Wednesday, 29 January 2014

HANGZHOU SHANGHAI 2014 | CHINA : DAY 4.0 - YATAI XINYANG FASHION AND GIFT MARKET

JALAN-JALAN SHANGHAI | MENCARI FAKE MARKET DI SHANGHAI

Entri sebelumnya di SINI.

Liat sungguh nak bangun. Kalau boleh memang nak sambung tidur sampai tengah hari. Memikirkan ada satu lagi mission utama digagahi juga mandi bersiap dan menunaikan yang wajib. Kami berkumpul di lobby untuk check-out. Ingat tak dalam entry INI aku ada ceritakan tentang pekerja di reception counter yang cuba untuk memperbodohkan kami. Hey !! Hang ingat orang Malaysia tak sekolah ke apa ?

Masa check-in dua hari lepas, the same pekerja minta kami bayar deposit. Minta deposit adalah perkara biasa kan ? Bayarlah 200Yuan (RM100 approx) as deposit untuk dua malam. Dia kasi resit. Aku simpan resit tu sebab aku nak claim deposit balik. 

Aku tunjuk resit. Lepas tu dia buat tak tahu saja. Aku punyalah tercegat minta balik 200Yuan aku. Dia kata aku tak bayar any deposit pun. Haaa mulalah adegan aku meninggikan suara. Terang-terang tulis aku dah bayar 200Yuan. Dia boleh cakap tak ada resit apa pun. Depan mata dia ada resit tu boleh dia buat tak tahu. Aku terus cakap in English tak peduli dia faham ke tak. Aku ambil resit depan dia. Terkejut dia. Agak kasar juga aku time tu. 

Dia ingat kita bodoh. Dia lagi bodoh. Resit tu semua tulis in English. Ada nama hotel saja in chinese characters. Nak tipu pun agak-agaklah. Nak mencekik duit aku pula. Lagilah aku angin.

Lepas tu dia buat-buat nak tengok resit tu. Aku tak kasi. Kang dia ambil tak pulangkan balik. Mungkin sebab suara aku dah makin tinggi ada another pekerja datang. Boleh speak English. Dia tanya kenapa aku explain elok-elok sebab kawan dia nampak polite. Dia said sorry dan mungkin ada masalah communication. 

Hang dengan kawan hang sama. Dah kantoi nak scam duit aku katalah kawan hang tak faham English. Jangan kerja kat reception counter kalau tak reti nak speaking. Lepas tu dia pun pulangkan 200Yuan aku. The best part adalah, duit 200Yuan tu dah ada dalam sampul pun. Siap ada nama aku atas sampul. Geram sangat sebab dia pura-pura tak tahu. Puaslah kawan dia minta maaf. 

Aku punya conclusion adalah - Pekerja tu nak kebas duit aku. Full stop. Puas berdrama kami pun berangkat dari hotel itu. Tak kuasa nak lepak lama-lama. Aku sempat update DediS dan MamiZ yang kami nak gerak pulang ke Hangzhou.




Menapak sambil mengusung luggage masing-masing. Yang mana luggage dah beranak pandai-pandailah tanggung. Hihihi.. 

Kami singgah breakfast kat satu kedai muslim yang kami nampak on the way balik ke hotel malam sebelumnya. Malam kami lalu kedai dah nak tutup. Tapi kami dah mark siap-siap so that boleh breakfast di kedai itu sebelum ke next destination.

Memang ceruk mana kami pi alhamdulillah disambut dengan meriah oleh muslims di Shanghai. Kami masuk kedai pekerja lelaki tolong angkat luggage kami. Makcik-makcik tukang masak semua keluar ke depan nak salam dengan kami. Awkward pula rasanya. Kami mampu sengih saja. 

Order makanan tunjuk-tunjuk saja. Perkara paling senang untuk dibuat.

Sembang ayam itik. Suddenly one pekerja keluarkan phone. Okay !!

Memang style agaknya untuk communicate guna Google Translate. Comel sungguh. Since dah ada pengalaman jadi aku tak terkejut sangat. Ada effort untuk masing-masing faham each other. Tanya pun soalan-soalan biasa. At least ada juga kemesraan yang terjalin. Cewah.

Makanan sampai. Kami order lauk yang lebih. Ada juga mee tarik tapi mee sejuk. Macam kena celup dalam ais. Memula masuk mulut terus pandang Kekakaks. Nak gelak tapi kena cover. Mujur sedap. Tak seksa sangat nak telan. Daging yang kami order pun sejuk. Aku tak tahulah kenapa. Kami makan saja tak banyak bunyi. Janji kenyang.

