SITI.YANG.MENAIP: 2012

TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI PULAU PINANG

DAY TRIP KE PULAU PINANG DAN TEMPAT-TEMPAT MENARIK YANG DILAWATI. Nak bersuka-ria and have fun dengan kawan-kawan tak perlukan duit dan belanja yang banyak. Kali ini aku nak buktikan bahawa tak susah sebenarnya nak happy happy tanpa berbelanja banyak di Pulau Pinang. Last December, kawan-kawan si RaihanF datang merayap ke Pulau Pinang. Masing-masing ajak berjalan tapi poket aku pula tengah kering. Maka terhasil trip singkat ini tanpa memerlukan belanja yang banyak pun. Janji kereta minyak penuh dan lepas duit tol naik jambatan. Other than that ditanggung beres. Aku gerak ke rumah tok di Kepala Batas to pick up RaihanF dan kawan-kawannya. Lambat juga budak-budak ni bersiap. Aku dah terpacak lama dah menunggu. Apa benda yang lama sangat pun aku tak tahu. Akhirnya gerak juga meninggalkan rumah tok. Aku main pandu tanpa hala tuju yang jelas. Main belasah sajalah. Sambil memandu sambil berbincang dengan kawan-kawan RaihanF. Bagus budak-budak ni semua tak banyak ragam. Akhirnya semua bersetuju nak ikut saja kemana aku nak bawa. Perangai macam gini yang kakak suka. Jangan banyak songeh. Jadi tempat pertama yang aku bawa adalah Pantai Queensbay yang terletak di sepanjang Persiaran Bayan Indah, Bayan Lepas.

PANTAI QUEENSBAY DI PERSIARAN BAYAN INDAH BERHADAPAN DENGAN QUEENSBAY MALL PULAU PINANG

Pantai Queensbay berada betul-betul berhadapan dengan Queensbay Mall dan terletak di Bayan Lepas. Untuk ke sini korang perlu ambil susur ke kiri sebaik saja turun dari Jambatan Pulau Pinang. Ikut saja signboard menuju ke Queensbay Mall dan pasti tak akan sesat. Aku selalu melepak di Queensbay Mall tapi tak pernah pula aku berjalan-jalan di pesisir Pantai Queensbay. Hari terik yang amat. Matahari mencanak atas kepala sebab gerak pun dah lambat. Tak ada pokok rendang pun nak berteduh. Disebabkan angin yang bertiup lembut rasalah sikit selesa. Kalau waktu petang, Pantai Queensbay akan lebih meriah. Ada orang jual laksa, jagung bakar dan macam-macam lagi. Antara port orang ramai datang bawa anak bersiar-siar. Waktu tengah hari macam ni memang tidaklah orang datang nak menjemur diri. Tapi pantai disini tak boleh nak mandi ya. Belum pernah lagi aku nampak orang mandi berenang sakan disini. Budak-budak ni tak kisah matahari atas kepala. Turun juga duduk melepak dan bergambar. Boleh park kereta di parking area yang disediakan berdekatan tapi kami tibai park tepi jalan saja. Tak ada kereta lalu lalang.







Dari Pantai Queensbay, uols boleh nampak hampir keseluruhan Jambatan Pulau Pinang. Dari sini juga dapat nampak Jambatan Pulau Pinang kedua yang masih dalam proses pembinaan. Banyak kerusi disediakan jadi sesuai benar kalau nak melepak. Walaupun hari terik, selamba saja kami duduk bersimpuh atas batu-batu besar yang ada. Dah puas posing sana sini, maka kami gerak ke destinasi yang seterusnya. Jadi tak susahkan nak berjalan dan beriadah kalau budget rendah. In fact selain duit minyak and tol, tak perlu bayar pun untuk melepak kat sini dan bersiar-siar. Free.

