Tuesday, 29 January 2013

CUTI-CUTI MALAYSIA : 2013 PAHANG | CAMERON HIGHLANDS - BUTTERFLY FARM

JALAN-JALAN CAMERON HIGHLANDS : BUTTERFLY FARM


Entri sebelumnya di SINI.

Butterfly Farm Cameron Highlands | Selepas mencapai kata sepakat, kami akhirnya bersetuju untuk pergi ke Butterfly Farm yang tak terlalu jauh dari hotel. Boleh kata entrance untuk ke Butterfly Farm ni memang bersebelahan dengan jalan nak masuk ke hotel. Nanti bila bilik dah ready senang untuk kami balik ke hotel. Tak perlu jalan jauh.Walking distance juga jaraknya dari hotel yang kami duduk tapi aku sarankan untuk naik kenderaan. Lebih selesa. 


Lokasi Butterfly Farm di Cameron Highlands
Lama juga kami di Butterfly Farm. Bayaran masuk murah sahaja. Kebanyakan tempat-tempat menarik di Cameron Highland semuanya murah-murah. Selama beberapa kali aku datang ke Cameron Highland tak pernah pula aku teringin nak masuk ke Butterfly Farm. Jadi elok sangatlah pergi menjenguk on that day. Seronok sebenarnya Butterfly Farm ni. Dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti rumah rama-rama yang menempatkan lebih daripada empat puluh spesis rama-rama, pameran serangga, binatang-binatang reptilia dan amfibia, taman bunga, kedai souvenirs dan cafe.

Rama-rama ada pelbagai jenis. Yang besar yang kecil yang colourful yang hitam putih semua ada. Yang dah mati kena pijak pun ada. Jadi sila jaga langkah kaki. Nak menapak tu buka mata luas-luas tengok sekeliling. Kesian nanti kalau ada yang jadi arwah. Bukan setakat ada rama-rama saja tau. Ada juga binatang lain untuk kita tengok. Binatang reptiles ada banyak juga disini. Sesuai untuk bawa anak-anak datang. Boleh kenalkan anak-anak dengan jenis-jenis binatang reptiles.

BUTTERFLY FARM CAMERON HIGHLANDS


Adult - RM5
Children - RM3


Cuti-Cuti Malaysia, Tempat Menarik Di Cameron Highlands, Butterfly Farm Di Cameron Highlands, Taman Rama-Rama Di Cameron Highlands, Tempat Makan Di Cameron Highlands, Makan Di Brinchang, Makan Sedap Di Cameron Highlands,

Cuti-Cuti Malaysia, Tempat Menarik Di Cameron Highlands, Butterfly Farm Di Cameron Highlands, Taman Rama-Rama Di Cameron Highlands, Tempat Makan Di Cameron Highlands, Makan Di Brinchang, Makan Sedap Di Cameron Highlands,

Tengah sedap-sedap cuci mata tengok rama-rama pihak hotel call dan inform yang bilik dah siap kemas. Bolehlah kalau nak masuk. Syukur. Aku memang kepenatan sebab aku yang memandu. I need to lay down sekejap. Jadi beransurlah kami ke hotel dan menguruskan urusan check-in. Aku lupa nak snap gambar bilik tapi memang superb. Rasanya tak pernah lagi aku dapat bilik yang seluas itu. Ada satu katil besar dan ruang bilik yang luas. Macam boleh muat around lima atau enam orang. Memang puas kalau nak berguling-guling.

MAKAN MALAM DI BRINCHANG CAMERON HIGHLANDS


Petang tu kami hanya spend time dalam bilik sebab masing-masing kepenatan. Dah puas berehat sure perut pun lapar. Bersiap lepas solat and ready nak keluar dinner. Kami ke Brinchang which is around 15-20 minutes sahaja from hotel. Selalunya memang orang akan cari makanan di Brinchang. Ada banyak kedai makan. But this time, kawasan Brinchang agak sunyi dan orang tidak terlalu ramai. Kedai juga tidak banyak yang buka. Ala-ala zombieland. Tak semeriah selalu. Pusing punya pusing akhirnya ternampak satu kedai makan yang beroperasi. Sebelum kedai makan tu pula yang tutup haruslah kami cepat singgah dan order makanan.

Alhamdulillah makanan sedap dan harga pun berbaloi. Lebih kurang saja dengan harga di kedai makan lain. So we enjoyed our food and lepas tu kami terus balik semula ke hotel. Masing-masing layan perasaan. Memang tak banyak pun aktiviti yang aku rancang untuk hari pertama. Kita balik hotel dan recharge energy diri dan apa yang patut. Lena tidur aku dan RaihanF.

Seronok dibuai-buai angin nyaman Cameron Highlands. Selamat malam.

Entri seterusnya di SINI.

-SITI YANG MENAIP (SYM)-

Reach me via email at :
sitiyangmenaip@gmail.com

8 comments:

  1. hotel cameron mmg takde aircond kan. mula2 pelik, bila malam nak tidur barulah tahu kenapa. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi kalo letak aircond gak memang beku lah kita.. tapi dalam hotel yang CT duduk ni dia kasi kipas. option kot kalau tak bukak tingkap nanti panas pulak..

      Delete
  2. wahhh dapat bilik besar memang bermaharajalela laa dalam tu . haha . bestnyag butterfly farm dpt tgk rama2 cntikkk :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang tapi banyak yang dah penyek T.T nightmare tengok dah arwah kat atas jalan..
      mesti tak perasan sebab banyak juga yang terbang kat bawah..

      Delete
  3. Replies
    1. woooa Kak Sofu.. rajinnyaaa anda. terharu =)

      Delete
  4. murah juga kan bayaran masuk tu ct..best juga dapat tengok pelbagai jenis rama-rama

    ReplyDelete
    Replies
    1. majoriti tempat kat cameron memang murah2 aje entrance fee nya..
      jaga jaga jangan terpijak..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...