Wednesday, 30 January 2013

CUTI-CUTI MALAYSIA : 2013 PAHANG | CAMERON HIGHLANDS - KEA FARM + CACTUS POINT

JALAN-JALAN CAMERON HIGHLANDS : KEA FARM + CACTUS POINT

Entri sebelumnya di SINI.

DAY 3 (4 JANUARY 2013)

Hari terakhir di Cameron Highlands untuk trip kali ini. Kami keluar check-out dari hotel agak lambat. Masing-masing nak mengulat atas katil. Maklumlah bilik besar and selesa. Tambah pula udara memang fresh. Sangatlah malas untuk berkemas dan bersiap. Tapi disebabkan ada satu lagi tempat utama kami nak pergi, akhirnya masing-masing siap juga. Seperti yang dijanjikan, RaihanF nak buat sesi photoshoot untuk pasangan pengantin. Si RaihanF ada bakat terpendam. Jadi layankan saja keinginan dia. Sesuai sangatlah kawasan sekeliling hotel ni kalau nak dijadikan tempat untuk photoshoot. Setiap ceruk aku rasa cantik.

Cuti-Cuti Malaysia, Tempat Menarik Di Cameron Highlands, Butterfly Farm Di Cameron Highlands, Taman Rama-Rama Di Cameron Highlands, Tempat Makan Di Cameron Highlands, Makan Di Brinchang, Makan Sedap Di Cameron Highlands, Mardi Agro Park, MARDI, Brinchang, Ringlet, Tanah Rata, Tempat Makan Di Cameron Highlands, Kea Farm, Souvenirs Murah Di Cameron Highlands, Cactus Point Cameron Highlands,

KEA FARM : SHOPPING BUAH-BUAHAN, SAYUR-SAYURAN DAN SOUVENIRS

Next destination adalah Kea Farm. Kami tak snap gambar pun. Masing-masing khusyuk membeli sayur-sayuran segar nak bawa balik. Memang murah dan kalau beli banyak lagilah murah. Korang kena jadi extra peramah sikit dengan peniaga-peniaga di sana. Confirm dapat extra punya. Kalau datang ke Cameron Highlands mesti nak borong strawberry. Mana sah kalau tak borong. Tapi aku lebih suka beli buah strawberry yang sudah dikeringkan. Kalau nak buat souvenirs pun aku beli yang itu juga. Daripada beli yang fresh nanti sampai bawah rosak. Selain daripada buah strawberry kering, aku akan borong buah limau. Serious buah limau di Cameron Highlands adalah sedap. Buah limau di atas sana besar-besar dan manis. MamiZ memang dari awal sudah pesan belikan limau bawa balik. Dia tak mahu benda lain. Banyak aku borong limau. MakSu pun turut sama terpengaruh memborong. Memang tak rugi. Kalau kesana jangan lupa borong limau.

Di Kea Farm ni juga ada banyak peniaga yang menjual souvenirs. Mana-mana ceruk Cameron Highlands memang ramai jual souvenirs. Majoriti akan jual sebiji fridge magnet dengan harga RM3 tapi korang harus tahu kewujudan satu lot kedai di Kea Farm yang menjual segala jenis fridge magnet dengan harga RM1 saja sebiji. Mohon percaya. Selama beberapa kali aku ke Cameron Highlands inilah kali pertama aku sedar adanya kedai ini. Buka mata luas-luas dan korang akan perasan banner 'Fridge Magnet RM1'. Aku dan RaihanF bergegas pergi nak check. Manalah tahu kedai tu jual souvenirs cikai. Nope. Kedai tu jual the same exact design yang kami tengok bersepah di Cameron Highlands dengan harga RM1. Aku yang masih belum melabur duit beli souvenirs memang happy yang teramatlah. Apa lagi ? Borong jangan tak borong. Harap korang pun dapat jumpa kedai tu ya.

CACTUS POINT CAMERON HIGHLANDS

Lepas dah puas membeli-belah kami terus ke Cactus Point. Tempat menjual bermacam-macam jenis pokok cactus. Murah-murah dan cute semuanya. Sebut saja nak yang macam mana. Semua ada. Yang kecil yang besar yang gemuk yang tinggi. Warna-warni pun ada. Aku suka juga dengan pokok cactus sebab tak banyak songeh nak jaga. Tapi aku malas. Bukan jenis akulah nak duduk belek tanam pokok. MamiZ lainlah. Dia dan orkid berpisah tiada. Genetik tu tak melekat kat aku. Singgahlah sekejap ambil gambar. Masuk tak kena bayar pun. Kita bebas untuk berjalan di dalam kawasan Cactus Point. Ada jual souvenirs juga.