HOW TO GET TO QUEENSBAY MALL

  1. Car or taxi. You can drive to reach this place. They provide you spacious parking area and you can choose to park in the shopping mall building or open space parking lots. It takes around 15-20 minutes drive from Georgetown. If you are from the mainland area, head towards Bayan Baru or Bayan Lepas or you can follow the airport sign up until you reach the sign to the shopping mall.
  2. Bus. You can refer this link --> Rapid Bus Schedule to Queesbay Mall for further information. 
Kami meneruskan perjalanan menuju ke Batu Ferringhi yang merupakan kawasan pantai yang terkenal di Pulau Pinang. Antara tempat wajib singgah kalau datang berjalan ke Pulau Pinang. Di sepanjang Batu Ferringhi ada banyak pantai. Jadi boleh pilih nak singgah dan berhenti di kawasan pantai yang mana. Untuk trip kali ni aku bawak budak-budak ni jalan ke Pantai Miami, antara lokai favourite aku di Pulau Pinang. Aku pilih untuk pergi ke Pantai Miami sebab kawasan ni complete. Nak makan gerai makanan ada banyak. Nak ambil gambar pun sesuai sebab batu-batu besar dan banyak pokok rendang. Jadi dapatlah berteduh. Sini boleh mandi jadi sesuai untuk beriadah bersama keluarga. Pantainya landai. Waktu kami sampai pun memang ada beberapa keluarga sedang berkelah. Pantai Miami sebenarnya pantai yang paling dekat untuk sampai kalau datang dari arah Tanjong Tokong. Kalau rajin boleh saja teruskan perjalanan lebih jauh. Ada kawasan pantai yang khas untuk water sport. Ada juga yang khas untuk mandi dan berkelah. Disebabkan kami hanya nak melepak dan bersiar-siar, Miami Beach dah memadai.

PANTAI MIAMI DI BATU FERRINGHI PULAU PINANG






Cantik pemandangan. Tengok kanak-kanak mandi pun rasa alahai seronoknya. Waktu cuti sekolah. Haruslah emak ayah bawa beriadah. Aku rasa Pantai Miami adalah yang paling cantik. Kawasan pantai lain cantik juga. Mana-mana pun tetap cantik. Aku biarkan saja RaihanF dan kawan-kawannya pergi ambil gambar puas-puas. Aku duduk saja layan perasaan sendiri. Sambil duduk tu mainlah kuis-kuis pasir. Baru terperasan. Ada kawasan yang pasirnya halus ada yang kasar. Kasar macam pasir di kawasan air terjun. Tapi tak sampai menyakitkan. Untuk dapatkan gambar dengan effect yang lebih dramatic bolehlah merajinkan diri panjat batu-batu besar yang ada di Pantai Miami. Langit yang cerah tak payah nak ceritalah cantiknya macam mana. Ditambah pula dengan angin yang bertiup manja. Perfect sungguh untuk outing kami on that day. Kena pula RaihanF pandai ambil gambar. Kalau nak harapkan aku tangan memang tak berapa berseni. Berapa belanja nak melepak di  Pantai Miami ? Worry not. Free saja. Jangan risau kalau nak beriadah tapi budget tak cukup. Kalau nak picnic bawalah bekal dari rumah. Pilihan ada di tangan sendiri.

HOW TO GET TO MIAMI BEACH PENANG

  1. Car / Taxi. You can drive following the signs towards Batu Ferringhi. Miami Beach is the first beach spot that you will see along the Batu Feringghi beach area. 
  2. Bus. You can hop on to Rapid Bus 101 from Weld Quay Bus Terminal and 102 from Penang International Airport. Click here --> Getting There : Miami Beach for more information.
  3. Penang Hop On Hop Off (HOHO). Take the Beach Route bus and hop off at Miami Beach.
Kami singgah solat Zohor di Masjid Terapung. Usually kalau ke area Batu Ferringhi memang aku akan plan untuk solat disini. Masjid yang besar dan kemas. Bila bawa budak-budak keluar berjalan harus ada curfew. Jadi kami masing-masing kena pulang by six. Bukan apa pun sebenarnya. Masih banyak kerja-kerja penyediaan untuk kenduri PakSu masih belum siap. Dalam perjalanan balik menuju jetty, sempat pula mata budak-budak ni menangkap signboard ke Straits Quay. Aku tak ada idea Straits Quay ni kawasan apa. RaihanF pun mula explain. Barulah dapat picture serba sedikit.

