SITI.YANG.MENAIP: HOLLAND BELGIUM 2012 : DAY 2.4 - MADURODAM

HOLLAND BELGIUM 2012 : DAY 2.4 - MADURODAM

/
10 Comments
November 06, 2012

JALAN-JALAN TRAVELOGUE AMSTERDAM HOLLAND

Entri sebelumnya di SINI.
3 OKTOBER 2012

JALAN-JALAN TRAVELOGUE AMSTERDAM HOLLAND | DEN HAAG - MADURODAM
. Dalam entries yang lepas aku tertanya-tanya kenapa tour guide kami nak cepat sangat. Singgah sekejap saja kat few places terkejar-kejar dan terjerit-jerit panggil kami naik bas. Rupa-rupanya dia nak kejar masa so that kami sempat masuk ke next destination iaitu Madurodam yang juga terletak di The Hague. Salah satu tempat menarik untuk dilawati kalau berkesempatan ke The Hague. Terletak tak jauh dari Peace Palace, Madurodam adalah satu taman yang menyimpan binaan the miniature of the bangunan-bangunan yang terkenal di Holland. It contains the replicas of the buildings yang menjadi signature Holland. Mini Holland kiranya. It covers the whole of Holland dengan binaan miniature dengan scale ratio of 1:25.

TEMPAT MENARIK DI DEN HAAG : MADURODAM


SEJARAH HANSJE BRINKER DI MADURODAM

Nampak budak lelaki tu ? Nama dia Hansje Brinker. Jangan tanya aku macam mana nak sebut aku pun tak tahu. Dia pernah buat sumbangan besar untuk negara tercinta. Kalau tengok dalam gambar, dia tengah prevent air daripada keluar dari lubang. Ya itulah apa yang dia buat. Menurut sejarah, he wanted to prevent two villages daripada banjir jadi dia tutup air yang masuk ke kampung tu dengan jari dia. Kalau kita masuk ke dalam, adalah sejarah budak ni diceritakan. Nah click sini kalau nak tahu sejarah budak ni dengan lebih lanjut - Hansje Brinker The Hero.

MADURODAM : THE MINIATURES OF HOLLAND

Masuk saja ke dalam Madurodam terus nampak peta kawasan untuk dijadikan rujukan. Other than that, they will give you satu buku panduan. Pilihlah ikut language apa yang difahami. Senang sebab dalam buku ada explanation secara ringkas tentang miniature yang dipamerkan. Agak-agak blur boleh rujuk buku. Tiket nak masuk ke Madurodam dah dikira sekali dengan package yang kami beli dari Tours & Tickets. Jadi kami tak payah bayar apa-apa dah. Madurodam tak adalah besar mana tapi banyak juga gambar aku snap kat sini. Setiap ceruk aku posing. Aku tak peduli sangat history tempat tu or significant event kenapa tempat tu famous sampai nak tayang kat sini. You can finish exploring this place within one hour kalau cepat. Tambah pula time petang-petang macam ni hujan mula nak renyai balik. Memang rezeki murah sungguh bermandi hujan di Holland. Lagilah laju aku posing and berjalan. Miniature kat sini aku rasa taklah besar sangat. Tapi kalau nak berdrama konon jadi raksasa nak hancurkan rumah-rumah memang boleh sangat. Korang boleh nak main gerak model-model orang or kereta yang ada kat sini. Ada kawasan yang boleh masuk and pijak ada yang tak boleh. Baca rules dulu ya.


















At the end of the journey mesti ada souvenir shop. Fridge magnet tulis Madurodam sangatlah mahal aku tak mampu nak spend banyak semata-mata nak beli fridge magnet. Paling murah pun 10Euro (RM40 approx). Memang taklah nak beli. I just bought several postcard jadilah bukti aku dah sampai. Kalau tak cukup bukti tengok saja gambar aku yang beratus kat sini. Kat sini souvenirs memang exclusive. Nampak high class sangat so no wonder harga pun mencekik. Tshirt, bag dan semua benda ada. Model-model kecil pun ada dijual. Kalau kaya boleh beli. Kalau datang sini jangan datang seorang diri. Kesian nanti tak ada orang nak ambil gambar. Meroyan nanti tengok orang lain posing sana sini. Bukan esok lusa boleh ulang alik datang sini lagi. Menurut several websites yang aku baca, they suggested untuk tourists datang sini kalau agak-agak tak berapa lama nak stay kat Holland. Kiranya dengan pay a visit kat Madurodam, kita dah berjaya jelajah the whole Holland. Main tipu tapi kira complete dah journey kita. From this trip aku tahu kedudukan theme park, stadium bola, amusement park yang ada kat Holland ni tapi apakan daya. Tidak berkesempatan untuk pergi. Mudah-mudahan ada rezeki lain dari Allah SWT.

