 March 2015

TRIP GENG BULAT | PULAU PINANG : CHOWRASTA

TRIP GENG BULAT | PULAU PINANG : CHOWRASTA


Entri sebelumnya di SINI.

Nak habaq mai kat hampa semua. Lepas pusing area Street Art aku dikejutkan dengan satu berita kurang gembira. Dari jauh nampak dah sekeping kertas melekat kat wiper kereta. Tau dah tau dah memang aku tau sangat dah kenapa. Kena saman lagi la der !! Syukur tak mahal macam kena kat Kuching dulu. MPPP memang berkenan sungguh dengan kereta aku. Dalam Pulau Pinang ni saja entah berapa kali dah aku kena saman. Pantang nampak kereta aku mesti MPPP berbulu. Laju nak menyaman.

Tapi salah sendiri juga. Jalan hari weekdays. Memang kena tayang kupon. Aku pula buat jalan tu macam jalan ayah aku. Dah terkena baru sedar. Baru kalut nak pi beli buku kupon. Tak mau lah nanti kena saman lagi kat next destination.

Dah !! Nak sambung cerita lagi.

TEMPAT MENARIK DI PULAU PINANG : CHOWRASTA


                                     

6) CHOWRASTA. Kalau ikut itinerary yang aku dah siapkan kami seharusnya pergi makan lunch. Tapi masing-masing katanya belum terlalu lapar. Jadi skip lunch dulu dan terus ke Chowrasta. Aku selalu parking kat sebelah balai polis kalau singgah di Chowrasta. Senang dan tak terlalu sibuk. Dah beli kupon parking kan ? Haaa tayanglah apa lagi. 

Cuaca memang panas. Menyengat sungguh rasa kulit. Eloklah aku pun tak pakai any make up cream or what. Kalau tak jenuh cair. Sediakan tisu banyak-banyak. Di Chowrasta ada banyak juga aktiviti yang korang boleh buat. Salah satu tempat tumpuan pelancong adalah Chowrasta. Wajib juga korang letak Chowrasta as tempat wajib jejak kalau sampai di Pulau Pinang.



AKTIVITI-AKTIVITI YANG BOLEH DILAKUKAN DI CHOWRASTA


Antara aktiviti yang korang boleh lakukan adalah shopping souvenirs, tshirt, makan street food, borong pelbagai jenis jeruk dan macam-macam lagi. Antara benda yang aku wajib beli kalau singgah Chowrasta adalah buah berangan. Kat tempat aku tinggal or kawasan-kawasan sekitar susah sungguh nak jumpa orang jual buah berangan. Ada jual kat sini haruslah beli. Share dengan Yantai sebab dia suka makan buah berangan juga. Onni dan Neddy tak pernah makan. Aku dan Yantai dalam usaha nak paksa both of them rasa buah berangan panas-panas baru keluar kuali.

Onni nak beli tshirt katanya. Nak survey dulu. Aku rasa memang tshirt yang terjual di Chowrasta adalah yang termurah aku pernah jumpa di Pulau Pinang berbanding tempat lain. Pilihan juga banyak. Kalau kena gaya memang boleh dapat murah. Bergantung pada tahap kepakaran korang semua bargain harga. Makin maju Pulau Pinang, makin Chowrasta kian dilupakan. Banyak lubuk souvenirs dah dibuka. Sebab tu kalau korang pandai tawar-menawar, aku yakin korang boleh beli souvenirs dengan harga yang murah.




MamiZ cerita dulu zaman kami sekeluarga datang duduk kat Pulau Pinang memang kat sinilah dia dan DediS selalu datang shopping baju untuk aku. Zaman 90-an dulu mana ada shopping mall lagi. Kiranya kat Chowrasta ada everything untuk keperluan masyarakat setempat. Tapi sekarang zaman dah bertukar. Tempat ni tak meriah macam dulu. Ramai yang datang adalah orang-orang setempat yang dah berusia. Orang muda mana nak layan tempat macam ni dah.

Other than tshirt yang murah, korang boleh borong shawls dan blouses yang cantik juga. Aku pun baru notice ada banyak kedai jual baju-baju kemeja for ladies yang quite okay. Kalau korang jenis pakai blouses memang sesuai juga datang. Kenyit mata sikit hopefully dapat harga lebih murah. Dengan syarat janganlah demand barangan branded untuk terjual disini. Bagi aku, harga yang ditawarkan sangat bersesuaian dengan kualiti. Tak lama pun kami dalam bangunan tu. Cuci-cuci mata sekejap dan keluar.