Sempat juga kami tapau makanan. Buat bekal kalau tiba-tiba nanti kelaparan.





Makanan licin kami bedal. Bab makan so far memang semuanya terbaik. Tak ada satu pun yang mengecewakan kami. Setiap kali makan konsep kami sama. Order saja nak makan apa dan total kami bahagi lima. Semua setuju macam tu.

Makcik-makcik yang tadi keluar nak salam dengan kami sekali lagi menjelmakan diri. Korang bayangkan, kami tengah makan makcik-makcik tu semua duduk tunggu tengok saja kami makan sambil sengih-sengih. Muka memang excited habis. Makcik-makcik tu semua ramah tapi seksa nak communicate. Memang langsung sepatah haram tak tahu English.

Rupanya salah seorang dari makcik-makcik tu nak ajak bergambar. Alahai malu lah..

Rasa betul-betul popular. Semalam pun ada orang ajak bergambar. Hari ni pun ada yang ajak bergambar lagi. Curious tau. Jadi lepas makan kami pun standby nak bergambar. Makcik-makcik tu siap susunkan kerusi suruh kami duduk. Then ada seorang makcik tarik tangan Kak Farah suruh berdiri tepi dia. Aku rasa makcik-makcik ni berkenan dengan Kak Farah. Nak buat menantu kot.


Makcik baju putih paling energetic tapi makcik baju biru yang sakan peluk Kak Farah. Memang berkenan habis dengan Kak Farah. Siap usap-usap tangan. Macam tak mau lepas Kak Farah pergi. Parah. Risau gak kalau betul kena tinggal Kak Farah kat Shanghai. Apa nak jawab kat parents dia. Mujur makcik tu rela lepaskan.

Dah cukup !! Drama banyak sangatlah. 

Makan dah kenyang pun dah.

Jom gerak. Ada tempat lain lagi yang kami nak singgah.

Sebelum pulang ke Hangzhou kami nak singgah di Yatai Xinyang Fashion and Gift Market yang terletak di basement level Shanghai Science and Technology Museum. Kami tak ada niat nak ke museum tapi kami nak shopping di antara fake markets yang terkenal di Shanghai.

Come on guys !! It is China. Apa benda yang tak fake ? Habaq mai kat aku..

Directions to Yatai Xinyang Fashion and Gift Market
  • Naik metro ke station People's Square dan tukar laluan ke Line 2.
  • Teruskan journey ke Shanghai Science and Technology Museum yang berada di Line 2.

Memang tak susah. Hanya perlu sekali saja tukar laluan metro. Orang memang ramai. Line 2 memang laluan tumpuan jadi terpaksa rela berhimpit dalam metro. Jaga belongings. Dalam metro aku galas bag didepan. Memang tak biarkan bag dibelakang.

Sampai saja di station Shanghai Science and Technology Museum tak perlu menapak jauh langsung. Memang kita akan terus jumpa signage nak ke Yatai Xinyang Fashion and Gift Market. Tak perlu naik tangga or keluar dari station pun. While aku buat research sebelum pergi pun aku dah baca untuk sampai ke fake market inilah yang paling senang.

Untuk information lanjut mengenai fake markets di Shanghai -- SINI.


Kami longgok luggages di satu sudut. Jangan pula korang sepah merata. Cari tempat tersorok sikit. Tak adalah ganggu laluan orang. Kami shopping ikut turn. While aku dan Momon jaga barang-barang, Kak Ecah, Kak Farah dan Juju pergi shopping. Lepas satu jam mohon kembali untuk jaga barang-barang pula sementara aku dan Momon pergi shopping. Tapi tak macam satu jam pun. Berjam-jam aku rasakan. 

Kat sini memang boleh dapat barangan tiruan gred AAAAA haaa.. lima A terus aku kasi. Yang sampai kat Malaysia tu gred AAA saja. Kat sini lagi berkualiti. Kalau dah sampai sini janganlah korang kata tak nak shopping. Tergoda. Sumpah. Barangan dari top to toe ada. Memang boleh dapat murah. Bergantung pada tahap kepakaran korang untuk tawar-menawar. 

TAPI !!

MISTERI MEMBURU BAG COACH


Ada satu cerita seram yang berlaku. While aku dan Momon tengah ronda-ronda aku noticed barangan branded tiruan yang dipamerkan adalah jenama Michael Kors, Burberry, Kate Spade and few others. Yang aku nak tak ada pun. Aku nak belikan Coach untuk MamiZ. Nak beli yang original belum mampu. Tiruan gred AAAAA saja mampu. Tapi serious satu bag or wallet Coach aku tak nampak.

