Friday, 31 January 2014

HANGZHOU SHANGHAI 2014 | CHINA : DAY 4.1 - BACK IN HANGZHOU

PULANG KE HANGZHOU DARI SHANGHAI MENAIKI BULLET TRAIN


Entri sebelumnya di SINI.

Dah puas membuang duit haruslah masing-masing sedar diri dan pulang ke jalan yang benar. Puas hati dengan hasil tangkapan sampai tak mengeluh penat langsung. Yang sakan shopping haruslah tak rasa penat. Yang duduk menunggu yang kebosanan. Apa-apa pun, haruslah kita beransur secepat mungkin. Kami harus pulang ke Hangzhou semula. Disebabkan fake market berada di Line 2, jadi tak perlu susah-susah untuk tukar laluan Metro untuk ke Shanghai Hongqio Railway Station. Perjalanan memakan masa hampir 45 minit. Bila sampai di Shanghai Hongqio Railway Station, proses untuk membeli tiket berjalan lancar. Kali ni kami sudah sedikit pro. Sudah tahu mana nak tuju. Alhamdulillah. Dapat tiket untuk ke Hangzhou pada pukul 8.00PM.

Kali ini kami dapat G Ticket dengan harga 120Yuan (RM60 approx). Walaupun sedikit mahal berbanding tiket-tiket kelas lain, tapi tak mengapa. Mengikut kefahaman aku, G Ticket merupakan tiket bullet train dan perjalanan hanya memakan masa selama 1 jam untuk sampai ke Hangzhou. Tiada pit stop di stesen lain. Direct terus sampai Hangzhou. 




Tidak lama pun menunggu. Dalam 45 minit gate sudah dibuka. Kami memang dah bersiap sedia menunggu dihadapan gate. Sambil melepaskan lelah penat shopping sakan. Penat berjalan juga. Eloklah duduk berehat meregangkan otot dan sendi. Nanti di Hangzhou nak berjalan lagi mencari hotel. Orang sangat ramai. Tak ada ceruk yang kosong. Riuh sungguh. Kalau mahu shopping di stesen ini pun boleh juga. Tapi barangan semua yang berjenama. Untuk cuci mata sebelum menaiki train apa salahnya. Window shopping.

Pekerja dah mula memanggil. Jom kita naik train..


Seat lebih selesa berbanding train yang kami naik ketika mahu ke Shanghai dari Hangzhou. Boleh baca di SINI. Jadi berbaloi bayar sedikit mahal janji selesa daripada terpaksa berhimpit-himpit. Tak terasa perjalanan yang jauh. Kami semua kepenatan tapi aku tak dapat terlelap pun. Dalam hati memikirkan jalan untuk mencari hostel pula. Aku keluarkan peta laluan Metro di Hangzhou. Cuba untuk mencari arah yang sepatutnya untuk sampai ke hotel. Kekakaks pula ada yang hanyut tidur. Kak Farah lain pula kerjanya. Makan tak berhenti. Aku tumpang sekaki juga menghabiskan buah berangan dan strawberry yang kami borong di Shanghai. Sedap.

Setelah hampir 1 jam berada di dalam train, kami akhirnya berjaya pulang ke Hangzhou. Keluar dari train masing-masing menggigil. Suhu di Hangzhou jauh lebih rendah berbanding di Shanghai. Memang sejuk yang amat. Masing-masing mula untuk keluarkan glove. Sepanjang di Shanghai langsung tak bersentuh. Cepat-cepat kami naik ke terminal Hangzhou East Railway Station.


Dari Hangzhou East Railway Station, kami ambil Metro Line 1 untuk ke stesen West Lake Cultural Square. Aku tengok kedudukan hostel berdekatan degan Cultural Square jadi aku buat conclusion bahawa kami semua harus ke sana. Bila kami dah sampai, sayup sungguh. Langsung tak ada orang yang lalu lalang. Aku tenung satu peta besar yang ada di station metro. Tenung tapi masih tak tahu kemana nak pergi. Akhirnya ada seorang lelaki yang datang tegur aku. Kalau sekali tengok macam mafia pun ada juga. Dialah satu-satunya passenger yang aku nampak sejak aku turun dari train. Bertatu satu badan. Seram tapi dia tegur baik-baik dan boleh berbahasa Inggeris. Dia tanya mahu kemana dan aku tunjukkan alamat hostel yang sudah ditulis in Chinese characters.

