Sunday, 26 January 2014

HANGZHOU SHANGHAI 2014 | CHINA : DAY 3.1 - YUYUAN GARDEN

YUYUAN GARDEN | SYURGA MEMBORONG SOUVENIRS

Entri sebelumnya di SINI.

Kalau ikut hati mahu saja menapak ke next destination. Ikut peta tengok tak jauh pun. Tapi masing-masing tak mahu menapak. Aku pun ikut saja. Tak adalah kaki lenguh sangat nanti. Kami bercadang untuk ke Yuyuan Garden. Wajib untuk semua orang yang jejak ke Shanghai untuk singgah di Yuyuan Garden yang terkenal sebagai tempat memborong souvenirs.

Dari Oriental Pearl TV Tower, kami patah balik ke metro station Lujiazui di Line 2 dan ke East Nanjing Rd untuk menukar laluan ke Yuyuan Garden yang berada di Line 10. Semuanya selang satu station saja tapi tahap pemalas nak jalan kaki tak dapat dibendung.

Directions to Yuyuan Garden from Oriental Pearl TV Tower :
  • Naik metro di Lujiazui ke East Nanjing Rd di Line 2.
  • Tukar laluan ke Line 10 dan teruskan perjalanan ke Yuyuan Garden.
  • Boleh juga kalau nak jalan kaki. Pastikan stamina tinggi.

Sampai di station Yuyuan Garden hanya perlu ikut signage. Senang saja. Boleh nampak Oriental Pearl TV Tower di kejauhan bila dah keluar dari exit. At that time aku merasakan keputusan untuk naik metro adalah yang terbaik. Melihat pada jarak kedudukan aku memang tak sanggup nak berjalan.



Kami menapak untuk ke Yuyuan Garden. Sepanjang perjalanan nak sampai Yuyuan Garden ada orang jual macam-macam barangan yang comel. Bersesuaian dengan musim. Geram sungguh. Rasa nak beli tapi tahan diri. Tunggu sampai ke Yuyuan Garden dulu. Syurga membeli-belah di Shanghai.

Jalan terus saja. Ikut orang ramai sampailah korang jumpa pintu gerbang seperti dibawah. Apa dia tulis aku tak tahu tapi inilah landmark paling senang menunjukkan yang kita sudah berjaya sampai ke Yuyuan Garden. Siap sedia keluarkan wallet sebab duit-duit bakal dilaburkan disini.





HATI-HATI DENGAN PENIAGA ULAT


Disini juga terjadinya satu kejadian yang tidak diingini. Aku nasihatkan janganlah berpecah dengan kawan-kawan. Stick together. Orang sangat ramai dan dalam kalangan tourists ini semua ada peniaga-peniaga ulat. Kenapa ulat ? Sebab they will come to you dan tiba-tiba keluarkan catalog entah dari mana. Approach kita datang tiba-tiba. Kita mesti berhenti bila kena tahan kan ? Mesti tertanya-tanya kenapa ? Jadi kita secara automatik dah melayan peniaga-peniaga ulat ni semua.

Buat tak tahu saja. Say no. Strictly no. 

You need to be extra careful. Sekali kita dah 'ter' bersembang dengan peniaga ulat memang mana kita pergi dia akan ikut. Juju disapa oleh peniaga ulat dan this uncle keluarkan catalog dan paksa-paksa Juju ikut dia. Aku dan Momon dah ke depan. Tak noticed apa yang jadi. Until Kak Farah jerit panggil kami. Aku patah balik and say 'NO' banyak kali. Dia still memaksa.

Katanya 'all cheap-cheap' 'follow me' 'you are my friends' Kepala hangguk dia.

Aku cakap 'NO' lagi tapi kawan-kawan aku macam dah terhasut dengan uncle tu. They said kalau betul murah apa salahnya. Aku dah memang tak sedap hati. Tapi dah semua nak ikut uncle tu. Fine !! Jom pergi tengok mana uncle tu nak bawa kami pergi. Ikutlah dia. Masuk lorong-lorong kecil. Aku memang dah seram sejuk.

