Tuesday, 16 April 2013

HOLLAND 2012 | AMSTERDAM - TRIP SUMMARY

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

 بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم

Entri sebelumnya di SINI.

Alhamdulillah. Dah habis dah aku bercerita tentang trip aku ke Amsterdam. Banyak kenangan pahit manis yang aku lalui. Pengalaman berharga pertama kali meninggalkan Malaysia dalam satu tempoh masa yang lama. Pengalaman pertama aku menaiki kapal terbang selama berbelas jam. 

Paling mahal aku rasakan adalah pengalaman untuk belajar menguruskan banyak perkara seorang diri. Bermula dari proses aku membeli tiket sehinggalah aku dah selamat pulang ke tanah air. Pengalaman aku menggunakan duit belanja dengan bijak. Aku tak ada credit card atau any emergency money. Apa yang aku bawa itu sajalah yang aku ada.

Haaa teruja nak baca kisah journey seorang traveller suam-suam kuku macam aku ? Jangan malas untuk tekan saja semua links yang akan aku senaraikan di bawah.

Hampa kenalah rajin sikit. Tak banyak mana pun hihihi..

Kisah aku mungkin tak serancak kisah traveller lain. Aku rasa happy sangat dah andai kata ada pengalaman dan cerita yang aku coretkan membantu uols dalam merancanga perjalanan. Aku masih belajar dan silalah tegur apa yang patut. Share kisah dan pengalaman uols semua bersama.

Yang mana belum mula baca boleh mulakan sekarang.


Thank you to those yang merajinkan diri membaca. I really appreciate that. 

Orang kata dah sekali travel akan ada penyakit untuk terus travel. Mari kita kumpul duit untuk travel lebih jauh dan lihat alam ciptaan-Nya. 

Happy travelling everyone.

Saturday, 13 April 2013

HOLLAND 2012 | AMSTERDAM - GOODBYE AMSTERDAM

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

 بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم

Entri sebelumnya di SINI.

Akhirnya almost habis dah entry cerita ke Holland aku ni. Days passed by cepat sangat tahu-tahu dah hari nak balik. Rasa macam semalam baru sampai dah dipanggil pulang ke Malaysia. Macam tak puas saja tinggal kat sana nak pusing-pusing sana lagi. I missed the weather the most. Sejuk and windy. Something that you cannot get in Malaysia. Well somehow we still need to pack our luggage and say goodbye to Amsterdam. Malam tu memang kami punggah habis barang-barang. Bilik turned upside down and setiap ceruk ada barang. Not only me, Kak Farah aku pun sama. We wanted to arrange our stuffs kononnya kasi muat-muat. Nak himpit-himpit selagi boleh.






Nah ambil. Bilik bersepah tahap terbaik. Nak asingkan mana untuk luggage mana nak bawa masuk flight. Souvenirs yang penting. Semua kena hantar check in. That night, aku dah ada bad feeling but I did not follow my instinct. Keluar jalan-jalan a day before dah rasa macam nak cari kotak. Sebab aku beli snack and junk food banyak sangat. Semua yang RM belas-belas terjual di Malaysia kat Cold Storage hanya 1EU (RM4.00 approx). Mau tak sakan aku beli. But then aku tak cari pun kotak sebab dah ada plastic besar. I should put all the snacks and the chocolates that I bought into boxes and checked them in. Kalau kena bayar pun aku rasa aku sanggup bayar. But I did not follow my feeling. I just let them be in plastic bags and I brought along into the waiting area. Since then, the worker stopped me and said that, I could not bring in the stuffs. Damn.

Actually, while checking in, pekerja di kaunter ada tulis something belakang tiket aku. Tapi dia tulis dalam bahasa dia mana aku nak faham. Plus dia tak cakap apa-apa pun kat aku. Lagilah aku tak tahu apa-apa. Tetiba kena tahan bila aku tunjuk tiket flight masa nak masuk kapal terbang. How on earth she wanted me to understand and noticed her memo. Up until the very last process for us to be on plane, barulah aku faham dia tulis apa. Itu pun sebab worker tu tahan aku. Luggage aku dah terlebih 11kg. Dahlah aku spent banyak shopping kat dalam airport sebab nak habiskan syilling. 

