SITI.YANG.MENAIP: HOLLAND BELGIUM 2012 : DAY 2.1 - VOLENDAM + MARKEN EXPRESS DARI VOLENDAM

HOLLAND BELGIUM 2012 : DAY 2.1 - VOLENDAM + MARKEN EXPRESS DARI VOLENDAM

/
12 Comments
October 31, 2012
Entri sebelumnya di SINI.
3 OKTOBER 2012

JALAN-JALAN TRAVELOGUE AMSTERDAM HOLLAND | AMSTERDAM - VOLENDAM. Tempat menarik seterusnya adalah ke Volendam. Hari masih hujan. Tapi sedikit reda dari sebelumnya. Tours & Tickets agent tak peduli itu semua. Itinerary mesti diteruskan. Peduli apa dia hujan ke ribut ke. Selepas ke Zaanse Schans, kami bergerak ke Volendam. Setengah jam juga nak sampai ke Volendam. Aku memang no idea langsung ada apa kat Volendam. Memang tak buat research. Main beli saja package yang ada dengan harapan semua tempat yang dituju adalah menarik.

VOLENDAM

Volendam memang satu tempat yang menarik dan gempak gila. Kalau korang berkesempatan untuk singgah ke Volendam, silalah singgah. Spend masa duduk lama pun tak apa. Aku suka Volendam daripada semua tempat yang kami pergi dengan Tours & Tickets. Volendam is well known for its fishing village and The Netherlands' traditional costume shops. It is one of the famous harbours di Holland selain Rotterdam. Volendam has been just perfect. The scenic views and the panoramic beautiful sceneries boleh mencairkan hati sesiapa saja. Memang melting tak sudah hati ni terpaut dengan keindahan Volendam. Tebing sama level dengan air laut. Subhanallah. Memang cantik. Tempat yang kemas dan bersih. Disebabkan hari masih lagi hujan renyai-renyai, orang tak berapa nak ramai kat kawasan ni. Before we reached Volendam, we walked through beberapa kawasan perumahan. Design semua rumah sangat comel. Memang geram. Punya berangan nak dapat tinggal kat tempat macam ni. Kalaulah boleh tangkap mana-mana abang mata biru memang sanggup migrate. Besar sungguh cita-cita. Nak tangkap gambar kena cepat-cepat. Kalau tak nanti tour agent tinggal. Drawbacks kalau join tour cengginilah jadinya. Kena pandai cari ruang dan dalam masa yang sama masih lagi berada dalam group. Tapi tak adalah sampai tak sempat langsung. Janji korang ingat muka-muka yang sama-sama join tour. Insyallah okay.

VOLENDAM : KAMPUNG NELAYAN DAN TEMPAT SHOPPING SOUVENIRS YANG MURAH

Sepanjang jalan ada lebih dari dua museum aku nampak. Memang orang Holland suka sejarah agaknya. Setiap ceruk ada bangunan tulis museum. Aku memang bukan rajin nak jejak museum. Sampai di kawasan pelabuhan Volendam hujan dah mula nak berhenti. Payung dah boleh put aside. Baju memang dah lencun hasil daripada mandi hujan di Zaanse Schans. Buat tak tahu sajalah. Aku actually bawa satu lagi jacket tapi aku malas nak salin sebab takut nanti hari hujan lagi. Jacket tu pula lencun. Disebabkan awan gelap mula berlalu pergi, kami managed to snap more pictures. Tapi tangan memang terketar-ketar lagi sebab sejuk. And raindrops pun asyik tempias kat camera. Redha sajalah snap and berharap tak teruk sangat gambarnya. 















Dah balik Malaysia pun aku tak habis-habis cerita pasal Volendam kat DediS dan MamiZ. Tak sudah-sudah isu Volendam ni. Terbayang-bayang tempat ni. Aku setuju that Malaysia pun ada juga pantai-pantai yang cantik with perfect crystal clear water tapi Volendam has it own charms. Memang perfect tak payah nak deny lagi. Even recently, my friend who is studying in Russia pergi menjenguk to Volendam. She also agreed with me that Volendam is such a nice place. If you are about to visit Holland, tolong add Volendam in your list. Tolonglah datang jangan tak datang. Kalau korang ada budget lebih boleh bermalam kat kawasan ni. Cute chalets banyak dan sangat lovely. Aku kalau kaya memang nak pergi lagi Volendam bawa DediS dan MamiZ.

MAKANAN HALAL DI VOLENDAM : PILIHAN HIDANGAN SEAFOOD SEGAR

Kat kawasan ni ada banyak cafe and you guys can go and eat. But for us Muslims, silalah berhati-hati memilih. Cari kedai yang meyakinkan. Ada saja kedai yang jual makanan untuk vegetarian so korang boleh pi tanya and they won't feel offended kalau kita tanya. They will answer you nicely. Aku tanya ada any wine ke alcohol ke or animal fats before aku beli makanan. They will say ada kalau ada and no kalau tak ada. Kalau beli makanan berbungkus, lagi senang. Baca saja ingredients. Apa-apa pun kalau dah was-was better jangan makan. Kalau rajin silalah pack makanan sendiri.