Uncle tu bawa kami to this one big building. Kena naik escalator untuk ke tempat membeli-belah. Aku tengok building tu macam mati segan hidup tak mahu saja. Tahu takut pula kawan-kawan aku ni. Semua tak nak teruskan ikut uncle tu.

Maki hamun la orang tua tu. Pedulikan. Our safety lagi penting. Entah ada apa kat dalam building tu pun kita tak tahu. Uncle tu still follow kami. Sambil menjerit-jerit suruh kami ikut dia. Aku pula tak tahu mana pintu masuk untuk ke Yuyuan Garden. Tempat ni super besar weh. Banyak sangat lorong.

At last aku ternampak satu peta yang agak besar. Okay dah tahu mana pintu masuk. Tanpa mempedulikan uncle tu kami terus berjalan. Kami proceed untuk ke pintu masuk Yuyuan Garden. Bila dah masuk ke lorong menuju ke Yuyuan Garden, aku dah tak dengar uncle menjerit. Dia lesap dan tak ikut kami dah. Aku mula faham. Peniaga-peniaga ulat hanya akan ada di luar kawasan building Yuyuan Garden. Bila dah masuk ke kawasan Yuyuan Garden, semua peniaga mesti ada lesen perniagaan. Hanya ada kedai-kedai yang beroperasi.

Rasa selamat. Jadi ingat kawan-kawan semua. Jangan jadi extra peramah nak melayan orang tak tentu hala. Especially if kita dalam small group. Dalam nak seronok kena beringat juga. Katalah aku paranoid ke penakut ke apa ke tapi aku dah went through jadi aku dah tahu. 

Cukup cerita uncle kaki paksa. Standby untuk melabur. Kami tak masuk pun ke Yuyuan Garden. I mean the real Yuyuan Garden. Tengok review macam cantik tamannya tapi kena beli tiket asing. Aku tak berminat untuk masuk. Kami just bergambar di luar saja. Kalau rajin bolehlah Google kalau nak tahu dengan lebih lanjut mengenai Yuyuan Garden. Cantik juga. Lagi tak sabar untuk shopping adalah.









Cadangan asal kami nak berpecah di sini dan kembali berkumpul selepas satu jam. Tapi masing-masing dah fobia dengan kes uncle tadi jadi kami stick together saja. Kami tak meronda jauh. Satu kedai dan semua borong souvenirs di kedai yang sama.

Ada kedai yang dapat kalau minta murah ada yang kedekut. Aku tanya harga seketul fridge magnet cikai harganya 10Yuan (RM5 approx). Gila ke apa. Macam tu je 10Yuan ? Aku minta kurang kena halau. Aku tak pergi jauh. Singgah ke kedai bertentang dengan kedai tadi. Tanya dan penjual letak harga 8Yuan (RM4 approx). Aku minta kurang lagi. Dia kata tak boleh. Aku cakap aku nak beli banyak. Dia tanya nak banyak mana. Aku cakap 100 ketul. Terus terkejut. 100 ketul bukan aku seorang saja. Gabung kami berlima. Hihihi..

Terus excited aunty tu dan turunkan harga ke 3Yuan (RM1.50 approx). Okaylah kan ? Made in China jadi tak payah nak demand quality tinggi sangat. Aku panggil Kekakaks mai borong sama. Rupanya Kak Farrah pun dah kena halau dari kedai depan sebab minta murah nak beli gelang.

Bersila kami kat depan kedai kecil tu. Aunty tu siap keluarkan fridge magnet yang dalam kotak baru. Lepas tu aunty yang kedekut kedai depan mai menjenguk kami yang tengah bersila memilih fridge magnet. Padan muka hang. Tadi hang sombong sangat. Dah lari rezeki. 

Muncung sedepa. Puas hati aku.




Aku seorang pun dah borong dekat 50 ketul fridge magnets. Baru 150Yuan (RM75 approx) dan settle hadiah untuk mereka yang menanti di Malaysia. Dekat kedai aunty ni juga kami borong tshirt. Dari harga 40Yuan (RM20 approx) dikurangkan menjadi 15Yuan (RM7.50 approx). Pujuk punya pujuk tapi tak berapa nak berjaya juga. Tak banyak pun aku beli tapi borong dengan Kekakaks adalah around 20 tshirts kami beli. Aku pun dah tak ingat berapa helai aku beli. 