Dia pun tak pasti kedudukan hostel tapi dengan gigihnya dia nak tolong kami. Hampir 30 minit juga dia menggodek handphone akhirnya dia bersuara. Katanya, kami tak patut turun di stesen West Lake Cultural tapi sepatutnya ke stesen Ding'An Road yang turut sama berada di Line 1. Dia suruh kami cepat-cepat pergi beli tiket dan naik train secepat mungkin. Katanya service metro di Hangzhou tamat pada pukul 11.00PM. Kami pun meneruskan perjalanan ke stesen Ding'An Road. Bila sampai, adalah juga few people. Aku ke information counter walaupun aku tahu sangat tipis untuk aku dapatkan maklumat.

Pekerja di information counter tak fasih berbahasa Inggeris, memang terbatas communication. Tapi dia mencuba sedaya upaya untuk menerangkan kepada aku dimana letaknya hostel kami. Aku sangat frust dengan language barrier yang aku hadapi. Akhirnya ada seorang Chinese Lady yang berdiri belakang menepuk bahu aku. Dia tarik aku ke tepi dan bertanya mana aku nak pergi. Bila aku tunjuk address dia senyum. Dia suruh naik tangga dihujung stesen dan terus berjalan sehingga jumpa simpang berdekatan dengan jejantas besar. Kemudian terus belok kanan.

Syukur. Dalam kesusahan sentiasa Allah SWT hadirkan bantuan buat kami. Kalau tak gamaknya tak jumpa hostel dengan cabaran cakap ayam itiknya. Kami pun sama-sama menapak mencari hostel. Sekali lagi bertemu insan yang baik. Kami ditegur seorang lelaki dan girlfriendnya dan siap sudi untuk iring kami ke hostel. Tolong bawa bag juga. Sampai kami habis berurusan ditunggunya kami. Hairan juga aku tengok kenapa baik semacam. Kami jumpa seorang warga Malaysia berbangsa Cina di hostel itu while nak check-in. Jejak kasih sungguh. Ah Du namanya dan berasal dari Ipoh. Dia tolong kami untuk check-in tapi tak susah mana pun. Receptionist boleh berbahasa Inggeris dengan fasih.

Masuk bilik baring penuh kelegaan. Pengalaman oh pengalaman..

-SITI YANG MENAIP (SYM)-

Reach me via email at :
sitiyangmenaip@gmail.com

12 comments:

  1. Seronoknya jenjalan cik siti kita nih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehheehe ni entry lama kak.. ceq publish balik sebab baru edit..

      Delete
  2. Asalamualaikum ct...amboi banyaknya beg..nasib tak ada tilam bagai...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehehe bag ramai2 tu Kak Yan.. kalo bag daku seorang banyak tu ehehe..
      ranap nak mengusung..

      Delete
  3. seronokkk nya Ct lahaiiii kalau dulu2 hhhmm mmg nak ikut ni
    hahah tak sedar diiri punya orang tua ni Ct hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehe eeeeh Kak Noor.. siapa kata tak boleh ? joom joom..
      tak ada restriction umur kan untuk berkelana..

      Delete
  4. Hehehe...memang susah nak berkomunikasi bila kita kat negara China..tapi pengalaman tu yang bestkan

    Ingat sampai bila2

    ReplyDelete
    Replies
    1. eeerk bila dah selesai kenang balik memang best lah..
      tapi masa tu rasa nak hantuk2 kepala kecewa ahahaha..

      Delete
  5. bestnya merantau ke negara orang .

    ReplyDelete
  6. Ok,..hangzhou destinasi kembara ku seterusnya bersama Cik CT :)

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah, ada kelapangan yang Allah lorongkan dalam setiap kesulitan. Mesti sampai hostel dah lega tu terus terbungkang tidur :)

    ReplyDelete
  8. tulah cabaran pergi ke China . ramai juga yg ada masalah komunikasi . alhamdulillah , ramai yg sudi membantu ...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...