SITI.YANG.MENAIP


Akhirnya jumpa juga !! Lama cari yahoo.. Memang sedap especially the outer layer so yummy. Aiskrim KitKat baru dari Nestle yang viral dan aiskrim Oreo. Between these two yang KitKat lagi sedap but Oreo pun puas hati makan because memang sangat rich dengan biskut Oreo. Kalau korang belum cuba lagi pergi cari cepat sebab memang tak akan menyesal. Tapi kalau korang makan rasa biasa saja jangan serang aku pulak. Tekak kita selera kita tak sama. Presentation wise memang packaging dia lawa dan feeling so kaya kaya gitu. Macam makan aiskrim harga puluh ringgit. So sleek and on point. Maybe aku bias sikitlah sebab aku memang suka KitKat jadi semua benda ada KitKat aku suka. But this one yang stick lagi sedap dari cone aku rasa.

KikKat mana pernah tak sedap !!

Harga standard tak adalah mahal sangat. RM4.50 untuk KitKat dan RM4.80 untuk Oreo. Atau terbalik harganya gitulah tak ingat.
Nak makan sesekali apa salahnya..

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Alhamdulillah syukur untuk sebuah lagi kisah pengembaraan di bumiNya.
#TravelockCT #TravelockCTxNewZealand


Soon to be released..

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com
Kalau datang jalan-jalan ke Penang memang tak sah kalau tak cari makanan yang sedap kan ? Selalu cerita pasal Nasi Kandar, Roti Canai Jalan Transfer dan Pasembor Joget tapi this time kita cerita pasal laksa pula. Antara menu yang menjadi pilihan orang ramai di Penang adalah Laksa Penang yang sedap. Banyak kedai di sekitar Penang yang sediakan hidangan laksa yang sedap dan salah satunya ada di Gertak Sanggul, Laksa Tempurung Ombak Damai. Dah lama aku tau mengenai kedai ni dan memang famous. Lokasi pun sangat menarik tapi disebabkan aku bukan peminat laksa, lambat sikit masuk senarai kedai yang nak diterjah. Tapi MamiZ suka jadi itulah sebabnya boleh jadi sampai ke Gertak Sanggul

Tak susah pun nak cari kedainya. Guna GPS cari Laksa Tempurung Ombak Damai terus sampai insyallah tak sesat. Tempat parking tak besar sangat tapi rasanya cukup untuk menampung jumlah pelanggan yang ramai. Kami pergi tengah hari jadi sedikit terik tapi sedap dihembus angin laut.

Laksa dihidangkan dalam tempurung kelapa.

Ohoohoi dengan ABC pula tengah hari ni..

MamiZ kasi 3.5 stars untuk rasa laksa tempurung disini. Aku kena percaya rating yang MamiZ kasi sebab aku tak rasa jadi tak tahu nak comment apa. MamiZ kata rasa sedap yang just nice untuk hidangan petang nak makan-makan. Harga aku tak ingat sebab dah lama aku pergi. Tapi standard harga laksa tak adalah melampau benar mahal. Selain daripada laksa ada juga pilihan makanan lain seperti Char Kuey Teow - khas untuk orang tak makan laksa. Kawasan Gertak Sanggul ni jauh sikitlah dari tempat-tempat main attractions sekitar Georgetown tapi kalau korang memang aim nak jalan-jalan cari makan ke Penang apa salahnya sumbat laksa tempurung dalam list. Selamat makan !!

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com

Haluuu !! Ni ke port korang berkumpul dan membawang ?

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com
Tak tahulah berapa kali dah beli sebab asal nampak saja terus nak beli. Bila teringin lagilah rasa nak membeli. Sushi dari Empire Sushi bagi aku sangat sedap dan banyak pilihan untuk dipilih. Harga pun murah jadi berbaloi sangatlah. MamiZ yang tak suka sushi sangat pun dah pandai makan sushi. Aku dah pernah kongsikan diSINI pasal Empire Sushi jadi tak mahulah nak ulang lagi. Saja nak share gambar-gambar saja cuci mata seksa jiwa sambil telan air liur.


Rasa teringin pula.. ada juga ni nanti keluar pergi cari.
Bukan boleh percaya sangat ni hahaha..

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.