Saturday, 6 April 2013

HOLLAND 2012 | AMSTERDAM - BLOEMENMARKT

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

 بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم

Entri sebelumnya di SINI.

Lepas dah kenyang makan kami mula menapak lagi. Masih awal untuk balik ke hotel. Pusing punya pusing kami just berjalan tanpa ada hala tuju yang specific. Asal ada scenery yang cantik kami berhenti bergambar. Ada kedai yang menarik kami masuk menyinggah. Jalan punya jalan sampailah kami terjumpa satu lorong tepi canal yang ramai sangat orang. Itu lah dia Bio Mart yang terkenal di Amsterdam atau nama lainnya adalah Bloemenmarkt yang bermaksud Flower Market. 'Bloenmen' adalah 'Bloom' yang merujuk kepada bunga dan 'Markt' adalah 'Market'. Sepanjang lorong ni ramai peniaga yang menjual bulb bunga tulip dalam skala yang besar. Those yang nak beli banyak bulb bunga tulip jangan risau. Memang ada perkhidmatan shipping bulb bunga tulip. Majoriti kedai-kedai di sepanjang Bloemenmarkt ni menjual bulb bunga tulip. Aku tengok macam bawang pun ada juga rupanya. Selain tu ada juga bunga-bunga kering yang dijual. Nanti bila dah completely layu boleh tanam untuk musim spring nanti. Siapa yang alah dengan debunga aku tak suggest untuk ke sini. Memang akan ada banyak yang berterbangan.










Di Bloemenmarkt ni ada banyak kedai yang menjual souvenirs juga. Harga lebih murah tapi kena pandai pilih. Ada yang sangat low quality tapi ada yang okay. Jadi kenalah jalan dulu dan survey. Kak Farrah borong souvenirs disini. Dia lagi banyak nak kena bagi kawan-kawan. Ramai yang tahu dia tengah berjalan-jalan sekarang. Jadi haruslah belikan buah tangan. Aku pula dah borong di Volendam dan aku tak menyesal kerana harga lebih murah disana dan lebih cantik. Ada kedai yang menjual baju jersey bola sepak pasukan Holland dengan pelbagai size. Aku tengok memang lebih murah berbanding di tempat lain. Selain tu kat kawasan Bloemenmarkt ni ada jual banyak totes yang menarik. Dengan harga 3EU (RM12.00 approx) untuk satu tote aku rembat juga beberapa untuk diberikan kepada kakak-kakak sepupu. Ada kedai yang menjual t-shirt dengan harga 5EU (RM20.00 approx). Ini sudah dianggap sangat murah sebab kat kedai lain rata-ratanya bermula dengan harga 10EU (RM40.00 approx). Jadi aku beli beberapa helai untuk family members.







Sayangnya Bloemenmarkt tutup awal. Pukul 6.00 PM dah nampak semua peniaga mula mengemas. Orang pun mula berkurangan. Tapi kedai-kedai ada lagi yang masih beroperasi. Tengah-tengah sakan shopping kenalah stop juga. Cepat-cepat grab apa yang patut. Nanti kena halau pula. Dalam nak cepat-cepat tuh banyak juga kami memborong. Seronok Kak Farrah shopping sakan. Aku pula lega dah jumpa souvenirs nak kasi kat sepupu-sepupu yang lain. Tak kan nak kasi fridge magnet seorang sebiji bila semua actually duduk serumah. Jadi kena cari something yang boleh digunakan.







Lepas sakan melabur di Bloemenmarkt kami meronda lagi sampai hari makin gelap. Kami seperti biasa kena patah balik ke Amsterdam Central untuk ambil tram ke RAI dari sana. Tapau makanan dan terus balik ke hotel. That night masing-masing susun souvenirs yang dah dibeli untuk check sama ada cukup atau tidak untuk diberikan kepada mereka di Malaysia. Habis semua nama keluar dan siap check list. Tak mahu ada yang tertinggal. Lepas dah check Kak Farrah kata nanti nak ke Bloenmenmarkt lagi sebab dia nak borong lagi souvenirs. Nampak tak betapa Kak Farrah aku dah jatuh cinta dengan Bloenmenmarkt ? Rasanya dia nak kasi kat semua staff di hospital kot. Sebab memang murah. Aku pula tak adalah sakan sangat. Mana yang mampu saja.

TIPS
  1. Naik tram dari Amsterdam Central yang melalui station Muntplein. Pintu masuk ke Bloemenmarkt ada berdekatan. Cari sign 'Bio Mart' dan ikut saja papan tanda.
  2. Beroperasi sehingga pukul 5.30PM saja jadi uols kenalah rancang betul-betul perjalanan kalau nak singgah ke sini.
  3. Majority menjual barangan yang sama jadi eloklah kalau kita compare dulu harga. Tak payah bertanya pun sebab they display the prices. Jadi jeling-jeling kedai A lepas tu jeling-jeling kedai B pula before decide nak beli di kedai mana.
  4. Fridge magnets disini memang murah. Tapi ada banyak yang tak bertulis nama seperti Holland, Amsterdam dan sebagainya. Ada jenis yang bergambar tapi itu cantik juga. Ada orang yang minat fridge magnet seperti itu.
Entri seterusnya di SINI.

6 comments:

  1. Banyak bunga ek kat sana..
    tak beli bunga ka?..
    awalnya tutup.. buka dari pagi ka

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi kalau beli bawak balik hancur layu berkecai.. banyak jual bunga kering time ni.. diorang amek buat anak benih.. fresh flower xde sangat..

      Delete
  2. Ya Allah, cantiknya bunga tulip tu. One of my dreams kalau dapat pergi Amsterdam ni, nak tengok bunga tulip.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang.. dalam gambar tu tulip kayu.. hihihi.. time ni bunga tulip xde.. bukan musim. tu bleh la nak buat tengok tulip ehehe..

      Delete
  3. Replies
    1. hihihi bunga mana cantik Dilla ?tu bunga2 kayu ehehe..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...