SITI.YANG.MENAIP: HOLLAND BELGIUM 2012 : DAY 4.1 - GRAND PLACE + MANNEKEN PIS + GOODBYE BRUSSELS

HOLLAND BELGIUM 2012 : DAY 4.1 - GRAND PLACE + MANNEKEN PIS + GOODBYE BRUSSELS

/
0 Comments
November 10, 2012
JALAN-JALAN TRAVELOGUE BRUSSELS BELGIUM

Entri sebelumnya di SINI.
5 OKTOBER 2012

JALAN-JALAN TRAVELOGUE BRUSSELS BELGIUM | MERONDA SEKITAR GRAND PLACE, WAFFLE BELGIUM DAN MANNEKEN PIS. Selepas tunggu bus luar kawasan Atomium dan Mini Europe, dekat satu jam baru menjelma. Lenguh kaki berdiri. Daripada kami berdua saja di station sampai dekat sepuluh orang sama-sama tunggu bus datang ambil. Yang buat lagi penat adalah suhu yang sejuk. Rasa kejang kaki tapi kena tahan. Tak boleh nak manja sangat. Bus sampai terus naik. Nak ke next station dalam Blue Line yang sama iaitu ke Manneken Pis dan Grand Place. Tempat wajib singgah kalau ke Brussels. Kalau korang berhasrat untuk buat day trip juga macam kami sila include kedua-dua tempat menarik ini dalam senarai. Ikut saja signboard insyallah tak akan sesat. Memang sangat senang. Kami pun bila turun dari bus tak tahu arah mana nak pergi. Memang trip main redah tapi kami noticed memang banyak tanda arah. Jadi kami terus ikut tanda arah menuju ke Grand Place. Meriah dengan orang ramai pelancong-pelancong. Locals pun banyak buka macam-macam jenis kedai. Nak beli souvenirs elok beli disini. Banyak sangat pilihan. Hard Rock Cafe juga berada di sekitar kawasan Grand Place.






GRAND PLACE - CENTRAL SQUARE DI BRUSSELS

Grand Place adalah antara tempat wajib singgah di Brussels. Grand Place dikelilingi oleh bangunan-bangunan yang masih lagi mengekalkan konsep artistic European. Disini juga terletaknya Brussels Town Hall yang cantik setinggi 96 meter. Bangunan-bangunan ni semua dah didaftarkan di bawah UNESCO World Heritage jadi jangan nak kacau. Memang dah jadi bangunan bersejarah. Di kawasan ni juga ada banyak kedai-kedai yang menjual bermacam-macam barangan yang sesuai untuk dijadikan souvenirs. Jalan-jalan di sekitar Grand Place masih mengekalkan nama-nama kedai-kedai yang terkenal suatu ketika dahulu sehingga kini. In August, usually di Grand Place akan ditempatkan bunga-bunga yang banyak dan disusun untuk mencari karpet untuk membina satu-satu bentuk sebagai tarikan pelancong. Di kawasan Grand Place ni juga selalu ada concert berlangsung. Waktu kami sampai di Grand Place orang memang sangat ramai. Setiap sudut orang ambil kesempatan nak bergambar. Aku pun tak lepaskan peluang. Plus, that time macam ada marathon event jadi agak sesak dengan peserta agaknya. Dah puas posing kami akhirnya beredar. Hari makin petang tapi kami berdua macam tak ada tanda nak balik ke Amsterdam saja. Tiket pun tak beli lagi. Masing-masing masih lagi nak berjalan sakan. Dah sampai di kawasan ni haruslah menjenguk ke Manneken Pis. At first aku memang sumpah tak tahu apa punya tempat Manneken Pis ni. Kak Farah bersemangat ajak aku pergi. Aku ikut sajalah. Memang aku baca a day before tu yang tempat ni antara tempat wajib singgah. Tapi tak adalah aku baca bersungguh sangat. Jalan punya jalan akhirnya sampai tempat yang dituju. Lah !! Patung tengah kencing rupanya. 






 Manneken Pis - Little Man Pee.

 MANNEKEN PIS

Manneken Pis adalah patung budak lelaki sedang 'shi shi' dalam sebuah bekas macam telaga gitulah. Menjadi simbol dan kebanggaan rakyat Belgium untuk melambangkan pemikiran masing-masing yang tak kolot dan berfikiran terbuka. Manneken Pis juga lambang yang menunjukkan orang-orang Belgium semuanya ada great sense of humour. Mula juga aku nak merungut jalan jauh semata-mata nak datang tengok patung ni. Dalam kepala seriously ada banyak sungguh pertanyaan. Orang memang ramai yang amat. Masing-masing angkat camera nak ambil the best picture of budak tengah kencing ni. Memikirkan orang yang ramai datang dari jauh dan bersungguh-sungguh ambil gambar, aku pun ambil jugalah. Balik ke Malaysia baru aku cari maklumat pasal Manneken Pis. Ada banyak cerita atau versi pasal patung ni. Ada yang kata dia kencing atas api sebab nak selamatkan kampung dan ada juga yang kata dia adalah anak one noble man yang dikatakan hilang dan akhirnya dijumpai tengah kencing di fountain. Jadi suka hati nak rasa masa satu betul tapi memang epic sampai patung kencing ni manusia punyalah ramai berebut-rebut nak ambil gambar. Aku jakun sungguh tengok. Dikatakan dalam setahun patung ni akan dipakaikan dengan bermacam-macam costume tapi macam yang uols tengok dalam gambar, waktu aku pergi dia tengah bogel. Dah ambil satu dua cukuplah. Baik aku pi tempat lain. Sekarang ni kisahnya dah sampai dah tengok. 

