Tuesday, 14 January 2014

HANGZHOU SHANGHAI 2014 | CHINA : DAY 1.0 - HELLO HANGZHOU

JALAN-JALAN KE HANGZHOU | HELLO HANGZHOU


Entri sebelumnya di SINI.

Tangan dan kaki memang dah gatal nak berjalan sana sini. Those yang kaki travel mesti faham sungguh perasaan aku macam mana. Tapi aku bukanlah avid traveller yang kerap travel sana sini. Bila ada kesempatan dan duit pun cukup baru jalan. Kekangan buat aku yang belum ada pekerjaan tetap. Syukur. Diberi kesempatan menjenguk keindahan ciptaan-Nya di bumi China. Aku memilih untuk ke Hangzhou dan Shanghai. Menarik juga walaupun dua tempat ni tak pernah tersenarai dalam destinasi pilihan aku. Orang kata tak kenal maka tak cinta.


31 Disember 2013

Flight tiket ke Hangzhou was at 5.30PM. Aku bangun pagi that morning still tak kemas luggage. Tapi semua barang dah ada. Aku just campak saja dulu. Malas sungguh rasa nak kemas. After Zohor baru aku actually usung luggage ke main hall rumah nenek dan start melipat baju. Jangan ikut perangai macam ni ya kawan-kawan. Lagi elok kalau kemas awal.

Around 3.00PM aku sampai di LCCT. Kekakaks yang sama-sama will be joining the trip dah sampai. Kaunter pun tak buka lagi. Lepak dulu dan suddenly rasa nak top up berat luggage. Takut banyak pula memborong di sana nanti. Masing-masing berkongsi duit. Jadi sama-sama boleh shopping sakan.



Redha menanti kaunter untuk buka. Duduk melepak bersila dekat dengan kaunter. Pedulikan mata-mata yang memandang. Bukan perkara baru bersila di airport. Kaunter buka kami terus check-in. Aku memang tak reti nak buat web check-in. Aku prefer manual. Pergi kaunter dan check-in. Kampung style pun kampunglah. Janji dapat naik flight. Hihihi..


Lepas check-in pergi melantak pula. Masing-masing tak beli makanan dalam flight jadi baiklah kita isi dulu perut. Nanti lapar. Siap usung makanan masuk flight. Pegawai kastam tak tahan pun.

Masuk ke Departure Hall memang kami berlima saja yang bertudung. Most of the passengers memang Chinese people. Pandang kami atas bawah. Macam tak percaya saja kami nak ke Hangzhou. Sebenarnya aku takut juga nak ke sana. Especially bab communication. Hangzhou ni boleh dikatakan kategori kampung dan majoriti orang tak tahu speak English. Tawakal sajalah.




Ini adalah pengalaman pertama aku menaiki AirAsiaX Alhamdulillah berlepas smoothly. Perjalanan memang rasa lancar. Tak ada gegar sana sini. Kecut perut betul kalau ada air pocket atau gegar. Aku jenis panic cepat. Mata dah mula nak kuyu. Hari pun makin gelap. Tapi sumpah tak boleh nak lena. Manusia dalam flight memekak. Sembang apa kuat sangat pun aku tak tahulah. Sekejap buka tempat simpan bag. Sekejap berjalan ke hulu ke hilir. Ingat pasar ke apa ? Sumpah stress. Lampu tak tutup. Memang tak harmoni sungguh aku rasa sepanjang nak sampai Hangzhou.

Almost nak sampai kami kena isi arrival form. Patutnya kasilah awal-awal lagi. Tak payah kacau passengers banyak kali. Jemu sungguh aku dengar announcement yang aku tak faham. English version pun sayup saja.


Dah isi form ingat nak sambung tidur. Memang dah tak boleh. Bingit telinga aku dengar orang bersembang. Aku pusing belakang tengok ada Chinese couple. Senyumlah. Memang tak nak tegur. Takut orang China. Tapi that Uncle yang tegur aku. Orang Malaysia rupanya. Sarawakian. Sembanglah sikit tapi Uncle tu pesan jangan cakap kuat sangat.

'kita orang Malaysia ada adab. ini semua yang bising-bising mesti orang cina China..'

Uncle tu cakap dia kagum tengok kami berlima yakin sungguh nak ke Hangzhou. Dia ingat kami ada relatives di sana. Memang ada tapi relatives kami sampai lambat sikit. Ada kawan pernah belajar dan bekerja di Hangzhou. Dia akan join trip kami tapi lewat beberapa hari. Before dia sampai kami kena pandai arrange semua sendiri. Adalah dia interview aku dengan Momon dekat setengah jam. Dia siap bagi contact number di China incase kami perlukan pertolongan dia. 

Terasa disayangi. Ihik..


Pukul 11.00PM kami selamat sampai di Hangzhou Xiaoshan International Airport. Parking cantik sebelah Qatar Airways. Ada banyak kapal terbang besar yang bound di Hangzhou. Keluar dari kapal terbang ke terminal terus ditampar kasar angin winter. Kejung sekejap pipi aku. Dalam terminal pun dah rasa nak membeku. Dalam menahan sejuk hati sedikit teruja. Pengalaman pertama berjalan dalam musim sejuk. Cepat kami menapak ke imigresen. Nak ambil bag dan baju sejuk. Menggigil walaupun di dalam building.

