Thursday, 28 February 2013

HOLLAND 2012 | AMSTERDAM - VOLENDAM

JALAN-JALAN AMSTERDAM - VOLENDAM


3 OKTOBER 2012

JALAN-JALAN AMSTERDAM | VOLENDAM. Tempat menarik seterusnya adalah ke Volendam. Hari masih hujan. Tapi sedikit reda dari sebelumnya. Tours & Tickets agent tak peduli itu semua. Itinerary mesti diteruskan. Peduli apa dia hujan ke ribut ke. Selepas ke Zaanse Schans, kami bergerak ke Volendam. Setengah jam juga nak sampai ke Volendam. Aku memang no idea langsung ada apa kat Volendam. Memang tak buat research. Main beli saja package yang ada dengan harapan semua tempat yang dituju adalah menarik.

TEMPAT MENARIK DI AMSTERDAM / HOLLAND : VOLENDAM


Volendam memang satu tempat yang menarik dan gempak gila. Kalau korang berkesempatan untuk singgah ke Volendam, silalah singgah. Spend masa duduk lama pun tak apa. Aku suka Volendam daripada semua tempat yang kami pergi dengan Tours & Tickets. Volendam is well known for its fishing village and The Netherlands' traditional costume shops. It is one of the famous harbours di Holland selain Rotterdam. Volendam has been just perfect. The scenic views and the panoramic beautiful sceneries boleh mencairkan hati sesiapa saja. Memang melting tak sudah hati ni terpaut dengan keindahan Volendam. Tebing sama level dengan air laut. Subhanallah. Memang cantik. Tempat yang kemas dan bersih. Disebabkan hari masih lagi hujan renyai-renyai, orang tak berapa nak ramai kat kawasan ni.

Before we reached Volendam, we walked through beberapa kawasan perumahan. Design semua rumah sangat comel. Memang geram. Punya berangan nak dapat tinggal kat tempat macam ni. Kalaulah boleh tangkap mana-mana abang mata biru memang sanggup migrate. Besar sungguh cita-cita. Nak tangkap gambar kena cepat-cepat. Kalau tak nanti tour agent tinggal. Drawbacks kalau join tour cengginilah jadinya. Kena pandai cari ruang dan dalam masa yang sama masih lagi berada dalam group. Tapi tak adalah sampai tak sempat langsung. Janji korang ingat muka-muka yang sama-sama join tour. Insyallah okay.

VOLENDAM : KAMPUNG NELAYAN DAN TEMPAT SHOPPING SOUVENIRS YANG MURAH








Sepanjang jalan ada lebih dari dua museum aku nampak. Memang orang Holland suka sejarah agaknya. Setiap ceruk ada bangunan tulis museum. Aku memang bukan rajin nak jejak museum. Sampai di kawasan pelabuhan Volendam hujan dah mula nak berhenti. Payung dah boleh put aside. Baju memang dah lencun hasil daripada mandi hujan di Zaanse Schans. Buat tak tahu sajalah. Aku actually bawa satu lagi jacket tapi aku malas nak salin sebab takut nanti hari hujan lagi. Jacket tu pula lencun. Disebabkan awan gelap mula berlalu pergi, kami managed to snap more pictures. Tapi tangan memang terketar-ketar lagi sebab sejuk. And raindrops pun asyik tempias kat camera. Redha sajalah snap and berharap tak teruk sangat gambarnya. 








Dah balik Malaysia pun aku tak habis-habis cerita pasal Volendam kat DediS dan MamiZ. Tak sudah-sudah isu Volendam ni. Terbayang-bayang tempat ni. Aku setuju that Malaysia pun ada juga pantai-pantai yang cantik with perfect crystal clear water tapi Volendam has it own charms. Memang perfect tak payah nak deny lagi. Even recently, my friend who is studying in Russia pergi menjenguk to Volendam. She also agreed with me that Volendam is such a nice place. If you are about to visit Holland, tolong add Volendam in your list. Tolonglah datang jangan tak datang. Kalau korang ada budget lebih boleh bermalam kat kawasan ni. Cute chalets banyak dan sangat lovely. Aku kalau kaya memang nak pergi lagi Volendam bawa DediS dan MamiZ.

