Sunday, 17 February 2013

HOLLAND 2012 | AMSTERDAM - DAMRAK + DAM SQUARE

JALAN-JALAN AMSTERDAM | MAKANAN HALAL DI DAMRAK DAN DAM SQUARE


2 OKTOBER 2012

JALAN-JALAN AMSTERDAM | Hampir seharian tak makan mulalah perut nak meragam. Kalau ikutkan dah waktu makan malam di Malaysia. Patutlah lapar yang amat walaupun dah bedal macam-macam masa dalam kapal terbang. Ada bawa makanan dari Malaysia tapi bila sampai sana, semua tu kami tak pandang sangat. Nak juga cari makanan halal di luar. Nak blend in dengan masyarakat setempat gayanya. Lepas solat Zohor, teruslah kami bersiap untuk menapak keluar walaupun hakikat sebenar, mata masing-masing sudah kuyu mahu tidur. Digagahi juga. Tak mungkin nak tidur saja bila dah terbang beribu batu.

SEKITAR AMSTERDAM CITY : MAKANAN HALAL DI DAMRAK DAN DAM SQUARE

MAKANAN HALAL DI AMSTERDAM

Kami naik tram menghala ke Amsterdam Central tapi turun di Damrak. Sebelum sampai ke hotel lagi aku dah nampak kedai makan halal yang ada di sepanjang Damrak so kami decided untuk makan di sana. Jangan risau tentang makanan halal di Amsterdam. Nak minta nasi lemak dan nasi tomato memang tak akan dapatlah. Tapi ada banyak kedai makan yang menjual makanan halal especially makanan arab. Pakcik kedai sangat mesra ramahnya. Tersengih-sengih menjemput kami masuk sambil promote makanan-makanan yang ada. Kecil saja kedainya tapi orang agak ramai. Ada juga orang bukan Islam yang makan di kedai ini.

Maaf aku tak snap gambar kedai tapi kedudukan kedai memang sepanjang jalan di Damrak. Kawasan ni adalah kawasan tumpuan pelancong dan berdekatan sangat dengan Amsterdam Central jadi orang memang ramai. Tangan dah menggigil-gigil kebuluran. Tak terfikir mana camera nak ambil gambar. Yang ada pun hasil Kak Farah yang rajin ambil gambar aku. Ada juga nak buat kenangan dan rujukan.

Harga makanan kalau kita convert ke nilai RM memang boleh sakit jantung. Makanan ala kadar tapi sedap dan mengenyangkan. Cuma bayaran agak mahal macam makan di kedai ternama di Malaysia. Kesat peluh tapi terpaksa. Dah namanya pun bercuti memanglah kena keluarkan belanja. Kalau berkira sangat sila duduk rumah saja. Memang Kak Farah dah pesan dari awal, kalau tak mahu terkilan sila pejam mata dan bayar saja. Jangan buat congak matematik pula while travelling. 




PAKEJ TOUR BERSAMA TOURS & TICKETS

Sebelum makan kami sempat singgah di Tours & Tickets untuk ambil pamphlet yang disediakan. Nak belek-belek tengok tours yang berkenan di hati. Kaunter penjualan tiket Tours & Tickets ada banyak di sekitar Amsterdam. Bukan hanya di Damrak. Conference Kak Farah dan Acik Bos mula day after tomorrow jadi esoknya mereka berdua free. Kak Farah asked me to decide package mana nak ambil. Kenapa ambil tours dan tak jalan sendiri ? Sebabnya kami nak cepat dan tiada masa nak jalan-jalan sambil cari arah dan laluan mana yang perlu dituju. Aku memang tak buat apa-apa research sebelum pergi. Memang dasar tak tahu apa-apa. Dengan agent senang dan jimat masa. Kalau ikutkan hati memang nak jalan sendiri and spend time secara santai tapi kena ingat balik hakikat sebenar tujuan kami ke sana. Dah syukur banyak Kak Farah dan Acik Bos nak teman aku jalan-jalan. 

Selepas makan kami kembali ke Tours & Tickets untuk beli package tours yang kami berkenan. We decided to go to the North Holland and South Holland pada keesokan harinya. Package yang kami beli berharga 75EU (RM300 approx). Terpaksa cakap okay dengan harga tu sebab banyak sebenarnya kawasan yang kami akan pergi. Kalau pergi sendiri aku tak rasa dapat cover sebanyak itu dalam masa sehari. Boleh juga nak beli tiket secara berasingan. Macam-macam package yang disediakan. Tinggal untuk dipilih saja.

TEMPAT MENARIK DI AMSTERDAM - DAM SQUARE


Tempat menarik di Amsterdam yang pertama kami tuju adalah Dam Square. Kawasan Dam Square ni sangat luas. Nak cover semua memang tak larat. Kawasan tumpuan pelancong jadi memang sesak. Banyak kedai menjual souvenirs dan kedai barangan yang berjenama. Kami masuk ke kedai-kedai souvenirs dan survey harga. Rata-rata souvenirs di Amsterdam harganya lebih kurang sama. Sebiji fridge magnet berharga 3EU - 5EU (RM12 - RM20 approx) seketul. Kalau beli banyak mungkin boleh dapat dengan harga yang murah. Mahal. Jadi aku jalan-jalan cuci mata dulu sambil mengira duit dan membayangkan mereka-mereka yang berada di Malaysia. Aku cuba untuk tak convert tapi aku gagal. Part lain aku boleh pejam mata tapi bukan part souvenirs. Bukan berkira tapi aku kena fikir diri sendiri dulu. 