STRAITS QUAY TANJONG TOKONG

Straits Quay merupakan tempat membeli-belah yang baru dibina di kawasan Tanjung Tokong. Agak terpencil kawasannya tapi bila dah famous nanti, tak kesahlah jauh ke tak. Disebabkan kawasan ini baru mula beroperasi, orang pun tak ramai. Apa yang menarik adalah landskap dan kawasan tempat ni yang berada di tepi pantai. Cantik. Memang nampak laut lepas di depan mata. Cuaca panas tapi still berangin. Majoriti outlets disini merupakan kedai-kedai menjual makanan. Pelbagai restoran dengan nama yang pelbagai bakal dibuka. Mungkin sekarang sudah mula beroperasi. Waktu aku ke sana masih ada beberapa kedai yang sedang siap sedia untuk beroperasi. Straits Quay juga merupakan tempat peranginan. Holiday spot gitu. Ada banyak kapal-kapal layar mewah yang boleh disewa dan ada hotel untuk menginap juga. Kini pengunjung sudah ada banyak pilihan untuk memilih kawasan yang sesuai untuk tinggal ketika bercuti. Aku agak service memang terbaik di sini. Facilities lengkap dan tip top. Selesa.






Jadi untuk pelancong dan kawan-kawan yang nak datang ke Pulau Pinang, mungkin boleh tambah Straits Quay dalam senarai tempat-tempat untuk dilawati. Bukan satu tempat yang merugikan kalau datang. Pemandangan memang terbaik cantiknya. Langit biru cerah dan kapal-kapal mewah untuk disewa menjadikan kawasan Straits Quay antara tempat yang sedikit mewah untuk melepak. Kena bayar sikitlah untuk parking tapi tak mahal sangat pun. 

HOW TO GET TO STRAITS QUAY

  1. Car / Taxi. It is a 15-20 minutes drive from Georgetown or Batu Feringghi. 35 minutes from Penang Bridge and 45 minutes from Penang International Airport. Head towards Batu Feringghi and you will notice the road signs to Straits Quay. Another hint is to turn right/left at the junction before/after TESCO.
  2. Bus. Hop on Rapid Bus 101 or 103 and take off at Weld Quay. Click here --> Getting There : Straits Quay for more information.
  3. Hop on the beach route of Penang Hop On Hop Off bus and hop off at station number 18 [Straits Quay].
Mudah sangat untuk enjoy Pulau Pinang tanpa mengeluarkan duit yang banyak. Walaupun aku adalah seorang Penangite, masih banyak tempat-tempat sekitar Pulau Pinang yang belum pernah aku terjah. Hidden gems di Penang terlalu banyak tak sempat nak cover. Marilah rancang percutian korang ke Pulau Pinang. Selamat bercuti !!

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com



















JALAN-JALAN TRAVELOGUE BRUSSELS BELGIUM

Entri sebelumnya di SINI.
8 OKTOBER 2012

JALAN-JALAN TRAVELOGUE AMSTERDAM HOLLAND | AMSTERDAM - GOODBYE AMSTERDAM. Akhirnya almost nak habis dah entry cerita ke Holland. Days passed by cepat sangat tahu-tahu dah hari nak balik. Rasa macam semalam baru sampai dah dipanggil pulang ke Malaysia. Macam tak puas saja tinggal kat sana nak pusing-pusing sana lagi. I missed the weather the most. Sejuk and windy. Something that you cannot get in Malaysia. Well somehow we still need to pack our luggage and say goodbye to Amsterdam. Malam tu memang kami punggah habis barang-barang. Bilik turned upside down and setiap ceruk ada barang. Not only me, Kak Farah pun sama. We wanted to arrange our stuffs kononnya kasi muat-muat. Nak himpit-himpit selagi boleh.






