SITI.YANG.MENAIP: November 2014

CUTI-CUTI MALAYSIA / JALAN-JALAN KE KUCHING SARAWAK

Entri sebelumnya diSINI.

KUCHING SARAWAK : MISI MENAWAN GUA + WIND CAVE + FAIRY CAVE + JONG'S CROCODILE FARM DAN MAKAN MALAM DI STATION 12 KUCHING. Perjalanan kami diteruskan. Sudah puas melaburkan duit shopping di Serikin. Walaupun hari mendung tapi bahang tetap terasa. Masih ada beberapa tempat-tempat menarik yang ingin kami terjah. Kami teruskan perjalanan mencari gua-gua yang famous di kawasan berdekatan. Katanya kalau datang ke Kuching harus terjah. Dah jatuh hukum wajib. Ada tiga gua yang berada di kawasan berdekatan dengan Serikin - Wind Cave, Fairy Cave dan satu lagi cave yang aku tak tahu nak kasi nama apa sebab tidak bernama. Aku menyuarakan keinginan untuk menerjah gua-gua yang berada berdekatan. Kawan aku cakap no problemo sebab nanti dia boleh bawakan.

GUA YANG TIDAK DIKETAHUI NAMANYA



Ada cerita funny disebalik trip pencarian gua kami. Hasil pencarian aku di Google ramai menyatakan bahawa gua yang tak bernama inilah Fairy Cave. Ramai juga yang share gambar dengan menunjukkan bentuk gua yang sebegini jadi aku pun ingat inilah Fairy Cave. Kawan aku pun cakap tangga Fairy Cave rendah saja senang nak panjat. Confident sangat kau. Haaa.. sebab dia pun ingat inilah Fairy Cave. Fairy sangat tau nak gelak teruk bila kami rupanya dah salah gua. Aku pun jadi excited kalau sungguh tangga rendah jadi bolehlah aku memanjat sama. Yang kami ni punyalah skema ayam pi turun and panjat tangga. Masuk tengok memang ada fairy. Seketul patung buddha dok menunggu. Terus lari keluar balik. Naik semput-semput bau asap dalam tu orang tengah memuja. Memanglah ramai yang singgah. Memasing nak yampreng yampreng dalam tu. Adoiyai. Tertipu. Jadi kawan-kawan semua. Ini bukan Fairy Cave. Tidak sama sekali !! Lepas dah posing seround dua kami patah balik sedikit untuk ke Wind Cave. Kita tinggalkan sekejap pencarian Fairy Cave yang penuh misteri itu. Dalam perjalanan dari Kuching - Serikin memang kami dah nampak papan tanda nak ke Wind Cave. Jadi kami teruskan perjalanan ke Serikin dulu nanti cadangnya patah balik ke Wind Cave.

WIND CAVE SARAWAK



Di sekitar Wind Cave ada banyak hut atau pondok-pondok seperti di dalam gambar untuk semua duduk-duduk and berehat. Kawasan ni luas yang amat. Kami tak explore lebih-lebih pun. Cukuplah setakat ambil gambar kat signage sebagai bukti dah jejak kaki di Wind Cave. Tempat ini sesuai kalau nak buat aktiviti camping atau aktiviti lasak yang lain. Ada banyak kawasan lapang and rasanya macam ada anak sungai jugak sebab ada bunyi air. Sebab dalam hati masih tertanya-tanya dimanakah Fairy Cave jadi tak berapa berminat nak explore tempat ni. Kembali meneruskan perjalanan mencari Fairy Cave. RA (kawan kepada kawan aku yang turut sama join trip kami) ada gave a call kat kawan dia di UNIMAS untuk tanya direction ke Fairy Cave. Kawannya tu dah sampai kesana before. Kawan aku belum pernah lagilah kalau dah dia ingat gua tak ada nama tu adalah Fairy Cave. Hampeh. Confident sungguh tak menahan hahaha. RA kata kena naik sikit lagi dari simpang nak masuk ke Serikin. Maknanya jangan belok kanan untuk ke Serikin tapi teruskan drive keatas. Maka kami pun bergerak ke direction yang telah dikenal pasti. Agak jauh juga drive tapi bayang signage ke Fairy Cave masih tidak kelihatan. Lastnya kawan aku tahan seorang makcik dan tanya direction. Ooops rupanya dah dekat. Mari !!

FAIRY CAVE SARAWAK

Alhamdulillah selamat tiba setelah pulun sakan gila nak cari gua ni. Mana boleh lepaskan peluang bergambar as bukti. Sebenarnya waktu sampai kami dah terasa sikit kejutan budaya. Anak tangga tinggi bukan memain. Sebab tu kami posing dulu sebab confirm kalau dah turun nanti mekap semua luntur and muka dah berminyak-minyak. Sementara tengah comel-comel baik kita bergambar. Untuk masuk dan sedekahkan diri ke gua ini kena bayar RM1 sahaja. Kalau agak-agak muka pan asian or pure minah salleh sediakan duit lebih sikit. Tak ingat dah berapa kena bayar. Hati dok berdebar memikirkan anak-anak tangga yang bakal dipanjat. Mampu atau tidak. Dahlah aku ni dengan slip disc jadi aku kena ambil extra caution. Kang ada yang balik semenanjung merangkak sebab sakit pinggang. Tapi aku gagahi juga sebab dah sampai. Panjatlah slow-slow. Biarkan kawan-kawan didepan. Yang sakit ni duduk belakang la sikit. Sedar diri hahaha..




