Monday, 23 February 2015

TEMPAT MAKAN BEST | BANGI GATEWAY - BIJI KOPI CAFE

TEMPAT MAKAN DAN LEPAK BEST DI BANGI GATEWAY | BIJI KOPI CAFE


KEDAI KOPI BEST DI BANGI GATEWAY | BIJI KOPI CAFE. Bandar Baru Bangi memang dah berubah menjadi satu pusat hub industri perniagaan especially makanan. More shop lots dibina dan macam-macam kedai dibuka. Banyak betul tempat makan yang best ada kat Bandar Baru Bangi. Makin membangun dan menjadi tumpuan ramai orang. Kali ni aku nak share pula mengenai tempat makan seterusnya yang aku dah terjah di Bandar Baru Bangi. Sesekali balik ke kampung memang aku cari peluang untuk meronda.

Penduduk di Bandar Baru Bangi memang dah tak asing lagi dah Bangi Gateway. Tempat nak beli tudung murah. Tempat nak lepak hujung minggu dengan kawan-kawan or family members. Tempat nak cari makanan sedap-sedap. Aku tak selalu pergi pun. Sekali sekala saja. Aku dah lama target nak cuba makanan di Biji Kopi Cafe. Tertarik dengan nama kedai sebenarnya yang buat aku nak pergi cuba. Marketing skill lulus. Berjaya tarik perhatian pelanggan dengan nama kedai yang menarik. Ala-ala Coffee Bean versi Melayu.

MENU MAKANAN DAN MINUMAN DI BIJI KOPI CAFE









Sangat banyak pilihan. Rambang mata nak pilih. Semuanya macam sedap-sedap belaka. Ada menu untuk sarapan pagi, hidangan tengah hari dan makan malam. Western food dan pastries pun ada. Memang bab pilihan makanan aku kasi empat bintang. Ikut tekak selera masing-masing. Yang aku tahu signature food adalah Nasi Briyani tapi aku tak cuba sebab aku nak makanan yang ringan saja. 

Apa yang aku nak highlight adalah booklet menu yang ada. Mungkin perlu dipertingkatkan lagi kualiti. Macam dah habis ink saja aku tengok booklet menunya. Nak baca pun sebenarnya kena belek betul-betul. My suggestion adalah print balik dengan warna yang lebih vibrant dan menarik. Guna font yang senang pelanggan nak baca. Bagi aku menu adalah antara perkara terpenting juga selain deco kedai yang menarik. Kalau Encik Owner kedai baca sila take note ya.

DECO MENARIK DI BIJI KOPI CAFE, BANGI GATEWAY







Tak boleh nak tipu. Memang cantik dan kemas sangat deco cafe. Pilihan warna yang menarik. Tak terlalu terang sampai tak boleh focus nak makan. Lembut saja. Meja dan kerusi kayu yang sangat klasik dan jarak antara meja-meja tak terlalu dekat. Bila duduk atas kerusi kayu terus teringat zaman sekolah rendah. Sebelum bertukar ke kerusi plastik memang bertahun duduk atas kerusi kayu. Memang aku kena kasi empat bintang. Kenapa tak lima terus ? Potong satu bintang sebab panas. Satunya cafe ni berada di lot luar bangunan jadi ada tendency untuk menerima sinaran matahari secara direct. Waktu aku pergi makan memang terasa bahangnya. Mungkin dah dipasang aircond tapi tak terasa.


SERVIS DAN LAYANAN DI BIJI KOPI CAFE


Ada sedikit yang tak best tapi aku bukanlah customer yang teruk sampai tak ada toleransi langsung. First of all orang yang ambil order sangat blur. Serba serbi tak tahu.  Mungkin that day hari first dia kerja. Momon order makanan A tapi lepas few minutes pekerja datang balik kata makanan tak ada stok. Same goes to makanan B. Momon sampai give up nak makan. Jadi mungkin kena brief dan update pekerja dengan stok makanan yang ada. Tapi bila dah order makanan, sampai cepat. Haaa ini aku suka. Tip top.

