SITI.YANG.MENAIP: HANGZHOU SHANGHAI 2014 | CHINA : BUDGET DAN EXPENSES + SUMMARY

HANGZHOU SHANGHAI 2014 | CHINA : BUDGET DAN EXPENSES + SUMMARY

/
0 Comments
January 29, 2014

TRAVELOGUE CHINA | HANGZHOU SHANGHAI

JALAN-JALAN TRAVELOGUE HANGZHOU SHANGHAI CHINA | BUDGET DAN PERBELANJAAN SEPANJANG DI SHANGHAI DAN HANGZHOU. Teringin nak buat entry total expenses macam kawan-kawan yang lain. Aku bukanlah rajin sangat travel dan trip pun tak sehebat orang lain yang dah pergi merata tempat pelusuk dunia tapi nak juga buat. Aku cuba senaraikan dengan teliti sebab memang aku tulis semua perbelanjaan keluar masuk duit semua kira sepanjang aku berada di Shanghai dan Hangzhou.  Boleh pula tak ingat mana aku campak notebook itulah pasal kenapa lambat share. Baru jumpa buku dan dapatlah aku kongsikan disini. Semoga dapat dijadikan panduan buat kawan-kawan yang sedang merancang perjalanan ke China.


  • VISA -- RM80.00
  • Tiket AAX Kul-Hangzhou-Kul [+20kg +30kg] -- RM759.00
  • Makanan prepared from Malaysia -- RM50 / 5 -- RM10.00
  • Kit Ubat-ubatan -- RM70.00

Total : RM919.00

DAY 1 (31 December 2013)

  • Lunch at LCCT [Merry Brown] *tapau masuk flight* -- RM17.90
  • Hot milo *in-flight menu* -- RM5
  • Taxi : Airport > Genting Star Hotel -- RMB220 (RM110) / 5 = RM22/pax
  • Strawberry [1kg] -- RMB30 (RM15)
  • Hotel : Genting Star Hotel [1 night] -- RMB270 (RM140) / 5 = RM28/pax

Total : RM87.90

DAY 2 (1 JANUARY 2014)

  • Subway : Wujiang Rd > Hangzhou East Railway Station -- RMB2 (RM1)/pax
  • Bullet train : Hangzhou > Shanghai [Class D] -- RMB78 (RM39)/pax
  • Metro : Shanghai Hongqiao > Zhongshan Rd -- RMB4 (RM2)/pax
  • Dinner -- RMB30 (RM15) / 5 = RM3/pax
  • Hotel : Baolong Homelike Hotel [2 nights] -- RMB520 (RM260) / 5 = RM52/pax
  • Dinner -- RMB110 (RM55) / 5 = RM11/pax

Total : RM108.00

DAY 3 (2 JANUARY 2014)

  • Metro : Zhonghan Rd > Lujiazui -- RMB4 (RM2)/pax
  • Shanghai Oriental Pearl TV Tower [Package C] -- RMB120 (RM60)/pax
  • Shopping (Poskad + Keychain + FM + Buku) -- RMB50 (RM25)
  • Picture Comrade Service -- RMB40 (RM20)
  • Metro : Lujiazui > East Nanjing Rd -- RMB1 (RM0.50)/pax
  • Shopping (Tshirt + FM + Glass + Hat + Alas Meja + ETC) -- RMB500 (RM250)
  • Dinner -- RMB130 (RM65) / 5 = RM13/pax
  • Aiskrim -- RMB3 (RM1.50)
  • Metro : East Nanjing Rd > Zhongshan Rd -- RMB4 (RM2)/pax
  • Oranges (1/2kg) -- RMB20 (RM10)

Total : RM384.00

DAY 4 (3 JANUARY 2014)