Ini baru anak tangga biasa saja tau. Belum masuk gua lagi. Ini tangga lima tingkat punya siri jangan memain. Sampai atas saja dah tercungap-cungap. Semput and naik turun dada nak bernafas. Adoi cabaran boleh tahan. Baru nak mula. Then adalah tempat melepak sekejap kat atas tu. Boleh duduk-duduk. Faham kot orang yang panjat tangga bakal kesemputan. Dah naik tangga lima tingkat ada lagi tangga hoi. Memang main kasar gua ni. Dia main tangga banyak sungguh. Terkedu aku. Mulanya ingat nak tunggu saja kengkawan ni menapak masuk gua. Sebabnya dah terasa dah sengal-sengal kat pinggang aku. Tapi memikirkan kawasan surrounding nak tunggu pun menyeramkan aku cekalkan hati sajalah ikut masuk. Bermula dari atas tangga ni kawasan dah mula gelap. Totally gelap ya. Memang tak ada lampu langsung. Kami pun bersuluhkan lampu dari handphone sahaja. Memang mencabar dan eloklah kalau uols nak datang bawaklah torchlight. Preparation. Kami ni main redah saja and langsung tak ada idea rupa gua ni macam mana. Kena slow-slow mendaki. Kawasan yang gelap gelita tu singkat saja tapi mencabar. Jalannya steep dan anak tangganya sangat kecik. Kalau pijak tu suku kasut saja kot. Memang kena slow plus licin and berlumpur. Mana mai aku tatau. Eloklah kami turun memasing seluar jadi kotor. Perjalanan kami alhamdulillah okay walaupun berbekalkan lampu yang limited. Seorang jalan dulu then suluh and aku pun suluhkan lampu untuk kawan di belakang. Kenalah saling bekerjasama. Waktu ni dah terasa angin yang kuat. Nikmatnya walaupun dalam hati berdebar sebab gelap tak nampak apa.


Ini kat kawasan lapang yang kami sampai setelah berhempas pulas dalam gelap gelita. Nampak tak dalam gambar kawasan gelap tu. Haaaa dari situlah kami keluar. Bila dah sampai kat kawasan ni dah ada dah cahaya. Kawasan lapang and boleh nak duduk-duduk. Kalau rasa nak picnic pun boleh. Bentang tikar sekali. Itupun kalau bekalan makanan tak berterabur masa tengah mendaki. Angin kat sini memang superb. Memang sedap yang amat cepat aja peluh kering. Dah mendaki dengan baju dua lapis bercardigan bagai. Bayangkan sajalah peluh macam mana. Sebahagian daripada permandangan di dalam Fairy Cave. Ada lagi gambar tapi kat kawan aku. Sebab dia meneruskan perjalanan ke atas. Sikit saja lagi sebenarnya tapi aku dah sampai limit aku. Rasa pinggang macam kena cucuk ngan jarum dah. Baik aku duduk diam-diam and kasi muscle aku berehat. Kang diorang ni lagi parah kena dukung aku turun. Nanti bila dia dah kasi gambar aku update lagi. Katanya cantik. Macam dalam filem orang-orang putih dok shooting dalam gua. Cenggitulah bayangannya. Jadi kalau uols dah sampai ke atas ni tabahkanlah hati dan menapaklah sikit sahaja lagi. Jangan duduk bawah macam aku lepas tu rasa menyesal sebab tak tengok apa ada dekat atas sana. Lepas dah posing sana sini setiap ceruk dah bergambar kami pun mulakan misi nak turun dan keluar dari gua. Sekali lagi nak berdepan dengan laluan gelap gelita. Nak turun lagi mencabar. Kena grip bebetul pemegang ye kawan-kawan. Kalau tidak chances nak tersungkur memang besar. Macam aku cakap memula tadi, laluan adalah curam dan sempit. Kena pijak anak tangga dengan cara mengiring macam ketam jalan. Kalau straight jugak alamatnya buat stunt lah korang dalam gua tu. Time ni memang redha sajalah seluar dah kotor. Janji dapat keluar dengan selamatnya.

WARNING : Sila pakai kasut dan pakaian yang sesuai.

Lepas dah turun and memasing muka serabut dengan peluhnya hanya mampu ketawa dan tersengih-sengih. Memasing macam tak mampu nak berkata apa-apa tapi jauh disudut hati terasa kelakar. Sebab jauh sekali bayangan gua tidak bernama itu dengan Fairy Cave. Jadi sekarang aku dah tahu and mungkin akan berfikir tiga empat kali kalau nak memanjat sekali lagi. Apa-apa pun pengalaman. Sejak sakit aku tak ingat bilalah kali terakhir aku buat kerja lasak macam ni. Kalau dulu time nikmat sihat masih belum ditarik memang suka saja aku nak explore tempat macam ni. Sekarang tidak lagi. Sila beringat dan berwaspada. Itu sahaja. Alhamdulillah tak ada yang patah riuk tulang and sengal sendi while memanjat. Pinggang aku pun malam balik memanjat baru buat perangai balik. Elok dah sampai hotel and nak solat baru nauzubillah sakitnya. Tapi lepas dah tidur and ubat seround dua okay dah esoknya. Dah lali dah memang gitu perangainya. Lapan tahun dah sengsara sakit jadi tak hairan sangat.