Momon pun nak borong Coach. Kami decided nak tanya kat one kedai ni. Siap kena sambut iring bagai masuk kedai. Dia pujuk la beli bag ni bag tu tapi kami tak nak. Last dia tanya nak bag apa. Dah semua aku tunjuk hang tak nak. Aku sebut nak Coach. Dia panggil kawan dia.

Kawan dia kata 'come follow me..' Uish peniaga kat China ni suka sangat suruh main ikut-ikut.

Aku dan Momon pun ikut pelan-pelan. Daripada kedai yang kami masuk tadi kami dibawa ke another kedai yang agak tersorok. Orang tak ramai pun kat kawasan tu. Kami pun masuklah dan disambut oleh pekerja lelaki pula. Aku cakap aku nak bag Coach. Kalau fikir balik kelakar pun ada. Tak habis aku zikir Coach dari awal. 

Suddenly dia press this one button and rak-rak yang ada handbag tu terbuka. Seriously. Aku selalu tengok dalam movie saja. But it happened depan mata for real. Dia suruh kami masuk dalam bilik rahsia yang baru dibuka tadi. Aku dan Momon masuk.

Ternganga kami. Tudia haih.

Brand yang kami nak semua ada dalam bilik rahsia tu. Dalam bilik tu ada seorang pekerja perempuan dan seorang tourist. Dia sakan borong wallet Coach weh. Hai.. Coach tu bukan mai dari negara hang ka ? Awat dok borong kat Shanghai ? Aku dah nak gelak. Berkotak-kotak dia borong. Aku rasa dia borong kat Shanghai lepas tu dia poyo macam original bila dia balik negara dia. Macam apa aku nak buat nanti lah. Hahaha..

Pekerja tu suruh kami tengok-tengok while dia layan that lady. Momon pula buat drama nak pergi toilet. Sudah !! Dia nak tinggal aku seorang diri dalam bilik tu ke ? Dia suruh aku stay. Lagilah aku nervous. Dia keluar pi toilet tinggal aku. Aku buat cool. Belek lagi handbag yang berkenan. Lama juga dalam setengah jam baru Momon mai balik. Haish perempuan ni. Pergi lama-lama jantung aku dah nak berhenti aku rasa. Sesak nafas dalam bilik rahsia tu.

Since aku memang nak beli wallet saja untuk MamiZ aku terus pilih mana aku nak. At first dia letak harga 1000Yuan (RM500 approx). Aku geleng-geleng. Mahal gila baik aku beli kat Malaysia. Tambah lagi RM500 aku dah boleh beli yang original. Then dia suruh aku sebut harga. Aku letak 100Yuan (RM50 approx). Dia panggil aku gila. Hahaha..

Sekuatnya dia jerit 'CRAZY..!!' Lepas tu dia turunkan harga ke 800Yuan (RM400 approx). Tak nak juga. Aku nak harga aku juga. Aku belajar dari satu blog yang aku jumpa. Kalau dia tak nak kasi harga kita baik kita blah saja. Aku still nak wallet tu dengan harga aku. Dia geleng-geleng. Aku buat tak tahu. Lepas tu aku pegang satu sling bag. Aku tanya how much dia kata 700Yuan (RM350 approx). Amboi hang nak main semua ratus-ratus kan ? Aku cakap kalau dua items berapa dia nak kasi ? Dia letak 1000Yuan (RM500 approx) untuk dua barang. Aku pula letak 300Yuan (RM150 approx) untuk dua barang yang aku nak. Dia tak kasi juga. Then aku kata okaylah. Cancel.

Terus pujuk aku. Okay dua barang for 700Yuan (RM350 approx). Hampa semua nampak tak game dia ? Boleh sebenarnya turunkan harga. Aku cakap tak nak. Kalau dia nak jual kat aku sila jual dengan harga yang aku nak. Two items pun 300Yuan (RM150 approx) only. Not more than that. Lastnya dia give up. Dia setuju tapi memaki hamun aku in Mandarin.

PEDULI APA !! Hahaha.. Momon pun pujuk rayu sampai dapat harga yang dia nak. Selesai memborong kami pun keluar. Alhamdulillah selamat keluar. Tapi pekerja perempuan tu memang chong cheng chong cheng dengan kawan di sambil buat-buat muka. Lantak kau.

Aku tanya Momon kenapa dia sanggup tinggal aku dalam bilik rahsia tu ?

Dia kata dia tak pergi toilet pun. Sebab seram sangat dia nak keluar. Incase kalau lama sangat aku tak keluar dari bilik tu dia nak panggil Kekakaks lain. Sekurang-kurangnya dia tahu aku ada kat mana. Lagi advance pemikiran si Momon ni. Aku tak terfikir sampai macam tu sekali.

