Tuesday, 21 January 2014

HANGZHOU SHANGHAI 2014 | CHINA : DAY 2.1 - HELLO SHANGHAI

JALAN-JALAN SHANGHAI | HELLO SHANGHAI

Entri sebelumnya di SINI.

1 Januari 2014

Hello Shanghai !! Akhirnya sampai juga setelah berperang cakap ayam itik. Lenguh sendi duduk berhimpit dalam train. Keluar dari Shanghai Hongqio Railway Station sekali lagi kami diserbu ulat-ulat travel agensi yang nak promote pakej tour di Shanghai. Kalau korang malas nak jalan sendiri bolehlah kot nak ambil pakej dari agents ni semua. Tapi meragukan sebab bawa papan sepanduk beriklan saja. Walaupun ada nombor lesen perniagaan dipaparkan, kalau tak yakin better cari travel agent yang betul. Kami tepis semuanya. Tak cakap apa main geleng saja. 

Keluar dari Arrival Hall kami menonong masuk Starbuck. Asalnya nak tumpang guna Wifi.

TAPI !!!

Syarat utama nak dapat Wifi free di Shanghai kena mempunyai sim card China dan sim card disana bukan dijual di mana-mana convenient shops. Menurut Kak Shiro kena tempah khas melalui internet. Aku ada juga masuk 7Eleven nak beli sim card tapi memang tak dijual. 

Jadi disebabkan kami tak tahu mana nak pergi kami belilah kopi untuk jadikan syarat duduk menumpang kat Starbuck. Beli kopi kosong tak ada susu. Takut nak guna susu kat China. Tak pasti apa dia letak dalam susu tu. Lepak punya lepak aku keluarkan printed map yang aku dah print siap-siap. Aku ingat dah habis lengkap map yang aku print. Tapi nama Shanghai Hongqio Railway Station tak ada langsung dalam map. Jadi aku blur sebab tak tahu nak mula dari mana.

Lama kami melepak di Starbuck. Lebih dari satu jam aku rasa. Dahlah Internet tak ada nak buat rujukan. Memang mati akal disitu. Aku tunjuk address kat pekerja Starbuck tapi they did not know kat mana hotel kami. Padahal ada dah alamat in Chinese characters dalam kertas tu. At least aku just nak tahu metro mana yang berdekatan atau ada cara lain nak reach hotel. 

Pekerja tu suggest aku naik bus ke bandar tapi bila tanya macam mana dia pun tak tahu.



Bosan duduk di Starbuck kekakaks keluar meronda. Tapi aku dan Momon tinggal di Starbuck. Nak tanya orang sekeliling semua apek belaka. Kang jadi ayam itik lagi. Alhamdulillah Kak Farah beranikan diri approach seorang lelaki Sudan yang kebetulan ada dalam Starbuck. Kak Farah panggil aku untuk bercakap dengan that guy. Aku pun explain masalah kami. Dia belek peta yang aku print dan senyum. Betul dah peta yang aku print. Memang peta metro di Shanghai. Tapi stations Shanghai Hongqio tak ada dalam peta sebab baru saja setahun siap dibina.

Maybe peta yang aku print tu tahun sebelumnya.

This Sudanese guy boleh speak Mandarin. Dia study di Shanghai. Dia tengah tunggu wife dia sampai. Rupanya sebelah Shanghai Hongqio Railway Station ada airport. Tapi for domestic purposes. Jadi dia pergi tanya orang ramai bagi pihak kami. Dia tahu station metro yang kami perlu turun tapi dia nak kepastian.

Jadi kawan-kawan semua, Station Shanghai Hongqio Railway Station actually berada di Line 2. Memang berpandukan peta yang aku print, hanya station ni sahaja yang tak ada dalam peta. Jadi silalah print peta yang paling latest okay. Check betul-betul.

Bila dah tahu yang kami sebenarnya berada di Line 2 pergerakan menjadi mudah. Sistem metro di Shanghai jauh lebih mudah berbanding di Hangzhou. Jauh rupanya dari tempat kami jumpa this Sudanese guy untuk ke station metro. Padahal dalam satu bangunan. Besar sungguh.