JONG'S CROCODILE FARM

Destinasi seterusnya adalah terus ke Jong's Crocodile Farm. Tapi sebelum itu kami singgah ke Bau untuk cari masjid dan solat Zohor. Lepas solat memang kami decided untuk tidak makan tengahari dan terus bergerak ke Jong's Crocodile Farm yang terletak di Siburan. Sebabnya nak catch show buaya terbang pada pukul 3.00PM. Kalau berhenti makan memang tak sempat nak tengok show. Haruslah menyaksikan show buaya kalau dah ke Jong's Crocodile Farm. Dari Bau perjalanan lebih kurang satu jam perjalanan dan kami betul-betul merempit juga untuk sampai on time. Sampai saja terus parking. Kereta tak berapa banyak pun. Adalah dalam tujuh lapan buah. Berlari-lari ke kaunter untuk beli tiket sebab showtime bakal bermula dalam seminit dua lagi. Memang bagus kawan aku drive sampai on time. Yang seronoknya kawan aku yang berdua tu pun sama excited macam aku dengan Shu. Memasing tak sabar nak tengok buaya terbang sedangkan diorang dah beberapa kali datang. Mungkin sebab tengok kami excited diorang sama seronok. Dapat saja tiket terus meluru ke tempat show. Tak sempat dah nak singgah kandang binatang-binatang lain menjenguk. Agak jauh juga nak sampai ke tempat show maka termengah-mengah kami berlari. Akhirnya sampai and hoi ramai rupanya umat manusia yang dah ready kat situ. Maybe diorang tu datang naik bas kot. Terus cari spot baik punya sebab nak amek gambar. Buat muka tak malu menyelit celah orang-orang ramai.

Showtime hanya pada pukul 11:00AM dan 3:00PM.












Inilah kandangnya. Nampak tu buaya-buaya semua tengah berenang free style kat sana. The workers nanti duduk kat pondok kecil hijau tu then nanti diorang gantung ayam kat tali-tali yang ada. Mulalah nak mengumpan buaya-buaya tu semua. Yang mana tengah bersidai tepi kolam pelan-pelan gerak masuk air. Teruja bau ayam terus bangun tidur. Aku personally rasa show di Jong's Crocodile Farm ini mengagumkan. Bunyi yang terhasil bila buaya-buaya ni berjaya ngap ayam yang digantung memang dasyat. Kuat bunyinya.. Bukan kecil tau buaya-buaya ni semua besar. Bila ready nak ngap tu rasa seram semacam tengok lajunya buaya-buaya ni bergerak. Masa tengah show ni memang macam-macam reaksi yang penonton kasi. Paling cute bila audiences tepuk tangan once buaya-buaya ni dapat ngap. Show ni berlansung dalam 30-45 minit juga. Sebab nak goda buaya-buaya ni satu kerja juga. Kena target and buaya ni gerak macam malas. Slow tapi bila dah ngap tu laju. Iyelah diorang pun bosan hari-hari kena terbang.





Sumpah besar !!

Dekat sini ada kolam ikan Arapaima. Jap Arowana ke Arapaima entah aku tak ingat. Tak ingat sebab ikan-ikan tu katanya tidak menjelma pun orang-orang dah tunggu dekat setengah jam. Dah umpan macam-macam ikan tak mahu timbul. Tapi rezeki aku nak tengok ikan besar. Kat spot aku berdiri itu jugalah kebetulan ikan tu seekor tengah lalu. Besarnya bukan main. Seram aku dah dia lalu kat kaki. Tah kalau tergolek dalam kolam tak tau jadi apa. Selain tarikan utama yang ada iaitu buaya-buaya, ada juga binatang lain yang kita boleh tengok kat sini. Burung-burung dibiarkan bebas. Ada merak and few other types. Ada monyet ada landak ada beruang ada memerang dan banyak lagi. Since masa baru sampai tak sempat nak tengok binatang-binatang lain, lepas show baru dapat menjenguk. Dalam perjalanan keluar, tetiba kawan aku pi sua kepala kat salah satu bilik yang pintunya terbuka. Ada beberapa pekerja dalam bilik tu tengah buat kerja. Kami wonder juga apa yang diorang tu tengah buat. Rupanya diorang tengah nak alih salah seekor buaya yang ada dalam bilik tu untuk dialihkan ke kandang. Sedang bertungkus lumus nak ikat buaya tu. Adalah dalam lima enam pekerja tengah menguruskan buaya seekor tuh. Sempat pula abam-abam pekerja tu semua offer kat kami-kami yang ada disitu kalau nak pegang or bergambar dengan buaya ni. Tengok tu si Ra sorang saja berani nak pergi pegang. Bertuah punya budak. Aku tengok sajalah. No way nak pergi pegang and usap usap. Adalah few people yang bergambar. Kami cukuplah Ra seorang saja sebagai wakil. Yang tolong snap pun seram aje nak ke depan.