Semua barang-barang tu aku dah plan nak kasi kat kawan-kawan. Kan aku dah cakap aku ada bad feeling dah tapi selalu tak pernah nak ikut kata hati. What other option that I had. Mana ada option. Redha kena tinggal barang-barang tu semua. Kalau tak aku yang kena tinggal. Haaa jalan kakilah balik Malaysia. I need to leave the chocolates that I bought in Belgium and the snacks. My small luggage weight was 11kg and I needed to reduce the stuffs up until it reached 7kg. Terketar-ketar weh. Semua barang-barang tu dah ada tuan dah. Kalau kata aku check in sekali pun tak apa. Aku rasa tak terketar mana haih nak bayar daripada kena tinggal macam ni. Kak Farah pun tak boleh bawa masuk bag yang dia bawa along with her sebab bag tu tak nampak macam hand luggage. Apa punya alasan. Orang lalu lalang tengok kami berdrama. Ada couple kena tinggalkan juga sikit barang. Itu lagilah. Habis baju kena tinggal. Muka semua dah panic dah geram merah-merah aku tengok tahan sabar.

Geram memang tak terkata. Sebab boleh saja diselamatkan kalau pekerja kaunter let me know earlier. Tapi untuk aku dapat masuk dalam kapal terbang lagi penting. Aku kurangkan ke 8KG and pekerja tu lepaskan aku masuk siap satu round tazkirah. I need to be alert next time. Sampai sekarang aku rasa bodoh benar sebab aku tak tanya apa yang dia tulis kat belakang ticket aku. Kalau aku tanya sure aku checked in dah semua sekali. Benda dah jadi. Pengajaran lah buat aku. Next time jangan jadi macam aku ok. Menangis duit burn limit luggage terlebih jauh lagi better dari menangis tak berlagu kena tinggal barang.

So itulah cerita aku selama ada kat Holland. Thanks to both my parents sebab keluarkan duit untuk aku fly beribu batu menjenguk negara orang. Tak pernah aku terlintas pun yang aku akan jejak kaki kat Europe one day. Aku consider ni as hadiah convo yang MamiZ dan DediS kasi kat aku. Balik ke Malaysia aku akan terus convo. Syukur ada kawan yang tolong uruskan urusan jubah aku. Syukur juga tarikh convo tak clash dengan tarikh aku ada kat sana. Thanks to Kak Farah sebab ajak aku join sekali and because of her aku tak payah fikir hotel mana aku nak stay. Semoga ada rezeki dikesempatan yang lain untuk aku menjelajah bumi ciptaan Allah SWT ini lagi. Belajar menghargai dan bersyukur dengan apa adanya.

Thursday, 11 April 2013

HOLLAND 2012 | AMSTERDAM - MADAME TUSSAUDS AMSTERDAM

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

 بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم

Entri sebelumnya di SINI.

A day before we came back to Malaysia, we visited Madame Tussauds. Terletak di tengah-tengah Amsterdam atau lebih specific di Dam Square. Tak susah nak cari Madame Tussauds sebab lalu saja Dam Square tentu nampak building besar Madam Tussauds. In Madame Tussauds, they displayed the waxworks of the royal families, actors and actresses, sport stars and many more. Keinginan aku nak masuk Madame Tussauds dah lama ada. Sebelum aku ada kesempatan nak datang sini lagi. Dari dulu dok berangan nak masuk tempat ni. Dulu kata kalau kaya nak pi London masuk Madame Tussauds sana tapi izin-Nya aku masuk kat Amsterdam. 

There are several countries in Asia such as Thailand, Hong Kong and China yang ada their very own Madame Tussauds. Malaysia tak ada tapi aku rasa tak payahlah buat membazir saja bawak masuk patung-patung ni ke Malaysia. Bukan ada faedah pun. Dah macam memuja lebih-lebih pula. Aku masuk sebab nak juga ada pengalaman masuk. Boleh gak aku share ada apa dalam tempat ni. So aku tak nak lepaskan peluang untuk masuk and explore. 

I bought the ticket through the Tours & Tickets tour agency so I got the price way cheaper. You can find the Tours & Ticket counter anywhere in Amsterdam. You can also buy the ticket directly at the counter but you need to que the long line. Sebab utama beli ngan Tours & Tickets sebab aku nak murah. Duit aku dah sayup-sayup dah beberapa hari tinggal kat Amsterdam. Esoknya nak balik Malaysia so memang harus duit tinggal ciput. Banyak gak bezanya. Cannot remember the exact price tapi beza around 15-20EU. Untuk aku yang semakin miskin disana, 15-20EU tu adalah sangat berharga. Kalau uols memang pengumpul entrance ticket nak buat kenang-kenangan, kena tabahlah beratur kat entrance Madame Tussauds ni sebab ticket from Tours & Tickets tak cantik mana pun and bukan original ticket from Madame Tussauds. Tapi yang aku suka, masuk guna lorong VIP sebab tak payah beratur panjang. Haaa tak ada kenangan tiket nak simpan pun tak apalah janji masuk.