Nampak benar muka tengah lapar. Memang lapar. Kami decided nak makan seafood platter ni. Dah tanya siap minyak apa yang digunakan. Vegetables oil katanya. Siap tunjuk buat bukti. Plus they did not sell any daging. Jadi memang yakin untuk makan. Ada beberapa gerai saja yang beroperasi. Mungkin sebab hari hujan jadi peniaga malas nak buka kedai. Harganya 10EU (RM40.00 approx) tapi banyak. Plus the pekerja terlebih ramahnya. Dia kasi extra. Muka aku muka orang kebulur sangat kot. Tapi baguslah. Kenyang kami bertiga makan. Kawasan Volendam ni kan fishing village so semua ikan dan seafood adalah fresh. Harga makanan laut disini akan jauh lebih murah berbanding di tempat lain. Dalam platter yang kami beli ada ikan ada sotong ada udang and ada isi ketam. Puas hati makan. Sandwich tuna pun ada tapi dah kenyang makan seafood platter tak jadi beli.

TEMPAT BELI SOUVENIRS PALING MURAH DI AMSTERDAM

Sepanjang aku berada di Holland, aku rasa kat kawasan Volendam inilah tempat paling murah jual souvenirs. Kalau kat Amsterdam, rata-rata harga souvenirs for example fridge magnet paling murah pun 2EU (RM8.00 approx) seketul. Kalau beli banyak pun 3 ketul untuk 5EU (RM20.00 approx). Tapi kat Volendam ni syurga souvenirs kalau korang berhasrat nak beli souvenirs banyak-banyak. Seketul fridge magnet di Volendam boleh dapat dalam 1EU (RM4.00 approx) and keychain clog shoes boleh dapat 0.50EU (RM2.00 approx) kat sini. Aku kenyit-kenyit mata kat tukang kedai tu aku dapat dengan harga yang lebih murah. So memang aku borong habis-habisan kat sini and lepas tu aku tak pandang dah souvenir kat Amsterdam. T-Shirt pun murah kat sini. Senang cerita semua murah. Jadi kalau korang akan datang ke sini mohon jangan tamak haloba dan shopping di Amsterdam. Kalau tak dapat singgah ke Volendam, bolehlah pergi Albert Cuyp Market di Amsterdam City. Boleh naik tram terus sampai depan pintu market. Klik SINI.

TEMPAT CUBA PAKAIAN TRADISIONAL ORANG DUTCH

Teruja. Serious teruja. Another thing that you must try while being in Volendam is, try the Dutch traditional costumes and take photos with it. Pengalaman mencuba pakaian tradisional orang Dutch adalah sangat menarik. Di Volendam, there will be more than one shop that offers the service. Kak Farah dah dua kali datang ke Volendam and she regretted her first visit because she could not manage to take the photo. Harga untuk bergambar bersama pakaian tradisional Dutch tak terlalu mahal. Untuk pengalaman seumur hidup jangan berkira sangat. If you want to take the photo alone, it will cost you around 7EU or 9EU, depends on the size. Aku dan Kak Farah decided to take the second package where kami berdua ada dalam satu gambar and cuci dua keping. It costs us around 12EU (RM48.00 approx). Much cheaper.


Cari kedai yang macam ni. Nanti they will pakaikan kita and they will kasi arahan untuk posing macam mana. Ikut sajalah apa yang they ask you to do. Siap tangkap gambar kami salin baju turun bawah saja gambar dah siap. Express kan. So kalau korang join trip bersama Tours & Tickets macam aku join do not worrylah kalau takut kena tinggal. Sekejap saja service tapi tip top gambarnya.Trying the costume was so much fun. We could try the clog shoes. It was very comfortable to wear those shoes. No wonder it becomes part of the traditional costume. Memang ada dijual clog shoes tu tapi aku tak terasa nak beli. Bila balik Malaysia rasa menyesal pula. Sekurang-kurangnya boleh juga buat kenangan. So it is a must thing to be done if you are here. Jangan lepaskan peluang cuba pakaian tradisional orang Dutch. Apa yang Kak Farah cakap dekat aku, kat tempat lain tak ada service macam ni. Betul juga sebenarnya. Sepanjang berjalan-jalan di Amsterdam memang aku tak nampak any kedai yang tawarkan khidmat macam ni. You must not lose the opportunity.

BERGERAK KE MARKEN MELALUI VOLENDAM

Lama kami di Volendam. Sempat makan sempat ambil gambar sempat shopping. Next destination adalah Marken. Dari Volendam boleh naik boat ke Marken. Memang orang Volendam and Marken selalu ulang-alik naik boat between these two places. Boleh saja guna jalan darat tapi lebih jimat masa kalau naik boat. Sebab tu boat bersepah kat kawasan ni. Comel-comel pula tu. Awal-awal lagi before mula journey dari Amsterdam kami dah diberikan tiket nak naik boat. Simpan baik-baik. Hilang kang uols terpaksa berenang ke Marken. 







