Monday, 4 February 2013

CUTI-CUTI MALAYSIA : PULAU PINANG | TANJONG TOKONG - STRAITS QUAY

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

 بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم

Entri sebelumnya di SINI.

Kami singgah solat Zohor di Masjid Terapung. Usually kalau ke area Batu Ferringhi memang aku akan plan untuk solat disini. Masjid yang besar dan kemas. Bila bawa budak-budak keluar berjalan harus ada curfew. Jadi kami masing-masing kena pulang by six. Bukan apa pun sebenarnya. Masih banyak kerja-kerja penyediaan untuk kenduri PakSu masih belum siap. Dalam perjalanan balik menuju jetty, sempat pula mata budak-budak ni menangkap signboard ke Straits Quay. Aku tak ada idea Straits Quay ni kawasan apa. RaihanF pun mula explain. Barulah dapat picture serba sedikit. 

Straits Quay merupakan tempat membeli-belah yang baru dibina di kawasan Tanjung Tokong. Agak terpencil kawasannya tapi bila dah famous nanti, tak kesahlah jauh ke tak. Disebabkan kawasan ini baru mula beroperasi, orang pun tak ramai. Apa yang menarik adalah landskap dan kawasan tempat ni yang berada di tepi pantai. Cantik. Memang nampak laut lepas di depan mata. Cuaca panas tapi still berangin. Majoriti outlets disini merupakan kedai-kedai menjual makanan. Pelbagai restoran dengan nama yang pelbagai bakal dibuka. Mungkin sekarang sudah mula beroperasi. Waktu aku ke sana masih ada beberapa kedai yang sedang siap sedia untuk beroperasi.

Straits Quay juga merupakan tempat peranginan. Holiday spot gitu. Ada banyak kapal-kapal layar mewah yang boleh disewa dan ada hotel untuk menginap juga. Kini pengunjung sudah ada banyak pilihan untuk memilih kawasan yang sesuai untuk tinggal ketika bercuti. Aku agak service memang terbaik di sini. Facilities lengkap dan tip top. Selesa.






Jadi untuk pelancong yang nak datang ke Pulau Pinang, mungkin boleh tambah Straits Quay dalam agenda. Bukan satu tempat yang merugikan kalau datang. Pemandangan memang terbaik. Untuk full information about Straits Quay, boleh rujuk -- Straits Quay. Segala info boleh didapati di web berkenaan.

HOW TO GET TO STRAITS QUAY
  1. Car / Taxi. It is a 15-20 minutes drive from Georgetown or Batu Feringghi. 35 minutes from Penang Bridge and 45 minutes from Penang International Airport. Head towards Batu Feringghi and you will notice the road signs to Straits Quay. Another hint is to turn right/left at the junction before/after TESCO. 
  2. Bus. Hop on Rapid Bus 101 or 103 and take off at Weld Quay. Click here --> Getting There : Straits Quay for more information.
  3. Hop on the beach route of Penang Hop On Hop Off bus and hop off at station number 18 [Straits Quay].

2 comments:

  1. cantik watermark.. buat macam mana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. eerk.. watermark tu kawan yang buatkan.. CT tak tahu sangat
      pasal design semua tu.. ada orang nak buatkan.. terima saja..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...