SITI.YANG.MENAIP: HOLLAND BELGIUM 2012 : DAY 5.0 - I AMSTERDAM SIGN

HOLLAND BELGIUM 2012 : DAY 5.0 - I AMSTERDAM SIGN

/
4 Comments
November 12, 2012

JALAN-JALAN TRAVELOGUE BRUSSELS BELGIUM

Entri sebelumnya di SINI.
6 OKTOBER 2012

JALAN-JALAN TRAVELOGUE AMSTERDAM HOLLAND | AMSTERDAM - I AM AMSTERDAM SIGN. In the morning Kak Farah pergi conference. Memang purpose pergi sana pun untuk dia pergi conference dan buat kerja. Tak bolehlah nak demand macam-macam. Cuma belah petang dia cakap nak keluar jalan-jalan. Dia suruh aku standby siap-siap around pukul 2.00PM. Tengok-tengok pukul 11.00AM dia dah terpacak depan pintu bilik. Aku ingat housekeeping malaslah nak buka pintu hihihi. Baru pukul 8.00AM tadi aku bye bye dah tiba-tiba muncul balik. Lepas tu menonong masuk bilik terus dia ajak keluar. Obviously tak siap lagi mujur dah mandi. Kata lepas Zohor. Alasan sebenar sebab dia tak nak join conference sesi petang. Dia cabut lari. Paling best Acik Bos pun join sekaki. Kami target nak cari sign I AMSTERDAM yang orang kata kalau tak ambil gambar kat situ tak sah. Kena ada bukti bergambar kat situ baru betul dah sampai Holland. Siap keluar and payung mahal ad hoc jangan lupa. Nanti kena beli payung lagi. Lebur sesaja duit beli payung.

I AMSTERDAM SIGN

Dari RAI kami gerak menghala ke Amsterdam. Aku serah kat Kak Farah cari route since dia pun pernah sampai Amsterdam. Sure dia ingat sikit-sikit. Then bergabung tenaga dengan Acik Bos cari route. Aku iku saja mana pergi. Since kami dah keliru dengan route tram yang berselirat, kami decided untuk ke Amsterdam Central and cari tram nombor tram yang kami nak naik dari sana. Senang cerita daripada tenung map tram tu sampai nak tembus baik terus saja ke sana. From Amsterdam Central, kita boleh jumpa semua nombor tram and tempat mana yang nak pergi. Agak-agak tersesat, carilah tram yang tulis Amsterdam Central. Senang cerita. Kami nak menghala ke Museumplein. Kat sinilah sign I AMSTERDAM terletak. Jadi aku tak ingat tram nombor berapa tapi kat depan tram ada tulis Museumplein. Yakin dan terus kami naik tanpa ragu-ragu. Kalau uols tengah jalan-jalan kat Amsterdam ni and terbaca tram yang tulis Museumplein, naik saja. Nanti dia pusing-pusing bawa sampai kat Museumplein. Reached Museumplein. Museumplein ni sort of a park where you can see the citizens play with their dogs. Beware..!! Dogs are running here and there jadi jaga-jaga. Dari jauh nampak pokok cantik-cantik saja tersusun. Belum completely tukar warna lagi. It is a nice place to snap photos. Berkeping keping snap kat sini. Aku perasan kat Museumplein, angin agak kuat dari tempat lain yang aku pergi. Sejuk and aku rasa pakai baju macam tak pakai baju. Pakai selapis saja padan muka. Turun saja dari tram dah boleh nampak sign I AMSTERDAM.











Kalau rasa nak panjat atas wordings tu pun boleh silakan. Tak ada masalah tapi apa-apa jadi tanggung sendiri. Ramai yang panjat sampai betul-betul atas words. Tapi aku masuk dalam category pendek so terima sajalah seadanya. Aku berdiri ngam-ngam tinggi aku kat space bentuk M. So macam mana nak panjat pun aku tak sure. Wajib tau ambil gambar kat sini. Orang memang ramai snap photo kat sini. Kekadang tu sampai penuh tak nampak dah words ni. Tapi bila nampak aku berdiri kat situ seorang, ada pula some of them yang kasi space untuk aku ambil gambar. Gentlemen okay. Sebab tu aku dapat snap photo without orang lain menyibuk dalam picture aku. Thanks untuk Kak Farah yang melayan aku nak ambil gambar here and there. Dia pun kalut suruh aku posing. Nak panjat memang aku say no siap-siap. This sign is a proud tourist spot kat Holland. Kat sini ada salah satu museum famous iaitu Rijksmuesum. Betul-betul kat belakang I AMSTERDAM ni. Kalau berminat boleh singgah. Kak Farah dan Acik Bos dapat free passes dari pihak pengurusan conference tapi both of them tak nak masuk. Jadi kami berlalu pergi begitu saja.