MAKANAN HALAL DI VOLENDAM


Kat kawasan ni ada banyak cafe and you guys can go and eat. But for us Muslims, silalah berhati-hati memilih. Cari kedai yang meyakinkan. Ada saja kedai yang jual makanan untuk vegetarian so korang boleh pi tanya and they won't feel offended kalau kita tanya. They will answer you nicely. Aku tanya ada any wine ke alcohol ke or animal fats before aku beli makanan. They will say ada kalau ada and no kalau tak ada. Kalau beli makanan berbungkus, lagi senang. Baca saja ingredients. Apa-apa pun kalau dah was-was better jangan makan. Kalau rajin silalah pack makanan sendiri.




VOLENDAM : SYURGA MAKANAN LAUT YANG SEGAR


Nampak benar muka tengah lapar. Memang lapar. Kami decided nak makan seafood platter ni. Dah tanya siap minyak apa yang digunakan. Vegetables oil katanya. Siap tunjuk buat bukti. Plus they did not sell any daging. Jadi memang yakin untuk makan. Ada beberapa gerai saja yang beroperasi. Mungkin sebab hari hujan jadi peniaga malas nak buka kedai. Harganya 10EU (RM40.00 approx) tapi banyak. Plus the pekerja terlebih ramahnya. Dia kasi extra. Muka aku muka orang kebulur sangat kot. Tapi baguslah. Kenyang kami bertiga makan. Kawasan Volendam ni kan fishing village so semua ikan dan seafood adalah fresh. Harga makanan laut disini akan jauh lebih murah berbanding di tempat lain. Dalam platter yang kami beli ada ikan ada sotong ada udang and ada isi ketam. Puas hati makan. Sandwich tuna pun ada tapi dah kenyang makan seafood platter tak jadi beli.

VOLENDAM : TEMPAT BELI SOUVENIRS PALING MURAH DI AMSTERDAM


Sepanjang aku berada di Holland, aku rasa kat kawasan Volendam inilah tempat paling murah jual souvenirs. Kalau kat Amsterdam, rata-rata harga souvenirs for example fridge magnet paling murah pun 2EU (RM8.00 approx) seketul. Kalau beli banyak pun 3 ketul untuk 5EU (RM20.00 approx). Tapi kat Volendam ni syurga souvenirs kalau korang berhasrat nak beli souvenirs banyak-banyak. Seketul fridge magnet di Volendam boleh dapat dalam 1EU (RM4.00 approx) and keychain clog shoes boleh dapat 0.50EU (RM2.00 approx) kat sini. Aku kenyit-kenyit mata kat tukang kedai tu aku dapat dengan harga yang lebih murah. So memang aku borong habis-habisan kat sini and lepas tu aku tak pandang dah souvenir kat Amsterdam. T-Shirt pun murah kat sini. Senang cerita semua murah. Jadi kalau korang akan datang ke sini mohon jangan tamak haloba dan shopping di Amsterdam.

Kalau tak dapat singgah ke Volendam, bolehlah pergi Albert Cuyp Market di Amsterdam City. Boleh naik tram terus sampai depan pintu market. Klik SINI.

VOLENDAM : TEMPAT CUBA PAKAIAN TRADISIONAL ORANG DUTCH


Teruja. Serious teruja. Another thing that you must try while being in Volendam is, try the Dutch traditional costumes and take photos with it. Pengalaman mencuba pakaian tradisional orang Dutch adalah sangat menarik. Di Volendam, there will be more than one shop that offers the service. Kak Farah dah dua kali datang ke Volendam and she regretted her first visit because she could not manage to take the photo. Harga untuk bergambar bersama pakaian tradisional Dutch tak terlalu mahal. Untuk pengalaman seumur hidup jangan berkira sangat.

