SITI.YANG.MENAIP: HOLLAND BELGIUM 2012 : DAY 1.1 - TOURS & TICKETS + DAMRAK + DAM SQUARE

HOLLAND BELGIUM 2012 : DAY 1.1 - TOURS & TICKETS + DAMRAK + DAM SQUARE

/
22 Comments
October 26, 2012
Entri sebelumnya di SINI.
2 OKTOBER 2012

JALAN-JALAN TRAVELOGUE AMSTERDAM HOLLAND | AMSTERDAM - TOURS & TICKETS, DAMRAK DAN DAM SQUARE. Kami keluar dari hotel around 12.00PM untuk mencari makanan. Kalau ikutkan dah waktu makan malam di Malaysia. Patutlah lapar yang amat walaupun dah bedal macam-macam masa dalam kapal terbang. Kami naik tram menghala ke Amsterdam Central dan turun di Dam Square. Sebelum sampai ke hotel lagi aku dah nampak kedai makan halal yang ada di Dam Square so kami decided untuk makan di situ. Jangan risau tentang makanan. Banyak kedai makan yang menjual makanan halal especially makanan arab. Pakcik kedai sangat mesra ramahnya. Tersengih-sengih menjemput kami masuk sambil promote makanan-makanan yang ada. Kecil saja kedainya tapi orang agak ramai. Sebelum tu sempat singgah di Tours & Tickets untuk ambil pamphlet yang disediakan. Nak belek-belek tengok mana-mana tours yang berkenan di hati. Conference Kak Farah dan Acik Bos mula day after tomorrow jadi esoknya mereka berdua free. Boleh pergi jalan-jalan. Kak Farah asked me to decide package mana yang nak dibeli. Kami ambil package instead of berjalan sendiri sebabnya kami nak cepat dan tiada masa nak jalan-jalan sambil cari arah dan laluan mana yang perlu dituju. Dengan agent senang dan jimat masa. Kalau ikutkan hati memang nak jalan sendiri and spend time tapi kena ingat balik hakikat sebenar tujuan kami ke sana. Dah syukur banyak Kak Farah dan Acik Bos nak teman aku jalan-jalan. Package mana yang dipilih nanti kita cerita. Mari makan dulu.




PACKAGE TOURS BERSAMA TOURS & TICKETS AMSTERDAM DAN BERJALAN SEKITAR DAMRAK DAN DAM SQUARE

Selepas makan kami kembali ke Tours & Tickets yang berada selang beberapa outlet kedai dari kedai makan. This time dah tersengih-sengih pekerja kat kaunter. Tadi dia dah pujuk rayu kami untuk beli package tours tapi kami kata tunggu dulu bagi kami fikir. Bila dah made up our mind jadi kami kembali untuk beli package tour yang ada. We decided to go to the North Holland and South Holland pada keesokan harinya. Package yang kami beli berharga 75EU (RM300 approx). Terpaksa cakap okay dengan harga tu sebab banyak sebenarnya kawasan yang kami akan pergi. Kalau pergi sendiri aku tak rasa dapat cover sebanyak itu dalam masa sehari. Boleh juga nak beli tiket secara berasingan. Macam-macam package yang disediakan. Tinggal untuk dipilih saja.

After we bought our tickets, kami meronda di kawasan sekitar Dam Square. Ada banyak kedai souvenirs dan kedai barangan yang berjenama. Banyak alley dan orang sangat ramai. Masuk kedai-kedai souvenirs dan survey harga. Rata-rata souvenirs di Amsterdam harganya lebih kurang sama. Sebiji fridge magnet berharga 3EU - 5EU (RM12 - RM20 approx). Memang mahal. Jadi aku jalan-jalan cuci mata dulu sambil mengira duit dan membayangkan mereka-mereka yang berada di Malaysia. Kak Farah kata jangan convert ke RM kalau tak memang tak berbelanjalah sepanjang di Amsterdam. Aku cuba untuk tak convert tapi aku gagal. Part lain aku boleh pejam mata tapi bukan part souvenirs. Bukan berkira tapi aku kena fikir diri aku sendiri dulu. Jadi aku just bought few magnets untuk diri sendiri. Mungkin kat tempat lain lebih murah. 