Kami dah bayar dan dah masuk kereta pun. Suddenly Momon tergerak hati nak check balik resit bayaran makanan. Dia belek resit dan mengeluh. Patutlah kami bayar mahal. Aku actually dah tertanya-tanya dalam hati waktu nak bayar tapi didiamkan saja. Memanglah. Rupanya pekerja yang ambil order tak cancel pun makanan yang Momon order pada mulanya. Almost RM20 tau bezanya. Terus Momon serbu kaunter bayaran. Dia memang mood dah kelaut. Dah pula kena bayar extra RM20. Memang angin. Tapi kami selesaikan dengan cara baik. Dapat balik duit dan aku rasa pekerja yang seorang itu dah dapat tazkirah free. Maaf ya tapi demi kebaikan business.

PILIHAN MAKANAN DI BIJI KOPI CAFE, BANGI GATEWAY



Beef Lasagna
RM15.90


Kopi 434 Black (Pot)
RM4.50

Superb Beef Lasagna. Memang terbaik. Aku sangat puas hati. Memang pilihan yang bijak. Sangat rich tapi tak memuakkan. Tomato sauce pun sedap dan aku rasa memang gabungan yang terbaik dengan lasagna. Momon ordered Soto Ayam. Dalam mood tengah moody tak puas hati tapi habis licin dia makan maknanya sedap lah tu. Aku rasa sikit Soto Ayam. Memang not bad. Bukanlah the best Soto Ayam ever tapi boleh tahan sedapnya. Kopi hitam klasik kegemaran pakcik-pakcik yang rajin melepak kedai kopi memang aku suggest untuk try. Datang dalam pot kecil dan cukup untuk dua kali minum. Aku rasa macam tua sungguh minum kopi hitam pekat macam ni. Overall aku kasi tiga setengah bintang untuk makanan yang kami order. 

Disebabkan makanan sedap jadi aku maafkan segala kekurangan cafe ni on that day. Cacat cela sikit-sikit boleh dilupakan. Mohon improve service sebab aku bakal datang lagi untuk next visit insyallah. Jadi tak nak the same scenario berlaku lagi. Love your customers and please them. If your service is good then people shall come again. Itu yang paling penting *wink*.

BIJI KOPI CAFE
Bangi Gateway Shopping Complex
C-8-G, Seksyen 15, 43650,
Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia.

CONTACT
03 8920 9355

Website -- Biji Kopi Cafe
Facebook Page - Biji Kopi Cafe


-SITI YANG MENAIP (SYM)-

Reach me via email at :
sitiyangmenaip@gmail.com

105 comments:

  1. Replies
    1. hehehe kan.. rasa macam kedai kopi zaman dulu kala..

      Delete
  2. tolonglah lasagna tuu menggoda gilaa. hahaha :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehe memang ditepek khas untuk menggoda =D

      Delete
  3. SS jalan2 cari pasal dulu di sini... Nanti SS datang lagi bawak bom tangan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak alamak.. SS nak datang attack kitalah ahahak..
      baiklah CT tunggu dengan perisai..

      Delete
    2. Oh kalau jalan2 cari pasal tak bawa bom ye, SS?

      Delete
    3. dia belum cukup energy nak attack lagi tu Kak Farrah..
      baru panas enjin..

      Delete
  4. Ni kalo p bgtau tuan kedai for sure siti boleh dpt reward sbb comment yg ikhlas begini sgt dihargai oleh tuan kedai...

    Btw lasagna tu nmpk menyelerakan.

    Dan diakui bangi la ni pusat fesyen terunggul dan pelbagai mknn sedap ada di sana...

    ReplyDelete
    Replies
    1. fuiyooo kalau tuan kedai bacalah. hihi malu kita. tak perlu reward pun Kak Sue.. improve saja certain areas so that reputation sentiasa baik =D

      Delete
    2. Yeppp..kene war2 kan ni.
      Hehe..
      Akak pernah makan kat Bangi Gateway tu tapi bukan Biji Kopi..
      Best jugak food kat kedai tu tapi nama kedai panjang berjela x hengat..

      Delete
    3. wooah.. Wadihana tu quite famous gak kat Bangi.. dah ada outlet kat Bangi Gateway eh ?
      CT ingat ada kat seksyen 9 saja.. belum pernah makan situ lagi..

      Delete
    4. oh, wadihana pun ada kat sana eh.. saya baru tahu

      Delete
    5. Aah lama gak dah akak pi.
      Boleh tahanlah food die.
      Kat Seksyen 9 Bangi ke?

