SITI.YANG.MENAIP: April 2014

LADANG ANGGUR TASIK BERIS SIK KEDAH TARIKAN DI UTARA MALAYSIA

Info Terkini : Ladang Anggur Tasik Beris Ditutup | Permanently closed.
Rujuk SINI.

LADANG ANGGUR TASIK BERIS SIK KEDAH TARIKAN DI UTARA MALAYSIA. Lama tak update entry baru aku sibuk buat preparation nak join berniaga di charity bazaar. Aku nak kongsikan serba sedikit lawatan aku ke Ladang Anggur Tasik Beris yang terletak di Sik, Kedah. Tarikan di bahagian utara tanah air. Tak plan langsung nak kesana tapi alang-alang berada di kawasan berdekatan, langsung teruslah kita jenguk apa yang menarik disana. Cuaca memang sangat panas terik and few days after that keluar news 'Gunung Jerai Terbakar'. Memang super hot walaupun dalam kereta ada aircond tetap berpeluh. Dalam perjalanan dari Alor Setar masih berkira-kira nak pergi atau tak tapi dah dekat dengan Exit Gurun kami semua setuju untuk singgah. Kalau tak singgah sekarang bila lagi nak pergi sebab jarang sebenarnya kami semua lajak hingga kesana. Dari Exit Gurun kena drive lebih kurang 40minit - jauh jugalah nak sampai. Gigih mencari ladang anggur dengan ikut sign board yang ada. One thing yang aku noticed, signage kesana sangat tak membantu. Ada yang kecil dan terlindung. Kalau drive seorang diri mungkin terlepas pandang. Sangat mengelirukan tapi apa-apa pun alhamdulillah selamat sampai ke destinasi.

LOKASI LADANG ANGGUR TASIK BERIS SIK KEDAH


 Entrance. Parking spaces pun luas.













Rasa tergoda tak tengok gambar-gambar anggur ni semua ? Ni baru ladang anggur kat Malaysia kalau kat luar negara sana tak tahulah tahap excited macam mana pula. Masuk ke vineyard ni memang 'subhanallah' memanjang sebab rasa terpegun. Elok pula time kami kesana ada lorong-lorong buah anggur yang sedang masak elok. Rasa nak ngap terus dari pokok tapi tak dibenarkan. Kalau nak petik sendiri kenalah bayar. Tapi nak acah-acah makan terus dari pokok boleh saja. Janji jangan petik tanpa kebenaran. Di Ladang Anggur Tasik Beris, kemudahan semua disediakan. Ada toilet, surau, cafe dan souvenirs shop. Boleh beli buah anggur yang dah masak bawa balik. Selain itu, ada juga souvenirs lain seperti fridge magnet, mug dan macam-macam lagi. DediS memang suka sangatlah borong mug. Antara hobi yang dia suka. Mahal jugalah souvenirs yang dijual tapi tak apa.. Sesekali sampai bukan selalu apa salahnya beli. Banyak products kecantikan juga. Sabun mandi, shampoo, handwash dan semuanya dibuat berasaskan anggur. Tunggu apa lagi.. Jangan lupa masukkan Ladang Anggur Tasik Beris dalam senarai tempat yang ingin dituju. Yang mana duduk dekat tapi tak penah singgah tolonglah singgah.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.