Anne Frank memang sangat sinonim dengan Holland. Seorang budak perempuan yang sangat terkenal. The first patung yang akan kita nampak bila dah masuk ke Madame Tussauds. I did some research before I went to Amsterdam. I came across the history of Anne Frank. In Amsterdam, they even have the museum for Anne Frank but I did not have the opportunity to go there due to the time constrain. Tapi kang kat bawah aku share macam mana nak ke Anne Frank house. Bolehlah jenguk rumah budak ni time perang. You can search and google more about Anne Frank as her story was amazing.













Other than the celebrities, ada juga waxworks for famous people. Albert Einstein and Monalisa and many more. Ada banyak props boleh guna. They provide kalau nak posing. Enterframe ngan Monalisa pun boleh. Semuanya ikut creativity masing-masing nak posing macam mana.




The best and heartbreaking part. These are all the souvenirs that I bought from the souvenirs shop. I spent almost 80EU here just to buy all of these stuffs. Memang pejam mata ambil and tabahlah membayar. Aku seriously ambil and redha dengan harganya. Sebab lepas ni entah bila nak dapat peluang yang sama lagi. Souvenirs for MamiZ dan DediS. Though the goods are expensive but I did not regret it. Sekali sekala berbelanja sakan macam ni. Kalau rasa rugi memang tak adalah nikmat berjalan-jalan dan travel. Apa-apa pun ikut kemampuan.

HOW TO GO TO THE ANNE FRANK HOUSE / TRAVEL TIPS
  1. Dari Amsterdam Central, it is just a 20 minutes walk sahaja ke Prinsengracht 263-267 kalau korang prefer nak berjalan. Tak jauh pun dari central so alang-alang nak pergi boleh meronda kawasan sekeliling cuci-cuci mata tuh.
  2. Trams 13, 14 and 17 pun menghala ke sana and you guys can take off at station Westermarkt. Dah dekat sangat dah tuh.
  3. Bus 170, 172 and 174 pun will stop nearby tapi aku tak pernah naik service bus kat Amsterdam kecuali pergi country side tours so tak tahu advice apa aku should kasi.
  4. Korang disarankan untuk beli ticket through online or Tours & Tickets counter sebab que memang akan sangat panjang. Memang orang datang Holland ni nak pi jenguk rumah budak ni jadi untuk tak buang masa, baiklah beli siap siap. Nanti click official website aku link kat bawah ni.
ADDITIONAL INFORMATION :

Official Website : The Anne Frank House
Operation Hours : Operation Hours *sebab waktu buka ikut bulan*
Admission Prices : Admission Prices *harga ikut tahun*

Entri seterusnya di SINI.

Sunday, 7 April 2013

HOLLAND 2012 | AMSTERDAM - STROLLING AROUND AMSTERDAM

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

 بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم

Entri sebelumnya di SINI.

Kak Farah went to her conference. Aku macam biasalah malas nak keluar. Duduk melepak dalam bilik saja sambil online dan tengok TV. Orang kata bosan sungguh datang dari jauh tapi tak buat apa-apa. Actually tak bosan. Aku rasa penat sungguh. Plus after Zohor nanti nak keluar. So better aku duduk dalam bilik saja sambil tunggu Kak Farah habis conference. That day kami just nak pusing-pusing ronda Amsterdam. Asalnya nak ke Primark untuk shopping tapi kami kena ambil another train pula untuk ke Zaandam atau Hoofddorp. Memanglah tak jauh mana tapi malas nak berjalan jauh lagi. So we decided to shop kat mana-mana kedai di Amsterdam saja.



Kami jalan memang santai saja. Nampak ada cafe singgah kejap beli muffin. Rasa nak masuk kedai A kami masuk. Nak masuk kedai B kami masuk. Memang tengah hangat sale masa kami jalan-jalan. Banyak outlet barangan branded tengah on sale juga. Vans, Clarks, Forever 21, Esprit, Mango, H&M dan macam-macam lagilah. Harga pun sebenarnya jauh lebih murah bila dah convert ke duit kita. But aku rasa sedih gila tengok baju-baju di H&M majoriti 'Made In China'. Adoi !! Aku datang jejauh pun masih kena beli goodies 'Made In China' ke ? Yang mana ada tag 'Made In China' semua aku letak balik. Tak jadi nak beli. Cari yang 'Made In Europe' baru beli. Kak Farah pula borong baju untuk Anas. Macam-macam dia beli. Murah-murah. Seluar for kids bermula 3EU (RM12.00 approx) jadinya memang patutlah mak-mak budak jadi tak keruan. 




