SITI.YANG.MENAIP: May 2014

BERGAMBAR DENGAN BURUNG KAKAK TUA DI TAMAN BURUNG KUALA LUMPUR | Sehari sebelum jadinya ke Taman Burung Kuala Lumpur, aku ada sembang dengan Momon bosan balik Bangi tapi tak ada aktiviti. Terus dia ajak aku ikut sekali trip rombongan kanak-kanak tadika ke KL Bird Park. Momon kerja (baca : anak bos) dengan syarikat bus pelancong Hop On Hop Off Kuala Lumpur (KL HOHO) jadi memang selalu terlibat dengan aktiviti tour. In this case, special sikitlah sebab package sekali dengan trip ke Taman Burung Kuala Lumpur. Dah diajak aku ikutkan saja memang free tak ada benda nak dibuat janji teman Momon kerja sampai habis trip. Kami akan ke KL Bird Park menaiki KL HOHO jadi aku kena gerak awal dari Bangi terus ke salah satu station KL HOHO - Istana Budaya. Senang nak parking dan kakak-kanak tadika pun semua tunggu disana. Aku tengok sajalah staffs KL HOHO dan cikgu-cikgu yang terlibat uruskan kanak-kanak tadika. Alahaaai comel semuanya. Ada juga parents yang ikut sekali trip dengan anak-anak. 

Aku pun super excited sebab itulah first time nak naik KL HOHO. Sebelum ni aku pernah sekali saja naik bus Hop On Hop Off di Brussels jadi faham jugalah konsep bus HOHO macam mana. Menarik jugalah di Malaysia pun ada KL HOHO. Pernah plan dengan MamiZ dan DediS nak naik sama tapi tak pernah menjadi. Hari cerah langit terang haruslah kita duduk di upper deck. Feeling layan perasaan angin sepoi bahasa bertiup. Best !! Meronda sekitar Kuala Lumpur tengok bangunan tinggi. Selalu drive mana ada kesempatan nak melilau enjoy the view. Inilah masanya !!

 Bus KL Hop On Hop Off di stop Istana Budaya.

Taman Burung Kuala Lumpur

Penat usung camera rupanya tak ada battery. Akhirnya camera handphone juga yang berjasa. Jadilah daripada tak ada gambar langsung. Aku sempat jugalah ambil few pictures kena jimat juga sebab tak bawa power bank. Tak tahulah trip apa ni segala benda tak kena.

Aku suka suasana di Taman Burung Kuala Lumpur. First time aku kesana seronok juga. Burung-burung yang jinak dibiarkan terbang bebas. Burung-burung di dalam sangkar pun dekat bukan sebatu jaraknya baru nampak seekor. Merak pun ada tapi tak ada rezeki nak tengok kembang walaupun lama aku tunggu. Langsung dia tak buka kepak. Kami ikut saja kemana kanak-kanak tadika pergi jadi meriah pula dengar kanak-kanak menjerit suka tengok burung-burung yang cantik. Sempat juga tengok 'Bird Show'. Jujurnya aku ingatkan show biasa saja tapi bila dah duduk tengok sampai habis menarik. Out of 10 aku kasi 8. Not bad at all. I was not sponsored untuk puji KL Bird Park, memang ikhlas dari hati. Aku tak ambil gambar pun punyalah focus enjoyed tengok show. Lama jugalah trip bersama kanak-kanak tadika tu. Sebelum gerak balik singgah lunch dulu yang turut disediakan oleh pihak KL HOHO. Macam-macam ragam kanak-kanak sebab dah penat. Mulalah nak buat perangai moody mengantuk tak mahu makan. Yang menangis pun ada. Tabahlah cikgu-cikgu tadika melayan.







Sebelum balik aku memang dah aim dari awal nak bergambar dengan burung-burung. Ada service berbayar disediakan. RM35.00 untuk sekeping gambar yang dicuci cantik. Hulur juga handphone masing-masing nanti diorang ambilkan gambar juga. Kalau tak mahu gambar yang bercuci hanya bayar RM10.00 saja untuk guna handphone masing-masing. Aku suka kumpul token souvenirs macam ni tapi kena buat pelaburan sikit. Orang lain ambil gambar ramai ataupun berpasangan, aku memang alone beginilah. Mula-mula segan tapi bila pekerja ambil semua burung yang availabe di photo booth untuk bergambar dan letak atas bahu riba dan tangan aku, rasa seronok pula. Yang tengah beratur tunggu turn pun berseloroh sikit sebab penuh haaa keliling aku dengan burung-burung. It was my first experience pegang burung especially yang cantik dan besar macam di KL Bird Park. Subhanallah bila tengok dengan jarak dekat, cantiknya !! Aku paling takut dengan Enggang sebab besar sangat dan berat. Burung Kakak Tua dua ekor warna merah tu tak boleh dekat sangat katanya nanti bergaduh. Gambar dah siap cuci singgah beli fridge magnets beberapa ketul sebelum keluar.

LOKASI KL BIRD PARK


Kuala Lumpur Bird Park

Admission Fee
Adult (Standard) RM63.00
Child (Standard) RM42.00

Adult (MyKad) RM25.00
Child (MyKad) RM12.00

Opening Hours
Daily 09:00AM - 06:00PM (Including holidays)

Website

Untuk information lanjut boleh terus ke website KL Bird Park. Ada banyak lagi tarikan di sana tapi kami tak sempat nak terjah semua. Dari pagi sampai ke petang padat dengan slot aktiviti harian. Hujung minggu tak ada cadangan nak bawa pergi mana, selain melepak di shopping malls bolehlah bawa anak-anak ke KL Bird Park. Expose anak-anak kepada nature dan mengagumi kebesaranNya. Jalan santai sambil spend quality time dengan keluarga. Happy jalan-jalan !!

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.