 Setelah berperang nak mengikat buaya akhirnya berjaya angkat keluar dari kandang. Ini buaya yang tak berapa nak besar sangat tu. Dah macam nak patah pinggang pekerja-pekerja ni aku tengok.


  Ditariknya buaya tu dipaksa untuk berjalan. Boleh terkeluar isi perut pekerja-pekerja ni kalau kena angkat. Nampak buaya keluar dari bilik tu kelam kabut kami lari.






Diorang tutup mata buaya. Katanya buaya lemah sikit kalau dia tak nampak. Kalau tidak dalam dok angkat tu mata dia meliar saja nampak pekerja-pekerja dok angkat dia. Mau dia jadi extra aggressive. Dah masuk dalam kandang. Baru buka ikatan mulut terus nak nganga buaya seekor ni. By the way buaya ni cacat sikit. Tak ada ekor jadi kalau dia terlepas pun taklah selalu buaya normal berjalan. Ekor kan membantu buaya bergerak. But still. Ini adalah seekor buaya walaupun cacat. Lepas habis meneroka dunia buaya kami gerak kembali ke Kuching. Sempat singgah di Giant yang berdekatan sebab kawan berdua kena solat. Aku dengan Shu dah jama' qasar siap-siap. Then kami singgah makan kat salah satu fast food restaurant makan ringan ringan sebab nak makan di Kuching. Cukuplah nak alas perut. Nanti extra kenyang pula rugilah space. 

At first rasa nak makan di Topspot dah ramai sangat yang suggest makan disana. Bila dah sampai pening kepala aku tengok orang sangat ramai dan sesak. Footcourt rupanya yang ada banyak-banyak kedai seafood and pilihlah apa jenis seafood nak makan. Okay kalau cemtu tak apalah. Aku bukan boleh nak makan sesak-sesak gitu. Plus bukan ada mood nak makan seafood secara pukal pun. Kalau gitu kat Penang pun hado. Aku boleh makan puas-puas. So kami beredar dari sana bila memasing dah setuju tak nak makan situ. Kawan aku pun ada kata. Orang yang duduk sana pun jarang pergi ke Topspot. Sedap tu memanglah tapi maybe kalau orang datang jalan baru angkut kesana. Sesaja memang tak pergi sebab ada banyak lagi spot seafood yang lagi sedap. Biasalah bila dah famous haruslah orang menyerbu kan. 

MAKAN MALAM DI STATION 12 KUCHING

Akhirnya kami ke Station 12. Kat mana kedai ni jangan tanya aku sebab aku dah too tired sampai tak berapa nak aware jalannya. Kat sini they have great and super delicious nasi ayam bakar. Sumpah sedap and menjilat jari sangat rasanya. Mee koloknya pun lebih sedap daripada banyak-banyak mee kolok yang kami dah makan sepanjang di Sarawak. Jadi kedai ni pun aku nak suggest kalau korang nak datang ke Sawarak. Tak ada gambar makanan sebab kami masing-masing kebulur tak fikir nak tangkap gambar dah. Kami makan set ayam penyet bakar dan pisang goreng cheese.


Comrade picture selepas makan. Just to capture the moment sudah seharian kami penat berjalan. Time to go home and rest. Lepas hantar kawan-kawan balik ke UNIMAS. Thank you Qori dan RA sudi jadi tour guide kami seharian suntuk, sama-sama berpenat lelah kehulu kehilir. I appreciate it a lot. Aku dengan Shu balik ke hotel and kembali terkebil-kebil memikirkan apalah kami nak buat dengan surat saman yang kami dapat. Mengatur-ngatur kembali itinerary yang sedikit terganggu untuk hari berikutnya sebab kami sepakat nak settlekan saman sebelum balik. Malas nak bawa balik ke semenanjung. Tak apalah pengajaran buat kami supaya lebih berhati-hati ketika parking. Balik hotel aku terus parking depan pintu hotel. Kena saman juga tak tahulah terang-terang situ parking area. Selesai kisah memanjat tangga menerja gua dan bermanja manja dengan buaya. Kita sambung lagi nanti cerita di Kampung Budaya.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com

CUTI-CUTI MALAYSIA / JALAN-JALAN KE KUCHING SARAWAK

Entri sebelumnya diSINI.