Next kami ke De Bijenkorf iaitu salah satu shopping mall yang terkenal di Amsterdam. Menjual barangan berjenama dan berkualiti. Sambil jalan-jalan cuci mata kami sebenarnya nak pergi makan. Top level ada food court dan kami nak cari apa-apa yang boleh dimakan. Kena hati-hati juga meneliti ya. Tanya kalau perlu jangan takut. Konsep makan di food court ni macam makan di IKEA. Ambil then nanti bayar. Ada banyak kaunter makanan. Aku dan Kak Farah pilih nak makan grilled salmon. Itu pun kami kongsi berdua. Licin makan dengan bawang pun sekali kami telan. Lapar benar gayanya. Then kami sambung shopping. Aku tak beli apa-apa pun disini. Just Kak Farah beli new handbag. Memang sale sakan sungguh.
  


While pusing-pusing kami terjumpa sign ke Amsterdam Museum. Memang tersorok di celah-celah bangunan. Kalau dari jalan utama memang tak nampak aku rasa. Berhasrat untuk masuk tapi sayangnya dah tutup. Kalau belek tengok jam memang dah almost pukul 6.00PM pun. Memang patutlah museum pun dah tutup. Jadi bergambar sajalah buat kenangan dah sampai dah pintu masuk tapi tak ada rezeki nak masuk.

Then kami masing-masing setuju untuk balik. Esoknya Kak Farah punya last day conference. Aku memang malas nak berjalan sampai malam since dia nak kena kerja. Nanti penat. Dah few days Kak Farah melayan aku bawa jalan sana sini balik malam. So biarlah kami balik awal nak melepak dalam bilik saja. While tengah tunggu tram ke RAI ada seorang perempuan approach aku. Dia tanya nombor tram tapi aku cakaplah aku tak tahu since aku bukan orang local. That lady pandang aku atas bawah atas bawah. Then dia tanya lagi arah jalan pula. Kebetulan tempat yang dia tanya tu aku baru lalu jadi aku beritahulah arah jalan mana dia kena pergi. Terus dia macam nak kata aku tipu dia kata aku bukan local. Haish kakak !! Muka aku ni ada muka omputih ke ? Sah sah sekali tengok orang tau aku orang Malaysia. Adus.. Local ? Hihihi not bad juga actually. 

TIPS
  1. Dalam De Bijenkorf ada banyak anjing. Yes orang-orang tempatan yang pergi shopping mesti bawa anjing sekali. Adus bayangkan anjing-anjing tu jalan celah-celah baju. Terus aku tak ada niat nak belek-belek tengok baju. Tak ada restriction. Mana-mana pun anjing ada.
  2. Di Amsterdam ada banyak outlet H&M, Mango, Esprit dan Forever21. Tapi setiap satu-satu butik ada konsep yang berlainan. H&M A hanya jual pakaian lelaki. H&M B hanya jual pakaian kanak-kanak dan seterusnya. Jadi memang kena menapak untuk pergi ke butik yang kita nak masuk. 
  3. Beware dengan kasut from pig skin ya kawan-kawan. Kat sini bukan ada awareness nak put up sign ke apa. Main bedal saja. Nak selamat silalah bertanya.
Entri seterusnya di SINI.

Saturday, 6 April 2013

HOLLAND 2012 | AMSTERDAM - BLOEMENMARKT

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

 بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم

Entri sebelumnya di SINI.