If you want to take the photo alone, it will cost you around 7EU or 9EU, depends on the size. Aku dan Kak Farah decided to take the second package where kami berdua ada dalam satu gambar and cuci dua keping. It costs us around 12EU (RM48.00 approx). Much cheaper.


Cari kedai yang macam ni. Nanti they will pakaikan kita and they will kasi arahan untuk posing macam mana. Ikut sajalah apa yang they ask you to do. Siap tangkap gambar kami salin baju turun bawah saja gambar dah siap. Express kan. So kalau korang join trip bersama Tours & Tickets macam aku join do not worrylah kalau takut kena tinggal. Sekejap saja service tapi tip top gambarnya.Trying the costume was so much fun. We could try the clog shoes. It was very comfortable to wear those shoes. No wonder it becomes part of the traditional costume. Memang ada dijual clog shoes tu tapi aku tak terasa nak beli. Bila balik Malaysia rasa menyesal pula. Sekurang-kurangnya boleh juga buat kenangan.

So it is a must thing to be done if you are here. Jangan lepaskan peluang cuba pakaian tradisional orang Dutch. Apa yang Kak Farah cakap dekat aku, kat tempat lain tak ada service macam ni. Betul juga sebenarnya. Sepanjang berjalan-jalan di Amsterdam memang aku tak nampak any kedai yang tawarkan khidmat macam ni. You must not lose the opportunity.

BERGERAK KE MARKEN MELALUI VOLENDAM


Lama kami di Volendam. Sempat makan sempat ambil gambar sempat shopping. Next destination adalah Marken. Dari Volendam boleh naik boat ke Marken. Memang orang Volendam and Marken selalu ulang-alik naik boat between these two places. Boleh saja guna jalan darat tapi lebih jimat masa kalau naik boat. Sebab tu boat bersepah kat kawasan ni. Comel-comel pula tu. Awal-awal lagi before mula journey dari Amsterdam kami dah diberikan tiket nak naik boat. Simpan baik-baik. Hilang kang uols terpaksa berenang ke Marken. 







BOAT SERVICE 'MARKEN EXPRESS' DARI VOLENDAM KE MARKEN


Tour agent pun panggil kami naik boat. Memang punctual yang amatlah minah tour guide tu. Dia kasi kami dua jam setengah kat sini. Memang tepat-tepat dua jam setengah dia panggil. Tabik spring aku kat dia. Rules memang gitu. Lambat sampai bersiap sedialah untuk tertinggal dan pandai-pandailah cari jalan balik ke Amsterdam. Memang dia tak buat headcount. Tak ada masa dia nak kira macam trip budak sekolah. Pepandai kitalah yang dah besar ni.

Jadi kami pun naik boat. Ingat nak keluar ambil gambar tapi tak mampu. Sejuk gedi. Jadi aku duduk dalam boat sahaja dengan penumpang lain. Ada few passengers yang konon tabah nak keluar ambil gambar lari masuk balik. Tudung pun boleh melayang-layang kalau duduk lama kat luar. Sumpah tak tahan. Baju dahlah tengah lencun lagi. Aku berserah saja harapnya aku tak demam. Drenched dengan air hujan tapi kena gagahi jugalah nak berjalan. Beribu dah keluar. Journey ke Marken menggunakan Marken Express ni adalah dalam 25 minutes saja. Boatnya tak laju sangat and tak slow sangat. Sedang elok. Tak adalah scene melambung macam naik boat ke Langkawi. Tak tak. Tenang saja. Dalam boat ada mini cafe. Kalau lapar boleh beli makanan. Air and chocolates and sandwiches and fruits so bolehlah nak ngap ngap.