Directions to the hotel :
  • Hotel kami berada di North Zhongshan Rd di Line 1 berwarna merah.
  • Shanghai Hongqio Railway Station berada di Line 2 berwarna hijau.
  • Kami perlu ke People's Square di Line 2 dan tukar metro ke Line 1.
  • Seterusnya kami hanya perlu ke North Zhongshan Rd.

Dah sampai di North Zhongshan Rd barulah kami menjenguk dunia luar. Kalau tidak sepanjang sampai Shanghai kami di dalam bangunan. Tak tahu hujan ke ribut ke apa ke kat dunia luar. Keluar tengok hari dah sayup nak senja. Baru pukul 4.00PM lebih. Huuurm kena gerak cepat.

Sekali lagi kami tak tahu mana nak tuju. Kebetulan ada few policemen berdekatan station metro. Aku approach. Kena berani kalau tak aku rasa memang tak jumpa hotel. Dia tengok alamat dan suruh kami cross jalan besar dan terus ke kiri. Menapak punya menapak bayang hotel tak nampak.

Then ada seorang pakcik tua panggil kami. Dia 'hoi' saja tapi kami pusing. Tak reti cakap English pun tapi bersungguh nak tolong. Dia kata betul dah kami jalan tapi kena ke depan lagi. Dia siap lukiskan peta kat newspaper yang dia ada. Lepas tu siap bye lagi. Kami pun thank you sajalah mampu sebut.

Kalau ikut Kak Shiro punya anggaran, jarak station metro dan hotel hanya 200M. Sumpah menipu. Dekat 1KM kami berjalan. Memang jauh. Tambah pula dengan luggage yang gabak. Makian sungguh dalam hati sepanjang jalan. Dekat apanya. Naik longgar lutut bila sampai depan hotel.

Seronok tak terkira dah bila nampak nama hotel. Excited sebab tak sabar nak guling dalam bilik.



Urusan check-in tak ada apa masalah. Booking kami semua ada. Jadi terus saja masuk bilik. Cuma kena bayar deposit sebanyak 200Yuan (RM100 approx) untuk dua malam. Haaa korang kena jaga-jaga bab deposit ni. Nanti aku cerita drama sakai minah jaga kaunter time kami nak check-out.

While kami berkumpul depan hotel before check-in ada seorang pakcik datang tegur. Pakai kopiah mini. Kami agak dia muslim. Dia tanya dah makan ke belum. 

Belum pakcik !! Kami kebulur dari pagi tak makan pakcik oooi.

Dia ajak pergi kedai makan. Dia ada kedai makan. Makanan halal. Jadi Momon dan Kak Farah ikut pakcik tu dan bungkus tiga set makanan. Masuk dalam bilik terus bedal. Tak sempat ambil gambar pun. Laju makanan masuk dalam perut. Memang nikmat dan sangat sedap. 

Kalau time kebulur makanan tak sedap pun jadi sedap kan ? Hihihi..

Kisah makan tak berhenti disitu. Mana cukup makanan tiga set kongsi berlima ? Tak cukup. Jadi kami decided untuk mandi dan solat dulu kemudian keluar untuk mencari makanan. Makan lagi ? Oh yeah !!

-SITI YANG MENAIP (SYM)-

Reach me via email at :
sitiyangmenaip@gmail.com

36 comments:

  1. salam siti. nak tanya metro kat hangzhou dh buka ke semua line tu? bc blog org mei 2013, hanya line 1 je buka yg lain under construction....tgh study pasal HZ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam nanie. thank u singgah. saya tak pasti pulak sbb saya pun gunakan line 1 aja masa kat sana. tapi yg saya notice, di stesen yang saya berhenti dah ada peta utk semua connected stations. jadi saya assume dah bukak lah kot laluan lane lain. saya sarankan naik bus sbb di hangzhou sistem bus adalah yg pngangkutan terbaik. saya bnyk travel dgn taxi sbb jarak yg jauh.

      harap membantu :D

      Delete
  2. memang wah jugaklah pengalaman korang kat Shanghai ni... mengheret beg besar gedabak lagi la letih kan...plus, asyik kebulur je sebab winter kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. pengajarannya silalah book hotel sendiri bukan suruh kawan. hotel kena dekat ngan subway kalo dak menapak la jauh macam kami hehehe.. mmg kan ? keje nak makan.. mmg pantang nampak makanan.. hahaha..

