Thursday, 23 January 2014

HANGZHOU SHANGHAI 2014 | CHINA : DAY 2.2 - MEE TARIK SHANGHAI UNTUK DINNER

MENCARI MAKANAN HALAL DI SHANGHAI | SEDAPNYA MEE TARIK CINA


Entri sebelumnya di SINI.

1 Januari 2014.

That night cadangnya nak ke The Bund. Actually tak jauh mana. Tapi masing-masing kemalasan. Aku ikut kata majoriti. Kalau tak nak pergi kita jalan keliling hotel saja. Tak patut sangat kalau nak bermalasan di dalam bilik hotel. Baik tak payah bercuti. Kami mandi dan solat. Bersiap untuk keluar. Masing-masing nak pergi kedai makan yang Momon dan Kak Farah tapau makan petang tadi. Memang tak cukup tiga bekas. Masing-masing selera naga. Bila sebut makanan memang laju bersiap. 


Noted the time kawan-kawan. Hari baru pukul 7.00PM lebih sebenarnya. Tapi suasana macam dah pukul 11.00PM. Kereta masih banyak on road tapi kedai dah sayup. Suhu di Shanghai tak sesejuk di Hangzhou. Aku tak pakai pun thermal wear. Just winter coat saja.

Luckily kedai makanan halal tu masih buka. Apa lagi.. terus order makanan. Main tunjuk saja. Tak kuasa nak bercakap ayam itik lagi. Air ? Kami just ambil carbonated drinks yang ada dan order juga 'cha'. Tapi yang datang just air panas kosong. 'Cha' bukan maksudnya tea ke ? 

Sorok senyum kami dan diam saja. Redha dengan air panas kosong menggelegak yang dihidangkan. Telan sajalah weh. Masing-masing tak larat nak demand macam-macam. Kang nanti entah air apa pula yang keluar.

Those yang pernah sampai ke China mesti dah tahu tentang keunikan mee tarik yang usually diusahakan oleh golongan Chinese Muslims di sana. Memang tak dinafikan. Serious sedap. Sebab itulah kami masuk ke kedai terus lupa daratan. Teruja dengan puluhan hidangan makanan yang ada. 




Konon hanya nak kongsi. Pilih dua tiga menu dan makan beramai-ramai. Tapi bila sampai kedai terus rambang mata. Tak sedar diri. Selera masing-masing pula berlainan. Aku nak yang banyak kentang. Ada yang nak berkuah jadi senang cerita pilih ikut tekak masing-masing. 

Harga tak mahal mana pun. Satu hidangan hanya dalam range 10Yuan - 15Yuan (RM5 - RM8 approx) sepinggan. Untuk satu pinggan mee tarik yang super delicious sangatlah berbaloi. Ada juga hidangan yang below 10Yuan. Semua terpulang pada kehendak dan keinginan masing-masing.

Makanan sampai terus senyap. Aku rasa pakcik kedai kagum tengok kami makan berselera sungguh. Kalaulah dia tahu kami ni tak makan dari pagi agak-agak dapat makan free tak ? Memang bila kenang balik agak rakus juga sebenarnya. Hihihi..

Lepas makan kami cadang nak ronda kawasan sekeliling. Tapi seriously banyak kedai yang dah tutup. Ada few kedai saja yang still buka. Ada kedai buah. Singgah beli buah limau dan strawberries. Sedap gila. Kita ni memang jakun. Mai negara orang semua sedap. Kalau kat Malaysia tak pandang pun. Jeling pun tidak. Hahaha..

Kak Farah singgah mini mart tapi aku tengok more kepada barang-barang medical. Apa yang dia nak beli pun aku tak tahu. Ubat cina sana sini. Bau tak payah nak cerita. Amoi tu pula jeling-jeling kami. Takut kami nak merompak agaknya. Tak kuasa aku. Kedai ubat cina kot. Nak buat apa ? Hihihi..






