SITI.YANG.MENAIP: HOLLAND BELGIUM 2012 : DAY 2.3 - ROYAL DELFT POTTERY FACTORY

HOLLAND BELGIUM 2012 : DAY 2.3 - ROYAL DELFT POTTERY FACTORY

/
10 Comments
November 03, 2012
Entri sebelumnya di SINI.
3 OKTOBER 2012

JALAN-JALAN TRAVELOGUE AMSTERDAM HOLLAND | DELFT - ROYAL DELFT POTTERY FACTORY. Memang punctual yang amat. Kalau kita spesis terkedek-kedek memang hazab. Langsung tak ada headcount. Hanya tunjuk tiket saja terus naik bas. Tepat pukul 12.40PM bas terus gerak menuju Delft. Those yang nak sambung untuk trip second half boleh tunggu. Majoriti yang join trip kedua adalah muka-muka yang sama saja. Salah satu tempat menarik di Holland yang berada di selatan negara ini adalah Delft. Perjalanan mengambil masa selama satu jam setengah. Bosan sikit sebab lalu highway. Hujan mula turun rintik-rintik. Memang nasib kami berjalan dalam keadaan hari hujan. Tak ada yang menarik sangat di sekeliling sepanjang perjalanan kecuali ladang bunga tulip yang sangat besar. Sayangnya bukan musim tulip berbunga jadi hanya nampak ladang yang gersang. Acik Bos tak jadi join trip kedua. Katanya dah pening kepala naik bus.

DELFT : ROYAL DELFT BLUE POTTERY FACTORY

Tempat menarik yang pertama dituju di selatan Holland adalah Delft. Delft merupakan satu bandar yang terletak di selatan Holland. Terasa jauh sungguh perjalanan tapi tour guide memang awesome. Pandai crack jokes jadi penumpang rasa terhibur. Semakin menghampiri Delft, aku nampak bentuk bangunan-bangunan semakin moden. Apartments tinggi-tinggi and lebih banyak kawasan perumahan. Vibe yang sangat berbeza kalau nak dibandingkan dengan Amsterdam. Bila menghala ke south, memang terasa masuk ke kawasan yang serba moden. Delft memang terkenal dengan kehalusan dan kekayaan hasil seni blue pottery and beautiful canals. Selain raturan canals di Amsterdam, Delft pun ada banyak canals. Aku rasa binaan bumbung pada bangunan-bangunan di Delft macam lain sikit berbanding di Amsterdam. Bila dah balik ke Malaysia baru aku terbaca tentang bumbung rumah-rumah di Delft. Antara daya tarikan menarik Delft adalah bumbung rumah-rumah sekitar Delft yang dipanggil gamble-roof houses. Haaa.. nak tahu apa itu gamble-roof houses bolehlah rajinkan diri mencari maklumat sendiri. Misi utama kami ke Delft adalah untuk melawat kilang blue pottery yang famous. Majority semua pottery yang dijual serata Holland adalah made in Delft. For those rich people yang minat pottery memang they will come to Delft semata-mata untuk dapatkan pottery kerana value yang agak tinggi di pasaran.







Kawasan sekeliling kilang nampak macam kawasan perumahan saja. Bila sebut kilang, aku bayangkan akan ada bangunan besar dengan ratusan pekerja. Tapi jangkaan aku meleset. Memang sungguh hanya dalam rumah saja. Sekali tengok macam haunted mansion pun ada juga. Tapi raturan ribu income dalam seminggu hasil daripada demand yang tak pernah putus-putus. Kilang blue pottery yang paling terkenal di Delft adalah Royal Delft. All these people memang dah berkurun buat business porcelain dari kurun ke-16 lagi. Kalau salah info maknanya tour agent aku penipu. Aku ambil info dari dia. Royal Delft adalah antara beberapa saja lagi kilang yang still menggunakan traditional ways in order to preserve the originality products porcelain yang dihasilkan. Masih lagi menggunakan lukisan tangan all the motifs and elements. Bukan lukisan yang dicetak menggunakan mesin. Itu antara sebab blue pottery dari Royal Delft masih famous sampai sekarang and orang sanggup habiskan banyak duit nak beli. Masuk ke dalam kilang dah terus kena panjat tangga. Sempit juga laluan untuk sampai ke atas. Mulalah sesi penerangan. Aku sumpah mengantuk. Menarik juga sebenarnya pakcik tour guide tunjuk all the procedures dari cara pemilihan clay sehinggalah masuk dalam mesin pembakar. Tapi bosan sebab slow sangat. Sepatah demi sepatah dia cakap. Maaf pakcik. Aku nak tengok pottery saja nak dengar-dengar penjelasan aku tak berapa gemar. Mengantuk. Tapi aku tangkap juga pakcik tour guide sembang apa even though dekat sepuluh kali menguap.

