Monday, 4 February 2013

CUTI-CUTI MALAYSIA : PULAU PINANG | BATU FERRINGHI - PANTAI MIAMI

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

 بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم

Entri sebelumnya di SINI.

Kami meneruskan perjalanan. Terus saja gerak menuju ke Batu Ferringhi yang merupakan kawasan pantai yang terkenal di Pulau Pinang. Antara tempat wajib singgah kalau datang berjalan ke Pulau Pinang. Di sepanjang Batu Ferringhi ada banyak pantai. Jadi uols boleh pilih nak singgah dan berhenti di kawasan pantai yang mana. Untuk trip kali ni aku bawak budak-budak ni jalan ke Pantai Miami. 

PANTAI MIAMI

Aku pilih untuk pergi ke Pantai Miami sebab kawasan ni complete. Nak makan gerai makanan ada banyak. Nak ambil gambar pun sesuai sebab batu-batu besar dan banyak pokok rendang. Jadi dapatlah berteduh. Sini boleh mandi jadi sesuai untuk beriadah bersama keluarga. Pantainya landai. Waktu kami sampai pun memang ada beberapa keluarga sedang berkelah. Pantai Miami sebenarnya pantai yang paling dekat untuk sampai kalau datang dari arah Tanjong Tokong. Kalau rajin boleh saja teruskan perjalanan lebih jauh. Ada kawasan pantai yang khas untuk water sport. Ada juga yang khas untuk mandi dan berkelah. Disebabkan kami hanya nak melepak dan bersiar-siar, Miami Beach dah memadai.




Cantik pemandangan. Tengok kanak-kanak mandi pun rasa alahai seronoknya. Waktu cuti sekolah. Haruslah emak ayah bawa beriadah. Aku rasa Pantai Miami adalah yang paling cantik. Kawasan pantai lain cantik juga. Mana-mana pun tetap cantik. Aku biarkan saja RaihanF dan kawan-kawannya pergi ambil gambar puas-puas. Aku duduk saja layan perasaan sendiri. Sambil duduk tu mainlah kuis-kuis pasir. Baru terperasan. Ada kawasan yang pasirnya halus ada yang kasar. Kasar macam pasir di kawasan air terjun. Tapi tak sampai menyakitkan. 



Untuk dapatkan gambar dengan effect yang lebih dramatic bolehlah merajinkan diri panjat batu-batu besar yang ada di Pantai Miami. Langit yang cerah tak payah nak ceritalah cantiknya macam mana. Ditambah pula dengan angin yang bertiup manja. Perfect sungguh untuk outing kami on that day. Kena pula RaihanF pandai ambil gambar. Kalau nak harapkan aku tangan memang tak berapa berseni.

Berapa belanja nak melepak di sini ? Worry not. Free saja. Jangan risau kalau nak beriadah tapi budget tak cukup. Kalau nak picnic bawalah bekal dari rumah. Pilihan ada di tangan sendiri.

HOW TO GET TO MIAMI BEACH, PENANG
  1. Car / Taxi. You can drive following the signs towards Batu Ferringhi. Miami Beach is the first beach spot that you will see along the Batu Feringghi beach area. 
  2. Bus. You can hop on to Rapid Bus 101 from Weld Quay Bus Terminal and 102 from Penang International Airport. Click here --> Getting There : Miami Beach for more information.
  3. Penang Hop On Hop Off (HOHO). Take the Beach Route bus and hop off at Miami Beach.

Entri seterusnya di SINI.

6 comments:

  1. Penang bestkan ? Hekhek , Seronok tak datang tempat Nil.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe Nil duduk area mana ? akak orang penang gak..
      tapi selalu budget pelancong di tempat sendiri =P

      Delete
  2. pantai miami,penang seronoknyya dapat pergi berkelah di tepi pantai :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi bawak bekal dari rumah.. bentang tikar.. tidur hahaha..

      Delete
  3. Cantik permandangan..mandi laut memang best kan. .blom pnah pi lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. CT tak minat sangat mandi laut.. sebab nanti kulit jadi kering..
      tapi kalo lepak2 tepi laut sukalah ehehe..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...