Lepas dah kenyang makan kami mula menapak lagi. Masih awal untuk balik ke hotel. Pusing punya pusing kami just berjalan tanpa ada hala tuju yang specific. Asal ada scenery yang cantik kami berhenti bergambar. Ada kedai yang menarik kami masuk menyinggah. Jalan punya jalan sampailah kami terjumpa satu lorong tepi canal yang ramai sangat orang. Itu lah dia Bio Mart yang terkenal di Amsterdam atau nama lainnya adalah Bloemenmarkt yang bermaksud Flower Market. 'Bloenmen' adalah 'Bloom' yang merujuk kepada bunga dan 'Markt' adalah 'Market'. Sepanjang lorong ni ramai peniaga yang menjual bulb bunga tulip dalam skala yang besar. Those yang nak beli banyak bulb bunga tulip jangan risau. Memang ada perkhidmatan shipping bulb bunga tulip. Majoriti kedai-kedai di sepanjang Bloemenmarkt ni menjual bulb bunga tulip. Aku tengok macam bawang pun ada juga rupanya. Selain tu ada juga bunga-bunga kering yang dijual. Nanti bila dah completely layu boleh tanam untuk musim spring nanti. Siapa yang alah dengan debunga aku tak suggest untuk ke sini. Memang akan ada banyak yang berterbangan.










Di Bloemenmarkt ni ada banyak kedai yang menjual souvenirs juga. Harga lebih murah tapi kena pandai pilih. Ada yang sangat low quality tapi ada yang okay. Jadi kenalah jalan dulu dan survey. Kak Farrah borong souvenirs disini. Dia lagi banyak nak kena bagi kawan-kawan. Ramai yang tahu dia tengah berjalan-jalan sekarang. Jadi haruslah belikan buah tangan. Aku pula dah borong di Volendam dan aku tak menyesal kerana harga lebih murah disana dan lebih cantik. Ada kedai yang menjual baju jersey bola sepak pasukan Holland dengan pelbagai size. Aku tengok memang lebih murah berbanding di tempat lain. Selain tu kat kawasan Bloemenmarkt ni ada jual banyak totes yang menarik. Dengan harga 3EU (RM12.00 approx) untuk satu tote aku rembat juga beberapa untuk diberikan kepada kakak-kakak sepupu. Ada kedai yang menjual t-shirt dengan harga 5EU (RM20.00 approx). Ini sudah dianggap sangat murah sebab kat kedai lain rata-ratanya bermula dengan harga 10EU (RM40.00 approx). Jadi aku beli beberapa helai untuk family members.







Sayangnya Bloemenmarkt tutup awal. Pukul 6.00 PM dah nampak semua peniaga mula mengemas. Orang pun mula berkurangan. Tapi kedai-kedai ada lagi yang masih beroperasi. Tengah-tengah sakan shopping kenalah stop juga. Cepat-cepat grab apa yang patut. Nanti kena halau pula. Dalam nak cepat-cepat tuh banyak juga kami memborong. Seronok Kak Farrah shopping sakan. Aku pula lega dah jumpa souvenirs nak kasi kat sepupu-sepupu yang lain. Tak kan nak kasi fridge magnet seorang sebiji bila semua actually duduk serumah. Jadi kena cari something yang boleh digunakan.







Lepas sakan melabur di Bloemenmarkt kami meronda lagi sampai hari makin gelap. Kami seperti biasa kena patah balik ke Amsterdam Central untuk ambil tram ke RAI dari sana. Tapau makanan dan terus balik ke hotel. That night masing-masing susun souvenirs yang dah dibeli untuk check sama ada cukup atau tidak untuk diberikan kepada mereka di Malaysia. Habis semua nama keluar dan siap check list. Tak mahu ada yang tertinggal. Lepas dah check Kak Farrah kata nanti nak ke Bloenmenmarkt lagi sebab dia nak borong lagi souvenirs. Nampak tak betapa Kak Farrah aku dah jatuh cinta dengan Bloenmenmarkt ? Rasanya dia nak kasi kat semua staff di hospital kot. Sebab memang murah. Aku pula tak adalah sakan sangat. Mana yang mampu saja.

TIPS
  1. Naik tram dari Amsterdam Central yang melalui station Muntplein. Pintu masuk ke Bloemenmarkt ada berdekatan. Cari sign 'Bio Mart' dan ikut saja papan tanda.
  2. Beroperasi sehingga pukul 5.30PM saja jadi uols kenalah rancang betul-betul perjalanan kalau nak singgah ke sini.
  3. Majority menjual barangan yang sama jadi eloklah kalau kita compare dulu harga. Tak payah bertanya pun sebab they display the prices. Jadi jeling-jeling kedai A lepas tu jeling-jeling kedai B pula before decide nak beli di kedai mana.
  4. Fridge magnets disini memang murah. Tapi ada banyak yang tak bertulis nama seperti Holland, Amsterdam dan sebagainya. Ada jenis yang bergambar tapi itu cantik juga. Ada orang yang minat fridge magnet seperti itu.
Entri seterusnya di SINI.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...