KUCHING SARAWAK : KENA SAMAN SALAH PARKING + MEE KOLOK DAN LAKSA SARAWAK SEDAP DI SERAPI CORNER  + SHOPPING DI SERIKIN. Waktu Subuh di Sarawak awal sedikit dari waktu di Semenanjung. Jangan nak baloq liat sangat nak Subuh gajah. Pukul 5.30AM dah kena bangun solat. Kiranya kalau dah terbabas tu 6.15AM kira ampun lagi. More than that sila buat solat sunat taubat sekali. Uiiish mata memang tak yah ceritalah liat macam mana nak buka. Alarm bunyi pun dengar sayup-sayup saja. But MamiZ seperti biasa akan buat wake up morning call nak make sure anak dia bangun sembahyang. Besar dah anak mak ni tapi suka sangat nak buat. Then kami siap-siap and by 7.15AM kami dah keluar untuk meneruskan misi jalan-jalan di Kuching Sarawak. Hari ini ada beberapa tempat-tempat menarik yang bakal kami terjah. Kami akan ke UNIMAS untuk ambil kawan aku dan sama-sama nanti pergi jalan-jalan. Semua tempat-tempat yang ingin dituju dah kami bincangkan hari sebelumnya jadi marilah kita mulakan perjalanan. Matahari dah mencanak naik sebenarnya. Kalau kat semenanjung waktu-waktu cemni langit sayup-sayup lagi. Menapak ke kereta and DAMN !! Aku nampak ada surat cinta terselit di windshield. 

KENA SAMAN SALAH PARKING DI KUCHING

Aduhai baik punya permulaan hari tengok dapat surat saman salah parking dari Encik Polis. Bila aku belek balik sebenarnya saman tu bertarikh semalamnya pukul 4.00PM. Aku dengan Shu happily menapak ke Kuching Waterfront. Ini bukan saman majlis perbandaran. Aku dikenakan Kesalahan (1) and aku baca description - Mengganggu lalu lintas traffic. Tercengang aku disitu sebab obviously aku parking di kotak parking yang disediakan. Puas aku pandang kereta dan kawasan parking. Seriously kena saman sebab parking dalam kotak parking. Well I am not stupid sampai tak tahu kotak parking macam mana. Aku ada enam tahun pengalaman driving kot. Tak kan tak tahu. I know the fact tak boleh parking kat line kuning ke junction ke apa ke.. Ganggu lalu lintas apanya sebab aku memang masuk petak parking. Aku dah double check dengan staff Tune Hotel lagi sama ada boleh park depan hotel ke tidak. Nak complain lebih pun Encik Polis bukan ada situ. Kalau snap gambar pun dia boleh cakap aku menipu alih kereta. Staff cakap memang boleh sebab ada petak. Huuuuish terus turn off okay mood dipagi hari yang ceria. Aku drive ke UNIMAS nak ambil kawan aku dengan hati yang sedih sayu. Siap Google lagi akta kesalahan berapa nak kena leburkan. Dahlah budget holiday ciput saja then kena saman pula. Kena pula settle dalam masa tujuh hari setelah disaman. Aku tengah riang ria mood holiday boleh pula dapat surat cinta. Hancur berkecai tapi nak tak nak kena teruskan juga rancangan berjalan-jalan. Jauh dah sampai dari semenanjung tak akan aku biarkan mood rosak begitu saja. Selesai ambil member di UNIMAS. Bagus sebab kawan aku tolong drive. Aku duduk rilex saja. Bukan tangki kereta saja kena isi tangki perut pun penting. Mission adalah untuk mencari makanan tradisional Sarawak yang lain and famous iaitu Mee Kolok. Kalau ke Sarawak memang tidak lengkaplah kalau tak try. Dari UNIMAS di Kota Samarahan kami menghala ke Serapi. Aku ikut saja mana kawan aku bawa.

MEE KOLOK DAN LAKSA SARAWAK SEDAP DI SERAPI CORNER

Dalam setengah jam jugalah perjalanan dari Kota Samarahan ke Serapi. Permandangan luar tingkap biasa saja tak ada yang outstanding. Kami pilih kedai makan yang ada di sepanjang perjalanan untuk ke Serikin. Mana-mana saja janji dapat makan sedap. Kedai penuh full house ramai orang datang. Antara tanda makanan yang disediakan adalah sedap. Kami terus cari tempat duduk dan belek menu. Yes ada Mee Kolok dan Laksa Sarawak.. Pagi-pagi hari pun dah disediakan menu-menu special ini.



Laksa Sarawak RM5.50.

Mee Kolok RM4.00.

Serapi Corner.

Akhirnya bertemu juga kami dengan makanan yang dinanti-nantikan. Laksa Sarawak dan Mee Kolok yang super famous di Sarawak. Aku order Laksa Sarawak and Shu order Mee Kolok. Nanti memasing boleh tukar dan share. Dedua sedap and menjilat jari sangat. Aku vote Mee Kolok lagi sedap dari Laksa Sarawak tapi Laksa Sarawak lagi sedap dari Laksa Penang. Hahahaha sebab aku tak suka laksa sebenarnya. Laksa Sarawak tak tahulah nak describe macam mana. Sedap saja ditekak aku. Selesai makan kami teruskan perjalanan ke Serikin. Wajib untuk semua orang yang ingin travel ke Sarawak memasukkan Serikin di dalam list tempat-tempat menarik yang perlu diterjah. Serikin berada berdekatan dengan sempadan Malaysia-Indonesia. Rata-rata ketika aku buat research majoriti mengatakan bahawa cuaca di Serikin sangat panas. Memang berpeluh-peluh jadinya. Syukur yang amat buat kami sebab sepanjang di ke Serikin mendung sentiasa. Even kawan aku pun tak pernah rasa cuaca mendung di Serikin. Tapi mendung means tidak panas terik tapi bahangnya tetap terasa.