Cuti-Cuti Malaysia, Tempat Menarik Di Cameron Highlands, Butterfly Farm Di Cameron Highlands, Taman Rama-Rama Di Cameron Highlands, Tempat Makan Di Cameron Highlands, Makan Di Brinchang, Makan Sedap Di Cameron Highlands, Mardi Agro Park, MARDI, Brinchang, Ringlet, Tanah Rata, Tempat Makan Di Cameron Highlands, Kea Farm, Souvenirs Murah Di Cameron Highlands, Cactus Point Cameron Highlands,

Cuti-Cuti Malaysia, Tempat Menarik Di Cameron Highlands, Butterfly Farm Di Cameron Highlands, Taman Rama-Rama Di Cameron Highlands, Tempat Makan Di Cameron Highlands, Makan Di Brinchang, Makan Sedap Di Cameron Highlands, Mardi Agro Park, MARDI, Brinchang, Ringlet, Tanah Rata, Tempat Makan Di Cameron Highlands, Kea Farm, Souvenirs Murah Di Cameron Highlands, Cactus Point Cameron Highlands,

Tak boleh lama melepak disini. PakSu dan Maksu saja yang shopping. Tapi bukan beli cactus. Jenuh pula nak letak dalam kereta yang kian penuh dengan barang-barang. Silap kang ada yang tercucuk. Kami gerak ke next destination. Aku belum pernah sampai ke tempat yang dituju ni. Dulu datang dengan DediS dan MamiZ mereka dua saja yang pergi. Aku duduk dalam bilik rela sambung tidur. Jadi kali ini aku pula ambil kesempatan untuk singgah.

Mana tu.. Tunggu okay.

Entri seterusnya di SINI.
-SITI YANG MENAIP (SYM)-

Reach me via email at :
sitiyangmenaip@gmail.com

18 comments:

  1. mesti byk borong strawberi kn.. anis suke yg dh jadi kering tu.. dapnyeee...

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah. tak suka yang buah tu sbijik sbijik. mesti borong yang kering heheh..
      kalau buah mesti masam.

      Delete
  2. ada ek jual rm1? aaa, terlepas lah niii. hahhaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes. kedai dia hujung sekali kat jalan utama..
      memang borong lee situ hihi..

      Delete
  3. hm hm jeles nyaaa dapat jenjalan mcm2 tmpt ~ nak ikot akak ct dri dulu lg . hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe jom Yaya.. insyallah one day kita plan baik punya and lepak lepak okay =D

      Delete
  4. serious RM1 je FM..
    wajib borong nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. yep.. setakat waktu pergi lah ehehe.. nanti dah campur GST tak tahulah berapa
      ahahah..

      Delete
  5. kak wana penah makan strawberi kering tu..kalau kat sabah ni..jumpa kat kundasang ja la..memang sedap kan ct..

    ReplyDelete
    Replies
    1. time CT pegi kundasang tak jumpa plak stroberi kering tu..
      ni tandanya kena repet p kundasang ahahaha..

      Delete
  6. cantik sangat gambar2 yang diambik dekat kaktus tu..suka sangat kak wana tengok :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. miahaha sebab model semua cute =D ahahaha..

      Delete
  7. Akak teringin nak feeling2 minum teh strawberry & makan scones kat sini :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. woh Kak Farrah suka teh yang ada perisa ye.. CT skali skala okay kot..
      daaaaapnye scones aiseeeeyh..

      Delete
    2. Akak memang hantu teh kecuali teh peppermint & jasmine.
      Sedapkan makan scone sambil tengok view hijau ladang teh :)

      Delete
    3. betul2.. CT suka sapu butter banyak2 kat scones then jem letak sikit aje..
      CT suka teh biasa aje.. yang perisa kureng unless kalo yang ice..

      Delete
  8. Uihh....murah giler tu ct...hee...
    pantang akak kalau tgk murah gitu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan.. boleh borong seguni kasi jiran sekampung..
      ahaha over plak.. tapi boleh beli banyak and kasi ramai orang kan kan..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...