Jadi dengan ini selesai cerita day trip aku. Sempat juga lalu IKEA Holland. Aku rasa ada dalam tiga kali ganda besar IKEA Malaysia sebab memang sumpah besar sangat. Ternganga aku tengok. On the way balik kami lalu kilang-kilang buat chocolates brand famous. Snickers, Mars dan Milky Way. Asalnya satu company saja tapi ada big banners keliling kilang. Dari jauh boleh nampak signboard chocolates. Tak ada kudrat nak snap gambar. Keletihan yang amat. Dalam journey balik aku dah tak pedulikan manusia sekeliling. Kak Farah dah lama hanyut. Pengsan dengan tenangnya. Kesian dia. Esok nak pergi kerja pula. Demi nak melayan aku dia sanggup sama-sama penat. Kami sampai balik ke Amsterdam dalam pukul 9.00PM and jalan pun dah longlai. Singgah Subway beli sandwich tuna buat bekal balik hotel. Singgah HEMA shopping snack and air juice bermacam jenis buat bekal. Esoknya conference Kak Farah dah bermula. Baik aku beli bekal makanan siap-siap takut esoknya malas nak keluar menapak cari makanan. MamiZ pun dah pesan jangan berani sangat nak merayau seorang diri.

ADDRESS :
Madurodam
George Maduroplein 1,
2584 RZ Den Haag,
The Netherlands.

OPERATING HOUS :
Daily Monday - Sunday
9.00 AM - 6.00 PM
* Ticket office closes at 5.00 PM

ADMISSION :
Adult : 14.50EU (RM58.00 approx)
Children 3-11 years : 10.50EU (RM42.00 approx)

Official Website : Madurodam 

CARA UNTUK KE MADURODAM DARI AMSTERDAM

  1. Majoriti aku baca menyarankan untuk naik train ke The Hague and kemudiannya mengambil tram sahaja untuk sampai ke Madurodam ni. Boleh naik tram no 9 and it will stop betul-betul depan entrance ke Madurodam. Dalam 20 minit perjalanan.
  2. Car / Taxi. Key in saja dalam GPS nak pergi mana. But aku notice, parking kat Madurodam ni tak banyak mana tapi boleh parking for free saja. Maybe orang selalu datang guna service trip macam aku join ni kot.
  3. Tours & Tickets. Seperti biasalah. Beli package dari agent. Lama masa yang diberikan untuk singgah sini sampai aku dan Kak Farah jadi antara orang yang keluar dulu dan menunggu yang lain. 

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com


You may also like

10 comments:

  1. sangat cantik.. memang akan banyakk snap pic kat sini kalo bkesempatan pegi sana, awesome..
    kinda jelez here.. huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaip haaip namo jeles-jeles hihi.. ada rezeki insyallah Shad boleh sampai sini..
      haruslah posing setiap ceruk. sebab sangat cute bangunannya.. main main drama dengan cousin. tabah dia melayan prangai CT.

      Delete
  2. nak kena pg sini jugak..byk kena melabur ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalo ikut tour da bayar siap2 dah..
      haaa mmglah adik oooi.. kalau travel ni mmg sronok tapi sakit nak kuarkan duit..

      Delete
  3. Moga satu hari akak ada rezeki sampai ke mari. Kisah Hansje Brinker tu menarik. Ala2 budak lelaki yg kasi idea mcm mana nak pertahankan Singapura daripada diserang todak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe main insyallah Kak Farrah.. tak tahula sejarah budak tu baca sikit2 je malas hehehe..

      Delete
  4. Akak suka pergi tempat2 begini. Kita leh perasan jadi giant hikhikhik :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul.. kena pandai ambil gambar jugaklah. kalo tak kang entah nampak macam ape je.. hehehe..

      Delete
  5. perrrhhhh.... dah sampai holand adikku ni...

    hebat hebat hebat sangat ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. perjalanan akak pun hebat juga =)

      Delete

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.