SHOPPING DI SERIKIN SARAWAK

Hampir dua jam perjalanan dari Kuching ke Serikin. Kalau banyak lori atas jalan menyiput sikit memandu sebab jalanraya agak sempit dan tak elok sangat. Kalau nak rempit pun fikir-fikirkan juga sudahlah bawa kereta sewa. Pelan-pelan sudah asalkan sampai dengan selamatnya. Sila gerak awal sebab Pasar Serikin hanya dibuka sampai around 1.00PM saja. Di Serikin ada Pasar Serikin yang betul-betul terletak di sempadan Malaysia-Indonesia (Siluas). Tapi tak nampak pun kawasan border yang ada hanyalah kedai-kedai menjual barangan tempatan. By tengah hari diorang dah start packing packing dah. Disini yang selalu orang borong adalah kain batik Sarawak dan products dari Indonesia. Dijual dengan harga yang sangat murah berbanding di Kuching. Selesai kami borong souvenirs untuk ahli-ahli keluarga. Puas hati dengan kualiti sebab kemas dan cantik walaupun harganya murah. Selain itu, ada juga buah-buahan dan makanan tempatan. Yang mana rasa nak cuba street food atau local cuisine bolehlah cuba. Mungkin masa kami pergi kesana tengah musim limau, banyak sangat lambakan limau dan manis. Puas hati membeli..






Kalau nak beli perabot pun tak ada masalah. Ada perkhidmatan pos ke Semenanjung. Sediakan duit sahaja. Barangan yang terjual majoriti adalah barangan kraftangan dan kain batik. Kain batik tu termasuklah kain batik sarung dan kain batik ela. Kalau nak borong sila borong disini sebab harganya murah. Di Kuching harga akan jadi dua kali ganda. Trust me sebab aku dah compare the prices. Terbeliak mata dengar harga yang peniaga letak di Kuching Waterfront. Kalau berkesempatan ke Serikin silalah beli disini. Pasar Serikin beroperasi Sabtu Ahad saja ya. Design adalah pelbagai. Kena pandai bezakan corak batik Borneo dengan corak batik Indonesia. Tapi perbezaan jelas. Sekali tengok tau mana dari Indonesia mana yang corak Borneo. Sakan kami bershopping. Peluh sakan pun kesat jugalah. Rambang mata dengan design-design kain yang menarik. Selesai kami memborong apa yang patut terus kami gerak ke destinasi seterusnya. Mencabar sungguh.. I was not ready for it.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com

CUTI-CUTI MALAYSIA / JALAN-JALAN KE KUCHING SARAWAK

KUCHING SARAWAK : DARI KUALA LUMPUR KE KUCHING, CRUISE TRADISIONAL DAN MAKAN MALAM SEDAP DI MY VILLAGE BAROK. Baru ada masa dan kekuatan nak update entries. Balik dari Sarawak aku hanya duduk melepak dekat rumah tak buat apa-apa. Tiket flight ke Kuching dibeli tiga minggu awal. Sajalah tangan gatal gegodek website Air Asia. Suddenly dapat idea nak tengok harga ke Kuching. Aku pun tak pernah sampai ke Sarawak lagi, satu-satunya negeri di Malaysia yang belum pernah aku jejaki. Harga agak murah dan mampu pada ketika itu. Jadi terus ajak member and beli. Sangat drastik sebenarnya keputusan yang kami buat. Terus setuju. Mulalah aktiviti research sana sini untuk cari maklumat. Bermula dari book hotel and cari agent kereta sewa yang murah dan haruslah seterusnya aktiviti-aktiviti yang wajib dilakukan di sana. Alhamdulillah aku ada seorang kawan yang belajar di UNIMAS. Actually kawan childhood aku di Balik Pulau dulu. Kawan yang sama-sama satu sekolah rendah and kami terpisah sejak aku pindah ke Bukit Mertajam. Bayangkan sudah almost berbelas tahun tak jumpa and hanya berhubung melalui Facebook. Segan pun ada sebenarnya. Tapi he said dia willing nak bawak kami jalan-jalan. Yahooo !! Sekurang-kurangnya adalah jugak orang yang expert untuk bawak kami pusing-pusing.

