Sunday, 24 February 2013

HOLLAND 2012 | AMSTERDAM - ZAANSE SCHANS

JALAN-JALAN AMSTERDAM - ZAANSE SCHANS


3 OKTOBER 2012

JALAN-JALAN AMSTERDAM | ZAANSE SCHANS. Lena tidur malam berikutnya. Hanya buka tingkap untuk pengudaraan. Nyaman terasa. Bangun pagi dan bersiap. Awal sungguh kami mula menunggu di RAI tram station. Driver tram pun tak sampai lagi. Hujan yang turun renyai pun kami tak hiraukan sangat. Excited sebab nak pergi tours. Dalam entry yang lepas aku ada ceritakan tentang package tours yang kami beli melalui agent Tours & Tikets. Kami perlu berkumpul di pick up point pada pukul 8.00AM. Kalau korang bercita-cita untuk join tours yang sama, tolong punctual. Kalau lambat memang say bye bye sajalah dan duit lebur begitu saja. Tepat pukul 8.00AM memang bus tour terus jalan. Dia tak check bilangan penumpang pun. Just check tiket dan terus naik bus. Kalau kat Malaysia selagi bus tak penuh memang tak jalan. Not in Amsterdam. Kagum sungguh.

TEMPAT MENARIK DI AMSTERDAM : ZAANSE SCHANS


Destinasi pertama yang bakal kami tuju adalah Zaanse Schans. Kalau ke Amsterdam tapi tak singgah Zaanse Schans memang tak lengkap rasanya. Memang masuk dalam tempat menarik wajib jejak kaki kalau dah sampai ke Amsterdam. Make sure masuk dalam list korang. Nanti balik ke Malaysia tak adalah terkilan. 


Sejak awal pagi lagi langit gloomy dan hujan renyai. Sangat dramatic aku rasakan untuk berjalan dalam keadaan hujan. Baju hujan memang tak ada. Payung pun kami tak bawa. Memang lencun tak payah nak cerita. Jenuh menggigil. Sepanjang perjalanan nak sampai tempat dituju aku berdoa hopefully hujan akan berhenti. Kalau tak susah juga nak posing nak ambil gambar. Pemandangan pun mestilah sedikit terjejas.

Di Zaanse Schans, we could see the collections of preserved traditional windmills and houses. Kat Zaanse Schans ni kerajaan Holland still lagi kekalkan windmills atau kincir angin yang klasik yang sering digunakan time nenek moyang mereka zaman dulu-dulu. Ada banyak sangat windmills di kawasan ni. Macam-macam bentuk, size dan colours. Nak terjah semua memang makan masa. Kalau datang sendiri bolehlah take our own sweet time. Tour guide ada buat explanation sikit dan dia suruh kami jalan-jalan di kawasan yang berdekatan saja. Jangan pergi jauh sangat. Tak apa tak boleh pergi jauh pun sebab setiap ceruk sangat cantik. But due to the rain, terhalang sedikit nak enjoy. Lagipun aku tak nak expose camera aku kepada hujan sangat. Ambil yang mana boleh saja.

ZAANSE SCHANS : KAWASAN WINDMILL KLASIK DI AMSTERDAM














Gambar pun banyak yang gegar. Tangan kesejukan. Tempat nak berteduh tak ada pun. Tumpang menempek dalam kedai souvenirs pura-pura tengok barang. Padahal nak elak daripada hujan. Tapi terpaksa juga beli payung. Takut keadaan hujan makin lebat. Melayang lah another 7EU (RM28 approx) untuk sekaki payung. Alert ya kawan-kawan. Mohon bawa payung siap-siap dari Malaysia. Kalau tak hujan rasanya lagi banyak gambar aku snap. Kami malas nak menapak jauh. Just duduk di kawasan yang berdekatan. Kat situ pun ada banyak windmills juga.








Tak lama lepas kami dah selesai beli payung, akhirnya pintu masuk untuk ke dalam salah satu windmill pun dibuka. Memang dibuka untuk orang awam masuk dan jenguk macam mana sebenarnya windmill ni berfungsi. Inside the basement, they showed us the process of conducting the windmills. How they operated the windmills. Semua manual okay. Zaman dulu mana ada electric nak manja-manja. Kita pun boleh cuba untuk gerakkan windmills kalau larat. Seronok sebab rasa sangat klasik. Kita tengok dari luar saja nampak binaan yang cantik tapi sekarang kita dah tahu macam mana nak conduct windmills tu. Banyak sebenarnya sumbangan pembinaan windmills ni kepada pembangunan Holland. Nak halang banjir, nak generate electric dan macam-macam lagilah. Kalau rajin korang boleh Google okay. Kalau aku cerita nanti panjang sangat pula.