We did not have any heavy food dari pagi and kami tersangatlah lapar. Around I AMSTERDAM sign ada banyak kedai-kedai kecil yang jual snack murah-murah. We did not want to miss the chance. Aku memang laju saja nak pi try. We bought waffles dengan harga 1EU (RM4.00 approx) each. Waffles yang besar and memang sesuai nak buat alas perut sebelum jumpa heavy food. Aku pilih nak waffle and nuttela. Cousin aku pilih nak ice cream vanilla yang sangat sedap. Home made katanya and sumpah terbaik. Terkenang-kenang aku akan rasa ice cream vanilla itu. Kami memang tak ada memana tempat yang specific nak pergi. Lastnya kami jumpa satu street ni yang aku found out later adalah antara street yang famous kat Amsterdam. Sebab banyak tempat makan. We went through the street, Aku tak ingat lah nama street tu. Kat sinilah kalau nak dapat lebih banyak option makanan halal. Tak jauh dari Museumplein. Kami masuk kedai jual buah-buahan sebab tertarik dengan buah grapefruits yang dijual. Banyak buah aku borong. Uncle yang kerja kat kedai tu tanya kami dah makan ke belum. Allah izin eloklah sangat kami memang tengah lapar. Dia cakap ada kedai yang jual makanan Indonesia. Dia suruh kami pi sana makan kenyang-kenyang. 

Ramai Indonesians kat sini. Naik tram pun kadang-kadang dengan orang bersembang dalam bahasa Indonesia. Masuk kedai terus terbau masakan orang-orang kita. Nampak dah lauk terhidang. Jangan main-main, tempe pun ada. Ala sorrylah tak ada gambar kedai or what sebab time tu aku lapar sangat dah so I was not in my right mind. Terus masuk dunia lain tengok makanan. Cakap saja nak ayam masak merah, daging goreng ke telur sambal ke semua ada. Terbaik. Yang jual pula memang orang Indonesia so tak payah nak speaking berabuk sangat. Tiga hari aku cakap English dengan accent British bagai sampai nak terbelit-belit lidah. So dalam kedai ni aku jumpa freedom. Tu yang aku lupa terus nak snap gambar. Total aku makan nasi berlauk adalah 7EU (RM28.00 approx). Mahal..?? Pedulikan sebab aku lapar. Aku makan kentang, sambal ikan bilis goreng rangup baik punya and telur sambal. Aku tak ambil ayam sebab aku tengok besar semacam saja kang dia charge aku 10EU kang untuk ayam saja. Jadi aku ambil lauk lain. Alhamdulillah sedap. Tengah lapar semua sedap.



Menarik dalam kedai ni. Macam-macam orang aku jumpa aku nampak. Ada orang muka macam penduduk tempatan tapi ngomongnya bahasa Indonesia. Ada orang Indonesia yang cakap ikut bahasa sana. Tak perlu nak heran. Belanda pernah jajah Indonesia suatu ketika dahulu. Ni kes nenek moyang orang sanalah kot. Kalau nampak friendly bolehlah kalau nak mintak tunjukkan jalan. Lama juga kami melepak kat situ. Tak rushing pun sebab hari masih cerah and memang kami tak ada hala tuju. Jadi kami duduk melepak dah sembang kosong.

TRAVEL TIPS / HOW TO GET THERE
  1. Untuk senang nak bergerak kat Amsterdam, uols boleh siap-siap print out route tram yang ada kat sana. Boleh refer sini --> Amsterdam Tram Route untuk download route tram. Dah siap dalam bentuk PDF untuk print out. Boleh juga dapatkan route tram kat Amsterdam Central tapi kena gigih sikit cari counter kat dalam building tuh. Berselirat aku tengok dalam dengan orang yang ramai.
  2. Untuk info about the I AMSTERDAM sign boleh refer sini --> I AMSTERDAM SIGN untuk tau route apa yang patut diambil nak sampai situ. 
  3. Seriously kena prepare Yokoyoko sebotol sepanjang journey. Kena menapak jauh and kesian muscle kita tiba-tiba terkejut kena jalan banyak. Bawalah sebotol.
  4. Sila jangan lepaskan peluang untuk makan street food di Holland. Kalau was-was boleh tanya ingredients kat penjual. They will let you know sebab setakat aku berada kat sana aku rasa orang sana memang respect orang Islam.
SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com


You may also like

4 comments:

  1. Kalau dah jejak bumi Amsterdam, rugi kalau tak singgah ke I AMSTEDAM, list wajib, bukti dah sampai Holland tu. hehe :D thank you share pengalaman best nih dgn kami..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes. kalau dah sampai holland kena mai amek gambar kat sini. kalau tak sampai kat tempat ni pun kat airport ada sbiji lagi macam ni cuba kecil sket.

      Delete
  2. ni pon wajib..i amsterdam..

    ReplyDelete

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.