DARI KUALA LUMPUR KE KUCHING & KERETA SEWA DI KUCHING



Alhamdulillah perjalanan pergi kami sangat smooth. Pukul 11.55AM selamat berlepas dengan jayanya dan around 2.00PM sampai di Kuching. Tak delayed and semuanya on time. Tapi waktu nak mendarat tu main kasar jugaklah pilot. Boleh pulak dia acah-acah kiri kanan swaying. Sampai di Kuching International Airport for the first time. Kena lalu imigresen. Hulur IC saja then they will give you satu kertas kecil nipis cinonet saja tulis 'Welcome to Sarawak'. Simpanlah kertas itu sebaik-baiknya sebab nanti waktu nak balik kena hulur kembali. Kalau hilang jenuh nak menjawab pula. Macam pergi Sabah. Kak Fiza (kakak kereta sewa) dah lama sampai rupanya. Aku dah SMS cakap pukul 2.30PM aku nak ambil kereta tapi bosnya suruh tunggu dari pukul 1.00PM. Bukan salah kami kak.. Bos akak yang excited terlebih. Kami selesaikan urusan kereta and buat bayaran full masa ambil kereta. So far aku survey memang Kak Fiza and bosnya Puan Hana offered the best price. Majoriti harga bermula RM80-RM100 sehari dan tak mahu kurang langsung. Kalau pergi tiga hari terus sebut RM300. Tercekik aku dengar. Tapi Puan Hana memang terbaik dia kira aku guna kereta untuk dua hari saja. Additional RM10 sahaja. Hoooih even kawan aku yang study sana pun mengakui harga yang kami dapat cukup murah. Dapat kereta bersih kemas and paling best dapat dua bar minyak tau. Kupon parking pun sudah siap tersedia di dalam kereta. Tak payah kalut nak pi beli. Sangat baik. Kalau korang berminat bolehlah contact mereka berdua. Sangat lemah lembut cakapnya. Kak Fiza - 016 8079478 / Puan Hana - 012 8952003.

Menggunakan GPS aku mencari jalan ke Tune Hotel Waterfront Kuching. Duduk Tune sahaja tapi ada cerita menarik yang amat tentang harga yang kami dapat. Siap parking semua masuk check-in dan solat. Hari pertama di Kuching kami hanya bercadang nak bersiar-siar di sekitar kawasan Tune Hotel saja ke Kuching Waterfront. Hanya beberapa puluh langkah saja dah sampai. Niat di hati memang nak naik cruise. Rata-rata yang aku survey dari kawan-kawan bloggers menyatakan bahawa harga untuk naik cruise adalah RM60 sekepala. Boat yang exclusive dan ada free flow drinks and makanan sikit. Then ada persembahan kebudayaan while menyelusuri Sungai Sarawak. Kami terkedu juga kalau betul RM60 hanya untuk tengok sunset di hujung sungai. Kemudian kami nampak offer 50% off untuk semua orang yang menginap di Tune Hotel Waterfront. Kiranya sudah tinggal RM30. Kami pun pergi dapatkan resit di kaunter Tune Hotel and mula menapak ke Kuching Waterfront. Sengih sekejap sebab fikir hanya perlu bayar half price tapi sengih kami bertambah lebar lepas nampak iklan ini yang lagi membahagiakan.





 Ini boat yang mahal. Ada makan minum disediakan.



Hanya RM19 dan boatnya lebih klasik. Ini baru betul-betul rasa macam tradisional habis. Jadi kami pun pergilah soal selidik pekerja yang jaga ticket kaunter. Sesudah kami berjaya dipujuknya maka kami abaikan resit tiket yang kami ambil di Tune Hotel and naik boat tradisional ni. Jimat banyak kot. Aku pun tak nak tengok manusia jejoget. Bezanya hanya jenis boat. Canggih and tradisional. Boat yang kami naik namanya Boat Orang Hulu. Macam sampan yang kita dok buat pakai kertas tuh tapi ini version real punya. Nampak macam tak berapa nak stabil tapi dapat menampung aku yang berat ini dengan jayanya tanpa tergolek terbalik. Kita abaikan boat yang mahal. Motif utama nak menyelusuri sungai saja. Naik apa pun tak apa janji jimat and tak banyak belanja. Mahal sebab boat moden and makan sikit and ada jejoget.

 Jangan tiru aksi ini.


 Bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak Baru.

 Perkhidmatan River Taxi menjadi pilihan penduduk tempatan untuk bergerak diantara kawasan Kampung Boyan dan Kuching Waterfront.



 Astana Negeri Sarawak.


 Kawasan kediaman penduduk tempatan.






 Melepak tepi sungai tunggu malam.

Antara hotel yang terkenal di Kuching - Grand Margherita.

KEDAI KEK LAPIS DAYANG SALHAH DAN MIRA CAKE HOUSE DI KAMPUNG BOYAN

Kami pilih pakej untuk naik cruise selama satu jam. Pergi ke dua hujung Sungai Sarawak tapi tidaklah sampai betul-betul kehujungnya. Panjang Sungai Sarawak lebih kurang 7KM jadi kami ronda mungkin suku sahaja. On the way untuk pulang ada penumpang yang minta diturunkan di Kampung Boyan. Kampung Boyan adalah antara lokasi wajib singgah sekiranya jalan-jalan ke Kuching. Aku pun tahu setelah buat research. Kalau nak beli kek lapis Sarawak yang sedap kat sinilah kawasannya. Ada dua kedai yang terkedai : Kek Lapis Dayang Salhah dan Mira Cake House. Sebenarnya ada banyak kedai kek lapis di Kampung Boyan tapi yang aku nyatakan adalah yang famous dan sering disebut-sebut. Both Kek Lapis Dayang Salhah dan Mira Cake House ada outlet di sekitar Kuching, khas untuk those yang tak sempat ke Kampung Boyan. Tapi kalau ada masa spend sikit meronda ke Kampung Boyan. Menarik juga.. Maaflah aku tak snap gambar apa pun sepanjang dikedua-dua kedai. Kalut isi perut makan tester free kek lapis.  Nanti kami akan datang semula dengan kereta untuk membeli jadi kita rasa dulu. Terus lupa mana camera.