Dah jemu sebenarnya duduk dalam basement tu tapi terpaksa juga melepak sebab hujan belum reda. Tunggu and berlegar dalam basement. Ada dijual souvenir juga. Kat sini souvenirs lebih mahal tapi lebih unik. More to windmills design yang nampak more exclusive. Patutlah dengan harga yang mahal tapi worth it sebab cantik and kemas designnya. Ada jual mug juga yang khas tulis Zaanse Schans. Aku melabur juga sedikit di sini. Untuk diri sendiri apa salahnya. Then kami dengar tour guide dah buat announcement memanggil kami. Hari masih hujan tapi syukur dah ada payung. Senanglah hati sikit.

TIPS SEPANJANG DI ZAANSE SCHANS

  1. Payung jangan lupa. Super please jangan lupa bawa payung. Possibility untuk hujan sangat tinggi since boleh kata hari-hari hujan mendung and renyai-renyai. 
  2. Kawasan ni besar. Aku baca from websites and blogs, suggested time adalah 2-3 hours kalau uols betul-betul nak puas hati meronda kat sini. 
  3. Kat sini ada banyak sangat windmills. Ada lima saja yang betul-betul masih beroperasi. Korang boleh beli package kalau nak buat tour untuk masuk ke dalam lima windmills ni.
  4. Kalau lapar kat Zaanse Schans ni pun ada banyak restaurants. Boleh refer sini --> Where To Eat in Zaanse Schans for more info.
  5. Boleh naik basikal juga kalau nak meronda. Ada perkhidmatan sewa basikal untuk tourists. Refer sini --> Zaanse Schans Cycling Route kalau berminat.

MACAM MANA NAK KE ZAANSE SCHANS DARI AMSTERDAM

  1. The first option is to buy your ticket through the Tours & Tickets counter and join their day trip to Zaanse Schans. But bear in mind that you will have restricted time to spend over there. Since the traditional windmills can only be found here, so wajib untuk korang datang ke sini. 
  2. Taxi. It is a bit pricey but it is the fastest way to reach Zaanse Schans. It is 25-30 minutes plus journey from Amsterdam to Zaanse Schans. You can get a taxi anywhere in the town or seek for the counter to get taxi. Look for the signs.
  3. Bus. Take Line 91 or 391 bus from Amsterdam Central which runs twice hourly. It takes around 45 minutes to reach Zaanse Schans with bus. Click sini --> Connexxion Bus Company for exact schedule information. 
  4. If you rent a car, it would be a blast. Nothing to be worried. They have spacious parking lots.
  5. Get a train. Buy a train ticket at the Amsterdam Central -- Koog-Zaandijk for a 15 minutes train ride to Zaanse Schans. Then you need to walk for another 10 minutes to reach the destination. Korang boleh refer sini --> National Railway (NS) for schedules and fare information.
ADDRESS :
Schansend 7,
1509 Aw Zaandam.

CONTACT :
075 681 0000

Opening Hours : Monday - Sunday (10.00AM - 5.00PM)

7 comments:

  1. siti.. cantiknya tempat ni.. mahai tak food and accomodation dia?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat sini tak sure accomodation berapa sebab tak stay kat sini. makanan CT tak beli kat sini. CT makan kat area Volendam ada jual ikan and seafood lain. platter around 6-8 euro ikut size. kenyang jugak sebab banyak boleh share share.

      Delete
  2. wajib pegi sini..bleh naik bas jugak eh..tpi tulah pakai pakej lagi senang kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. senang pakej tu tapi sekejap saja dapat singgah sini.. kalo nak explore lagi lama kena mai sendiri..

      Delete
  3. Lari tajuk jap. Ct, perasan tak setiap entri Ct,..akak macam dah 'auto share'/ 'auto like' pakai google +? Hikhikhik. Zumal pun. Akak buat camner eh?

    ReplyDelete
  4. Yeayyyyy! Merasa tengok gambar kincir angin kat sini :)
    Kira kebanyakan masa CT di sana hujan lah ye...

    ReplyDelete
  5. dapat naik basikal ronda - ronda lagi puas hati rasanya tapi hujan kan ...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...