Tapi ada masalah sikit. Size tshirt macam pelik saja. Kalau orang yang pakai 'S' silalah belikan tshirt size 'M'. Kena beli satu size besar daripada size asal. Other than that okay saja. Kualiti barangan China jangan nak complain sangat.

MAKANAN HALAL DI YUYUAN GARDEN


Selesai memborong. Perut sebenarnya memang tengah lapar tapi sakan shopping sampai lupa nak isi. Dah habis membuang duit mulalah ingat lapar balik.

Tanya pekerja di information counter mana-mana kedai makanan halal yang ada di sekitar Yuyuan Garden. Katanya tak ada tapi ada gerai makanan yang menjual makanan khas untuk vegetarians. Tapi kami still tak yakin.

At this moment aku rasa Allah SWT hantar bantuan super cepat buat kami. Suddenly dalam kecewa tak jumpa kedai makan aku 'ter' buat eye contact dengan this one guy yang pakai kopiah. Maksudnya dia seorang muslim. With him ada seorang lady tengah dukung baby. Wife dia dan anak dia. Dia pun pandang aku lama macam serba salah. Automatic kami macam berjalan ke arah yang sama tapi still pandang each other.

Ni bukan scene dari mata turun ke hati tau. Aku tak reti nak describe macam mana tapi it happened just like that. Aku senyum kat dia. Dia senyum balik.

'Muslim ?' Dia tanya kami. Kami pun angguk-angguk.

'I English no no. Use phone ?' Dia tunjuk kat phone dan terus buka Google Translate. Okay aku faham dia nak communicate guna application.

Dia taip dulu. Apalah lama sangat dia taip.

Akhirnya..

'Are you hungry ?'

Subhanallah. Aku speechless gila at that time. Nak nangis pun ada. Tapi control macho Kekakaks dok tengok. Jatuh saham nanti hati tisu. Macam mana itu the first conversation yang dia boleh tanya aku ? How Allah SWT mendengar rintihan hati kami yang tengah kebulur. Aku angguk. Dia kasi phone dia suruh aku pula taip.

'Any muslim food store around here ?' Aku taip in English. 

'No. But I know one place. I will bring you there. I ate there just now..' Lebih kurang macam ni dia reply. Dia tengok-tengok jam banyak kali. Aku takut dia in a hurry.

'You have free time ?' Dia chong cheng chong cheng dengan wife dia then angguk.

Inilah that guy and his family members.



Dia pun explain kat aku. Dia bukan from Shanghai. Dia dari province lain dan dia datang Shanghai ikut tour. Ada satu jam untuk ronda jadi tak ada masalah untuk bawa kami pergi kedai makan. Memang jauh sikit dari kawasan Yuyuan Garden. Agak tersorok dan aku ragu-ragu juga. Fobia dengan uncle gila yang kami jumpa.

That guy yakinkan kami selamat tempatnya. Katanya memang itu saja satu kedai muslim yang ada di kawasan Yuyuan Garden. Aku memang tak ingat direction nak ke kedai tu. Memang masuk banyak sangat lorong plus hari dah senja. Baru pukul 4.30PM tapi hari dah kelabu. 

Sampai kat kedai makan dia chong cheng chong cheng dengan pekerja kedai.

'Malaysia ? Malaysia ? Come in.. Come in..' Pekerja tu meriah sambut kami masuk.

Aku pun taip 'thank you' kat phone that guy. Semoga Allah SWT merahmati dia satu keluarga.

'It is my responsibility to help muslims. We are all muslims. One religion and one believe. Allah is the only one. Enjoy your food and hope to meet all of you again..' Nah ambil !! Begini sekali dia reply kat aku. Uhuk uhuk.. Kesenduan di lubuk hati.

Ajak makan sekali. Nak belanja tapi dia gosok-gosok perut. Dah kenyang agaknya. Salam dengan wife dia and they walked away. 

Kedai makan tu tak jauh beza dengan kedai mee tarik yang ada sebelah hotel kami duduk. Cakap ayam itik juga. They could not speak English that well pun. Senang cerita kami main tunjuk sajalah makanan apa yang kami nak.