MAKANAN 'STREET FOOD' DI SEKITAR CHOWRASTA


Sekitar Chowrasta ada banyak kedai-kedai makan yang dibuka. Ada peniaga Melayu, Cina dan India. Sangat sesuai untuk semua golongan dan lapisan masyarakat. Kami terus berjalan sampai ternampak orang jual cendol. Apa lagi ? Jadi tempat pit stop sebentar. Tak ada tujuan yang specific pun. Memang bercuti gaya santai.




Di kawasan sekitar Chowrasta ini juga ada another penjual cendol yang famous iaitu Teochew Cendol. Tapi penjual cendol adalah berbangsa Cina. Menurut kawan aku dah dijamin halal. Orang beratur memang panjang kalau Teochew Cendol tu buka. Aku tak pernah try sebab DediS memang dah pesan jangan makan. Kita ada pilihan lain orang Islam jual jadi belum jatuh hukum terdesak untuk makan cendol disana. 

Jadilah cendol pulut kat abang ni haaa.. Onni dan Yantai kata sedap. Aku tak minat cendol.

Jalan lagi jumpa another lorong. Lots of street food. Aku singgah nak beli kuih vadey sebenarnya. Baru lepas goreng. Panas-panas sedapnya. Very the crunchy gitu. Then Ciqen nampak ada orang jual laksa. Dia memang suka makan laksa. Dari sebelum sampai Pulau Pinang dia zikir kata nak makan laksa. Jadi kami decided untuk duduk lepak while waiting for Ciqen dan Yantai makan laksa.





Sedap katanya. Sampai licin laksa tu dikerjakan. Kami yang tak minat makan laksa just beli-beli kuih yang terjual. Kat lorong ni ada banyak pilihan makanan lagi. Ada pesembur ada nasi kandar juga ada ABC dan macam-macamlah. Aku pun tak pernah melepak makan kat sini. First time juga hihihi.

BORONG JERUK MURAH DI CHOWRASTA


Then bermulalah aktiviti memborong jeruk lepas masing-masing dah kenyang. Aku memang akan suggest untuk korang beli jeruk di Jeruk Madu Pak Ali. Kat Chowrasta ada banyak kedai jeruk. Bukan kedai Pak Ali saja. Ikut suka korang semualah untuk decide beli di mana. But one thing yang aku suka tentang Jeruk Madu Pak Ali is kalau makan banyak mana pun mesti tak sakit tekak dan tak batuk. 

Beli jeruk di Chowrasta adalah lebih murah berbanding tempat lain. Beza dalam RM5-RM10 juga tau kalau korang beli kat tempat lain. Sebabnya Yantai ada singgah few shops kat area Batu Ferringhi untuk top up jeruk yang dia beli. That time kami discover harga di Chowrasta jauh lebih murah. Aku biarkan kawan-kawan aku borong jeruk. Actually jeruk Pulau Pinang boleh dijadikan souvenir paling senang untuk kawan-kawan pejabat or jiran sebelah rumah. Hulur saja jeruk dah diam. Selesai semua kami nak menapak pergi. 


7) PENANG 3D TRICK ART MUSEUM. Next destination kami adalah Penang 3D Trick Art Museum tapi hazab sungguh nak cari parking. Aku pusing kawasan yang sama tiga empat kali still tak ada parking. Plus dengan cuaca yang panas memang membantutkan sikit keinginan nak singgah. Tengah gigih cari parking aku notice semua orang dah pengsan. Cis !! Aku membebel seorang diri rupanya. Hahaha..

Penat kawan-kawan aku balik kerja terus gerak datang Pulau Pinang. Huuurm..

Lastnya aku decided untuk balik ke hotel. Biarkan kawan-kawan aku semua berehat. Dah macam zombie aku tengok. Mata masing-masing kuyu tapi nak berjalan. Marilah kita pulang dan tidur. Malam nanti kita sambung jalan-jalan dan makan. 

Okay ? Okay.

-SITI YANG MENAIP (SYM)-

Reach me via email at :
sitiyangmenaip@gmail.com

78 comments:

  1. Kena saman lagiiii????? Ohhhhh! Nangessss!

    ReplyDelete
    Replies
    1. iyeeee ahaha.. kat georgetown mmg CT slalu kena saman..

