SITI.YANG.MENAIP: HOLLAND BELGIUM 2012 : DAY 1.2 - THE RED LIGHT DISTRICT + ALBERT CUYP MARKET

HOLLAND BELGIUM 2012 : DAY 1.2 - THE RED LIGHT DISTRICT + ALBERT CUYP MARKET

/
33 Comments
October 27, 2012
Entri sebelumnya di SINI.
2 OKTOBER 2012

JALAN-JALAN TRAVELOGUE AMSTERDAM HOLLAND | AMSTERDAM - THE RED LIGHT DISTRICT DAN ALBERT CUYP MARKET. Masing-masing dah setuju untuk ke The Red Light District. Walaupun MamiZ dah pesan dari awal jangan pergi tapi rugi sangat kalau tak terjah dah sampai di Amsterdam. Acah-acah berani. Dari Dam Square, kami menapak ke The Red Light District. Kak Farah dan Acik Bos yang punya idea jadi they figured out jalan. Tak jauh sebenarnya dari Dam Square cuma jalannya sedikit mengelirukan. Semua nampak sama saja lorong-lorong yang ada. Sepanjang perjalanan ke The Red Light District, kami lalu banyak canals yang cantik. Subhanallah. Tak lekang mata memandang. Pandang kiri cantik. Pandang kanan cantik. Tambah dengan pokok-pokok sepanjang jalan yang dah mula bertukar warna. Aku langsung tak ambil peduli dengan urusan mencari jalan. Menonong saja mana Kak Farah dan Acik Bos menapak. Sakan Kak Farah dan Acik Bos siap buka peta cari jalan. Aku stop sekejap-sekejap untuk ambil gambar.


THE RED LIGHT DISTRICT AMSTERDAM

Satu saja yang tak menarik kat kawasan ni. Aku tak selesa dengan toilet-toilet mini yang disediakan sepanjang jalan. Lelaki yang usually akan guna that mini toilet. That thing covers part nak shishi saja. Part lain orang boleh tengok. Not a decent scene untuk public tengok. Aku terkedu this one guy masuk that place and shishi. Pergh gila open dia relax saja melepas. Lepas shishi dia berlalu pergi. No comment. Cannot brain apa yang baru saja terjadi. Rugi pula aku tak snap that place so that if you guys ternampak while jalan-jalan kat sini tak adalah jadi jakun dan terkena culture shock macam aku. Sebenarnya takut nak ambil gambar.

Apa yang ada sebenarnya di kawasan The Red Light District sampai MamiZ larang aku sama sekali untuk pergi. Sebenarnya kawasan ni adalah kawasan yang korang boleh jumpa ramai pelacur dan macam-macam benda yang related to sex. Semua dah dewasa untuk hadam apa yang aku bakal kongsikan. Mohon berfikiran terbuka. Di Holland, prostitution adalah legal dan tak akan dikenakan sebarang tindakan undang-undang. Dunia prostitution adalah salah satu aspek yang memberi modal pulangan yang besar kepada pembangunan ekonomi Holland. Holland ni negara yang kecil jadi untuk jana pendapatan yang berterusan, kerajaan Holland jadikan industri pelacuran sebagai aset ekonomi. Sebab itu Holland mendapat gelaran antara negara yang terkenal dengan 'Sex Tourism'. Haaa.. Pandailah korang nak digest sendiri.












THE RED LIGHT DISTRICT : THE INTERNATIONAL SEX TOURISM

Akhirnya kami semakin hampir dengan The Red Light District. Senang sangat nak tahu sama ada dah nak sampai atau belum. Bila dah masuk ke kawasan The Red Light District, korang akan notice makin banyak kedai menjual barangan sex oriented businesses. Di Amsterdam pun ada tapi di The Red Light District lagi banyak. Kiri kanan memang banyak sungguh kedai-kedai yang pelik dibuka. Di kawasan ini juga ada banyak hotel dan hostel. The Red Light District ni adalah satu kawasan urban yang terkenal di Amsterdam. Tersenarai sebagai salah satu daya tarikan untuk menarik pelancong masuk ke Holland. Di sepanjang The Red Light District ni ada banyak Sex Shop yang menjual barangan-barangan yang pelik yang orang sana saja guna aku rasa (seksa nak buat explanation). Okay kalau korang curious aku rasa korang boleh masuk ke dalam sex shop dan tinjau. Ada kawan aku yang pernah masuk. Siap bertudung lagi. It is safe sebab itu hanyalah kedai yang menjual barang-barangan berkaitan sex. Kawan aku masuk sebab dia nak tengok ada apa dalam tu. Selain tu ada banyak Strip Clubs. Korang janganlah masuk sini pula. Pening kepala nanti. Luruh terus iman. Dalam club ni hanya adults yang boleh masuk. Jangan gatal usung budak kecil pula. Terjojol biji mata tengok show lucah. Biasanya akan ada erotic shows. Sendiri faham sudahlah. Ada banyak juga adult movie theater. Ini adalah tempat untuk tengok movie porn. 