TIPS BERADA DI GRAND PLACE DAN MANNEKEN PIS

  1. Dari Brussels Central sebenarnya boleh terus jalan ke Grand Place kerana semuanya berada di kawasan yang berdekatan. 
  2. Dari Grand Place, mula menapak menghala ke Town Hall dan berjalan lagi melepasi tiga blocks then patung Manneken Pis ada di sebelah kiri. Agak tersorok tapi mesti dapat cari punya. Orang ramai yang teramat sangat.
  3. Kalau uols naik City Sightseeing Bus macam kami, boleh turun di dua stations iaitu : Central Station dan Manneken Pis. 
  4. Kat kawasan ni memang ada banyak sangat kedai souvenirs jadi boleh mulakan pencarian souvenirs dari sini.

SHOPPING DI SEKITAR GRAND PLACE BRUSSELS - TSHIRTS FRIDGE MAGNETS CHOCOLATES DAN LACES

Now its time to shop !! Disebabkan kawasan keliling Grand Place dan Manneken Pis ada banyak kedai souvenirs yang menarik, aku dan Kak Farah tak perlu nak cari tempat lain untuk beli souvenirs. Souvenirs yang dicari adalah untuk diri sendiri dan keluarga. Jadi kami tak adalah berbelanja banyak sangat. Bought few shirts, fridge magnets and chocolates. Aku noticed di Brussels ada sangat banyak kedai jual laces yang cantik-cantik. Mungkin juga laces adalah antara barangan yang wajib dibeli ketika berada di Brussels. Bag yang diperbuat daripada laces adalah antara benda yang usually orang akan beli dari Brussels. Kak Farah pernah beli one lace bag dari Brussels during her previous trip and katanya lama juga dia guna bag tu. Its a bit pricey but okaylah untuk reward diri sendiri. Kena rajin jalan dan compare harga. Kalau nak yang cheap yes you can get it anywhere tapi tak berapa nak berkualiti. Well kalau kita spend more it means kita bayar for the quality. Jadi jangan menyesal bayar lebih. Aku ada juga tergoda dengan beberapa design bag tapi aku terpaksa menahan diri.

Kedai chocolates memang bersepah-sepah. Kiri kanan memang wajib ada kedai jual chocolates. Kedai Godiva banyak kiri kanan jalan. Memang memanggil-manggil untuk masuk. Tapi tak masuk pun. Takut nanti tak kuat iman nak lawan godaan. Lebih baik pergi shopping chocolates di Langkawi. The same exact chocolates from the same company. Harga pun hampir sama saja. Tak murah pun chocolates di Belgium kecuali Godiva. It is almost the same. Walaupun aku beli berkotak-kotak untuk bawa balik memang ada penyesalan dalam hati. Bukan tak ikhlas but aku rasakan tak berbaloi. Aku bawa balik berat-berat but ended up benda yang boleh dapat di Malaysia in fact dengan harga yang lebih kurang sama. Maybe aku kena borong Godiva patutnya. Aargh benda dah lepas. Next thing aku noticed souvenirs di Brussels lebih murah berbanding di Amsterdam. Aku just beli untuk kenangan diri sendiri. Mug for DediS and keychain for MamiZ. Jangan lupa beli Belgian Waffle yang merata-rata ceruk ada jual. 1EU (RM4.00 approx) dan boleh pilih macam-macam toppings. Kat kawasan ni ada ramai peniaga berbangsa Arab and they are some yang boleh speak in Malay okay. Jadi jangan riak and takbur sangat nak mengutuk. Kang tak pasal kena halau keluar kedai.

 Belgian waffle with nutella.


Semakin berat dan banyak hasil tuaian kami. Hari pun dah makin gelap. Almost pukul 7.00PM dah tapi masih lagi di Brussels. Tiket balik dahla tak beli lagi. Elok sangatlah kami gerak kembali ke Brussels Central. Tak susah nak cari jalan sebab kawasan semua dekat-dekat. Ikut saja signboard. Alhamdulillah even though orang ramai tapi process nak beli tiket adalah senang. Tak perlu beratur panjang dan terus saja dapat tiket. Nampak papan departure macam susah nak baca tapi sebenarnya senang saja untuk cari gate. Pukul 9.00PM train ke Amsterdam pun sampai dan kami bergerak pulang. This time train bentuk lain pula. Lebih laju dari the one yang kami guna untuk datang ke Brussels. Around satu jam lebih saja kami dah sampai di Amsterdam. Naik tram dan seterusnya menapak balik ke hotel ni Rai. What a tiring day tapi seronok.

TIPS BERADA DI BRUSSELS

  1. Aku noticed ada ramai peminta sedekah and most of them are kids. They will follow us around begging untuk at least kita give something. Dinasihatkan untuk tak beri apa-apa Takut nanti makin ramai pula yang kejar. Kesian memang kesian tengok muka semua sedih but we did not have a good feeling about it. Better avoid.
  2. Kami tak lunch or makan any heavy food di Brussels sebab kami tak yakin. Memang ada kedai tulis halal but at the same time jual beer secara terang-terangan. Jadi kami pilih untuk makan snack yang kami yakin saja. Korang silalah buat research yang lebih terperinci tentang tempat makan yang halal di Brussels or bawa saja bekal.
SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com


You may also like

No comments:

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.