      Delete
    2. kat melaka pun samaaaaa, kalau terlupaa ting tong ade laa saman yang kene byrr. seremban punn. XD

      Delete
    3. hahaha.. dimana2 skrang ni. jadi kena always prepare kupon parking..

      Delete
  2. Makan buah berangan nanti kuat berangan!

    ReplyDelete
  3. Chowrasta tu cemna nak gi! Map
    Please!

    ReplyDelete
    Replies
    1. google lah akak.. p Koya pandai ja carik..hahahaaaa

      Delete
    2. Sebab nak bermanja! Ha Ha Ha...

      Delete
    3. bhahaha tudia direct QA sound =P bhahaha.. set dalam GPS je SS.. kalo senang park kat parking lot depan nasi kandar line clear.. port lain kena standby ada pluang abam polis saman..

      Delete
    4. Henpon SS tak canggih... X de gps! He he he...

      Delete
    5. poyo gila henpon tak canggih..!!

      Delete
  4. Replies
    1. bhahaha SS ske cendol ke ? iols is kureng sket.. tp air gula dia tu ske la hahaha..

      Delete
    2. cendoll paling sedap kalau dapat masa tengah terik macam tuuu. faveee. laksa pun faveret!

      Delete
    3. haaaa usually orang ske laksa mesti ske cendol..
      sebab tu akak x minat cendol kot.. x suka laksa juga ahahaha..

      Delete
  5. rindu nak p carosta... kalu dlu bila abis kelas jer mesti naik bas mini p komtar, carosta ngn kengkawan... tapi skang wlupun stilll study kt usm, langsung belum pernah p ngn famaily... masih da lg cendol n chestnut kt situ... hehe... dh sepuluh tahun berlalu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. aaa bas mini penang mmg famous kan ? tapi CT tak penah naik ehehe.. dlu kan ada yellow bus xtau ada lagi ke dak.. famous tu dr balik pulau p georgetown..

      p la jenguk kalo ada masa.. imbas kembali kenangan..

      Delete
  6. laksa peneng mmg terbail selain laksa kelantan...sedap..entri ni banyak makanan...lapor tetiba

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selain tak abis2 menaip... Cik CT kite ni duta jalan2 cari makan! He He He...

      Delete
    2. yes..!! mai penang kalo nak makan laksa kena p laksa janggus balik pulau.. baru kena hehehe..

      tula.. xde ke producer mana2 nk amek i jadi host ? nak jadi host program makan makan..

      Delete
  7. lama dah tak rasa buah berangan...huhu..nanti kalau p penang dah tau dah,dah taw mana nak p nie..hehehh

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan.. usually pun mmg orang cina yang jual.. diorang ske makan kan.. kat area sberang mmg tak la nak nampak org jual..

      Delete
  8. Laahhh, kena saman lagi ke tuu.. hehhee..
    Laksa Penang, Jeruk Madu Pak Ali, Pasembor pemes... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. bhahaha mmg da lali da kena saman kat georgetown. bayaq je la kali ni ngaku salah.. mmg x letak kupon hihi..

      Delete
  9. Buah berangan tu mengiurkan betul...seronok bercuti mcm ni...mai laksa satu heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. mailaaa penang Kak Julia.. bleh makan laksa puas2..

      Delete
    2. rasa buah berangan tu macam mana?

      Delete
    3. aaa tak reti pulak akak nak explain.. kalo ada jumpa Wardah beli k..

      Delete
  10. siap topi bagai...mmg pelancong betoi2 ni...hihihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. mood tourist katanya.. yang bertopi tu kena enjoy.. dia yang nak kawen hihi..

      Delete
  11. Apasal makanan dekat Penang ni semua nampak sedap? Nangis T_____________T

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sedap sedap pun Farah.. make sure balik malaysia nnt mai penang k..

      Delete
  12. Buah berangan...sedap tu dah lama tak makan...susah betul nak jumpa huhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg susah sngt.. brapa kerat je org jual.. kalo singgah sni mmg buah brangan dalam kpala siap dah..

      Delete
  13. CT..CT.. blh dak bawak ai p jalan2 penang.. hahahaa..
    (sambil buat muka seposen)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aikkk... Orang Penang mintak Orang Penang jadi tour guide.... Lagi dasyat!

      Delete
    2. eh, salah.. ai orang Kedah lorrr.. Penang ni belum panas bontot lagi duduk..

