SITI.YANG.MENAIP: HOLLAND BELGIUM 2012 : DAY 2.2 - MARKEN

HOLLAND BELGIUM 2012 : DAY 2.2 - MARKEN

/
10 Comments
November 01, 2012
Entri sebelumnya di SINI.
3 OKTOBER 2012

JALAN-JALAN TRAVELOGUE AMSTERDAM HOLLAND | AMSTERDAM - MARKEN. Selepas dua puluh lima minit berada di dalam boat meninggalkan Volendam akhirnya kami sampai di Marken. Trade mark Marken katanya tempat ni memang kelilingnya air. A fishing village juga. Banyak boat yang boleh disewa kalau nak pi memancing. Marken is famous for its wooden houses yang colourful and sangat cute. Dari jauh boleh nampak dah deretan rumah-rumah warna-warni. Macam chalet pun ada juga. Sepanjang journey dari Volendam, sempat juga notice ada lebih dari sepuluh windmills besar gedabak yang moden. Generated guna electricity. Dah tak mainlah windmills kayu. Sekarang semua technology tinggi. Windmills canggih ni bersepah kat sekitar Holland. They need these windmills untuk control angin and paras air laut. Holland ni negaranya rendah jadi they use windmills kalau nak prevent anything yang unwanted to happen.

MARKEN

In Marken ada banyak souvenir shops juga tapi tak sempat nak menjenguk. Turun boat terus berjalan ikut geng tour. Kawasan Marken sama cantik macam Volendam juga tapi nampak lebih klasik dengan binaan bangunan yang lebih kekampungan. Chalet-chalet kecil ada merata so kalau korang mampu dan berminat boleh sewa bermalam. Kami jalan jauh lepas turun dari boat. Aku patutnya refer dalam brochure tentang Marken tapi terlupa dah. Menonong saja ikut group. Tapi sebab kawasan sekeliling memang cantik tak sedar pun yang kaki kami dah menapak jauh. 





TEMPAT MENARIK DI MARKEN - KILANG PROSES CHEESE DAN PEMBUATAN CLOG SHOES - KASUT TRADISIONAL HOLLAND

Dari jauh dah boleh bau cheese. Kami dibawa ke kilang buat clog shoes atau kasut kebanggaan orang Holland dan kilang cheese. Memang antara daya tarikan yang menarik di Marken. Satu bangunan saja tapi ada dua bahagian. Bukan besar mana pun tapi kemas dan boleh juga menampung ramai pengunjung. Mungkin dibina untuk tour purposes. Ada banyak kilang buat cheese kat Holland. Di Amsterdam City tu bersepah-sepah kedai jual cheese. Mana-mana ceruk pun ada. Tapi disini pekerja akan demonstrate macam mana nak buat cheese secara manual. Tak main guna mesin. Dari awal sampai akhir ada penerangan macam mana nak buat cheese yang fresh. Semua pakai tenaga kudrat. Dari susu segar yang diperah dari lembu atau kambing sampailah jadi cheese besar tapak tangan. Tapi cheese dari susu kambing tak berapa mendapat sambutan jadi kurang dihasilkan. Dari perasa asli hinggalah wujud macam-macam jenis perasa lain. Aku beli cheese yang sudah dibungkus comel untuk kawan-kawan. Sesuai buat souvenirs. Ada macam-macam jenis dalam satu bungkus. Satu bungkus ada 20 biji cheese dan berharga around 12EU (RM48.00 approx) untuk sebungkus. Ala macam cheese stick yang kenyal tu. Beli dua bungkus terus. Boleh dijadikan souvenir juga. Rasanya memang sedap. Sekarang pun telan air liur teringat. Melampau.Tak beli cheese yang besar tapak tangan sebab aku rasa membazir. Tak ramai dalam keluarga aku yang suka cheese.












Kasut clog pun ada disini. Harga sepasang jauh lebih murah berbanding yang dijual di Amsterdam City. Dari jenis kayu yang boleh digunakan hinggalah proses pembuatan kasut they demonstrate untuk pengunjung. Hanya sejenis saja pokok yang boleh buat kasut kayu ni. Depan kilang ada satu saja pokok yang sengaja ditinggalkan untuk tourists tengok. Other than that, ada kat tempat lain. Yang bestnya, memang unik dan kat Holland saja pokok ni ada. Cara kapak kayu dengan betul sampailah kayu dimasukkan dalam mesin khas untuk tebuk buat ruang masukkan kaki. Semuanya dijelaskan. Memang antara tempat menarik untuk kita kunjung kalau ke Marken tapi kena hati-hati. Ada serpihan-serpihan dan habuk-habuk kayu bakal berterbangan. Eloklah duduk jauh sikit. Holland clog shoes dikatakan mampu untuk support tulang belakang dan betulkan posture badan agar nampak lebih cantik. Dipercayai berguna untuk kesihatan. Tapi zaman sekarang lain pula ceritanya. Kalau tak dipakai, they use it as pasu bunga. Almost semua rumah kat Holland akan ada clog shoes yang bergantungan untuk buat decoration. 


