SITI.YANG.MENAIP: HOLLAND BELGIUM 2012 : DAY 4.0 - HELLO BRUSSELS + ATOMIUM + MINI EUROPE

HOLLAND BELGIUM 2012 : DAY 4.0 - HELLO BRUSSELS + ATOMIUM + MINI EUROPE

/
2 Comments
November 07, 2012

JALAN-JALAN TRAVELOGUE BRUSSELS BELGIUM

Entri sebelumnya di SINI.
5 OKTOBER 2012

JALAN-JALAN TRAVELOGUE BRUSSELS BELGIUM | DARI AMSTERDAM KE BELGIUM, ATOMIUM DAN MINI EUROPE. Throughout Day 3, I did not go anywhere since my cousin's schedule was packed. Aku duduk dalam hotel room alone turun bawah pergi lobby beli muffin. Online tengok movie and did nothing. The weather was gloomy so I was not in the mood to walk around alone. Kak Farah bought dinner and we ate happily. That is the reason why tak ada Day 3 dalam senarai cerita kami. Kak Farah told me dia tak nak join conference. Alasannya sebab dia kesian nanti aku duduk saja dalam bilik lagi. Dah datang dari jauh tapi tak berjalan-jalan. Then she suggested untuk melarikan diri ke Brussels memandangkan perjalanan yang agak dekat dari Amsterdam. Day trip saja. Pergi pagi then lewat petang kami balik ke Amsterdam semula. Aku sempat Google sikit that night before kami gerak. Adalah sikit bayangan kat Brussels ada apa. The next day kami bangun awal dan mandi bersiap baru perform solat Subuh. Masing-masing nak sampai ke Amsterdam Central cepat-cepat. Tunggu tram di station RAI. Pakcik driver tram pun kagum tengok kami dah tercangak menunggu sedangkan tram belum mula beroperasi lagi. Tahanlah sejuk gagahkan diri sementara tunggu tram mula nak gerak. Pakcik driver tram buka pintu dah suruh kami masuk cepat. Kesian agaknya tengok masing-masing dah tak keruan menggigil. Extreme pula sejuk that day. Sampai di Amsterdam Central terus ke kaunter tiket. Rezeki kami hari tu dapat juga catch first train ke Brussels. Katanya nak berlepas in twenty minutes. Berlari-lari dalam Amsterdam Central mencari pintu gate yang agak jauh tersorok. Penat letak tepi. Memang tercungap-cungap tapi yang penting dapat naik train. Hujan renyai-renyai. Memang nasib kami untuk berjalan dalam hujan.

DARI AMSTERDAM KE BRUSSELS

Perjalanan dari Amsterdam ke Brussels mengambil masa dalam dua jam ke dua jam setengah. Aku pun dah tak ingat. Sepanjang perjalanan kami lalu ladang bunga tulip tapi bunga tak ada. Bukan musim bunga jadi cuci mata tengok ladang sajalah. Pemandangan memang cantik. Banyak canals dan rumah-rumah tradisional yang comel. Sangat classic. Dah puas cuci mata aku dan Kak Farah decided untuk tidur. Kami bangun agak awal dan berdrama lagi main kejar-kejar jadi memang kepenatan. Baiklah charge energy untuk berjalan-jalan di Brussels nanti. Sampai di Brussels aku dan Kak Farah jadi panic sekejap sebab suhu teramatlah sejuk. Sejuk dari di Amsterdam. Tambah pula hari hujan renyai. Suhu mid autumn yang aku rasakan sangat extreme. Aku noticed banyak pokok di Brussels dah mula togel berbanding di Amsterdam. Jadi no wonder suhu lagi sejuk. Aku pula pakai baju dua lapis saja. Tapi syukur juga bawa glove. Memang aku sentiasa bawa dalam bag. Tapi aku tak gunakan langsung sepanjang di Amsterdam. Masih mampu tahan suhunya. Tapi tidak di Brussels. Aku tengok Kak Farah pun dah mula merah mukanya. Aku pun dah naik kebas bibir. Cepat-cepat kami mencari jalan untuk ke pick up stand Hop On Hop Off (HOHO) Bus Brussels. Lama juga kami pusing akhirnya jumpa juga. Sedikit sukar nak tengok signboards sebab hari hujan. Semua jadi kelam kabut tapi masing-masing nak terus berjalan juga. Jadi redah sajalah hari hujan dengan tabah.