Tak ada istilah kongsi makanan. Semua order satu hidangan seorang. Aku nak makan nasi. Ada yang order mee. Ikut selera tekak masing-masing. Makanan yang kami order semua sedap walaupun nampak macam tak menarik. Pekerja kedai tanya kami banyak kali makanan okay ke tidak. Kalau hang tengok pinggan kami licin tak ada satu benda pun tinggal maknanya sedap sungguh la hang masak. Plus kami memang lapar. Dari pagi okay tak makan.

Sambil makan kami disapa oleh seorang uncle yang duduk meja belakang kami. Dia boleh speak English. Tak ada masalah kami nak bersembang. Dia bukan muslim tapi dia suka makan kat kedai tu. Katanya muslim masak bersih. Tak payah ragu. Wife dia pun angguk-angguk. Katanya excited tengok how muslims people boleh united sampai macam ni sekali. Mungkin dia perhatikan that guy yang tolong kami tadi. Dia kagum dengan semangat assabiyah orang muslims.

Excited uncle tu. Siap keluarkan camera nak bergambar dengan kami.

Kami pun bergambar lah sekali. Orang berbudi kita berbahasa.


Selesai makan kami ikut balik jalan kami datang. Lagi seram oooi hari dah gelap. Memang jenuh tawakal dalam hati. Sunyi sepi lorong-lorong yang kami lalu tadi. Nampak public toilet and Kekakaks nak pergi toilet. Singgah toilet dan bertentang dengan public toilet tu ada another lorong berbumbung. Port shopping lagi kawan-kawan sekalian. Sambung shopping.

This time aku beli souvenirs yang sesuai untuk keluarga macam alas meja dan sarung cushion. Aku tak beli yang murah. Aku beli yang mahal sikit. Souvenirs untuk makcik-makcik tersayang dan sepupu sepapat yang dah ada families dan rumah sendiri. Tak berkira sebab they all ada juga hulur duit untuk aku travel. Tak pesan pun suruh beli souvenirs. Katanya buat belanja tapi aku memang nak belikan something pun.

Cantik-cantik tau alas meja sulam yang terjual. Kalau yang murah range harga boleh dapat around 15Yuan - 50Yuan (RM7.50 - RM25 approx) ikut size dan design. Yang murah pun cantik juga. Kiranya jahitan still kemas walaupun murah. Kalau yang mahal sikit dan lebih berkualiti boleh dapat dalam range 70Yuan - 150Yuan (RM35 - RM75 approx). Aku beli beberapa alas meja makan dan sarung cushion. 

Kak Ecah siap beli luggage baru. Memang murah sungguh dia dapat. Aku tak ingat berapa tapi aku agak tergoda untuk beli juga sebiji. Selepas berfikir secara waras aku tak jadi beli. Nak usung satu luggage pun dah terkial-kial. Ada hati nak tambah luggage. Lupakan saja. Hihihi..

Ada satu kedai kami jumpa jual tshirt harga sehelai 10Yuan (RM5 approx). Menyesal tak sudah. Walaupun tak jauh beza tapi rasa juga terkilan. Jadi pastikan korang kenalah walk around dulu before mula membeli. Tak adalah makan hati macam kami.

Ooops. Kalau rasa nak borong fridge magnet dengan harga yang paling murah serendah 2Yuan (RM1 approx) silalah ke kedai 2Yuan yang berada berdekatan dengan pintu gerbang besar sebelum masuk kawasan Yuyuan Garden. Dah balik ke Hangzhou baru Kak Shiro nak kasi tahu. Jadi aku sampaikan supaya korang boleh borong di tempat yang sepatutnya.

Lepas dah habis shopping kami pun beransur pulang. Sumbat semua hasil belian dalam luggage baru Kak Ecah. Buli Kak Ecah usung luggage seorang diri. Kami jalan berlenggang. Time to go back to the hotel. Haaa dari cerah sampai hari gelap kami kat Yuyuan Garden.




