Monday, 4 February 2013

CUTI-CUTI MALAYSIA : PULAU PINANG | BAYAN BARU - PANTAI QUEENSBAY

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

 بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم

Siapa kata nak bersuka-ria perlukan duit dan belanja yang banyak? Kali ni aku nak buktikan bahawa tak susah sebenarnya nak happy happy tanpa berbelanja banyak. Last December kawan-kawan si RaihanF datang merayap ke Pulau Pinang. Masing-masing ajak berjalan. Poket aku pula tengah kering. Maka terhasil trip singkat ini tanpa memerlukan belanja yang banyak. Janji kereta minyak penuh dan lepas duit tol naik jambatan. Other than that ditanggung beres.

Aku gerak ke rumah tok di Kepala Batas to pick up RaihanF dan kawan-kawannya. Lambat juga budak-budak ni bersiap. Aku dah terpacak lama dah menunggu. Apa benda yang lama sangat pun aku tak tahu. Akhirnya gerak juga meninggalkan rumah tok. Aku main pandu tanpa hala tuju yang jelas. Main belasah sajalah. Sambil memandu sambil berbincang dengan budak-budak tu semua. Akhirnya semua bersetuju nak ikut saja kemana aku nak bawa. Bagus. Budak-budak macam ni yang kakak suka. Jangan banyak songeh. Jadi tempat pertama yang aku bawa adalah Pantai Queensbay.

PANTAI QUEENSBAY

Pantai Queensbay berada di tepi Queensbay Mall dan terletak di Bayan Baru. Untuk ke sini uols perlu ambil susur ke kiri sebaik saja turun dari Jambatan Pulau Pinang. Ikut saja signboard menuju ke Queensbay Mall dan uols pasti tak akan sesat. Aku selalu melepak di Queensbay Mall tapi tak pernah pula aku berjalan-jalan di pesisir Pantai Queensbay. Hari terik yang amat. Matahari mencanak atas kepala. Tak ada pokok rendang pun nak berteduh. Disebabkan angin yang bertiup lembut rasa selesa pula. Kalau waktu petang, Pantai Queensbay ni akan lebih meriah. Ada orang jual laksa, jagung bakar dan macam-macam lagi. Antara port orang ramai datang bawa anak bersiar-siar. Waktu tengah hari macam ni memang tidaklah orang datang nak menjemur diri. Tapi pantai disini tak boleh nak mandi ya. Belum pernah lagi aku nampak orang mandi berenang sakan disini.







Kami parking di luar bangunan Queensbay Mall saja. Lebih senang untuk menapak ke tepi pantai. Dari Pantai Queensbay, uols boleh nampak hampir keseluruhan Jambatan Pulau Pinang. Dari sini juga dapat nampak Jambatan Pulau Pinang kedua yang masih dalam proses pembinaan. Banyak kerusi disediakan jadi sesuai benar kalau nak melepak. Walaupun hari terik, selamba saja kami duduk bersimpuh atas batu-batu besar yang ada. Dah puas posing sana sini, maka kami gerak ke destinasi yang seterusnya. Jadi tak susahkan nak berjalan dan beriadah kalau budget rendah. In fact selain duit minyak and tol, tak perlu bayar pun untuk melepak kat sini dan bersiar-siar. Free.

HOW TO GET TO QUEENSBAY MALL
  1. Car or taxi. You can drive to reach this place. They provide you spacious parking area and you can choose to park in the shopping mall building or open space parking lots. It takes around 15-20 minutes drive from Georgetown. If you are from the mainland area, head towards Bayan Baru or Bayan Lepas or you can follow the airport sign up until you reach the sign to the shopping mall.
  2. Bus. You can refer this link --> Rapid Bus Schedule to Queesbay Mall for further information. 

Entri seterusnya di SINI.

8 comments:

  1. Orang Penang...
    Husband akak orang Penang..Kepala Batas.
    Hah tu jambatan Penang ke2 akak & husband merasalah bertugas kat situ
    Bangga!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi iyee orang penang :D
      wow akak bertugas situ ? seriously ? part mana ?
      waaaah.. mmg harus dibanggakan..

      Delete
  2. Syoknya dapat feeling2 kat tepi pantai!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tambah seronok kalau matahari bukan atas kepala hihi..
      kena pi time redup sayup.. extra feeling =)

      Delete
  3. BELUM SAMPAI PANTAI NI..CANTIK N BERSIH PANTAINYA...

    ReplyDelete
    Replies
    1. aaa tak bersih jugak laa sebab hasil kumbahan kilang2 masuk ke laut ni..
      tapi bolehlah nak lepak2.. mandi jela jangan..

      Delete
  4. Bestkan tempat melepak tu ahahha , Angin tiup sepoi-sepoi bahasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi kalau tengah2 hari rembang angin bertiup pun hahaha.. hangat semacam je..
      ni hanya untuk bergambar semata =P

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...