Airport kecil saja. Orang pun tak ramai. Pukul 11.00PM memang sayup.
Di Hangzhou Xiaoshan International Airport, kita kena melepasi imigresen dulu baru kutip luggage. Jadi tabahlah beratur dalam kesejukan.


Process nak lepas imigresen tidaklah terlalu lama tapi beratur nak tunggu giliran sangat lama. Lebih satu jam kami beratur. Line kami yang paling kanan. Paling sikit tapi paling last untuk clear. Polis yang berpakaian macam komunis ada merata. Yang jeling kami pun ada. Buat tak tahu saja. Kita bukan datang nak cari masalah. Sampai giliran kami pegawai memang muka ketat sungguh. Tapi tak cakap apa pun. Just kasi arrival form dan cop apa patut. Itu saja. Kenapa lama sangat beratur pun aku tak tahu. Urusan kami selesai lewat. Hampir pukul 1.00AM baru dapat keluar.

Kak Shiro (noted that Kak Shiro adalah kawan aku yang pernah tinggal di Hangzhou) dah pesan pada kami awal-awal lagi. Jangan naik teksi ulat. Korang pun mesti dah tahu apa teksi ulat kan ? Keluar dari Arrival Hall mesti punya korang akan disapa oleh pemandu teksi ulat. Ramai okay. Jenuh menepis. Padahal tak boleh cakap English pun. Tibai saja chong cheng chong cheng bahasa dia. Aku pun geleng saja. Jangan pula cakap apa-apa.

Berjalan keluar dari airport akan ada teksi bermeter. Di badan teksi akan ada lambang 'Hangzhou'. Sama ada warna biru atau hijau. Haaa yang ni kita boleh naik. Ada seorang pegawai perempuan yang tunggu di kawasan berdekatan. Aku datang dekat tapi dia macam takut-takut pula. Maybe takut nak guna bahasa apa dengan aku.

Malas nak buat drama aku terus tunjuk alamat hotel yang sudah siap ditulis dalam chinese characters. Pihak hotel memang dah kirimkan alamat siap-siap. Kak Shiro pun ada tuliskan incase kami ada masalah communication. Pegawai perempuan tu belek few minutes dan terus panggil dua teksi. Kami berlima jadi kami kena guna dua teksi dan teruskan chong cheng chong cheng dengan pemandu teksi dan terus suruh kami naik.

Jauh juga rupanya nak sampai ke hotel yang kami tempah. Kak Shiro yang tempah dua bilik di hotel tu. Dia uruskan tapi sebenarnya ada beberapa masalah yang terjadi while kami nak check-in.

Pihak hotel tak dapat nak trace booking number. Satu bilik lepas sebab kami book melalui Agoda. Jadi untuk tak memanjangkan drama di pagi buta hari, kami ambil saja another bilik dengan rate yang memang disediakan. Tak jauh beza pun. Dan untuk memudahkan pengiraan pembayaran kami sum up semuanya dan bahagi lima. Tak payah nak beratkan kepala.



Almost pukul 2.00AM juga baru selesai segala urusan. Masuk bilik salin baju dan tunaikan yang wajib aku ajak Juju turun ke lobby. Di lobby saja ada wifi. Aku jenis susah hati kalau tak dapat Internet. Kekakaks lain dah terbungkang pengsan. Aku nak inform parents yang aku dah selamat sampai. Sambil hantar beberapa bahan bukti bergambar yang aku selamat. Nanti MamiZ sebu perut tak lalu makan pula. Hihihi..

Tak lama pun online. Mata kuyup. Aku and Juju perlu rehat. Esoknya perjalanan kami masih jauh. Goodnight everyone. Sweet dream.

-SITI YANG MENAIP (SYM)-

Reach me via email at :
sitiyangmenaip@gmail.com

42 comments:

  1. hello sana , teringinnya nak travel juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha cute aje.. hello sana :D
      jom sama sama.. tapi meanwhile CT kena menabung dulu.

      Delete
  2. sejak kes mh370 akak pun dah tak berani berangan nak ke Beijing...tapi tetap dlm impian tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah. mak pun dok menakutkan CT cakap jangan pergi semua. tapi negara tu cantik hehe.. nak pi beijing gak. nak main snow hahaha.. pi China best sebab duit murah hehe..

      Delete
  3. taxi kat hangzhou mmg tak tau jalan. saya pun pernah kena pusing-pusing cari jalan. siap call lah semua. seram jugak kat situ. tapi masa kat pudong, shanghai kitaorg tak kena spot check polis tuh. cuma kena tahan sbb muka passport n real tak sama hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya pemandu yang brusia sikit aje kot cemtu.. time jalan kami naik taxi pemandu muda dia boleh speaking english sikit. tapi banyak main bahasa isyarat and simple words. hahaha kalo isu gambar memanglah hazab sket.. kena letak gambar recent hehe.. polis tak cek pun tapi pandang kita muka ketat macam apa je..

