Sunday, 7 April 2013

HOLLAND 2012 | AMSTERDAM - STROLLING AROUND AMSTERDAM

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

 بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم

Entri sebelumnya di SINI.

Kak Farah went to her conference. Aku macam biasalah malas nak keluar. Duduk melepak dalam bilik saja sambil online dan tengok TV. Orang kata bosan sungguh datang dari jauh tapi tak buat apa-apa. Actually tak bosan. Aku rasa penat sungguh. Plus after Zohor nanti nak keluar. So better aku duduk dalam bilik saja sambil tunggu Kak Farah habis conference. That day kami just nak pusing-pusing ronda Amsterdam. Asalnya nak ke Primark untuk shopping tapi kami kena ambil another train pula untuk ke Zaandam atau Hoofddorp. Memanglah tak jauh mana tapi malas nak berjalan jauh lagi. So we decided to shop kat mana-mana kedai di Amsterdam saja.



Kami jalan memang santai saja. Nampak ada cafe singgah kejap beli muffin. Rasa nak masuk kedai A kami masuk. Nak masuk kedai B kami masuk. Memang tengah hangat sale masa kami jalan-jalan. Banyak outlet barangan branded tengah on sale juga. Vans, Clarks, Forever 21, Esprit, Mango, H&M dan macam-macam lagilah. Harga pun sebenarnya jauh lebih murah bila dah convert ke duit kita. But aku rasa sedih gila tengok baju-baju di H&M majoriti 'Made In China'. Adoi !! Aku datang jejauh pun masih kena beli goodies 'Made In China' ke ? Yang mana ada tag 'Made In China' semua aku letak balik. Tak jadi nak beli. Cari yang 'Made In Europe' baru beli. Kak Farah pula borong baju untuk Anas. Macam-macam dia beli. Murah-murah. Seluar for kids bermula 3EU (RM12.00 approx) jadinya memang patutlah mak-mak budak jadi tak keruan. 




Next kami ke De Bijenkorf iaitu salah satu shopping mall yang terkenal di Amsterdam. Menjual barangan berjenama dan berkualiti. Sambil jalan-jalan cuci mata kami sebenarnya nak pergi makan. Top level ada food court dan kami nak cari apa-apa yang boleh dimakan. Kena hati-hati juga meneliti ya. Tanya kalau perlu jangan takut. Konsep makan di food court ni macam makan di IKEA. Ambil then nanti bayar. Ada banyak kaunter makanan. Aku dan Kak Farah pilih nak makan grilled salmon. Itu pun kami kongsi berdua. Licin makan dengan bawang pun sekali kami telan. Lapar benar gayanya. Then kami sambung shopping. Aku tak beli apa-apa pun disini. Just Kak Farah beli new handbag. Memang sale sakan sungguh.
  


While pusing-pusing kami terjumpa sign ke Amsterdam Museum. Memang tersorok di celah-celah bangunan. Kalau dari jalan utama memang tak nampak aku rasa. Berhasrat untuk masuk tapi sayangnya dah tutup. Kalau belek tengok jam memang dah almost pukul 6.00PM pun. Memang patutlah museum pun dah tutup. Jadi bergambar sajalah buat kenangan dah sampai dah pintu masuk tapi tak ada rezeki nak masuk.

Then kami masing-masing setuju untuk balik. Esoknya Kak Farah punya last day conference. Aku memang malas nak berjalan sampai malam since dia nak kena kerja. Nanti penat. Dah few days Kak Farah melayan aku bawa jalan sana sini balik malam. So biarlah kami balik awal nak melepak dalam bilik saja. While tengah tunggu tram ke RAI ada seorang perempuan approach aku. Dia tanya nombor tram tapi aku cakaplah aku tak tahu since aku bukan orang local. That lady pandang aku atas bawah atas bawah. Then dia tanya lagi arah jalan pula. Kebetulan tempat yang dia tanya tu aku baru lalu jadi aku beritahulah arah jalan mana dia kena pergi. Terus dia macam nak kata aku tipu dia kata aku bukan local. Haish kakak !! Muka aku ni ada muka omputih ke ? Sah sah sekali tengok orang tau aku orang Malaysia. Adus.. Local ? Hihihi not bad juga actually. 

TIPS
  1. Dalam De Bijenkorf ada banyak anjing. Yes orang-orang tempatan yang pergi shopping mesti bawa anjing sekali. Adus bayangkan anjing-anjing tu jalan celah-celah baju. Terus aku tak ada niat nak belek-belek tengok baju. Tak ada restriction. Mana-mana pun anjing ada.
  2. Di Amsterdam ada banyak outlet H&M, Mango, Esprit dan Forever21. Tapi setiap satu-satu butik ada konsep yang berlainan. H&M A hanya jual pakaian lelaki. H&M B hanya jual pakaian kanak-kanak dan seterusnya. Jadi memang kena menapak untuk pergi ke butik yang kita nak masuk. 
  3. Beware dengan kasut from pig skin ya kawan-kawan. Kat sini bukan ada awareness nak put up sign ke apa. Main bedal saja. Nak selamat silalah bertanya.
Entri seterusnya di SINI.

12 comments:

  1. Best kan pergi amsterdam.. nanti saya nak pergi lagi kalu ade rezeki. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu Akak DP.. kalau ada rezeki mmg nak pegi lagi.. nak make sure time tulips r blooming =D

      Delete
  2. hehe sy pernah beli winter jacket Nike, dah lama pakai baru perasan "made in Bangladesh". tapi rasanya kualiti sama je, cuma memang banyak kilang diorang kat belah Asia ni, especially China, Vietnam, Korea :)

    Oh ya, yang kulit babi tu memang kena hati-hati. Biasanya harga kasut tu mahal sikit, tapi still kena extra careful sbb boleh je jadi tgh sale, diskaun berlipat ganda :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat bangladesh.. upah gaji pekerja murah n pekerja sngt ramai. jadi process buat baju jadi cepat siap. dats why diorang upah orang bangla pi jahit baju..

      uuish akak takut gak bab bab tu.. lagi2 bulu kat baju sejuk. huurm takot sbb tatau bulu apa..

      Delete
  3. Kebanyakan pakaian kedai-kedai berjenama ni, semuany made in *insert all cheap countries*. Dekat sini, banyak je pakaian yang jual-jual semua made in China or made in Bangladesh. Tapi, harga dia, rasa nak menangis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi tp still ada qc yang terpelihara.. dats why they can sell dengan harga mahal. unless la barang2 yg u know its cikai punya tapi mahal. tu mmg tak logic.. kalo branded things tp made in china ke apa ke mmg bunyi murah tp still brkualiti..

      Delete
  4. I'm eager to go there. InsyaAllah. Kalau ada rezeki. SOON! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin amin.. ada rezeki memang CT pun nak pegi lagi.

      Delete
  5. wahh best nya bercuti kat amsterdam!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah..
      kesempatan tak diduga =')

      Delete
  6. seronoknya berjalan negeri orang..mesti banyak pengalaman kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe pengalaman CT ni ibarat senipis kulit bawang..
      ramai lagi otai-otai yang lain..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...