  • Breakfast -- RMB120 (RM60) / 5 = RM12/pax
  • Buah Berangan -- RMB10 (RM5)
  • Metro : Zhongshan Rd > Science and Technology Museum -- RMB4 (RM2)/pax
  • Shopping (Handbags + Kasut) -- RMB900 (RM450)
  • Metro : Science and Technology Museum > Shanghai Hongqiao -- RMB4 (RM2)/pax
  • Bullet train : Shanghai > Hangzhou (Class G) -- RMB180 (RM90)/pax
  • Subway : Hangzhou East Railway Station > Ding' An Rd -- RMB4 (RM2)/pax
  • Hotel : Wushanyi Hostel (2 nights) -- RMB520 (RM260) / 5 = RM52/pax

Total : RM615.00

DAY 5 (4 JANUARY 2014)

  • Lunch -- RMB370 (RM185) / 7 = RM26.40/pax
  • Assorted Nuts (1kg) -- RMB30 (RM15)
  • Sate Kambing + Pau -- RMB16 (RM8)
  • Jagung Rebus -- RMB5 (RM2.50)
  • Cotton Candy -- RMB7 (RM3.50)
  • Taxi : West Lake > Rumah Kawan -- RMB200 (RM100) / 7 = RM14.30/pax
  • Convenience Store (Junk Food) -- RMB20 (RM10)
  • Bus : *tak ingat route* -- RMB2 (RM1)
  • Dinner -- RMB120 (RM60) / 4 = RM15/pax
  • Taxi : Kedai Makan > Hotel -- RMB240 (RM120) / 7 = RM17.20/pax
  • Sate Kambing -- RMB10 (RM5)

Total : RM117.90

DAY 6 (5 JANUARY 2014)

  • Banana -- RMB3 (RM1.50)
  • Service : Call Malaysia *pinjam telefon hostel* -- RMB5 (RM2.50)
  • Kasut *sale* (1 pasang) -- RMB20 (RM10)
  • Shopping (Souvenirs + FM + Bangles + Junk Food + ETC) -- RMB250 (RM125)
  • Lunch -- RMB170 (RM85) / 2 = RM42.50/pax
  • Taxi : Hostel > Airport -- RMB210 (RM105) / 5 = RM21/pax
  • Convenience Store (Air) -- RMB5 (RM2.50)
  • Hot Milo + Maggi *in-flight ala carte* -- RM15

Total : RM220.00

Rate Exchange : RMB1 / RM0.51 *nak senang kira aku genapkan RM0.50*

Total : RM973.90 + RM87.90 + RM108 + RM384 + RM615 + RM117.90 + RM220
= RM973.90 + [RM1531.90 (Belanja di Hangzhou + Shanghai)] 

= RM2505.80 *plus minus*

Basically ini memang 99.9% apa yang aku belanjakan. Aku tak bawak any credit card *I dont own one* dan memang berbekalkan duit yang aku bawak dari Malaysia saja. Aku spare juga dua tiga ratus duit Malaysia incase terpaksa guna tapi aku tak sentuh langsung. Apa-apa pun yang paling penting adalah asingkan duit untuk kegunaan kecemasan. Pandai-pandai nak asingkan berapa dan untuk kegunaan apa. Untuk berbelanja di sana tak termasuk perbelanjaan untuk pergi, aku tukar duit more than enough. Ini pun masih berbaki duit aku boleh simpan untuk next trip ke China insyallah kalau ada rezeki. Jimat yang teramat sangat sebab lodging dan makan kami kongsi berlima dan bertujuh. Kalau korang memang jenis yang menikmati keindahan alam tak perlulah nak fikir shopping sangat. Memang penjimatan besar. Untuk pengangkutan pula memang tak payah nak risau sangat. Murah gila tambang metro subway dan bus disana. Dengan ini alhamdulillah selesai. Dapat juga buat entry total expenses. Harapnya dapat membantu kalau ada yang tersesat jumpa ni. Apa-apa pertanyaan boleh terus email. Mana yang boleh dibantu akan aku bantu. Untuk rujukan aku senaraikan entries yang berkaitan sepanjang trip aku ke Shanghai dan Hangzhou. Happy travelling !!


SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com


You may also like

No comments:

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.