      Delete
    6. rasanya Wadihana kat seksyen 9 bandar baru bangi..
      tak tahulah kalo da pindah ke bangi gateway.. CT tak pernah makan situ lagi..

      Delete
  5. Bestnye jjcm.....
    terbaik la entry ni...detail ct buat huraian...tapj malangnye jauh ntah bila la nak merasa makan beef lasagna tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi kalau ada kawasan berdekatan boleh lah datang.. kot nanti tetiba ada datang bangi ke kan..

      Delete
    2. Terasa nak pi rini tapi x dapatlah sebab penat kat tepi padang lagi ni.
      Abe lawan bola sekolah dia.

      Delete
    3. peeergh Abe main bola ? wow hihi.. kecil2 lagi da main bola..
      nanti besar mesti lagi pro ehehe..

      Delete
  6. Betul..makanan sedap sah2 orang akan datang lagi tapi bab lain pun kena la di perbaiki..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan.. makanan saja sedap tapi yang lain lain ting tong tak boleh jadi jugak..
      need to be improved lah beberapa bahagian =)

      Delete
  7. Replies
    1. pastu makan lak dengan ubi kayu... perghh~

      Delete
    2. eehehe itu memang klasik abes tu Amy..
      kampung style =)

      Delete
  8. nama yg catchy...coffee bean dah biasa dengar, sekali translate to 'biji kopi'..terus lekat di minda..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.. memang owner nye kretip ehehe..
      dengar nama rasa teruja nak pergi =D

      Delete
    2. Owh yelahh..coffee bean versi melayu.

      Delete
    3. betul tu.. cute sangat nama kedainya..

      Delete
  9. kira mahal juga harga makanan tu kan ct..nasib baik la check balik resit kan kalau tak free melayang duit rm20..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. makanan rasanya harga standard.. memang kalau tak cek huhuhu melayang another RM20 lah..
      selalunya CT memang spesis yang tak cek ahaha..

      Delete
  10. tapi memang cantik la deko tempat tu..nampak tenang dan selesa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kedai memang cantik =) tip top ehehe..

      Delete
  11. hai2,makin dekat pulak dia kat bangi gateway tu...hehe..xsmpai 5m dari rumah wanie...ok,tahu restoren tu tapi tak pernah masuk..so memandangkan ct dah review,rasanya bolehlah cuba..harga pun ok lah,kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi kampung CT pun kat area situ jugak.. kalau balik memang rajin cari tempat makan
      nak try. memang cute kan namanya. jadi tergoda nak cuba =)

      Delete
  12. bangi sekarang tak macam bangi waktu akak belajar dulu...
    sekarang macam2 ada....

    nanti one fine day nak g la bangi gateway tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la kembang maju sangat.. kat area bangi yang kampung tu
      pun memacam projek nak naik..

      Delete
    2. bangi tu boleh dikategorikan sebagai syurga makanan. cakap je apa. semua ada. hahaha

      Delete
    3. betul tu Amy.. skarang kat seksyen 9 tu dah naik bangunan baru pulak dah..
      yang ada mee tarik tu.. pergh tak lama lagi tak yah pegi jauh.. cari kat bangi saja..

      Delete
  13. Saya teringin nak pergi Bangi Getaway tapi sampai sekarang tak pergi pergi lagi haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi duduk dekat ke duduk area jauh sikit.. hehe syok shopping tudung kat situ..
      boleh rabak poket =P

      Delete
    2. sama lah... haha.. mentang2 dekat je.. yang dekat2 jarang pergi..

      Delete
    3. hehehe next time akak balik sana kita ngedate okay Amy ?

      Delete
  14. betul tu. kalu x anggap customers tu mcm raja, mmmm mmg payah laa org nk repeat mkn lg kan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak perlu macam raja pun.. just kena aware dan hormat. buat kerja kena betul..
      customer senang hati sure mai lagi singgah banyak kali..

      Delete
  15. p/s menjawab pertanyaan...


    yap mmg sejuk ms kami smpi kt atas puncak skycab tu...mungkin sy je yg rs cm tu org lain biasa je kot ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. oowh ahaha.. baguslah sejuk. kalau time tengah bahang memang
      rasa terseksa and cepat nak turun ehehe..