TIPS BERADA DI VOLENDAM

  1. It is suggested that this place is best explored by foot or bicycle. Volendam ni kawasannya luas and nak jenguk sehari memang tak puas. Jadi ada banyak services menarik yang ada untuk berminat nak tawaf Volendam. Boleh rent boat untuk keliling Volendam and sewa basikal atau uols willing nak berjalan.
  2. Shopping : Go into several shops first then decide nak shopping kat kedai mana. I bought the souvenirs kat kedai yang sama I took photo pakai traditional costumes tu. Maybe sebab tu dia kasi lagi murah.
  3. Bring your umbrella together with you all the time. 90% of the days kat Holland ni memang kerja hujan saja. Ini apa yang tour agent tu cakap. Aku quote balik untuk korang prepare.
  4. For more information, click here -- Volendam.

CARA UNTUK KE VOLENDAM DARI AMSTERDAM

  1. Tours & Tickets. You can buy the deals that they offer at the counters that can be found anywhere in Amsterdam. You can buy the package macam aku beli dan tak perlu susah payah fikir cari jalan nak reach Volendam.
  2. Car. It is an approximately 25 minutes drive from Amsterdam.
  3. Bus. You can find your route to Gouwzee Bay and take a bus to reach this place. Bus line (110, 112, 118 and 373) You can choose salah satu. 

Sunday, 24 February 2013

HOLLAND 2012 | AMSTERDAM - ZAANSE SCHANS

JALAN-JALAN AMSTERDAM - ZAANSE SCHANS


3 OKTOBER 2012

JALAN-JALAN AMSTERDAM | ZAANSE SCHANS. Lena tidur malam berikutnya. Hanya buka tingkap untuk pengudaraan. Nyaman terasa. Bangun pagi dan bersiap. Awal sungguh kami mula menunggu di RAI tram station. Driver tram pun tak sampai lagi. Hujan yang turun renyai pun kami tak hiraukan sangat. Excited sebab nak pergi tours. Dalam entry yang lepas aku ada ceritakan tentang package tours yang kami beli melalui agent Tours & Tikets. Kami perlu berkumpul di pick up point pada pukul 8.00AM. Kalau korang bercita-cita untuk join tours yang sama, tolong punctual. Kalau lambat memang say bye bye sajalah dan duit lebur begitu saja. Tepat pukul 8.00AM memang bus tour terus jalan. Dia tak check bilangan penumpang pun. Just check tiket dan terus naik bus. Kalau kat Malaysia selagi bus tak penuh memang tak jalan. Not in Amsterdam. Kagum sungguh.

TEMPAT MENARIK DI AMSTERDAM : ZAANSE SCHANS


Destinasi pertama yang bakal kami tuju adalah Zaanse Schans. Kalau ke Amsterdam tapi tak singgah Zaanse Schans memang tak lengkap rasanya. Memang masuk dalam tempat menarik wajib jejak kaki kalau dah sampai ke Amsterdam. Make sure masuk dalam list korang. Nanti balik ke Malaysia tak adalah terkilan. 


Sejak awal pagi lagi langit gloomy dan hujan renyai. Sangat dramatic aku rasakan untuk berjalan dalam keadaan hujan. Baju hujan memang tak ada. Payung pun kami tak bawa. Memang lencun tak payah nak cerita. Jenuh menggigil. Sepanjang perjalanan nak sampai tempat dituju aku berdoa hopefully hujan akan berhenti. Kalau tak susah juga nak posing nak ambil gambar. Pemandangan pun mestilah sedikit terjejas.

Di Zaanse Schans, we could see the collections of preserved traditional windmills and houses. Kat Zaanse Schans ni kerajaan Holland still lagi kekalkan windmills atau kincir angin yang klasik yang sering digunakan time nenek moyang mereka zaman dulu-dulu. Ada banyak sangat windmills di kawasan ni. Macam-macam bentuk, size dan colours. Nak terjah semua memang makan masa. Kalau datang sendiri bolehlah take our own sweet time. Tour guide ada buat explanation sikit dan dia suruh kami jalan-jalan di kawasan yang berdekatan saja. Jangan pergi jauh sangat. Tak apa tak boleh pergi jauh pun sebab setiap ceruk sangat cantik. But due to the rain, terhalang sedikit nak enjoy. Lagipun aku tak nak expose camera aku kepada hujan sangat. Ambil yang mana boleh saja.

