Tuesday, 5 February 2013

HOLLAND 2012 | AMSTERDAM - PREPARATION

PERSEDIAAN KE AMSTERDAM


PERSEDIAAN KE AMSTERDAM | Sebelum pergi ke mana-mana sekalipun, mesti ada persediaan yang perlu dilakukan. Jalan dalam negara sendiri pun kena ada persediaan. Bukan main hentam saja pergi tanpa preparation. Mesti nak sediakan juga itu ini untuk melancarkan process perjalanan. Jadi persediaan untuk travel sangat penting. Cerita dah sedikit basi. Empat bulan dah berlalu sejak aku menjejakkan kaki ke Amsterdam. Dulu dah pernah cerita di blog yang lama tapi tak tahulah apa yang jadi. Blog jadi tunggang-langgang. I cannot fix it anymore or senang cerita sebenarnya aku tak tahu macam mana nak betulkan. Jadi aku abandon blog lama dan mulakan yang baru. Okay mari kita mulakan. Sebelum betul-betul lupa cerita perjalanan aku yang pertama di tempat orang ini.

TIKET KAPAL TERBANG KE AMSTERDAM


BELI TIKET KAPAL TERBANG | Nak travel macam mana kalau tiket tak ada ? Kenalah beli tiket kapal terbang dulu. Aku booked tiket sebulan sebelum pergi. Aku actually nak ikut wife sepupu aku ke sana untuk join satu conference. Basically trip ini bukanlah trip berjalan sakan sangat. Aku ikut dia atas urusan kerja jadi aku kenalah ikut apa saja yang dia buat. Dia ajak aku ikut tapi aku kena beli tiket sendiri. Disebabkan aku tak pernah beli tiket kapal terbang sendiri jadi aku sedikit blur. Selama ni DediS dan MamiZ yang menguruskan semuanya. But this time aku tempah sendiri. But the problem was, aku tak ada credit card and Malaysia Airlines hanya approve pembayaran melalui credit card.

DediS dan MamiZ pula berada di Pulau Pinang jadi aku nak pinjam credit card pun tak boleh. Last choice yang aku ada was pergi ke KLIA dan beli tiket di kaunter. Harga tiket di kaunter jualan adalah terlalu mahal jika dibandingkan dengan harga yang ditawarkan online. Tapi aku dalam keadaan terdesak maka aku terus beli di kaunter jualan. Aku kasi kad bank untuk swap duit tapi kad was rejected katanya. Alamak kenapa pula. Then aku baru teringat tentang limit pengeluaran seharian.

Terpaksalah aku pujuk rayu sepupu yang temankan aku untuk pinjam duit untuk top up duit aku. Gigih keluarkan duit di ATM dan usung ke kaunter. Bila dikenangkan balik kelakar juga sebenarnya. Budak baru belajar buat drama beli tiket di KLIA.

BARANG - BARANG KEPERLUAN KE/DI AMSTERDAM


BARANG-BARANG KEPERLUAN UNTUK TRAVEL | Dalam masa sebulan aku siapkan barang-barang keperluan yang perlu dibawa. Inilah kali pertama aku nak travel jauh daripada MamiZ dan DediS jadi banyak benda yang aku tak ada. Aku perlukan jacket, glove, kasut yang selesa dan banyak lagilah. Barang-barang basic yang semua orang perlukan dalam persediaan untuk ke luar negara. DediS dan MamiZ pun sama-sama excited shopping barang-barang. Siap belikan aku luggage baru. Aku beli jacket yang biasa saja since musim luruh suhu tidaklah terlalu sejuk. Jadi tak perlulah jacket yang tebal sangat. Alhamdulillah aku dapat jacket yang sesuai dengan harga yang murah sebab tengah sale. Kalau tak rasa nak tercekik tulang ikan tengok harga semua jacket yang ada di shopping mall. Nak menangis rasanya. Sepupu aku kata glove tak perlu pun tak apa sebab tak adalah sejuk sangat. But aku bought two pairs. Just incase diperlukan. Beli di Daiso saja. RM5 sepasang. Jadi kalau tak guna pun tak adalah rasa terkilan daripada beli yang mahal.

BUAT IC DAN PASSPORT BARU | Went back to Pulau Pinang dan uruskan passport. Orang tak pernah ada passport baru first time nak buat. Then aku noticed yang IC aku adalah IC lama. Muka budak-budak lagi jadi aku kena buat IC baru. Nanti orang compare muka tak sama pula. Dah jadi kes lain. Aku ke tempat renew IC near my house tapi IC boleh siap dalam masa tiga bulan. Mana boleh nak tunggu tiga bulan. Dalam masa sebulan aku nak pergi dah. Dalam aku tengah cuak, pekerja tu kata aku boleh dapat IC baru dalam masa sehari atau dua hari kalau aku ke Jabatan Pendaftaran Negara cawangan negeri di bahagian pulau. Aku kena ke pulau untuk buat IC baru. Kalau di cawangan daerah memang lama kena tunggu. Kenapalah tak inform awal-awal. Hati meronta nak melalak dah. Next few days DediS  teman aku ke pulau dan selesaikan urusan IC. Manusia ramai yang amat. Jadi aku tak boleh dapat IC aku dalam masa sehari. Aku kena datang esoknya untuk kutip IC baru. Apa-apa pun satu urusan dah selesai.