      Delete
  16. spot lontong paru, macam sedap je

    ReplyDelete
    Replies
    1. wuaaaa tajam mata *clap clap*
      CT pun tak belek menu tu betul betul hihi.. suka lontong eyh..
      okay boleh geng ehehe..

      Delete
  17. cantek dan gojes nye deko diaaa wah~

    ReplyDelete
    Replies
    1. sangat cantik.. kaler yang dipilih pun tenang aje..

      Delete
  18. kite tgok name kedai dia dah suka dah...sllu orang xberapa suka letak nama kedai dlm bm kan....ini memag epic habes... btw, kite nama nasi lemak rendang kerang dalam menu tuh, sedapnya!! terliur....btw nasib baik check, kalau x melayan haih rm20.... :D kalau sedap, lain makankan utk kite tau, kalau gi lagi :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak pun jatuh cinta dengan nama kedai yang epic.. haaa hampa ingat coffee bean saja famous..
      jangan memain dengan biji kopi =)

      rezeki kami nak dapat balik rm20.. spesis akak memang tak check dah lepas bayar..

      Delete
    2. rm 20 tu, macam-macam boleh dapat

      Delete
    3. betul tu.. dengan RM20 dapat sepinggan lasagna lagi =D

      Delete
  19. Beef Lasagna? TERBAIK? pernah mkn tapi x kena tekak...tapi kalau ckp kat sini SEDAP harus try!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ohhhho Akak JM tak minat makanan ada banyak cheese ke..
      kalo CT itu memang paling laju nak makan.. tu 'sihat' aahaha..

      Delete
    2. cheese lah sedap..buat ternak lemak.hehe

      Delete
    3. miahaha.. badan kecik nak risau apa Kak Sal..
      makan selagi boleh..

      Delete
    4. saya suka lasagna! feveret sangat2.. boleh makan tapi xley kongsi dengan sapa2. hahaha

      Delete
    5. eeeyh besar ni tau portion dia.. alamak takleh kongsi ? hehe.. kena makan time betul2 lapar..
      kalo dak takut tak habis..

      Delete
  20. yela ct kt bangi tu trllu byk kedai mkn..
    smpo xtau nk g kedai mane dulu..
    bkn takat kedai mkn..
    bnd2 lain pon byk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu Ayu.. skrang ni ada banyak lot kedai yang vendor online dah
      sewa untuk jadikan butik.. peergh makin famous la baangi tak lama lagi..

      Delete
  21. Suka betul meja dia yg warna biru dan rustic :)
    come here and follow :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you darling. memang nama kedai and deco yang
      buat orang mula tertarik nak masuk =)

      Delete
    2. rustic! itu ayat yang dicari-cari dari tadi. hahaha..

      Delete
    3. yes. rustic.. klasik n creative.
      complete dah nak describe kedai ni..

      Delete
  22. suka lasagna juga...
    terlior tgk menu CT

    ReplyDelete
  23. Nama kedai sangat chomel! Akak ni kalau entri2 JJCM area bangi CT, akak jamu mata jelah.... Jauhhh nak pergi. Dah pergi makan, balik lapar balik ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaaahai Kak Farrah marilah skali skala.. meronda satu hari haaaa jom makan-makan..
      bab balik lapar tu yes setuju.. =P kekadang jalan jauh nak pi makan.. balik rumah korek dapur..

      Delete
    2. hehehehe.. nanti kalau kak Farrah datang bangi, roger2 sikit. saya nak follow :P

      Delete
    3. eheheh kena ajak Kak Farrah datang melepak sini..
      buat food hunting event ehehe..

      Delete
  24. mana cukup 2 kali teguk dah habis hirup kopi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi bukan dua teguk lah.. dua kali penuhkan satu cawan =D

      Delete
    2. pergh... saya kalau kopi slow sikit... lagi2 kalau kopi o.... tapi teringin gak nak tukar selera dari teh ke kopi. hahaha

      Delete
    3. hihi akak suka tapi ikut mood.. dah lepak kedai kopi kenalah order kopi ye dak hihi..