Tren pagi dari Amsterdam Central ke Brussels




Hujan renyai-renyai di Brussels.

BRUSSELS CITY HOP ON HOP OFF - CARA TERBAIK UNTUK ENJOY BANDAR BRUSSELS DALAM MASA SEHARI

HOHO Bus kat Brussels ada dua routes. Blue Line dan Red Line. Dengan harga tiket sebanyak 20EU (RM80 approx) kita boleh meronda Brussels untuk tempoh twenty four hours. Ini harga tourist. Harga jauh lebih murah untuk pemegang passport European Union. Sila pastikan betul-betul route yang perlu diambil untuk ke tempat yang dituju. Mungkin kerana kami terlalu kelam kabut dan kesejukan jadi kami terus melulu naik bus. Kami tersalah naik bus yang sepatutnya. Kami patut naik Blue Line Bus untuk ke tempat yang kami nak pergi tapi kami naik Red Line Bus. Pakcik driver pula suruh naik cepat sebab hujan makin lebat. Dia kata bayar tiket nanti. Naik dulu nanti basah. Redha sajalah dalam bus. Anggaplah rezeki nak spend meronda di Brussels dengan menaiki bus. Kami duduk di tingkat atas bus. Ada open deck tapi terpaksa ditutup sebab hari hujan. Satu jam lebih saja pusing-pusing dengan Red Line Bus sebelum kembali semula ke pick up point. Lalu beberapa tourist spots di Brussels tapi kami tak turun pun. Kami nak pergi tempat lain. Plus hari masih hujan lebat. Jadi dalam hati hanya mampu berdoa hujan reda. Sampai di pick up point yang pertama. Kami dah nampak Blue Line Bus. Turun dah naik pula bus yang sepatutnya. Hujan dah mula nak reda. Aku harap by the time sampai tempat yang dituju hujan betul-betul berhenti. Bolehlah jalan dengan senang hati.

Rujuk SINI untuk bacaan lanjut mengenai Brussels City Hop On Hop Off.

HOW TO GO TO BRUSSELS FROM AMSTERDAM

  1. Train. Operated by Thalys and boleh sampai Brussels dalam masa tiga jam. Naik high speed train tapi still tiga jam juga akan sampai. Boleh refer sini --> Train from Amsterdam to Brussels untuk more info tentang jadual trains. Bolehlah refer awal-awal tak adalah macam kami nanti terkejar-kejar. Disarankan untuk book online. Harganya lebih murah.
  2. Flight. Ni untuk those people yang memang berduit tahap terlebih mampu. Boleh gunakan KLM yang sememangnya famous kat Europe sana dan bound dekat Brussels Airport. Service from KLM ni ada codeshare dengan Continental Airlines and Northwest Airlines. Boleh click sini kalau nak book ticket flight --> Travel to Brussels through Flight.
  3. Bus (coach). Ini salah satu famous punya option yang orang selalu buat kalau nak gerak sama ada ke Brussels or Amsterdam. Dengan tiket harga around 8EU (RM32.00 approx) kita boleh sampai ke Brussels. Dozens of busses berlepas tiap-tiap hari and jangan risau. Kita just perlu book awal-awal sahaja ticketnya sebab orang yang travel dengan coach dari syarikat Eurolines ni memang sangat ramai. Boleh click sini kalau nak tengok harga dan schedule --> Eurolines Coach from Amsterdam to Brussels.
  4. Car. Journey ke Brussels dari Amsterdam if you guys ikut highway adalah dalam 2 hours journey. Uols akan lalu major highway macam highway PLUS kitalah kiranya. And pemanduan terbalik dari kat Malaysia.