Bilik bersepah tak tahu nak cerita macam mana. Nak asingkan mana untuk luggage mana nak bawa masuk flight dan paling penting adalah souvenirs. Semua kena hantar check in tak boleh letak dalam hand carry. Aku dah ada bad feeling but I did not follow my instinct. Keluar jalan-jalan a day before dah rasa macam nak kena cari kotak sebab aku beli snack and junk food banyak sangat. Semua yang RM belas-belas terjual di Malaysia kat Cold Storage hanya 1EU (RM4.00 approx). Mau tak sakan aku beli. But then aku tak cari pun kotak sebab dah ada plastic besar. I should put all the snacks and the chocolates that I bought into boxes and checked them in. Kalau kena bayar pun aku rasa aku sanggup bayar. I did not follow my feeling. I put them in plastic bags and I brought along into the waiting area. One of the workers stopped me and said barang-barang tak boleh bawa masuk. Actually, while checking in, pekerja di kaunter ada tulis something belakang tiket aku. Tapi dia tulis dalam bahasa dia mana aku nak faham. Plus dia tak cakap apa-apa pun kat aku. Lagilah aku tak tahu apa-apa. Tetiba kena tahan bila aku tunjuk tiket flight masa nak masuk kapal terbang. How on earth she expected me to understand and noticed her memo. Up until the very last process for us to be on the plane, barulah aku faham dia tulis apa. Itu pun sebab worker tu tahan aku. Luggage aku dah terlebih 4kg. Dahlah aku spent banyak shopping kat dalam airport sebab nak habiskan syilling. Semua barang-barang aku dah plan nak kasi kat kawan-kawan. Dah cakap aku ada bad feeling dah tapi selalu tak pernah nak ikut kata hati. Memang tak ada option selain redha kena tinggal barang-barang. Kalau tak aku yang kena tinggal. Haaa jalan kakilah balik Malaysia. I needed to leave the chocolates that I bought in Belgium and the snacks. My small luggage weight was 11kg and I needed to reduce the stuffs up until it reached 7kg. Terketar-ketar weh. Semua barang-barang tu dah ada tuan. Kalau kata aku check in sekali pun tak apa. Aku rasa tak terketar mana haih nak bayar daripada kena tinggal macam ni. Kak Farah pun tak boleh bawa masuk bag yang dia bawa along with her sebab bag tu tak nampak macam hand luggage. Apa punya alasan. Orang lalu lalang tengok kami berdrama. Ada couple kena tinggalkan juga sikit barang. Itu lagilah. Habis baju kena tinggal. Muka semua dah panic dah geram merah-merah aku tengok tahan sabar.

Geram memang tak terkata. Sebab boleh saja diselamatkan kalau pekerja kaunter let us know earlier. Tapi untuk aku dapat masuk dalam kapal terbang lagi penting. Aku kurangkan ke 9KG and pekerja tu lepaskan aku masuk siap satu round tazkirah. I need to be alert next time. Sampai sekarang aku rasa bodoh benar sebab aku tak tanya apa yang dia tulis kat belakang ticket aku. Kalau aku tanya sure aku checked in dah semua sekali. Benda dah jadi. Pengajaranlah buat aku. Next time jangan jadi macam aku. Menangis duit burn limit luggage terlebih jauh lagi better dari menangis tak berlagu kena tinggal barang. So itulah cerita aku selama ada kat Holland. Thanks to both my parents sebab keluarkan duit untuk aku fly beribu batu menjenguk negara orang sebagai hadiah Convocation Day. Tak pernah aku terlintas pun yang aku akan jejak kaki kat Europe one day. Balik ke Malaysia aku akan terus convo. Syukur ada kawan yang tolong uruskan urusan jubah aku. Syukur juga tarikh convo tak clash dengan tarikh aku ada kat sana. Thanks to Kak Farah sebab ajak aku join sekali and because of her aku tak payah fikir hotel mana aku nak stay. Semoga ada rezeki dikesempatan yang lain untuk aku menjelajah bumi ciptaan Allah SWT ini lagi. Belajar menghargai dan bersyukur dengan apa adanya.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com