ZAANSE SCHANS : KAWASAN WINDMILL KLASIK DI AMSTERDAM














Gambar pun banyak yang gegar. Tangan kesejukan. Tempat nak berteduh tak ada pun. Tumpang menempek dalam kedai souvenirs pura-pura tengok barang. Padahal nak elak daripada hujan. Tapi terpaksa juga beli payung. Takut keadaan hujan makin lebat. Melayang lah another 7EU (RM28 approx) untuk sekaki payung. Alert ya kawan-kawan. Mohon bawa payung siap-siap dari Malaysia. Kalau tak hujan rasanya lagi banyak gambar aku snap. Kami malas nak menapak jauh. Just duduk di kawasan yang berdekatan. Kat situ pun ada banyak windmills juga.








Tak lama lepas kami dah selesai beli payung, akhirnya pintu masuk untuk ke dalam salah satu windmill pun dibuka. Memang dibuka untuk orang awam masuk dan jenguk macam mana sebenarnya windmill ni berfungsi. Inside the basement, they showed us the process of conducting the windmills. How they operated the windmills. Semua manual okay. Zaman dulu mana ada electric nak manja-manja. Kita pun boleh cuba untuk gerakkan windmills kalau larat. Seronok sebab rasa sangat klasik. Kita tengok dari luar saja nampak binaan yang cantik tapi sekarang kita dah tahu macam mana nak conduct windmills tu. Banyak sebenarnya sumbangan pembinaan windmills ni kepada pembangunan Holland. Nak halang banjir, nak generate electric dan macam-macam lagilah. Kalau rajin korang boleh Google okay. Kalau aku cerita nanti panjang sangat pula.






Dah jemu sebenarnya duduk dalam basement tu tapi terpaksa juga melepak sebab hujan belum reda. Tunggu and berlegar dalam basement. Ada dijual souvenir juga. Kat sini souvenirs lebih mahal tapi lebih unik. More to windmills design yang nampak more exclusive. Patutlah dengan harga yang mahal tapi worth it sebab cantik and kemas designnya. Ada jual mug juga yang khas tulis Zaanse Schans. Aku melabur juga sedikit di sini. Untuk diri sendiri apa salahnya. Then kami dengar tour guide dah buat announcement memanggil kami. Hari masih hujan tapi syukur dah ada payung. Senanglah hati sikit.

TIPS SEPANJANG DI ZAANSE SCHANS

  1. Payung jangan lupa. Super please jangan lupa bawa payung. Possibility untuk hujan sangat tinggi since boleh kata hari-hari hujan mendung and renyai-renyai. 
  2. Kawasan ni besar. Aku baca from websites and blogs, suggested time adalah 2-3 hours kalau uols betul-betul nak puas hati meronda kat sini. 
  3. Kat sini ada banyak sangat windmills. Ada lima saja yang betul-betul masih beroperasi. Korang boleh beli package kalau nak buat tour untuk masuk ke dalam lima windmills ni.
  4. Kalau lapar kat Zaanse Schans ni pun ada banyak restaurants. Boleh refer sini --> Where To Eat in Zaanse Schans for more info.
  5. Boleh naik basikal juga kalau nak meronda. Ada perkhidmatan sewa basikal untuk tourists. Refer sini --> Zaanse Schans Cycling Route kalau berminat.