Di Marken juga boleh kalau nak shopping souvenirs juga macam fridge magnets dan keychains. Tapi aku masih rasa harga di Volendam lagi murah. Boleh baca di SINI. Mahal sikit dari Volendam tapi absolutely cheaper kalau compare harga di Amsterdam. Aku tak banyak membeli pun. Dah habis sakan memborong di Volendam. Kalau rasa nak beli kasut kayu, silalah beli kat sini sebab memang dijual murah yang amat berbanding di Amsterdam. Beza boleh sampai 5EU (RM20.00 approx). Aku tertarik nak beli tapi aku takut nanti aku tak pakai. Buat membazir saja. Tapi bila dah balik Malaysia rasa menyesal pula. Marken adalah destinasi yang terakhir untuk packages Tours & Tickets yang pertama. Pulang semula ke Amsterdam around pukul 12.00 PM and around 12.40 PM kami dah kene standby untuk trip seterusnya ke south pulak. Perjalanan mengambil masa yang lagi lama. Mari kita berehat dulu.

TIPS BERADA DI MARKEN

  1. You can cycle around Marken. Antara yang disarankan oleh bloggers. Sebab kawasan Marken sangat cantik dengan suasana kampung nan permai lagi so boleh jalan kaki or cycling.
  2. Jangan lupa kunjungi kilang membuat keju dan clog shoes. 
  3. Kat sini ada light house. Tapi aku tak pi pun. Kalau korang get the opportunity untuk pergi sila pergi. Teringin juga nak pergi light house and tengok laut dari atas. Tapi tak ada rezeki.
  4. Museum. Kat Holland mana-mana pun ada museum. Kalau suka sejarah boleh jenguk museum yang ada sekitar Marken. Macam-macam cerita bersejarah Marken ada. Sebab kawasan Marken selalu banjir jadi mungkin ada cerita menarik yang ingin dikongsikan dengan pelancong.

CARA UNTUK KE MARKEN DARI AMSTERDAM

  1. Car / Taxi. Boleh sewa kereta and set saja GPS nak ke sini. Marken is near to Zaanse Schans so memang signs are everywhere. Ikut sahaja sign confirm sampai. Tak pun beli saja pakej macam yang aku beli package melalui Tours & Tickets agent yang ada serata Holland.
  2. Bus 311 connects Amsterdam to Marken and patah balik frequently. Bus ni passes through Broek in Waterland and Monnickendam. Another bus is Bus 610 connects Marken to Volendam kalau tak nak naik boat.
  3. Boat. This is another option kalau dari Volendam nak ke Marken. Boleh naik boat Marken Express.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com


You may also like

10 comments:

  1. Holland with it's museum, pencinta sejarah most welcome, hehehhe..
    The clog shoes tu comel.. hehe.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. i am not one of them.. passed by sajalah. but kalau museum yang super famous kenalah masuk. yang biasa biasa ni tak apalah. yes the clog shoes memang cute.
      nyesal tak beli T.T

      Delete
  2. jalan2 baca entri sambil sematkan kedengkian dalam hati... muahahaha !! rasa maca teruja baca kisah cheese tu sebab hakakkk penggemar cheeseeeeeeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaaip haaaip tak baik >.< hahaha. insyallah ada rezeki masing-masing kan..
      sebenarnya rasa sama aje dengan cheese yang ada kat malaysia tapi kemain nak
      belagak beli dari oversea..

      Delete
  3. Comel pula bila clog shoes tu dibuat pasu. Plus, akak berkenan tgk rumah2 kat kawasan tu. Comel2 je kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. iye kak ada je idea diorang nak hias2 rumah lawa2.. dengan kasut pun jadi haaa dibuatnya jadi pasu hehe..

      Delete
  4. Ct, gambo kincir angin tak dak ka?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe ada dalam entry lain.. tapi limited sebab hari hujan teruk..

      Delete
  5. COMEL NYA.. GAMBO PASU MUNGE VERSI KASUT TU...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan.. kretif orang2 sana. kasut pun jadi pasu colourful plak tu..

      Delete

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.