Kemudian barulah aku ke Jabatan Imigresen Negara cawangan negeri di Seberang Perai untuk buat passport. Alhamdulillah dalam sehari dah selesai. Tak ada halangan. Smooth saja. Orang pun tak ramai jadi memang patutlah aku boleh dapat passport dalam masa sehari.

Yahoo now I am ready to fly.

DILEMA TARIKH TRIP KE AMSTERDAM DAN CONVOCATION DAY


Kegembiraan dan perasaan berdebar untuk travel sedikit terganggu bila tiba-tiba UNISEL buat pengumuman tarikh convocation. Katanya around early October. Memang aku tahu batch aku akan convo hujung tahun tapi kami tak tahu bila. Aku target around November atau December. Sekali October pula. Dalam dua minggu before aku terbang ke Amsterdam, UNISEL umumkan tarikh dan sesi convocation. Alhamdulillah tak bertindih dengan tarikh aku ke Amsterdam. Tapi tarikh aku convo betul-betul jatuh pada tarikh sehari selepas aku balik dari bercuti. Memang sangat kelam kabut. Thanks to Onni yang tolong bersesak-sesak ambilkan jubah convo untuk aku. Aku tak dapat bayangkan perasaan aku kalau tarikh convo aku bertindih dengan tarikh aku ke Amsterdam. Aku pun tak tahulah mana yang aku akan pilih. Dua-dua adalah penting ketika itu. Alhamdulillah aku dapat ke Amsterdam dan pulang ke Malaysia untuk convo dengan kawan-kawan yang lain. Alhamdulillah untuk satu perjalanan berharga yang tak terhingga.

Jom ikuti cerita pengembaraan aku ke Amsterdam yang tak seberapa.


'the world is round.. and the place which may seem like the end..may also be only the beginning' - Ivy Baker


18 comments:

  1. holaaaaa... this is awesome. I'm amazed too.. So beautiful dia punya tempat and scenery. I like part yang we need the map of the place if we are going for travelling. And we need people who are good in reading maps..!! Hehehe.. And Keukenhof- tulips... teringin giler nak ke sana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi rajin Sha korek entry lelama hahaha.. yes. kalau ada map but tak reti baca then theres no point jugak. kelebet sakan maps tapi tak faham :P
      kalau kaya bolehlah terbang pi sana balik.. bilalah nak ada duit kepok kepok lagi..

      Delete
  2. Akak dtg dgn semangat nak travel ngan CT. Dandan tu pula mata dah ngantuk. Nanti dtg lain kali lah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wow rajinnya akak terjah entry lama..
      heheh blogwalking pepagi tu yang ngantuk tu..
      jom travel sesama kak..

      Delete
    2. Bestnya kalau kita dapat gi travel sama2. Kumpul duit dulu jom!

      Delete
    3. jom Kak Farrah.. CT dah buat tabung.. at least hari hari kena masukkan something
      even duit syiling..

      Delete
  3. sangat lawa akak jamu mata dengan gambar atas tu hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi saja nak kasi preview dulu serba sikit =P

      Delete
  4. Replies
    1. citer laaama ni ZF citer lama.. ahahhaa..
      jom kita menabung.. nanti boleh jalan-jalan..

      Delete
  5. Good tips kan, semoga bermanfaat buat yang bakal melancung nanti :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you.. harap membantu laaa pengalaman yang tak seberapa ni..

      Delete
  6. banyak juga cabaran ct nak ke amsterdam dan nasib baik dapat pegi juga kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe itulah macam-macam jadinya.. susah at first Kak Wana sebab tak
      pernah travel.. jadi kena uruskan semua sendiri. belajar dari pengalaman..

      Delete
  7. cantik view gambar tu..kak wana ntah bila baru dapat jejak kaki ke sana..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena buat tabung bulanan.. aceceh CT pun mrangkak menabung..
      insyallah ada rezeki boleh sampai.. sehari simpan singgit..

      Delete
  8. pergh.. antara tempat yg teringin nk pi kot..

    ReplyDelete
  9. salam siti..

    ke amsterm dah?
    kita bila la nak sampai...
    btw tahniah atas konvo :)
    tak apa siti kita blajar dari pengalaman kan?
    bersusah2 dlu..at lease utk msa dpan kita tahu dah
    mcm mana nak beli tiket tu..
    tak sabar nak baca pnglaman siti kat sana :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...