MACAM MANA NAK KE ZAANSE SCHANS DARI AMSTERDAM

  1. The first option is to buy your ticket through the Tours & Tickets counter and join their day trip to Zaanse Schans. But bear in mind that you will have restricted time to spend over there. Since the traditional windmills can only be found here, so wajib untuk korang datang ke sini. 
  2. Taxi. It is a bit pricey but it is the fastest way to reach Zaanse Schans. It is 25-30 minutes plus journey from Amsterdam to Zaanse Schans. You can get a taxi anywhere in the town or seek for the counter to get taxi. Look for the signs.
  3. Bus. Take Line 91 or 391 bus from Amsterdam Central which runs twice hourly. It takes around 45 minutes to reach Zaanse Schans with bus. Click sini --> Connexxion Bus Company for exact schedule information. 
  4. If you rent a car, it would be a blast. Nothing to be worried. They have spacious parking lots.
  5. Get a train. Buy a train ticket at the Amsterdam Central -- Koog-Zaandijk for a 15 minutes train ride to Zaanse Schans. Then you need to walk for another 10 minutes to reach the destination. Korang boleh refer sini --> National Railway (NS) for schedules and fare information.
ADDRESS :
Schansend 7,
1509 Aw Zaandam.

CONTACT :
075 681 0000

Opening Hours : Monday - Sunday (10.00AM - 5.00PM)

Wednesday, 20 February 2013

HOLLAND 2012 | AMSTERDAM - THE RED LIGHT DISTRICT + ALBERT CUYP MARKET

JALAN-JALAN AMSTERDAM | THE RED LIGHT DISTRICT DAN ALBERT CUYP MARKET


2 OKTOBER 2012

JALAN-JALAN AMSTERDAM | Dari Dam Square, kami menapak ke The Red Light District. Kak Farah dan Acik Bos yang punya idea. Aku ikutkan saja. Dah alang-alang sampai Amsterdam apa salahnya menziarahi mereka-mereka yang ada di The Red Light District tu. Hihihi..

TEMPAT MENARIK DI AMSTERDAM : THE RED LIGHT DISTRICT


Tempat menarik yang seterusnya kami serbu adalah The Red Light District. Tak jauh sebenarnya dari Dam Square cuma jalannya sedikit mengelirukan. Sepanjang perjalanan ke The Red Light District, kami lalu banyak canals yang cantik. Subhanallah. Tak lekang mata memandang. Pandang kiri cantik. Pandang kanan cantik. Tambah dengan pokok-pokok sepanjang jalan yang dah mula bertukar warna. Aku langsung tak ambil peduli dengan urusan mencari jalan. Menonong saja mana Kak Farah dan Acik Bos menapak. Sakan Kak Farah dan Acik Bos siap buka peta cari jalan. Aku stop sekejap-sekejap untuk ambil gambar.

Satu saja yang tak menarik kat kawasan ni. Mini toilet yang ada kat sepanjang jalan. Lelaki yang usually akan guna that mini toilet. That thing covers part nak shishi tu saja. Part lain orang boleh tengok. Aku terkedu tengok this one guy masuk that place and shishi. Pergh gila open. Dia relax saja. Lepas shishi dia berlalu pergi. No comment. Rugi pula aku tak snap that place so that if you guys ternampak while jalan-jalan kat sini tak adalah jadi jakun dan terkena culture shock macam aku.












THE RED LIGHT DISTRICT : THE INTERNATIONAL SEX TOURISM


Akhirnya kami semakin hampir dengan The Red Light District. Senang sangat nak tahu sama ada dah nak sampai atau belum. Bila dah masuk ke kawasan The Red Light District, korang akan notice makin banyak kedai menjual barangan sex oriented businesses. Di Amsterdam pun ada tapi di The Red Light District lagi banyak. Kiri kanan memang banyak sungguh kedai-kedai yang pelik dibuka. Di kawasan ini juga ada banyak hotel dan hostel. The Red Light District ni adalah satu kawasan urban yang terkenal di Amsterdam. Tersenarai sebagai salah satu daya tarikan untuk menarik pelancong masuk ke Holland. 