  


Penat sudah meneroka kedai-kedai yang ada berdekatan Dam Square kami akhirnya bercadang untuk melepak di dataran Dam Square sambil memerhatikan gelagat orang ramai. Dam Square terletak di tengah-tengah Amsterdam dan menjadi tempat tumpuan pelancong untuk duduk santai dan melepak. Di kawasan Dam Square ada banyak juga tempat menarik untuk dikunjungi. Antaranya adalah Royal Palace, Nieuwe Kerk (New Church), National Monument dan Madame Tussauds. Di sekitar Dam Square pula ada banyak cafe dan kedai-kedai yang menjual pastries. Di Dam Square ada banyak statue menarik yang sebenarnya adalah orang yang menyolek diri mereka untuk jadi macam-macam character yang menarik. Those yang nak ambil gambar dengan mereka kena bayar. Yang ambil gambar curi-curi tu jaga-jaga jangan sampai mereka notice. Kalau tak nanti kena kejar. Paling tak pun kena maki seround dua. Begitu sekali nak mencari rezeki.









Aku tak berani nak dekat pun. Ambil gambar dari kejauhan. Atau kalau nak bergambar tu bayar sajalah. They are all sporting sebenarnya aku tengok. Bila ada orang nak bergambar memang dilayan sebaik mungkin. Posing macam-macam gaya. Dah habis setiap ceruk kami bergambar. Scene main kejar-kejar dengan merpati pun ada. Boleh beli makanan untuk kasi burung makan juga. Tapi aku takut. Serba serbi takut aku ni. Jadi aku tengok sajalah orang lain yang beli makanan then bermanja-manja dengan merpati. Seronok merpati tu. Kenyang sentiasa. 

While duduk melepak, aku dengar Kak Farah dan Acik Bos bercadang nak cari Red Light District. Korang mesti tahu tempat tu ada apa kan ? Hihihi actually MamiZ dan pesan jangan pergi merayap ke Red Light District tapi kami pergi juga. Dah sampai haruslah pergi jenguk apa jenis tempat lah Red Light District tu. Mesti pergi. Tak lengkap trip kalau tak pergi. Nanti orang tanya tak boleh nak jawab. Bahaya sangat ke ? Kenapa MamiZ tak bagi pergi ? Tak bagi pergi pun aku pergi juga. 

22 comments:

  1. Replies
    1. seronok.. time ada duit seronok..
      time tak ada duduk menyepi hehehe..

      Delete
    2. statue hidup..menarik tu.

      Delete
    3. menarik kan.. tapi jaga jaga.. kalo ambil gambar kena curi curi..

      Delete
  2. Fuhyoooo. Tapi part orang yang make up tu macam takut je tengok diorang :/ sbb nampak real haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe kalau tengok depan depan tak menakutkan sangat pun..
      kagum tengok gitu skali diorang sanggup buat nak dapatkan duit..
      kretif.. pakai kulit kerang saja..

      Delete
  3. Amsterdam !! cantik sangat bangunan2 dekat sana. hope one day akan sampai sana jugak.. haha.. =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.. bangunan semua cantik2 dan masih klasik..
      insyallah ada rezeki sampai =)

      Delete
  4. syoknya baca pengalaman pi travel

    ReplyDelete
    Replies
    1. kenangan bila menaip pun tringat-ingat..
      pengalaman CT ciput saja.. orang lain dah serata dunia..

      Delete
  5. bestnyeeeee CTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTT
    alah sgt jelly wey

    ReplyDelete
    Replies
    1. adus awok.. janganlah gitu..
      ni entry lama-lama ni.. abaikan hehehe..

      Delete
  6. CT, once entries CT dah jadi draft, komen2 semua hilang lenyap lah ye....

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak kak.. komen semua ada lagi..
      just dia save jadi draft saja.. bila CT publish nanti ada balik lah komen tu semua..

      pelik kan.. memang CT pun tak tahu nak explain macam mana ahaha..

      Delete
  7. memang unik sangat orang2 tu..best juga kalau dapat bergambar kan.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe kalo amek gambar kena bayar.. kasilah around 2-5E baru diorang puas hati..

      Delete
  8. Apa nama makanan tu ya, kak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. shaorma if im not mistaken.. yang satu lagi kebab saja..
      adus Farah.. ahaha tiga tahun dah berlalu ahaha..

      Delete
    2. Akak pun tergoda tengok food tu. Nampak yummy bebenor! Ke sebab skrg ni akak tengah lapar? ;)

      Delete
  9. Replies
    1. yup yup.. majoriti bangunan kat europe lebih kurang sama saja kan..

      Delete
  10. seronok kan tgk gelagat manusia . blh jadi lupa nak buat benda lain ... byk banguan lama ...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...