The funny part about blue pottery adalah, they imported the clay dari negara-negara jiran. Sebabnya, they do not have white clay in Holland. Kat Holland semua clay warna merah. That is the reason kenapa majority binaan batu bata rumah-rumah di Holland adalah berwarna merah. This uncle told us, clay merah adalah clay yang murah kalau kat Holland. That is why people guna clay merah nak buat rumah. Kalau nampak rumah yang cat warna lain tu semua sebab cat saja but basic adalah clay merah. Rumah yang betul-betul pakai clay mahal tu maknanya rumah orang kaya. Jadi clay terpaksa diimport from countries macam Sweden and Germany. Memang dari dulu lagi dah mula import. Mesti guna white clay kalau nak buat pottery ni. Nak tak nak kena import.







Lagi satu perkara yang kelakar, pakcik tour guide turut mengaku yang idea and design dicuri dari China and ilmu pottery dikembangkan sendiri di Delft masa dulu datuk nenek moyang orang-orang Dutch nak mulakan business pottery. Nak buat jadikan blue pottery nampak dari Holland, dikekalkan elements yang sebati dengan Hollands. Windmills, tulips and clog shoes. Begitu rupanya. Kemudian, kami dibawa ke tempat artis-artis melukis. Selain blue pottery yang basic, pelukis-pelukis di Royal Delft mengambil order tempahan kalau customers nak extra colours dalam tempahan mereka. Semuanya handmade jadi kita boleh agak harganya. Memang hasil kerja pakcik-pakcik pelukis sangat teliti. Kita boleh juga kalau nak bergambar dengan pakcik-pakcik artis tu semua. Sangat peramah nak explain hasil seni yang dah dihasilkan. Dihujung trip, kami dibawa ke gallery menjual pottery. Ada banyak pottery yang cantik-cantik. Harganya memang mampu buat kita menangis dan telan air liur saja mampu. Paling murah antara yang aku tengok pun harganya 160EU (RM640 approx). Memang taklah aku beli. Nak hempuk kat dalam luggage usung balik Malaysia ? No way. Ranap baru padan muka. Aku pegang saja buat merasa. Pottery dari Royal Delft bukan ada kat sini saja. Products Royal Delft ada kat serata Holland.

Kita kena pastikan originality saja. First, kena check logo kat bawah products takut-takut yang tiruan punya. Then, kalau tengok seni lukisan macam tak meyakinkan maknanya yang tipulah. Sebab jaminan memang Royal Delft punya superb and tip top. Halus and sangat detail. Jadi kita boleh nilai sendiri. Finally, kalau harga murah yang amat memang yang tipu punya. Tak adanya murah. Kat sini ada jual accessories yang dibuat dari porcelain. Aku tengok orang lain pulun beli angkut sekali sepuluh set. Aku jenguk harga dah terpengaruh dengan hasutan makcik-makcik yang join trip ni. Sekali tengok harga peeergh..!! Berpinar mata. Aku memang tak deny pun kecantikkannya tapi harga around 50EU (RM200.00 approx). Sekali minah tu angkut 10 kotak aku pun haaaih..!! Ikut duit dia murah agaknya. Terkebil-kebil aku kat tepi rak tu. Nak beli ke tak nak beli sebab sumpah cantik. Berat and memang nampak exclusive. Berperang dengan jiwa raga akhirnya aku berjaya melawan nafsu. Aku berjaya menepis godaan even though cantik yang amat bangle tu. 





Selesai urusan di Royal Delft kami dibawa bersiar-siar ke bandar Delft. Ada banyak tarikan lain di sekitar bandar Delft. Macam-macam jenis museum and segala church yang famous kat Delft ada kat bandarnya. Kami diberi masa selama satu jam untuk meronda. Banyak souvenir shops juga tapi masih tak dapat melawan harga yang murah di Volendam. Baca di SINI. Memang sumpah Volendam tempat yang paling sesuai nak borong souvenirs. Ada banyak silk scarf dijual disini. Aku tak nampak sangat kedai ada dijual di Amsterdam. Boleh beli kalau berminat. Bermotifkan bunga tulip yang terkenal di Holland dan ada tulis 'The Netherlands' lagi. Nak jadikan souvenirs pun memang menarik.