JALAN-JALAN TRAVELOGUE BRUSSELS BELGIUM

Entri sebelumnya di SINI.
7 OKTOBER 2012

JALAN-JALAN TRAVELOGUE AMSTERDAM HOLLAND | AMSTERDAM - MADAME TUSSAUDS AMSTERDAM. A day before we went back to Malaysia, we visited Madame Tussauds. Terletak di tengah-tengah Amsterdam City atau lebih specific di Dam Square. Tak susah nak cari Madame Tussauds sebab lalu saja Dam Square tentu nampak building besar Madam Tussauds. In Madame Tussauds, they displayed the waxworks of the royal families, actors and actresses, sport stars and many more. Keinginan aku nak masuk Madame Tussauds dah lama ada. Sebelum aku ada kesempatan nak datang sini lagi. Dari dulu dok berangan nak masuk tempat ni. Dulu kata kalau kaya nak pi London masuk Madame Tussauds sana tapi izin-Nya aku masuk kat Amsterdam. There are several countries in Asia such as Thailand, Hong Kong and China yang ada their very own Madame Tussauds. We bought the tickets through the Tours & Tickets tour agency for cheaper prices. You can find the Tours & Ticket counter anywhere in Amsterdam. You can also buy the ticket directly at the counter but you need to que the long line. Sebab utama beli ngan Tours & Tickets sebab aku nak murah. Banyak juga beza harga yang kami dapat.  Cannot remember the exact price tapi beza around 15-20EU. Untuk aku yang semakin miskin disana, 15-20EU tu adalah sangat berharga. Kalau korang memang pengumpul entrance ticket nak buat kenang-kenangan, kena tabahlah beratur kat entrance Madame Tussauds sebab ticket from Tours & Tickets tak cantik mana pun and bukan original ticket from Madame Tussauds. Tapi yang aku suka, masuk guna lorong VIP sebab tak payah beratur panjang. Tak ada kenangan tiket nak simpan pun tak apalah janji masuk.

PATUNG KANAK-KANAK TERKENAL - ANNE FRANK

Anne Frank memang sangat sinonim dengan sejarah negara Holland. Seorang budak perempuan yang sangat terkenal. The first patung yang akan kita nampak bila dah masuk ke Madame Tussauds adalah patung Anne Frank bersama nota atau buku hasil peninggalan dirinya. I did some research before I went to Amsterdam. I came across the history of Anne Frank. In Amsterdam, they even build a special museum dedicated to Anne Frank but I did not have the opportunity to go there. Tapi kang kat bawah aku share macam mana nak ke Anne Frank house. Bolehlah jenguk rumah budak ni time perang. You can search and Google more about Anne Frank as her story was amazing. Other than that obviously ada banyak patung wax artis-artis terkenal antarabangsa dan famous people seperti Albert Einstein, Monalisa and many more. Ada banyak props boleh digunakan untuk make sure gambar-gambar yang diambil to turn out well.. They provide kalau nak posing. Enterframe ngan Monalisa pun boleh. Semuanya ikut creativity masing-masing nak posing macam mana.


















The best and the most heartbreaking part. These are all the souvenirs that I bought from the souvenirs shop. I spent almost 80EU here just to buy all of these stuffs. Memang pejam mata ambil and tabahlah membayar. Bukan selalu dapat pergi. Aku seriously ambil and redha dengan harganya. Sebab lepas ni entah bila nak dapat peluang yang sama lagi. Souvenirs for MamiZ dan DediS pun tak dilupakan. Though the goods are expensive but I did not regret buying them. Sekali sekala berbelanja sakan macam ni. Kalau rasa rugi memang tak adalah nikmat berjalan-jalan dan travel. Apa-apa pun ikut kemampuan.

HOW TO GO TO THE ANNE FRANK HOUSE / TRAVEL TIPS

  1. Dari Amsterdam Central, it is just a 20 minutes walk sahaja ke Prinsengracht 263-267 kalau korang prefer nak berjalan. Tak jauh pun dari central so alang-alang nak pergi boleh meronda kawasan sekeliling cuci-cuci mata tuh.
  2. Trams 13, 14 and 17 pun menghala ke sana and you guys can take off at station Westermarkt. Dah dekat sangat dah tuh.
  3. Bus 170, 172 and 174 pun will stop nearby tapi aku tak pernah naik service bus kat Amsterdam kecuali pergi country side tours so tak tahu advice apa aku should kasi.
  4. Korang disarankan untuk beli ticket through online or Tours & Tickets counter sebab que memang akan sangat panjang. Memang orang datang Holland ni nak pi jenguk rumah budak ni jadi untuk tak buang masa, baiklah beli siap siap. Nanti click official website aku link kat bawah ni.
ADDITIONAL INFORMATION :

Official Website : The Anne Frank House
Operation Hours : Operation Hours *sebab waktu buka ikut bulan*
Admission Prices : Admission Prices *harga ikut tahun*

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.