SITI.YANG.MENAIP: HOLLAND BELGIUM 2012 : DAY 2.4 - PEACE PALACE DEN HAAG

HOLLAND BELGIUM 2012 : DAY 2.4 - PEACE PALACE DEN HAAG

/
6 Comments
November 04, 2012

JALAN-JALAN TRAVELOGUE AMSTERDAM HOLLAND

Entri sebelumnya di SINI.
3 OKTOBER 2012

JALAN-JALAN TRAVELOGUE AMSTERDAM HOLLAND | DEN HAAG - PEACE PALACE. Trip diteruskan lagi dan aku rasa banyak masa dihabiskan dalam bas saja. Mungkin kerana jarak antara satu tempat and another agak jauh. Destinasi seterusnya adalah Den Haag atau The Hague. The Hague is the third largest city after Amsterdam and Rotterdam. The Hague adalah tempat segala jenis parliament buildings and all sorts of political agencies and societies are situated at. Macam Putrajaya kalau di Malaysia tapi aku rasa tempat ni lagi besar. Umat manusia pun sesak kat sini. Satu tempat yang sangat sibuk. Bangunan tinggi-tinggi and banyak offices ada kat sini. Sebiji macam Kuala Lumpur in fact nampak lagi moden. The Hague ada sistem tram yang tersendiri. Tak banyak kereta yang ada atas jalanraya. Aku rasa semua orang guna tram untuk bergerak sana sini. Sama saja bentuk tram di The Hague dan di Amsterdam. If I am not mistaken, tram ni boleh sampai ke Delft.

BANDAR THE HAGUE

From my reading, The Hague ni tarikannya bukan saja tempat politik dan bangunan-bangunan kerajaan, tapi juga tempat terletaknya seaside resort paling terkenal di Holland. Jadi kalau nak datang sini boleh pergi kawasaan seaside yang ada di The Hague. Kalau kita Google memang macam-macam sebenarnya boleh buat kat The Hague. Banyak tempat menarik boleh pergi. Since aku pergi sana without any knowledge jadi aku redha saja mana tour guide nak bawa kami pergi. Balik Malaysia baru aku buat research sikit. Kami tak ada kesempatan nak pergi meronda sakan pun di The Hague. Tapi tour guide ada terangkan about each and every inch of The Hague. Sebabnya tak practical nak turun dan meronda kat sini unless kita ada urusan. Nak jalan tengok tempat menarik yang cantik pun limited. Tapi since tengah autumn, pokok memang tengah cantik. Dalam kesibukan pun still ada daya tarikan. It is a place where almost all the delegates from other countries are staying. Bus bawa ronda kat rumah-rumah banglo besar yang wakil negara duduk.

THE PEACE PALACE

Puas pusing-pusing puas kagum dengan rumah besar cantik jelita, bus berhenti at this one place. Nampak macam palace. Memang palace. Tour guide suruh turun. Katanya palace ni terkenal dan menjadi spot menarik untuk tourist datang. Memang ramai pun orang posing sakan depan palace. At first aku macam malas nak turun tapi dah kelenguhan duduk dalam bas. 30 minit saja masa yang diberikan untuk berlegar-legar kat depan entrance castle. Aku punyalah clueless apa tempat ni. Jadi kami pusing-pusing kat entrance baca apa yang patut. Namanya Peace Palace. Tak boleh masuk pun so tercangak kat depan entrance. Aku pun tak nak kalah okay even apa pun tak tahu pasal Peace Palace.



Kecil saja surrounding sekitar Peace Palace. Muat-muat untuk dua tiga bus parking and orang turun ambil gambar dan naik balik bas. Kawasan memang cantiklah dengan pokok nak orange dah plus bunga sana sini cantik bagai. Since aku tak ada ilmu nak explain tempat ni apa sebenarnya, jadi aku buat research sikit. Boleh buat bacaan lanjut sendiri nanti kalau berminat. Peace Palace mempunyai kaitan dengan event yang membawa keamanan. International Court of Justice. Menurut bacaan aku, tempat ni boleh masuk tapi tak tahulah kenapa hari tu kami tak dibenarkan masuk. Masam mencuka muka mamat-mamat yang jaga entrance tempat ni. Peace Palace pernah jadi tempat tinggal orang-orang ternama kat Holland satu ketika dahulu. Kiranya dalam ni ada replika muka orang-orang ternama tu semua. Entahlah tak sure sebab tak dapat masuk. Nah boleh click sini kalau nak tahu pasal Peace Palace --> Peace Palace.