      Delete
  4. Siap bawak livita lagi... Huh! Betul2 nak tenaga nih... He He He...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi bawak untuk diri sendiri tapi kat sana tak berapa minom pun..

      Delete
    2. No good laa livita... Minum air masak byk2...

      Delete
    3. minom sebotol aje. tak sedap aahaha.. rasanya ni first time beli kot..

      Delete
  5. naik Air Asia kena pulas sendiri aircond kat atas... tak cukup sejuk pulas orang sebelah punya... or... org depan or belakang punya hala kat kite.. baru sejuk.. ha ha ha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. SS hahaha malu nak mengaku ni tapi sebenarnya CT baru tahu tau yang aircond AA kena pulas sendiri hahaha. itu pun ritu naik nak balik KL. tercakap kuat kata panaslah.. then uncle yang duduk sebelah adjust aircond. sumpah tak pernah tahu rupanya mende kat atas tu boleh adjust T.T

      Delete
    2. Ha Ha Ha... Pasni dah tahu jangan komplen2 lagi ok... He He He...

      Delete
    3. aiseh aiseh bikin malu saja =P

      Delete
    4. Kalau betul2 panas, kena ikut taktik SS. Rompak dan pulas airconsd orang kiri kanan depan belakang :)

      Delete
    5. ehehe kalau orang sebelah tido bolehla buat jahat gitu.. tapi next next trip after that tak panas da Kak Farrah.. siap boleh cover badan lagi sebab sejuk ehehe..

      Delete
  6. Boleh percaya ke taxi driver kat sana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi boleh aje SS.. naik yang memang kat kereta diorang ada cop hangzhou n majoriti kaler ijau. kalau kaler lain maybe meragukan..

      Delete
    2. So yg kaler ijau aje laa ek yg boleh percya skit?

      Delete
    3. ada kaler kuning jugak kalau tak silap. tapi yang registered punya ada lambang hangzhou kat pintu tempat duduk penumpang. asal nampak yang tu okaylah..

      Delete
  7. Salam. Hee sonoknye gi shanghai. ;p

    ReplyDelete
  8. Khatam baca entri ni. Dah selamat mendarat, selamat menjejak bumi Hangzhou, selamat dapatkan lodging :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehe bagus Kak Farrah.. buat summary =)

      Delete
  9. kes mh370 kot mrk jadi mcm tu ... alhamdulillah , x de apa yg berlaku .

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehe time CT pergi ni sebelum kejadian.. negara ni memang special sikit bab-bab gitu.. strict x kena gaya..

      Delete
  10. Mana entry review hotel? mana? mana??????? wasap me....

    ReplyDelete
  11. "Tangan dan kaki memang dah gatal nak berjalan sana sini. Those yang kaki travel mesti faham sungguh perasaan aku macam mana" <-- YE!!! faham sangat..ni pun baru balik dari Seoul - busan hari tu, hati dah tergedik2 tggu sale dari AA..aduh! penyakit betul..kalau lah duit berjuta dalam account mmg berhenti kerja dan buat trip every month...fuhh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehe kata ada sale tapi tak ada sale pun.. harga semua huurm sedih je tengok.. tak mampu ehehe.. kita teruskan saving sajalah..

      Delete
  12. Bab packing ni sis JM biasa packing sikit-sikit 2-3 hari before..pastu siap buat list risau ada barang tertinggal

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau CT buat list pun akan ada punya barang yang tinggal jugak =P

      Delete
  13. ahaks!!! CT..check in online is better but kalau manual pun no prob..cuma kalau check in online boleh pilih seat but still perlu ke kaunter gak kalau nk drop luggage..jika x drop luggage leh terus masuk gate je

    ReplyDelete
    Replies
    1. bab pilih seat tu best jugakla.. kot ada tepi window yang still available.. tapi malas tu yang pegi je terus kat kaunter =P

      Delete
  14. itulah sikap org cina di china eh..mmg KASAR..kalau cakap perlahan tu bukan Cina namanya..ke dorang mmg masing2 'pekak' hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahahaha memang gitu kot.. ingat tak yang kita jumpa kat Yongpyong tu.. Ya Rabbi !! macam nak kick je turun slide tu ahahaha..

      Delete
  15. 'Di Hangzhou Xiaoshan International Airport, kita kena melepasi imigresen dulu baru kutip luggage" <--bukan ke semua airport procedur nye nye mcm tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. huurm.. rasanya macam kat Melbourne macam amek beg dulu then baru check yang anjing tu.. eh entahlah tak ingat. ke kastam dulu baru amek bag ? wakaka..

      abaaaikan sajalah da short term memory..

      Delete
  16. pegawai memang muka ketat sbb hari2 cop passport je ce kalau keje cop duit hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahahaha kalo cop duit mata memang kaching kaching =D

      Delete
  17. Replies
    1. ehehe Genting Star.. Baolong.. Youth.. ada entry tapi takdan nak edit lagi kak..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...