SITI.YANG.MENAIP: December 2012

TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI PULAU PINANG

DAY TRIP KE PULAU PINANG DAN TEMPAT-TEMPAT MENARIK YANG DILAWATI. Nak bersuka-ria and have fun dengan kawan-kawan tak perlukan duit dan belanja yang banyak. Kali ini aku nak buktikan bahawa tak susah sebenarnya nak happy happy tanpa berbelanja banyak di Pulau Pinang. Last December, kawan-kawan si RaihanF datang merayap ke Pulau Pinang. Masing-masing ajak berjalan tapi poket aku pula tengah kering. Maka terhasil trip singkat ini tanpa memerlukan belanja yang banyak pun. Janji kereta minyak penuh dan lepas duit tol naik jambatan. Other than that ditanggung beres. Aku gerak ke rumah tok di Kepala Batas to pick up RaihanF dan kawan-kawannya. Lambat juga budak-budak ni bersiap. Aku dah terpacak lama dah menunggu. Apa benda yang lama sangat pun aku tak tahu. Akhirnya gerak juga meninggalkan rumah tok. Aku main pandu tanpa hala tuju yang jelas. Main belasah sajalah. Sambil memandu sambil berbincang dengan kawan-kawan RaihanF. Bagus budak-budak ni semua tak banyak ragam. Akhirnya semua bersetuju nak ikut saja kemana aku nak bawa. Perangai macam gini yang kakak suka. Jangan banyak songeh. Jadi tempat pertama yang aku bawa adalah Pantai Queensbay yang terletak di sepanjang Persiaran Bayan Indah, Bayan Lepas.

PANTAI QUEENSBAY DI PERSIARAN BAYAN INDAH BERHADAPAN DENGAN QUEENSBAY MALL PULAU PINANG

Pantai Queensbay berada betul-betul berhadapan dengan Queensbay Mall dan terletak di Bayan Lepas. Untuk ke sini korang perlu ambil susur ke kiri sebaik saja turun dari Jambatan Pulau Pinang. Ikut saja signboard menuju ke Queensbay Mall dan pasti tak akan sesat. Aku selalu melepak di Queensbay Mall tapi tak pernah pula aku berjalan-jalan di pesisir Pantai Queensbay. Hari terik yang amat. Matahari mencanak atas kepala sebab gerak pun dah lambat. Tak ada pokok rendang pun nak berteduh. Disebabkan angin yang bertiup lembut rasalah sikit selesa. Kalau waktu petang, Pantai Queensbay akan lebih meriah. Ada orang jual laksa, jagung bakar dan macam-macam lagi. Antara port orang ramai datang bawa anak bersiar-siar. Waktu tengah hari macam ni memang tidaklah orang datang nak menjemur diri. Tapi pantai disini tak boleh nak mandi ya. Belum pernah lagi aku nampak orang mandi berenang sakan disini. Budak-budak ni tak kisah matahari atas kepala. Turun juga duduk melepak dan bergambar. Boleh park kereta di parking area yang disediakan berdekatan tapi kami tibai park tepi jalan saja. Tak ada kereta lalu lalang.







Dari Pantai Queensbay, uols boleh nampak hampir keseluruhan Jambatan Pulau Pinang. Dari sini juga dapat nampak Jambatan Pulau Pinang kedua yang masih dalam proses pembinaan. Banyak kerusi disediakan jadi sesuai benar kalau nak melepak. Walaupun hari terik, selamba saja kami duduk bersimpuh atas batu-batu besar yang ada. Dah puas posing sana sini, maka kami gerak ke destinasi yang seterusnya. Jadi tak susahkan nak berjalan dan beriadah kalau budget rendah. In fact selain duit minyak and tol, tak perlu bayar pun untuk melepak kat sini dan bersiar-siar. Free.

HOW TO GET TO QUEENSBAY MALL

  1. Car or taxi. You can drive to reach this place. They provide you spacious parking area and you can choose to park in the shopping mall building or open space parking lots. It takes around 15-20 minutes drive from Georgetown. If you are from the mainland area, head towards Bayan Baru or Bayan Lepas or you can follow the airport sign up until you reach the sign to the shopping mall.
  2. Bus. You can refer this link --> Rapid Bus Schedule to Queesbay Mall for further information. 
Kami meneruskan perjalanan menuju ke Batu Ferringhi yang merupakan kawasan pantai yang terkenal di Pulau Pinang. Antara tempat wajib singgah kalau datang berjalan ke Pulau Pinang. Di sepanjang Batu Ferringhi ada banyak pantai. Jadi boleh pilih nak singgah dan berhenti di kawasan pantai yang mana. Untuk trip kali ni aku bawak budak-budak ni jalan ke Pantai Miami, antara lokai favourite aku di Pulau Pinang. Aku pilih untuk pergi ke Pantai Miami sebab kawasan ni complete. Nak makan gerai makanan ada banyak. Nak ambil gambar pun sesuai sebab batu-batu besar dan banyak pokok rendang. Jadi dapatlah berteduh. Sini boleh mandi jadi sesuai untuk beriadah bersama keluarga. Pantainya landai. Waktu kami sampai pun memang ada beberapa keluarga sedang berkelah. Pantai Miami sebenarnya pantai yang paling dekat untuk sampai kalau datang dari arah Tanjong Tokong. Kalau rajin boleh saja teruskan perjalanan lebih jauh. Ada kawasan pantai yang khas untuk water sport. Ada juga yang khas untuk mandi dan berkelah. Disebabkan kami hanya nak melepak dan bersiar-siar, Miami Beach dah memadai.