      Delete
  25. Kak Ros pun kadang-kadang ada juga tersinggah kedai yang makanannya memang sedap, tapi servis tak berapa nak ok.. sedapnya nampak hidangan yang Ct pilih tu :) 2kali teguk je ek Ct? tak boleh nak borak-borak panjanglah kat kedai tu, sebab kejap je air dah habis. hihihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe bukan dua kali teguk Kak Ros.. dia hantar tea pot boleh tuang penuh dua cawan.. dua kali full cup.. kalau dua teguk memang tak puas lew eheheh..

      Delete
    2. Owh hahaha.. Misunderstanding ni..

      Delete
    3. kalau dua teguk saja CT mogok kat kedai ni kak.. baik bancuh sendiri kan =P

      Delete
  26. next time JJCM kat Bangi boleh try ni..tapi kena check resit betul-betul before balik. ERm...lasagna tu menggoda!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehe benda macam tu jarang jadi.. maybe pekerja blur baru mula kerja =)
      overal semua okay dan sedap sedap..

      Delete
    2. saya pun nak try gak! tapi kami jarang p Bangi Gateway. selalu makan kat area seksyen bape ntah. saya lupa seksyen2 ni

      Delete
    3. area mana tu Amy selalu lepak ? akak gi bangi gateway kalo sorang sebab dekat kan..
      jejauh cem lonely aje nak makan sorang2 hihi..

      Delete
  27. Assalam siti,
    lasagna tu nampak sodap
    tapi gravy dia pulop nak meriah
    macam tomato puri tu ka sos tomato botoi tu ka sajork kan3 he3

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap.. sos dia pun sedap. perfect combination..
      bukan terus tomato puree ada jugak rasa herbs nya.. hehehe..
      kira ni kena sngt ngan taste CT.. sebab tak suka sos banyak2..

      Delete
  28. Wow, biji kopi..memang epic giler nama die..interior pun cntik :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan ? nama kedai dah berjaya tarik perhatian =D

      Delete
  29. kalau tempat panas sangat x best la.. kena pergi pagi2 or malam2 la gamaknya kan.. nama dia dah best dah..

    tempat pun lawa. saya suka biru. ^^, saya baca akak punya lasagna tu buat saya terliur. mak oi, sedapnya. nasib baik sedap. semua orang baru la tu. kalau dia sedar kesilapan dia xpe. ini kalau makin ego, itu yang berangin. saya pun kalau bab makan memang senang berapi.. xley nak cover2 dah

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak adalah panas sangat.. betul tu. akak prefer petang or malamlah. tak pun kena buat tempat bertutup.. cewah kita nye suggestion cem owner pulak ahaha..

      bab makan memang orang malaysia over sensitive.. kita memang senang berapi. tapi akak cuba control takut kang dia letak julab pulak ahaha.. ok gurau. tapi kalo boleh kita jaga jugalah eventho customer is always right. diorang pun manusia jugak..

      Delete
  30. macam sedap je tengok beef lasagna tuuuu. XD

    ReplyDelete
  31. Makin dekat dia ni ngan kita kan..hehe..hari tu baru je makan kat kopitiam sebelah bijih kopi tu..teringat entri CT yang sempat baca tapi tak sempat nak komen..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe kampung kat Bangi je mmg dekatlah.. comel kan kedai ni.. nama pun da comel..

      Delete
  32. Klasik kerusi dia... ladsagna buatku terliur2 la... kalu panas nk menikmati mkanan terbantut la

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe lasagna mmg layak menerima pujian..
      ha tulaaa.. kena buat semua tertutup so that aircond sekata..

      Delete
  33. dah pergi masa puasa lepas . tapi sbb ramai sgt org , jadi kami cuma membeli apa yg patut dan balik . nak keluar dari car park pun dah jem sejam ... huhuhuuu

    ReplyDelete
  34. kat belah mana lak biji kopi ni . ramadhan lepas gi situ tak nampak lak ...

    ReplyDelete
  35. fuhhhhhhhh, terliur tengok air kopi tu..walaupon saya bukan golongan pakcik2, tp i love black coffee.....
    tengok cawan je pon, keinginan nk minum kopi tu meruap2..heheheheheh

    ada masa free, sy terjah biji kopi cafe..dekat je dari Putrajaya....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...