BANDAR DELFT - BLUE HEART OF DELFT

Tour guide brought us to visit the Delft University of Technology, one of the famous universities in Holland. Tengok dari bus saja. Tak turun pun. Besar sungguh dan kami nampak ramai students memang kayuh basikal sana sini untuk bergerak. Disini juga ada satu taman yang famous and dinobatkan sebagai tourists spot. Tapi kami tak singgah sebab nak pi shopping kat bandar. Disebabkan Delft is very famous for their pottery, ada satu replika berbentuk hati yang besar dibuat daripada fake sapphire dibina to symbolize the famous blue pottery. Namanya adalah 'Blue Heart Of Delft'. Nak jumpa replika blue heart ni kat town of Delft saja. Besar enough untuk nampak. Wajib bergambar kat sini as a bukti yang kita dah sampai Delft.


Done short trip ke Delft yang merupakan one of the tourists spots kat south Holland. Aku baca from various websites and blog bloggers yang dah pernah sampai sini, they suggested untuk spend a day trip saja di Delft. Gerak dari Amsterdam dan pusing-pusing then gerak balik. Tak payah sampai nak bermalam unless korang memang ada banyak masa. Bolehlah nak jalan-jalan santai. Delft ni dah dekat sangat dengan The Hague dan Rotterdam. Kalau nak extend perjalanan pun boleh sangat. Dah alang-alang sampai biar jalan sungguh-sungguh.

TIPS BERADA DI DELFT

  1. A visit to the Royal Delft adalah wajib. Mesti tulis dalam list kalau bercadang nak ke Delft. Tak bermakna trip kalau tak singgah sini walaupun tak membeli.
  2. Seperti biasa, Holland memang ada banyak museum. Jadi bolehlah melawat banyak museum kat sini. Pilih saja nak yang masuk yang mana satu.
  3. Delft merupakan tempat lahir salah seorang painter terkenal Holland iaitu Vermeer. Aku tak kenal dia ni tapi memang tour agent aku dok explain sepanjang journey pasal dia ni.
  4. More information boleh click sini --> Things To Do in Delft.

CARA UNTUK KE DELFT DARI AMSTERDAM

  1. Car / Taxi. Kalau sewa kereta boleh drive saja ke sini. Masuk highway and ikut sahaja signboards. Type dalam GPS mana nak pi.
  2. Bus. Aku ikut trip dari Tours & Tickets jadinya aku datang sini naik bus. Kalau nak join bolehlah beli package yang company ni offer.
  3. Train. Ini memang suggested by many people. Hanya satu jam saja dari Amsterdam Central. Sama lamanya dengan naik bus. Beli sahaja ticket train and turun di Delft. Boleh click sini --> Getting There : Delft for more information and harga tiket train sekali.
SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com


You may also like

10 comments:

  1. boleh tahan jugak yea harga pottery Holland nih. Part yang tak leh tahan tu, uncle tu bleh pulak pi bkak cerita kata the idea tu curik dari china, just masih guna windmill, tulips and clog shoe sbgai sumber inspirasi.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi orang china memang kretip kita kena akui. otak diorang ada saja idea nak berniaga la bisness and macam-macam. bosan gila uncle tu bercerita. syukur accent dia tak pelik.. paham la jugak.

      Delete
  2. Akak memang suka seni pottery ni. Tapi, klu dah dok harganya begitu tinggi, tak delah namanya nak beli kan. Boleh rabalk poket dibuatnya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehe nak beli kononnya tapi tak jadi. letak balik.. sbijik pinggan macam harga tiket flight nak pergi sana. ohhhhh no..

      Delete
  3. Mana gambar CT? CT tak posing ke dgn Heart of Delft tu? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe sebab gambar tu tak comel =P

      Delete
  4. BILA LAH AHKAK NAK SAMPAI NI...

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyallah one day. CT pun tak penah berhasrat nak datang sana tapi Allah izin rezeki. dulu brangan yang dekat2 je..

      Delete

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.