BOAT SERVICE 'MARKEN EXPRESS' DARI VOLENDAM KE MARKEN

Tour agent pun panggil kami naik boat. Memang punctual yang amatlah minah tour guide tu. Dia kasi kami dua jam setengah kat sini. Memang tepat-tepat dua jam setengah dia panggil. Tabik spring aku kat dia. Rules memang gitu. Lambat sampai bersiap sedialah untuk tertinggal dan pandai-pandailah cari jalan balik ke Amsterdam. Memang dia tak buat headcount. Tak ada masa dia nak kira macam trip budak sekolah. Pepandai kitalah yang dah besar ni. Jadi kami pun naik boat. Ingat nak keluar ambil gambar tapi tak mampu. Sejuk gedi. Jadi aku duduk dalam boat sahaja dengan penumpang lain. Ada few passengers yang konon tabah nak keluar ambil gambar lari masuk balik. Tudung pun boleh melayang-layang kalau duduk lama kat luar. Sumpah tak tahan. Baju dahlah tengah lencun lagi. Aku berserah saja harapnya aku tak demam. Drenched dengan air hujan tapi kena gagahi jugalah nak berjalan. Beribu dah keluar. Journey ke Marken menggunakan Marken Express ni adalah dalam 25 minutes saja. Boatnya tak laju sangat and tak slow sangat. Sedang elok. Tak adalah scene melambung macam naik boat ke Langkawi. Tak tak. Tenang saja. Dalam boat ada mini cafe. Kalau lapar boleh beli makanan. Air and chocolates and sandwiches and fruits so bolehlah nak ngap ngap.

TIPS BERADA DI VOLENDAM

  1. It is suggested that this place is best explored by foot or bicycle. Volendam ni kawasannya luas and nak jenguk sehari memang tak puas. Jadi ada banyak services menarik yang ada untuk berminat nak tawaf Volendam. Boleh rent boat untuk keliling Volendam and sewa basikal atau uols willing nak berjalan.
  2. Shopping : Go into several shops first then decide nak shopping kat kedai mana. I bought the souvenirs kat kedai yang sama I took photo pakai traditional costumes tu. Maybe sebab tu dia kasi lagi murah.
  3. Bring your umbrella together with you all the time. 90% of the days kat Holland ni memang kerja hujan saja. Ini apa yang tour agent tu cakap. Aku quote balik untuk korang prepare.
  4. For more information, click here -- Volendam.

CARA UNTUK KE VOLENDAM DARI AMSTERDAM

  1. Tours & Tickets. You can buy the deals that they offer at the counters that can be found anywhere in Amsterdam. You can buy the package macam aku beli dan tak perlu susah payah fikir cari jalan nak reach Volendam.
  2. Car. It is an approximately 25 minutes drive from Amsterdam.
  3. Bus. You can find your route to Gouwzee Bay and take a bus to reach this place. Bus line (110, 112, 118 and 373) You can choose salah satu. 

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com


You may also like

12 comments:

  1. i can't help but continue reading and reading ur travel's entry. Kalau pegi sana, wajib dlm senarai ialah volendam.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi my pleasure sudi baca.. im happy enough.
      yes memang wajib kena mai sini. kalau extra kaya boleh tidur bermalam kat sini.
      so lovely hihi..

      Delete
  2. walaupun dengki, tapi rasa nak baca dan terus baca... dapat imejin pergi pun dah best sangat !! hahaa.. seronoknya Volendam...!! actually ni laa baru first time nampak perkataan Volendam tu... hahaaa jakun kan iolssss

    ReplyDelete
    Replies
    1. iols pun sampai sana jejak kaki kat sana baru tahu ada tempat nama volendam.
      sebenarnya tak pernah tingin nak ke amsterdam.
      cousin angkut sekali iols laju aje nak pergi hihi.

      Delete
  3. alaaaa... jelly nyaaa kitaaa. teringin nak pergi sana sebab nak tengok bunga tulip

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi itu kena pergi time spring. akak pun tak jumpa tulips sebab pergi time autumn..
      jadi sama-samalah kita tak pernah tengok tulips.

      Delete
  4. Replies
    1. alhamdulillah ada rezeki sikit =D

      Delete
  5. Oh akak pun dah jatuh cinta pada tempat ni. View masa lencun hujan pun cantik, apa lagi bila matahari memancarkan cahaya . Chewahhhh!

    ReplyDelete
  6. Adik manis, nape tak share gambo pakai costume? :)

    ReplyDelete
  7. Akak dah pasang angan2, menikmati seafood segar setiap hari kat tepi laut :)

    ReplyDelete
  8. klu tak hujan lagi enyoy dan cantik2 gambarnya ...

    ReplyDelete

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.