Korang kalau travel jangan jadi macam aku. Clueless. Buatlah research habis-habisan tentang The Hague atau tempat-tempat lain yang dituju. Banyak benda menarik sebenarnya boleh tengok di The Hague. Kalau travel tanpa terikat dengan tour agent macam aku, lagilah free untuk plan aktiviti sendiri. Kalau nak meronda sehari pun cukup dah agaknya. Lari kejap dari Amsterdam dan datang sini ronda tengok apa yang patut. Sedih sebab my visit to The Hague was too short. Sceneries banyak yang cantik tapi susah nak snap. Dok dalam bus. Kecewa. Nak buat macam mana.

TIPS BERADA DI THE HAGUE / TEMPAT MENARIK DI THE HAGUE

  1. Louwman Automuseum. Ni based on research aku sumpah terbaik. Museum untuk display model cars dari zaman datuk nenek moyang sampai sekarang yang guna hybrid. Bayangkan sendiri bahagianya kalau dapat pi. And the cars katanya are still in their good conditions. Boleh refer link ni Louwman Automuseum Review and bacalah komen-komen memukau orang yang dah pernah pergi. 
  2. The Hague Tower. Ini pun aku discover bila dah balik. Tower ni diambil inspiration dari Flat Iron Building kat New York. Boleh naik and ambil gambar the whole city dari tower ni. Nah click sini kalau korang cadang nak pergi --> The Hague Tower.
  3. Yang pastinya kat serata Holland ni museum memang bersepah. Kat The Hague ni saja ada puluhan museum. Pening kang kalau aku senaraikan. Bukan korang yang pening, aku yang pening. So apa-apa hal pun kalau nak spend masa lama kat The Hague ni boleh click ni --> Things To Do in The Hague untuk list of attractions yang ada.

CARA UNTUK KE THE HAGUE DARI AMSTERDAM

  1. Selain bound kat Schiphol kita boleh terus bound kat airport yang dekat dengan The Hague. Ingatkan ada satu saja airport kat Holland rupanya ada lagi. The Hague shares airport dengan Rotterdam and can be reached from The Hague Central Station by RandstadRail Line E dengan menggunakan airport shuttle. Tapi selalunya orang akan turun di Schiphol jadi dari sana boleh terus ambil train.
  2. Train. Satu jam perjalanan dari Amsterdam Central. The Hague Central ni jangan main-main. The central connects trains from various countries tau. Kalau search schedule, dari The Hague ni boleh terus pergi Brussels, Cologne, Berlin and banyak lagi.
  3. Car / Taxi. Kalau rajin nak drive, korang akan guna jalan free-toll motorways. Bagus kerajaan sana tak charge toll. Jadi kita set sajalah GPS. Nah click sini --> Getting There : The Hague untuk more options. Sangat banyak options lain yang boleh dipilih.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com


You may also like

6 comments:

  1. Cantiknya bunga kembang mekar kat ddepan Peace Palace tu, CT! :)
    Oh, makan masa juga ye dari satu detinasi ke satu destinasi naik bas begitu. Akak cepat renyah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul.. jauh jugalah distance dari satu tempat ke tempat lain. tapi tour guide kami meriah bising jadi x sempat bosan hehe..

      Delete
  2. nanges.... nak ikottttt best nya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. jomlah akak kita plan.. tapi entahla tengok poket ni huhuhu saja mampu..

      Delete
  3. 2013 - hmmm... baru nak blaja travel oberC.

    HIHIHI

    ReplyDelete
    Replies
    1. lol.. samalah kita lebih kurang. baru nak berjinak2 belaja nak travel..

      Delete

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.