Apa yang ada sebenarnya di kawasan The Red Light District ni ? Sebenarnya kawasan ni adalah kawasan yang korang boleh jumpa ramai pelacur dan macam-macam benda yang related to sex. Semua dah dewasa untuk hadam apa yang aku bakal kongsikan ? Mohon berfikiran terbuka. Di Holland, prostitution adalah legal dan tak akan dikenakan sebarang tindakan undang-undang. Dunia prostitution adalah salah satu aspek yang memberi modal pulangan yang besar kepada pembangunan ekonomi Holland. Holland ni negara yang kecil jadi untuk jana pendapatan yang berterusan, kerajaan Holland jadikan industri pelacuran sebagai aset ekonomi. Sebab itu Holland mendapat gelaran antara negara yang terkenal dengan 'Sex Tourism'. Haaa.. Pandailah korang nak digest sendiri.

Di sepanjang The Red Light District ni ada banyak Sex Shop yang menjual barangan-barangan yang pelik yang orang sana saja guna aku rasa (seksa nak buat explanation). Okay kalau korang curious aku rasa korang boleh masuk ke dalam sex shop dan tinjau. Ada kawan aku yang pernah masuk. Siap bertudung lagi. It is safe sebab itu hanyalah kedai yang menjual barang-barangan berkaitan sex. Kawan aku masuk sebab dia nak tengok ada apa dalam tu. Selain tu ada banyak Strip Clubs. Korang janganlah masuk sini pula. Pening kepala nanti. Luruh terus iman. Hihihi.. Dalam club ni hanya adults yang boleh masuk. Jangan gatal usung budak kecil pula. Terjojol biji mata tengok show lucah. Biasanya akan ada erotic shows. Sendiri faham sudahlah. Ada banyak juga adult movie theater. Ini adalah tempat untuk tengok movie porn. 



Kat sini aku tak disarankan untuk angkat camera dengan beraninya. Sorok sikit camera. Jangan sesuka hati snap gambar especially gambar mereka-mereka yang sedang meliuk-lentok di cermin-cermin sepanjang jalan. Kalau korang snap pepandai tanggung sendiri. Bodyguard ramai berjaga depan kedai. By the time kami lalu ada seorang lelaki kena kejar dengan dua lelaki berbadan besar. Tak tahulah kenapa. Seram. Kami lalu buat selamba. Orang memang pandang kami atas bawah atas bawah. Pelik agaknya tengok orang bertudung lalu-lalang kat kawasan macam ni.

Apa yang aku tahu tentang kawasan ni juga, business untuk melanggan pelacur usually hangat bermula pada waktu malam. Kalau tengok gambar-gambar yang boleh didapati di Google, memang suasana waktu malam penuh dengan lampu-lampu berwarna merah. Maybe sebab itulah kot namanya jadi The Red Light District. Those perempuan yang meliuk-lentok di cermin adalah pelacur dan mereka akan menggoda orang ramai yang lalu-lalang untuk masuk ke kedai mereka dan melakukan hubungan sexual. Bila ada pelanggan, langsir akan ditutup. Bila dah selesai langsir akan dibuka balik dan perempuan itu boleh mula meliuk-lentok lagi untuk menarik perhatian next customer. Bukan seorang dua okay. Tapi ramai. Di sepanjang kawasan ni ada banyak cermin.




Semakin malam hari, semakin mahal bayaran. Kiranya, pelacur first class akan mula bekerja pada waktu malam. Mereka yang kerja pada waktu malam kononnya otai-otai. Kalau korang nak menjenguk ke sini silalah datang pada waktu siang. Kami meronda kawasan ni dalam pukul 4.00PM. Itu pun dah ada beberapa club yang beroperasi. Dapatlah tengok adegan meliuk-lentok di depan cermin kaca. Janganlah datang waktu malam. Mencurigakan sungguh. Hihihi.. It was a good experience. Bukan good in a way yang 'wow dapat tengok adegan meliuk-lentok' tapi good in a way yang 'huurm this is their culture and their lifestyle'. At least bila orang tanya aku ada benda nak jawab. I have been there and aku actually serba sedikit tahu apa yang ada disana.