  










Dah penat meneroka kedai-kedai berdekatan Dam Square kami akhirnya bercadang untuk melepak di Dam Square sambil memerhatikan orang ramai yang ada disitu. Dam Square terletak di tengah-tengah Amsterdam dan menjadi tempat tumpuan pelancong untuk duduk santai dan melepak. Di kawasan Dam Square ada banyak juga tempat menarik untuk dikunjungi. Antaranya adalah Royal Palace, Nieuwe Kerk (New Church), National Monument dan Madame Tussauds. Di sekitar Dam Square pula ada banyak cafe dan kedai-kedai yang menjual pastries. Di Dam Square ada banyak statue menarik. Mereka actually adalah orang yang menyolek diri mereka untuk jadi macam-macam character yang menarik. Those yang nak ambil gambar dengan mereka kena bayar. Yang ambil gambar curi-curi tu jaga-jaga jangan sampai mereka notice. Kalau tak nanti kena kejar. Paling tak pun kena maki seround dua.

Aku tak berani nak dekat pun. Ambil gambar dari kejauhan. Curi-curi atau kalau nak bergambar tu bayar sajalah. They are all sporting sebenarnya aku tengok. Bila ada orang nak bergambar memang dilayan sebaik mungkin. Posing macam-macam gaya. Ini salah satu cara nak cari makan. Sebab tu lah marah benar kalau orang ambil gambar curi-curi. Dah habis setiap ceruk kami bergambar. Scene main kejar-kejar dengan merpati pun ada. Boleh beli makanan untuk kasi burung makan juga. Tapi aku takut. Jadi aku tengok sajalah orang-orang yang beli makanan then bermanja-manja dengan merpati. Seronok merpati tu. Kenyang sentiasa. Aku dengar Kak Farah dan Acik Bos bercadang nak cari Red Light District. Tempat hot di Amsterdam mesti tahu kan tempat tu apa. MamiZ dah pesan jangan pergi merayap ke tempat tu tapi kami pergi juga. Dah sampai haruslah pergi jenguk apa jenis tempat lah Red Light District tu. Mesti pergi. Tak lengkap trip kalau tak pergi. Nanti orang tanya tak boleh nak jawab. Bahaya sangat ke sampai MamiZ tak bagi pergi tapi aku tak dengar cakap pun. Tak bagi pergi pun aku pergi juga.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com


You may also like

22 comments:

  1. Replies
    1. seronok.. time ada duit seronok..
      time tak ada duduk menyepi hehehe..

      Delete
    2. statue hidup..menarik tu.

      Delete
    3. menarik kan.. tapi jaga jaga.. kalo ambil gambar kena curi curi..

      Delete
  2. Fuhyoooo. Tapi part orang yang make up tu macam takut je tengok diorang :/ sbb nampak real haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe kalau tengok depan depan tak menakutkan sangat pun..
      kagum tengok gitu skali diorang sanggup buat nak dapatkan duit..
      kretif.. pakai kulit kerang saja..

      Delete
  3. Amsterdam !! cantik sangat bangunan2 dekat sana. hope one day akan sampai sana jugak.. haha.. =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.. bangunan semua cantik2 dan masih klasik..
      insyallah ada rezeki sampai =)

      Delete
  4. syoknya baca pengalaman pi travel

    ReplyDelete
    Replies
    1. kenangan bila menaip pun tringat-ingat..
      pengalaman CT ciput saja.. orang lain dah serata dunia..

      Delete
  5. bestnyeeeee CTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTT
    alah sgt jelly wey

    ReplyDelete
    Replies
    1. adus awok.. janganlah gitu..
      ni entry lama-lama ni.. abaikan hehehe..

      Delete
  6. CT, once entries CT dah jadi draft, komen2 semua hilang lenyap lah ye....

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak kak.. komen semua ada lagi..
      just dia save jadi draft saja.. bila CT publish nanti ada balik lah komen tu semua..

      pelik kan.. memang CT pun tak tahu nak explain macam mana ahaha..

      Delete
  7. memang unik sangat orang2 tu..best juga kalau dapat bergambar kan.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe kalo amek gambar kena bayar.. kasilah around 2-5E baru diorang puas hati..

      Delete
  8. Apa nama makanan tu ya, kak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. shaorma if im not mistaken.. yang satu lagi kebab saja..
      adus Farah.. ahaha tiga tahun dah berlalu ahaha..

      Delete
    2. Akak pun tergoda tengok food tu. Nampak yummy bebenor! Ke sebab skrg ni akak tengah lapar? ;)

      Delete
  9. Replies
    1. yup yup.. majoriti bangunan kat europe lebih kurang sama saja kan..

      Delete
  10. seronok kan tgk gelagat manusia . blh jadi lupa nak buat benda lain ... byk banguan lama ...

    ReplyDelete

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.