At night Yuyuan Garden tak semeriah siang hari. Mana pergi semua peniaga-peniaga ulat aku pun tak tahu. Balik rehat agaknya. Masih banyak kedai yang dibuka tapi tak serancak siang. Lagi tenang nak shopping tak payah berebut.

Aku nampak lebih ramai policemen yang ada menunggu di kawasan ni at night. Hampir setiap lorong ada kereta police dan abang-abang police berjaga. Siang tak nampak pun. Pelik. Malas nak duduk lama di kawasan tu kami cepatkan langkah.

By 9.00PM jugalah kami tinggalkan Yuyuan Garden. 

Sempat singgah join makcik-makcik menari aerobic on the way back ke metro station. Aku pergi join dulu lepas tu baru ada few tourists ikut join sama. Amalan gaya hidup sihat. Time winter buat kelas aerobic tepi jalan. 

Directions from Yuyuan Garden to our hotel :
  • Yuyuan Garden berada di Line 10. Kami naik metro ke East Nanjing Rd di Line 10.
  • Dari East Nanjing Rd kami tukar laluan metro ke Line 2 dan turun di People's Square.
  • Di People's Square kami tukar pula laluan ke Line 1.
  • Naik metro dan turun di North Zhongshan road dan menapak pulang ke hotel.

Complicated ? Tak langsung. Trust me. Hanya sehari saja diperlukan untuk faham route dan laluan metro di Shanghai.

Buktinya ? Nah. 

Kami dah selamat tiba di North Zhongshan Rd. Memang sendu orang tak ramai. 


Abaikan aku dan Juju yang dah buka kasut. Memang sengal tapak kaki jadi kami decided nak menapak beralaskan socks. Tapi dalam metro station saja. Dah keluar dari station kami pakai kasut balik. Tak rela nak berkaki ayam.

Selamat sampai di hotel dan tunaikan apa yang wajib. Sesi urutan kaki bermula. Thanks to Momon yang sudi mengurut kaki aku dan Juju. 

Esok dah nak pulang ke Hangzhou semula. But before that kita singgah melabur lagi.

Kat mana ? Tunggu..

-SITI YANG MENAIP (SYM)-

Reach me via email at :
sitiyangmenaip@gmail.com

12 comments:

  1. sayu la baca entri nie...huhuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul.. rasa terharu dengan layanan yang kami dapat..

      Delete
  2. ha'a..ada baca dari blog PLM..klau nak cari souviner murah sila bali di Yuyuan Garden

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya Kak JM tapi ehehe kedai kat luar2 tu jual lagi murah.. kami ni kira mahai jugak tau.. bila dah keluar baru nampak.. nyesal !!

      Delete
  3. mmg perlu berhati2 dengan kes SCAMMED di Shanghai..dah byk kali dgr kes pergi beli teh..mula2 tu buat2 minta kita ambil gambar..pastu ajak di tgk show lah..ajak minum teh free lah..so mmg perlu carefull dan tak perlu nak 'beramah mesra' sgt

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh citer teh tu.. ada baca tapi tak ingat dah.. kami minom teh free kat Hangzhou saja.. yang lain2 tak minom pun kat mana2.. tak ada pun orang offer ke apa ke..

      Delete
  4. lahh kenapa x masuk the real Yuyuan Garden tu..mmg cantik! maybe sbb shopping lebih utama :-) ke x cukup masa?

    ReplyDelete
  5. kah kah kah..perlu guna teknik bargain like CT..nk beli 100pcs baru leh dapat 3yuan sekeping..murah tu!!!

    ReplyDelete
  6. ha'a..bila sebut pasal kualiti product from china..huhuh..mmg lah murah tetapi...pernah beli power bank di Guanzhou dulu murah! balik guna x sampai sebulan lingkup!

    ReplyDelete
  7. perghh!! dari eye contact tu berjaya 'mencari kedai makanan HALAL'..alhamdulillah

    ReplyDelete
  8. perghh! shopping sakan CT di Yuyuan Garden tu

    ReplyDelete
  9. ehh..jap je di Shanghai..dah nak balik Hangzhou..jist pergi Oriental Pearl TV dan Yuyuan Garden je?..so next trip wajib pergi The Bund eh

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...