Kat sini aku tak disarankan untuk angkat camera dengan beraninya. Sorok sikit camera. Jangan sesuka hati snap gambar especially gambar mereka-mereka yang sedang meliuk-lentok di cermin-cermin sepanjang jalan. Kalau korang snap pepandai tanggung sendiri. Bodyguard ramai berjaga depan kedai. By the time kami lalu ada seorang lelaki kena kejar dengan dua lelaki berbadan besar. Tak tahulah kenapa. Seram. Kami lalu buat selamba. Orang memang pandang kami atas bawah atas bawah. Pelik agaknya tengok orang bertudung lalu-lalang kat kawasan macam ni. Apa yang aku tahu tentang kawasan ni juga, business untuk melanggan pelacur usually hangat bermula pada waktu malam. Kalau tengok gambar-gambar yang boleh didapati di Google, memang suasana waktu malam penuh dengan lampu-lampu berwarna merah. Maybe sebab itulah kot namanya jadi The Red Light District. Those perempuan yang meliuk-lentok di cermin adalah pelacur dan mereka akan menggoda orang ramai yang lalu-lalang untuk masuk ke kedai mereka dan melakukan hubungan sexual. Bila ada pelanggan, langsir akan ditutup. Bila dah selesai langsir akan dibuka balik dan perempuan itu boleh mula meliuk-lentok lagi untuk menarik perhatian next customer. Bukan seorang dua okay. Tapi ramai. Di sepanjang kawasan ni ada banyak cermin.




Semakin malam hari, semakin mahal bayaran. Kiranya, pelacur first class akan mula bekerja pada waktu malam. Mereka yang kerja pada waktu malam kononnya otai-otai. Kalau korang nak menjenguk ke sini silalah datang pada waktu siang. Kami meronda kawasan ni dalam pukul 4.00PM. Itu pun dah ada beberapa club yang beroperasi. Dapatlah tengok adegan meliuk-lentok di depan cermin kaca. Janganlah datang waktu malam. Mencurigakan sungguh. It was a good experience. Bukan good in a way yang 'wow dapat tengok adegan meliuk-lentok' tapi good in a way yang 'huurm this is their culture and their lifestyle'. At least bila orang tanya aku ada benda nak jawab. I have been there and aku actually serba sedikit tahu apa yang ada disana.

ALBERT CUYP MARKET - PASAR MALAM DI AMSTERDAM

Puas menonong di The Red Light District, kami kembali ke Dam Square. Lorong-lorong di Amsterdam semuanya connected to one another. Jadi tak perlu risau. Signboard pun ada banyak. Jadi ikut saja. Yang penting confident. Hari masih cerah kalau nak pulang ke hotel. Orang kata tak feel kalau tak go through night life kat sesebuah tempat. Tapi mata kami masing-masing dah mula nak rabak. Asyik menguap tak sudah. Memang dah lepas waktu tidur pun kalau di Malaysia. Jadi kami bersetuju untuk balik ke hotel. Kami sempat singgah di Albert Cuyp Market. Albert Cuyp Market adalah street market yang terbesar di Amsterdam. Meriah dan panjang sungguh pasar ni. Tak sanggup nak menapak sampai ke hujung. Macam pasar malam sungguh. Ada macam-macam yang dijual disini. Disebabkan aku terlalu penat jadi aku tak larat nak snap banyak-banyak. 



Ada souvenirs dijual disini juga. Tapi kami tak belek-belek pun. Just lalu dan tengok gitu saja. Ada banyak baju sejuk dan sweater yang cantik-cantik terjual disini dengan harga yang murah. Aku rasa kalau kami masih ada tenaga maybe lama juga kami singgah tapi masing-masing dah serupa zombi. Acik Bos ada beli secawan kopi harga 1EU (RM4 approx). Pergh warna hitam pekat tak payah nak cerita. Tapi Acik Bos kata sedap. Memang banyak saja orang jual kopi cenggitu kat sini. Kat Albert Cuyp Market ni korang boleh beli borong kacang-kacang pelbagai jenis. Memula aku ingat nak beli juga tapi sebab orang terlalu ramai terus tak jadi. Kaunter order dahlah tinggi. Aku yang kemetot ni terus tenggelam tak nampak. Sedih. Banyak makanan street food juga dijual dan pastinya tak halal. Maybe ada yang halal tapi kami tak ronda habis. Makanan tradisional seperti Herring Fish yang dimakan mentah dan macam-macam jenis cheese pun ada terjual. Usually orang tempatan akan datang dan beli barang disini. Kalau ikut review, barangan di Albert Cuyp Market adalah antara tempat jualan yang termurah. 