      Delete
    3. boleh boleh QA mai laaaa jalan sini.. tapi uols kena book i awal2 miahaha.. i hot stuff slalu kena booking =P

      Delete
    4. SS : ahahha QA pun nak manje manje miahaha..

      Delete
  14. rugi la tak suka cendol hehe mkn musim panas mmng terbaik sedap!

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak buek cem mano.. kenot go kat tekak ni haaa.. tapi tapi.. CT suka air gula ngan santan tu.. yg ijau tu je CT tak suka..

      Delete
  15. Assalam siti,
    laksa tuuuu memang sooooodaaaaaaappp hokeyh

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak !! da penah try laksa tempurung ? kat teluk kumbar kan ? ke apa tah nama tmpat tu..

      Delete
    2. Assalam CT,
      udah settle :)
      ni entry :
      http://aryshafayyadh.blogspot.com/2015/02/laksa-tempurung-teluk-kumbar.html

      Delete
    3. haahaha laju =D dulu first time p cari kedai tak jumpa.. second time pi tutup pulak..

      Delete
  16. Assalam siti,
    haaaaaaaa
    hat kueh2 india situ pun sooooooooooodaaaaaaappp
    akak selalu beli tau3
    tapi nak pi situ kena rempit dengan hubby iols laaaaaaaa he3

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg kalo lalu singgah jap.. mmg nak rembat kueh.. ritu tingin nak try manisan tu tp
      x brani..

      Delete
    2. Assalam CT,
      akak memang tak boleh telan manisan2 india ni
      bau minyak sapi hover sangat he3

      Delete
    3. hihi tapi dulu adalah penah makan.. ada yang sedap..
      memang ada yang extra oily.. rasa kuih talam tepung suji hahaha..

      Delete
  17. Assalam siti,
    akak lagi ni he3
    saja ja motip komen bebanyak2 ni he3
    looooooopaaaaaaaaa nak kabor
    kat sebelah gerai laksa tu ada gerai juai cucoq udang
    PEMES AMOS tau
    one of the best in Penang hokeyh :)
    next time sila try naaaaaaaaaaaaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. eeeh laaa ye ke ? ritu mmg ingat nak try gak tapi x jadi.. sbb perut dah full.. minom air bnyk sngt.. ok noted ^^ next time try makan situ lak..

      Delete
    2. ritu pi singgah kejap ja.. nak beli ais tingkap pun tak sempat..
      pi singgah kat jeruk pak ali jee hahaha..

      Delete
  18. pestaim jugak dgr chowrasta....skg mkin byk shopping mall kan...so tpt lama dah makin dilupakan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. uuuish nangis orang penang kalo baca ni.. sampai hati first time dengar ahahaha..
      iyelah dah nama pun tempat lama kan.. ditelan zaman. ceeewah =P

      Delete
  19. hokayy...jeles lagi tgk cendol...adehhhh...huhuhuh

    ReplyDelete
  20. time panas2 ni pekena cendol......heaven!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. uuuuish tudia tudia.. dah la sekarang selalu panas ye.. hihi..

      Delete
  21. ehh..sis JM x baca lagi entri ni..jap..jappp

    ReplyDelete
  22. kena saman? berapa bayar...RM300?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sikit sajalah alhamdulillah.. tak semahal itu hihi..

      Delete
  23. Heheheh.kerap benar kena saman.
    Jeruk pak ali the best among the best

    ReplyDelete
    Replies
    1. CT dan saman memang tak dapat dipisahkan..
      kalo parking kat penang kena alert.. tak semua free parking..
      kalo dak siapla.. surat cinta..

      Delete
  24. CN teruja nak cendol tu. hehe

    ReplyDelete
  25. Buah berangan tu pernah makan sekali jer. Dah lupa macam mana rasanya...hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang skrang jarang jumpa.. ni pun sbb da tringin sangat nak makan..
      share ngan kawan.. harga kan agak mahal..

      Delete
  26. terasa teruja dan makin nakkkk jenjalan kat sanaaaa. mohon bawa XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. mari lah.. kalau nak akak bawa jalan kena book awal2 k..
      akak popular high in demand waaaah kurlas kau..

      Delete
  27. sebab nampak boleh shopping baju blouse nganlain2 tueee. hohoXD

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha itu je ke ? sabar je lah.. memang murah pun sini..

      Delete
  28. bila tgk gambar last tu baru sis tau chowrasta tu sbb dah pernah pergi dulu utk cari jeruk ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeaaah !! memang kawasan memborong jeruk.. hehehe..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...