      Delete
  3. rindu nak makan lamien! sedap kan? banyak kentang & daging kambing. China ada sistem transport yang sgt efficient kan. best awak ada pengalaman travel naik turun metro. saya naik metro sekali jer. itu pun nak pegi ke shanghai hongqio railway station.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab kentang banyak makanya lagi jatuh cinta hahaha.. betul tu. nak compare dengan malaysia memang jauh beza. tak perlu nak tunggu lama metro always on time. sebab metro murah tu yang naik metro saja.

      Delete
  4. 30 minit menapak? Makkk aiiii... Nangessss...

    ReplyDelete
    Replies
    1. gua tanak kenang memori menapak itu SS hahaha..

      Delete
    2. Boleh kurus keremping SS kalu kena menapak 30 minit! Ohhhh Makkk!

      Delete
    3. hehe tapi esoknya bila jalan tak usung beg okay pulak rasa..
      maybe time usung beg masing2 da penat =P

      Delete
  5. SS rasa... Walau mana2 pon CT nak pegi... on 1st and 2nd day.. Better biasa2kan dulu dan jalan2 dulu kawasan sekitar... Then... Barulah keluar ke tempat lain... contohnya biasakan diri kat Hangzhou... Kenal enviroment and people... Barulah hari2 berikut ke shanghai... My 2cent opinion laa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks SS for the advice. insyallah next trip apply hihi.. kawan dah book hotel dan plan journey tapi sampai sana CT and sorang lagi yang lead. jadi kami tawakal sajalah memasing noob nak travel hihi..

      Delete
    2. Cik CT... Nanti please email alamat kat email SS ek... Got small something to give u... scdhasein.photo@yahoo.com... Dah email nti comment kat blog SS... TQ..

      Delete
    3. tudiaaaa.. bulan 2 punya komen baru ada masa nak jenguk =P

      Delete
  6. Kalu train paling laju berapa harga dia?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala dalam RMB78 kalau tak silap. kami naik tren paling laju tu waktu nak balik ke hangzhou. still murah kan.. macam ETS kat malaysia..

      Delete
    2. Tak ramai ke naik train tu?

      Delete
    3. tren murah tu ramai. and diorang main masuk aje dalam mana2 ruang yang boleh duduk..
      tak ikut pun nombo seat. huumph !!

      Delete
  7. Ada tuko no tepon tak dengan cino kepeng tu? he he he..

    ReplyDelete
    Replies
    1. malu hahaha.. tukar pandangan mata sajalah =D

      Delete
    2. Amboiii! Main mata nampak! Ha Ha Ha...

      Delete
  8. Replies
    1. sedap.. aish dok reply pepagi buta ni.. adus hehehe..

      Delete
    2. Tengah lapo tengok food... Mences laaa liur... Ha Ha Ha...

      Delete
    3. jom terbang pi cari makanan2 ni semua..

      Delete
  9. air panas kosong tu buat2 lah ada teh didalamnye... yammmm sengggg yammm senggg... cheerssss... he he he...

    ReplyDelete
    Replies
    1. bhahaha kita dahla penat. ingat nak air sedap sedap hahaha..
      air panas menggelegak tu dia kasi haaaadoiyai..

      Delete
  10. Part scan bag tu... Rasanya kat mana2 china kot... Iskkss...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalo bawa sling bag dia kasi lepas aje.. dia pun tak larat nak tengok..
      kalo bekpek dia suruh letak..

      Delete
  11. Sekali lagi nak tanya...korang stay hotel mana di Shanghai ni..1km? perghh...dengan beg gedabak besar camtu..pesal jauh sngt hotel nye

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehe dekat je sbenarnya tapi sebab ngusung beg jadi jauh trasa ahaha.. maybe around 500m je kot.. kat Shanghai kami duduk kat Baolong..

      Delete
  12. Kiranya..kalau CT ke Shanghai seklai lagi bleh jadi tour guide lah eh

    ReplyDelete
    Replies
    1. huahua.. nak ke yang mengikut tu ber'tour guide'kan ceq ni haaa..

      Delete
  13. dah tanya Momon dan Farah tak..nama kedai yang pakcik tu bawak..nak tahu gak cara nak ke sana

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...