Albert Cuyp Market

Monday - Saturday
9.00AM - 5.00PM

From Amsterdam Central - Tram : 4, 16, 24, 25



Station tram memang dekat sangat dengan Albert Cuyp Market ni. Jadi tak perlu menapak jauh. Tengok ni ada tram ke RAI dah sampai. Apa lagi jom naik dan balik ke hotel. Sampai di hotel sekali lagi aku mandi. Walaupun tak berpeluh tapi aku still rasa tak selesa. Kak Farah reminded supaya jangan terus tidur. Waktu tempatan baru pukul 7.00PM. Masih awal. Kalau tidur takut nanti tak dapat adjust waktu dengan baik. Jadi kami pulun berjaga sehingga nearly 10.00PM. Kak Farah yang semangat nak berjaga dah pengsan dulu. Aku pula melayan internet yang super laju dan update DediS dan MamiZ dengan macam-macam cerita. Aku tak beritahu MamiZ pun yang aku ke The Red Light District. Balik ke Malaysia baru sembang. Redha sajalah MamiZ dengan seorang anak yang degil ni. Alhamdulillah tak ada apa-apa yang diingini berlaku.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com


You may also like

33 comments:

  1. iman mmng kena kuat lalu kat street yg cenggitu kan. budaya orang putih ni mmng dahsyat eh

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe iman kena kuat sebab boleh tergoda.. nak makan kena cek bebetul..
      tapi best sebab dapat tengok budaya orang =D

      Delete
  2. Ada hikmah blog CT haywire. Boleh readers baca your interesting journeys yang lama2 :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi kan rasa macam tetiba diri sendiri pun recall kenangan lama..

      Delete
    2. Ye betul tu.. Jadi fresh balik entry- entry Ct :)

      Delete
    3. Begitu alkisahnya..
      Ingat CT ada pi lagi just recently :)

      Delete
    4. huuiish kalo kaya memang nak pi lagi Kak Shikin.. duduk sana terus ehehe..

      Delete
    5. Kak Ros : memang dapat tapis.. tapi lenguh nak membetulkan balik. jadilah Siti Yang Menaip tanpa henti =P

      Delete
    6. Hikhikhik Siti yg Menaip tanpa henti :)

      Delete
  3. Dahsyat sgt dieorg ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahahaha budaya tempat orang cenggitu lah..
      syukur kita lahir ada pegangan agama..

      Delete
  4. Saya pernah dgr ada orang cakap 'Amsterdam The City of Sin' haha tapi lawaaaaa tmpt tu! Nak pergi sana one day :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes. semua legal kat sini.. but still ada laws yang kita kena ikut..
      amin insyallah one day =)

      Delete
    2. ..and akak baru tahu the fact that sex business antara penyumbang ekonomi Holland.

      Delete
  5. wow bestnya
    siti blum htr kat anum detail

    ReplyDelete
    Replies
    1. detail ? eerm detail apekah.. jap jap maaf kalau terlambat..
      kawan-kawan yang tinggal komen tak dapat nak monitor betul-betul..

      jaaangan majuk *flying kiss*

      Delete
  6. hr tu kwn tmpt keja laki pon ckp cmtu.dh la dia kena dok sana 3 bln...jenuh thn nafsu n ms memula dia smpai sn pon tkejut tgk depa mcm open sgt2

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahahaha aaaih teruk benar ke sampai jenuh nak tahan nafsu.. tapi memang dasat..
      kadang2 lalu kat cafe2 yang open untuk hisap2 ganja ni.. kita boleh sama pening..

      Delete
  7. Replies
    1. hehehe uncle nye komen memang sangat simple =)

      Delete
  8. Oh, macam ni rupanya The Red Light District ni. Sebelum ni bila kawan-kawan saya gelak pasal The Red Light District ni, saya tak faham.

    Saya pun belajar dalam kelas Tourism saya pasal prostitution dekat Amsterdam ni.

    Thanks for sharing, kak Siti! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa akak pergi sana pun kawan-kawan lelaki dok perli-perli.. jangan lupa pergi tau..
      tapi time tu memang tak google or buat any research jadi terus sampai..
      memang ternganga ahaha.. lelaki sukalah ahahaha.. kita tengok geli haih..

      Delete
    2. Akak tau pasal the red light district ni sebab pernah tgk dlm ANTM. Hikhik :)

      Delete
  9. err..kedai macam tu pun ada ek sana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bersepah Kak Wana.. seram tengok. kalau malam lagi meriah.. ehehe..

      Delete
  10. waaa, bestnya jalan-jalan sana! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi joom kita menabung bukak tabung travel..
      CT dah lama tak jalan-jalan ni..

      Delete
  11. Segannya kalau saya lalu kat tempat orang meliuk lentok tu..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang pun.. memalukan. kita yang lalu tengok
      rasa seram sejuk ahaha..

      Delete
  12. bestnye CT..jalan2..bagus2..tengok Negara orang lain lak kan..nak ikut jugak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. jom. kita menabung dulu okay.. poket CT kering sekarang ni ehehe..

      Delete

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.