TEMPAT MENARIK DI AMSTERDAM : ALBERT CUYP MARKET


ALBERT CUYP MARKET : PASAR MALAM DI AMSTERDAM


Puas menonong di The Red Light District, kami kembali ke Dam Square. Lorong-lorong di Amsterdam semuanya connected to one another. Jadi tak perlu risau. Signboard pun ada banyak. Jadi ikut saja. Yang penting confident. Hari masih cerah kalau nak pulang ke hotel. Orang kata tak feel kalau tak go through night life kat sesebuah tempat. Tapi mata kami masing-masing dah mula nak rabak. Asyik menguap tak sudah. Memang dah lepas waktu tidur pun kalau di Malaysia. Jadi kami bersetuju untuk balik ke hotel.

Kami sempat singgah di Albert Cuyp Market. Albert Cuyp Market adalah street market yang terbesar di Amsterdam. Meriah dan panjang sungguh pasar ni. Tak sanggup nak menapak sampai ke hujung. Macam pasar malam sungguh. Ada macam-macam yang dijual disini. Disebabkan aku terlalu penat jadi aku tak larat nak snap banyak-banyak. 



Albert Cuyp Market adalah antara tourist spot untuk shopping souvenirs. Souvenirs dijual disini juga agak murah. Tapi kami tak belek-belek pun. Just lalu dan tengok gitu saja. Ada banyak baju sejuk dan sweater yang cantik-cantik terjual disini dengan harga yang murah. Aku rasa kalau kami masih ada tenaga maybe lama juga kami singgah tapi masing-masing dah serupa zombi. Acik Bos ada beli secawan kopi harga 1EU (RM4 approx). Pergh warna hitam pekat tak payah nak cerita. Tapi Acik Bos kata sedap. Memang banyak saja orang jual kopi cenggitu kat sini. Kat Albert Cuyp Market ni korang boleh beli borong kacang-kacang pelbagai jenis. Memula aku ingat nak beli juga tapi sebab orang terlalu ramai terus tak jadi. Kaunter order dahlah tinggi. Aku yang kemetot ni terus tenggelam tak nampak. Sedih. Banyak makanan street food juga dijual dan pastinya tak halal. Maybe ada yang halal tapi kami tak ronda habis. Makanan tradisional seperti Herring Fish yang dimakan mentah dan macam-macam jenis cheese pun ada terjual. Usually orang tempatan akan datang dan beli barang disini. Kalau ikut review, barangan di Albert Cuyp Market adalah antara tempat jualan yang termurah. 

Albert Cuyp Market


Monday - Saturday
9.00AM - 5.00PM

From Amsterdam Central - Tram : 4, 16, 24, 25



Station tram memang dekat sangat dengan Albert Cuyp Market ni. Jadi tak perlu menapak jauh. Tengok ni ada tram ke RAI dah sampai. Apa lagi jom naik dan balik ke hotel. Sampai di hotel sekali lagi aku mandi. Walaupun tak berpeluh tapi aku still rasa tak selesa. Kak Farah reminded supaya jangan terus tidur. Waktu tempatan baru pukul 7.00PM. Masih awal. Kalau tidur takut nanti tak dapat adjust waktu dengan baik. Jadi kami pulun berjaga sehingga nearly 10.00PM. Kak Farah yang semangat nak berjaga dah pengsan dulu. Aku pula melayan internet yang super laju dan update DediS dan MamiZ dengan macam-macam cerita. Aku tak beritahu MamiZ pun yang aku ke The Red Light District. Balik ke Malaysia baru sembang.

Redha sajalah MamiZ dengan seorang anak yang degil ni..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...