Sebenarnya ada lagi scene dramatic yang terjadi kat fake market ni. Ini baru pengalaman aku dan Momon. Belum campur pengalaman Kak Farah, Kak Ecah dan Juju. Kalau aku cerita semua nanti berbuih pula otak korang nak baca. Masing-masing ada drama masing-masing.

Lepas membeli kami balik kat tempat luggage. Kak Farah sedia menanti seorang diri. Rupanya Kak Ecah dan Juju pergi sambung shopping. Sempat Kak Farah naik ke atas bangunan dan ambil gambar.




Inilah view yang kita akan nampak kalau naik tangga yang ada next to the entrance ke Yatai Xinyang Fashion and Gift Market ni. Boleh nampak bangunan Shanghai Science and Technology Museum. Kak Farah tak ronda kat atas pun. Dia just ambil few pictures saja. Barang-barang tak ada orang jaga. Lama juga kami shopping. Aku belikan MamiZ wallet dan few ties untuk DediS. Something yang both of them boleh guna. Additional few fridge magnets yang cantik dan berkualiti. Harga around 5Yuan - 10Yuan (RM2.50 - RM5 approx). Aku malas nak minta murah sebab nak beli pun sikit saja. Dengan design dan kualiti aku tibai saja. Penat nak tawar-menawar dah.

Around pukul 5.00PM kami mula bergerak untuk ke Hangzhou. Main redah saja. Tiket train memang kami tak beli siap-siap.

Directions to Shanghai Hongqio Railway Station :

  • Shanghai Science and Technology Museum dah berada di Line 2.
  • Shanghai Hongqio Railway Station pun berada di Line 2.
  • Jadi terus saja tak perlu tukar metro.


 Tengok ni dah ada seorang yang terkulai layu. Tahu penat hihihi..

Shopping tak ingat dunia. Macam biasa kalau metro Line 2 memang selalu sesak. Jangan harap dapat duduk. Jadi terpaksa duduk atas lantai macam ni. Peduli orang nak pandang. Maintain swag.

Aku pun dah penat menaip. Panjang sungguh. Sambung lagi nanti.

-SITI YANG MENAIP (SYM)-

Reach me via email at :
sitiyangmenaip@gmail.com

17 comments:

  1. saya pun suka pegi museum science tex nih. kat sini kalau nak tawar menawar kena pegang apa yg kita mintak. kalau tak nak keluar jer dari kedai. selalunya yg dia bawak msk bilik rahsia tuh letak harga dalam 300-400. kalau kat luar 200 je. saya jumpa satu kedai nih yg kat luar jer dah lawa2 n serupa n sebiji dgn yg ori

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi brand yang kami nak semua dalam bilik rahsia.. hehehe CT dapat RMB200 jugak kat dalam tu untuk satu wallet dan satu sling bag. dia memula tak kasi then terus haaaih nak keluar lah. drama jugak dalam tu tapi seram pun ada jugak. kot tak keluar keluar nayaaaa sungguh hahaha.

      Delete
  2. Siap tapau makan lagi.. Takut nawww kelaparan kan... Ha Ha Ha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha haruslah SS.. rasanya kalau bawak tupperwear lagila sakan kami tapau =P

      Delete
  3. Kalu kite ke China ni... Barang2 dorang mmg ada quality laaa... Barang China yang sampai kat Malaysia je yg lawyaaaa punya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi diorang kasi kat kita yang reject.. tapi sungguhlah cantik2.. make sure kena belek betul2

      Delete
  4. Bahaya ler Cik CT gi tmpt2 mcm tu... Next time no more laa eh... Not secure for u...

    ReplyDelete
    Replies
    1. SS prihaaatin ni terharu =')
      tapi yang dia show semua tak berkenan.. nak yang dalam bilik rahsia T.T
      kalo nak pi next time kena angkut lima enam orang skali..

      Delete
  5. Replies
    1. semua murah kat cina.. rasa jadi orang kaya kalo kat sana..
      hehehe..

      Delete
  6. Tu dia jumpaa orang kampong... Ipoh maliii maaa... Ha Ha Ha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia panggil kami endon tau memula.. nasib tak keluar 'mbak' ke 'buk' ke
      mau kena lepuk apek tu.. mujur hensem =P

      Delete
  7. YUYUAN GARDEN cepat edit balik... He He He...

    ReplyDelete
    Replies
    1. adus adus.. nanti CT edit balik..
      ketiadaan mood ni SS.. tolong seru mood untuk iols..

      Delete
  8. Tak boleh nak bayangkan sebab tak pernah sampai lagi kesana.. Hehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...