Kalau dari Kuching Waterfront boleh naik boat untuk menyeberangi Sungai Sarawak. Harga murah saja. RM1-RM3 depends on jenis boat yang kita prefer. Jangan naik boat cruise RM19 pula kalau setakat nak ke Kampung Boyan. Nangis karang melabur banyak sangat untuk perjalanan sejengkal saja. Those yang nak bawa kereta ke seberang pun boleh tapi kena drive pusing jauh sikit. Kami cadang sebelum gerak balik ke Kuala Lumpur akan singgah sekejap memborong. They can pack nicely untuk kita bawa naik flight jangan risau. Tengah sedap makan kek lapis free kawan aku Whatsapp bagitahu dia dah free dan boleh datang melepak sama. Aku yang ajak dia lepak sekali so that esoknya hari dia nak bawa aku meronda kami tak awkward. Bayangkan.. berbelas tahun tak jumpa memang layak kaku seketika. Katanya boleh saja jumpa di Kampung Boyan. Ada satu kedai yang agak famous di Kampung Boyan - My Barok Village. Ada beberapa bloggers yang suggested untuk makan disini. Sambil tunggu kawan aku sampai, aku dan Shu melepak di tepi Sungai Sarawak diseberang Kuching Waterfront. Cantik Kuching pada waktu malam meriah dan kaya dengan lampu. 

MAKAN MALAM DI MY VILLAGE BAROK KAMPUNG BOYAN KUCHING

Dah puas sakit pinggang sakit montot duduk tepi Sungai Sarawak akhirnya kami decided nak tunggu di restoran saja. Nyamuk makin banyak normal hari dah gelap. Cari tempat kosong siap-siap sebab orang boleh tahan ramainya. My Village Barok sangatlah classic sungguh. Diperbuat daripada kayu and buluh tingkat atasnya. Seram aku nak pijak. Bunyi mengerikan. Tapi alhamdulillah selamat makan dan dah balik semenanjung dah pun. Kami tak ordered makanan terus sebab tak tahu nak order apa. Tunggu kawan aku sampai baru nak order. Tunggu dalam lima belas minit akhirnya kawan aku pun sampai. Krik.. Krik.. Krik.. Tak tahu nak buat apa respond macam mana semualah. Berbelas tahun tak jumpa. Sengih senyum saja mampu for few minutes. Akhirnya kena make a move jugak. Lapar hoih. Belek-belek menu. Nasib kami sebab time tu restoran dalam process nak renovate. Jadi menu adalah limited and tak banyak choices. Tapi syukur apa yang kami nak makan ada.







Umai - Memang menjilat jari dan wajib cuba. Aku ada baca dari bloggers lain katanya isi ikan yang digunakan adalah mentah tapi yang ni macam tak mentah pun. Ataupun ikan tu dah lama diperap. Konsepnya macam kerabu tapi sedap.


Linut / Ayam Pansuh RM15 (satu hidangan untuk 2-3 orang) Ini sedap juga memang antara makanan tradisional orang Sarawak. Konsep rasa macam sup ayam. Basically tapi sebab bahan-bahan yang digunakan untuk masak hidangan ni bukan bahan-bahan nak buat sup jadi rasa unik sikit. Ada banyak pucuk ubi dan hidangan ni dimasak dalam buluh. Nanti dah siap masak pekerja akan bawa buluh tu kat kita and tuang isi dalam mangkuk depan kita.


Kambing Ketuk - Ini macam kambing bakar. Orang sana panggil 'ketuk' macam kita panggil 'penyek'. Jadi ini adalah kambing penyek. Sedap !! Sebab aku suka makan lamb jadi obviously aku suka. Boleh try. Just terlalu banyak chilli seeds. Aku menyampah sikit makanan banyak biji cili ni. Kalau aku yang masak confirm sebiji pun aku tak izinkan ada dalam masakan. Puas hati dengan kesedapan makan malam. Sehingga menjilat jari. Harga agak berbaloi. Just RM56.++ untuk berempat. Not bad.

Sambil makan kami bincang-bincang untuk journey esok. Kawan aku willing nak bawa ronda-ronda. Padahal the next day ada exam. Keluarlah habis list yang aku dah buat dari semenanjung lagi. Sekali lagi arrange perjalanan supaya bersesuaian dengan masa yang kami ada. Done dan kawan aku pun hantar kami balik ke hotel. Tak payahlah kami naik bot untuk menyeberangi sungai. Selesai hari pertama di Kuching yang penuh santai. Penat perjalanan terubat dengan pengalaman baru yang kami dapat di Sarawak. Selamat berehat dan goodnight Kuching.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.