Makin jalan ke hujung makin sunyi pula. Kami decided untuk patah balik ke hotel walaupun malam masih muda. Balik ke hotel dan posing dua tiga round. Memang rasa rugi juga sebab tak berjalan ke mana. Ikut hati memang aku nak heret Kekakaks semua ke The Bund. Tapi masing-masing mengeluh kaki dah sakit. Tak larat nak menapak. Kaki aku pun sakit sebenarnya. Bukan kaki saja. Dengan pinggang pun sakit.

Padah berjalan almost 1KM lah katakan. Pfft !!

Momon dan Juju dah selamat masuk dreamland. Aku setia online. Aku dan Wifi berpisah tiada. Pantang ada kesempatan online memang akan digunakan sebaik mungkin. Plus, I had to update DediS dan MamiZ untuk aktiviti kami esoknya.

You know what..

Both DediS dan MamiZ did not own a smartphone at that time. Memang handphone cikai habis parents aku guna. Thus, they did not have Whatsapp. Trust me *serious* Aku communicate dengan both of them through emails. Gosh !! Rajin pula DediS menunggu emails masuk ke inbox. And panjang aku karang cerita apa jadi. Siap gambar penuh dramatic.

DediS replied 'have fun dan take care' saja. Krik krik krik..

I was worried too at the same time. MamiZ tetiba demam. I hate this kind of situation. When you are apart then suddenly time berjauhan itulah nak jatuh sakit. Though I enjoyed my trip tapi sepanjang di Shanghai keresahan melanda hatiku. Tapi aku tak boleh spoil hari kawan-kawan aku. Just prayed for MamiZ to get better. One of the main reasons why I wanted to get connected to Wifi and Internet so badly. Momon pun naik semak kepala sebab aku kept on asking pasal Wifi. Menitis gak air mata kat tengah-tengah Shanghai.

'Mak demamlah !!' Haaa semua terus diam. Tak marah dah bila aku tanya pasal Wifi. 

But I guessed MamiZ missed me a lot kot. Ihiks.. Kan MamiZ ? Mengaku sajalah.

So that night masing-masing masuk sangkar awal. Aku tengok jam before aku pun terlelap baru 10.30PM. Tapi sebab suasana bilik pun dah sendu mata pun jadi kuyu. 

-SITI YANG MENAIP (SYM)-

Reach me via email at :
sitiyangmenaip@gmail.com

16 comments:

  1. mesti best kan pegi bercuti ramai-ramai dengan geng sekepala...kompem havoc gila!

    Singgah blogwalking :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. best.. yang penting memang kena sekepala.. kalau tak aduhai..
      boleh gaduh tarik2 rambut kat sana.. ataupun.. bincang2 siap2 sebelum pergi..
      kalau malas kena point seorang yang ketua.. and yang lain jangan banyak bising hehehe..

      Delete
  2. salam. hee sonoknye uools walopon dalam keadaan suhu yg menyejuk tuuu ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe suhu sejuk la best Pakcik Lalat..
      just kat tangan saja rasa menyucuk2..

      Delete
  3. Wah....kat China memang serba serbi murah kan.., belum sampai lagi Shanghai ni...sian mummy demam rindu tu hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe memang kita boleh terus jatuh miskin kalau shopping kat sana.. cuma kena belek betul2 kualiti.. murah mesti ada sebab kan.. so kita kenalah buat pilihan yg bijak..

      Delete
  4. yes! kalau ke China wajib cari mee tarik dan sotong kambing yg super sedap tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. jap jap Kak JM !! ahaha sotong kambing tu macam mana ?? wakakaka..

      Delete
  5. pernah tgk voew kat The Bund tu..cantik waktu mlm..rugi tak pergi

    ReplyDelete
  6. ahaks...sis JM mmg faham sgt CT tu..kalau leh online..mknan depan mata pun..dia akan online dulu..pastu baru mkn pastu sambung online sambung makan..ehehe..jgn marah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehe bagus kerana memahami ahaha.. gitula nak hapdet sentiasa katanya.. pantang dapat internet kan kan kan..

      Delete
  7. Tapikan skrg MamiZ CT dah pandai whatsapp kan :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehe dah pandai dah.. dah ada smartphone.. dulu tadak..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...