ATOMIUM - LANDMARK / ICON TERKENAL DI BRUSSELS

Berbanding route Red Line Bus, route Blue Line Bus adalah lebih jauh jaraknya. Perjalanan lebih jauh untuk ke satu-satu attraction point. Patutlah Red Line Bus cepat sangat pusing rupanya perjalanan lebih singkat. Hampir satu jam dalam bus baru kami sampai ke tempat pertama yang ingin dituju iaitu Atomium. Atomium sebenarnya dah lama dibina. It is a museum kalau tak silap untuk menerangkan sejarah Atomium dan beberapa section lagi seringkali bertukar-tukar jenis pameran. Tengok bentuk pun dah boleh tahu kenapalah namanya Atomium sebab berbentuk seperti atom-atom yang bercantum. Disebabkan bentuk reka cipta yang unik, Atomium menjadi salah satu monument yang penting dan terkenal di Brussels. Tak semua section boleh masuk atas faktor keselamatan. Sesetengah bahagian saja yang public boleh masuk. Memang bukan berjiwa minat sejarah jadi ambil gambar saja dari bawah.



Dari entrance Atomium, kena menapak sikit lagi untuk ke entrance Mini Europe. Ingatkan terus masuk ke Mini Europe bila dah lalu pintu gerbang rupanya kena lagi masuk ke dalam. Besar yang amat kawasan entrance Mini Europe. Lenguh juga kaki nak berjalan. Selain Atomium dan Mini Europe, kat kawasan ni ada tiga tourists attractions lagi. Ada Oceade which is their waterpark and The Village. Tempat cafe-cafe beroperasi menjual kopi dan makanan. On the way nak ke Mini Europe kena lalu The Village. Aku ingatkan Oceade tu tutuplah time hujan time autumn. Tidak ya. Oceade beroperasi seperti biasa. Dari dalam Mini Europe boleh nampak slides and tubes yang ada kat Oceade. Plus, kami boleh dengar orang menjerit sekali bermandi-manda kat situ. Mandi dengan air suam agaknya. Senarai harga masuk ke Mini Europe ada dijual secara combo atau single ticket. Boleh beli dengan package sekali lebih murah. Pilihlah nak combo yang mana. Since kami tak bercadang nak naik Atomium atau berkubang di Oceade dan kami memang dah beli package sightseeing, kami hanya beli tiket masuk ke Mini Europe saja dengan harga 13.80EU (RM55.00 approx). Concept Mini Europe adalah sama dengan concept Madurodam yang aku dah ceritakan di SINI. Scale bangunan miniature di Mini Europe lebih besar berbanding scale bangunan miniature di Madurodam. Di Mini Europe miniature bangunan-bangunan yang dipamerkan lebih menarik sebab ada banyak bangunan-bangunan yang terkenal di serata negara Eropah dikumpulkan dalam satu tempat. Bila dah masuk nanti kita akan diberikan satu buku khas menerangkan tentang bangunan-bangunan yang ada di Mini Europe. Ada banyak juga bangunan yang baru first time aku tahu namanya dan apa yang menyebabkan bangunan tu famous di sesebuah negara.












Kami kat sini dalam dua jam lebih saja. Tergendala sikit sebab hari masih hujan renyai. Kami kena juga buat tak tahu. Memang ambil gambar sakan sungguh dan orang tak berapa ramai jadi tak berebut-rebut. Kalau asyik berpayung memang alamatnya tak dapat nak enjoy betul-betul trip. Bukan senang nak dapat peluang. On the way nak keluar dari Mini Europe ada cafe. Kami stopped by beli fries dan vegetable samosa. Tak berani nak order makanan lain. Tapi ada saja muffin dan cake. Meriah cafe ni that day sebab ada rombongan sekolah. Riuh dengan suara budak-budak. Makan kentang goreng pun boleh kenyang sebab banyak. Sampai bertolak-tolak suruh habiskan. Mengah nak habiskan. Slowly kami sembang kami melepak sekejap. Mula meninggalkan Mini Europe dan menapak ke stesen pick up HOHO Bus Brussels. Kat mana turun tadi kat situ jugalah kena tunggu balik.

DARI BRUSSELS CENTRAL KE ATOMIUM DAN MINI EUROPE

  1. Bus. City Sightseeing Bus yang macam kami naik. Pick up station berada di luar Brussels Central. Boleh dapat discount sekali bila beli tiket tour bus ni. 
  2. Metro. Take Line 1 heading to Weststation dan turun di Beekkant dan tukar ke Line 6 heading to Roi Baudouin and take off at Heysel. 
SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com


You may also like

2 comments:

  1. Replies
    1. heee ni entry lama. rosak sikit last time masa tukar layout. baru nak publish balik =)

      Delete

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.