PANTAI MIAMI DI BATU FERRINGHI PULAU PINANG






Cantik pemandangan. Tengok kanak-kanak mandi pun rasa alahai seronoknya. Waktu cuti sekolah. Haruslah emak ayah bawa beriadah. Aku rasa Pantai Miami adalah yang paling cantik. Kawasan pantai lain cantik juga. Mana-mana pun tetap cantik. Aku biarkan saja RaihanF dan kawan-kawannya pergi ambil gambar puas-puas. Aku duduk saja layan perasaan sendiri. Sambil duduk tu mainlah kuis-kuis pasir. Baru terperasan. Ada kawasan yang pasirnya halus ada yang kasar. Kasar macam pasir di kawasan air terjun. Tapi tak sampai menyakitkan. Untuk dapatkan gambar dengan effect yang lebih dramatic bolehlah merajinkan diri panjat batu-batu besar yang ada di Pantai Miami. Langit yang cerah tak payah nak ceritalah cantiknya macam mana. Ditambah pula dengan angin yang bertiup manja. Perfect sungguh untuk outing kami on that day. Kena pula RaihanF pandai ambil gambar. Kalau nak harapkan aku tangan memang tak berapa berseni. Berapa belanja nak melepak di  Pantai Miami ? Worry not. Free saja. Jangan risau kalau nak beriadah tapi budget tak cukup. Kalau nak picnic bawalah bekal dari rumah. Pilihan ada di tangan sendiri.

HOW TO GET TO MIAMI BEACH PENANG

  1. Car / Taxi. You can drive following the signs towards Batu Ferringhi. Miami Beach is the first beach spot that you will see along the Batu Feringghi beach area. 
  2. Bus. You can hop on to Rapid Bus 101 from Weld Quay Bus Terminal and 102 from Penang International Airport. Click here --> Getting There : Miami Beach for more information.
  3. Penang Hop On Hop Off (HOHO). Take the Beach Route bus and hop off at Miami Beach.
Kami singgah solat Zohor di Masjid Terapung. Usually kalau ke area Batu Ferringhi memang aku akan plan untuk solat disini. Masjid yang besar dan kemas. Bila bawa budak-budak keluar berjalan harus ada curfew. Jadi kami masing-masing kena pulang by six. Bukan apa pun sebenarnya. Masih banyak kerja-kerja penyediaan untuk kenduri PakSu masih belum siap. Dalam perjalanan balik menuju jetty, sempat pula mata budak-budak ni menangkap signboard ke Straits Quay. Aku tak ada idea Straits Quay ni kawasan apa. RaihanF pun mula explain. Barulah dapat picture serba sedikit.

STRAITS QUAY TANJONG TOKONG

Straits Quay merupakan tempat membeli-belah yang baru dibina di kawasan Tanjung Tokong. Agak terpencil kawasannya tapi bila dah famous nanti, tak kesahlah jauh ke tak. Disebabkan kawasan ini baru mula beroperasi, orang pun tak ramai. Apa yang menarik adalah landskap dan kawasan tempat ni yang berada di tepi pantai. Cantik. Memang nampak laut lepas di depan mata. Cuaca panas tapi still berangin. Majoriti outlets disini merupakan kedai-kedai menjual makanan. Pelbagai restoran dengan nama yang pelbagai bakal dibuka. Mungkin sekarang sudah mula beroperasi. Waktu aku ke sana masih ada beberapa kedai yang sedang siap sedia untuk beroperasi. Straits Quay juga merupakan tempat peranginan. Holiday spot gitu. Ada banyak kapal-kapal layar mewah yang boleh disewa dan ada hotel untuk menginap juga. Kini pengunjung sudah ada banyak pilihan untuk memilih kawasan yang sesuai untuk tinggal ketika bercuti. Aku agak service memang terbaik di sini. Facilities lengkap dan tip top. Selesa.






Jadi untuk pelancong dan kawan-kawan yang nak datang ke Pulau Pinang, mungkin boleh tambah Straits Quay dalam senarai tempat-tempat untuk dilawati. Bukan satu tempat yang merugikan kalau datang. Pemandangan memang terbaik cantiknya. Langit biru cerah dan kapal-kapal mewah untuk disewa menjadikan kawasan Straits Quay antara tempat yang sedikit mewah untuk melepak. Kena bayar sikitlah untuk parking tapi tak mahal sangat pun. 

HOW TO GET TO STRAITS QUAY

  1. Car / Taxi. It is a 15-20 minutes drive from Georgetown or Batu Feringghi. 35 minutes from Penang Bridge and 45 minutes from Penang International Airport. Head towards Batu Feringghi and you will notice the road signs to Straits Quay. Another hint is to turn right/left at the junction before/after TESCO.
  2. Bus. Hop on Rapid Bus 101 or 103 and take off at Weld Quay. Click here --> Getting There : Straits Quay for more information.
  3. Hop on the beach route of Penang Hop On Hop Off bus and hop off at station number 18 [Straits Quay].
Mudah sangat untuk enjoy Pulau Pinang tanpa mengeluarkan duit yang banyak. Walaupun aku adalah seorang Penangite, masih banyak tempat-tempat sekitar Pulau Pinang yang belum pernah aku terjah. Hidden gems di Penang terlalu banyak tak sempat nak cover. Marilah rancang percutian korang ke Pulau Pinang. Selamat bercuti !!

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com



















DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.